Thursday, April 25, 2013

JORDAN - DAY 01 - DEPARTURE - GUA ASHABUL-KAHFI, WADI SYUAIB DAN LAUT MATI

Saya dan isteri bercadang untuk menunaikan umrah dan kami pun mengambil pakej umrah dan ziarah. 

Negara yang kami ziarah ialah Jordan. Jordan menjadi pilihan kami kerana ia bumi Anbia' dan program lawatan yang ditawarkan ada meliputi beberapa peninggalan nabi-nabi terdahulu di sana. Untuk pakej Umrah pilihan kami, ia memakan masa 15 hari termasuk persinggahan 4 hari di negara Jordan. 

Sebelum tu kena uruskan boarding si comel ni dulu :).

Flight Royal Jordanian ke Amman adalah pada pukul 10.10 malam dengan transit di Bangkok. Pukul 6.00 petang kami dah ada di KLIA :). Dan group umrah kami ada 24 orang yang datang dari seluruh negara.

Pihak Andalusia dah susun seats kami according to spouse/family tapi ended up duduk berterabur. Tapi syukur seats group kami dalam satu block so kami pun susun balik the seating on our own. Semua ahli rombongan beri cooperations. Apa tak nya, flight nak dekat 10 jam tak kan tak duduk dengan pasangan/family. Alhamdulillah, semua bergumbira lah lepas tu :). 
Dari KL ke Bangkok 2 jam. Some passenger disembarked and some boarded. Crew pun tukar sekali. Kami duduk dalam plane semasa pembersihan dibuat. Berasap dalam kapalterbang tu kena spray dengan disinfectant.

Lepas sejam, sambung penerbangan ke Amman selama 9 jam pulak. Syukur Alhamdulillah pernerbangan lancar.

Selamat tiba di Amman pukul 5 pagi waktu Jordan. Nama airportnya ialah Queen Alia International Airport (QAIA). Jordan lewat 5 jam dari  Malaysia.

Bersembang sambil menunggu kesemua ahli rombong lain keluar dari kapalterbang. Must travel sama-sama in group of course :). 

Inilah pesawat kami tadi. 

Masa tu musim sejuk baru nak habis di Jordan. Suhu 8°C!! Sejukkkk! Berasap hidung dan mulut.. hehehe.
Tu ha.. beg yang disediakan oleh Andalusia warna biru terang. Senang nak spot atas conveyor. Sebab semua ahli sama je saiz dan warna beg, so kami tampal tape merah pada beg-beg kami. Senang nak identify :).

Also beg kena besar sebab total days umrah ziarah ni ialah 15 hari. Ada kain ihram dan beberapa persalinan.

Our knowledgable, charismatic and funny guide. His name is Majdi aka Abu Sarah [bapa kepada Sarah, ikut budaya masyarakat Arab].
Majdi ni sangat berpengalaman, ramah dan pandai berceloteh. Selain bahasa ibunda dia iaitu Bahasa Arab, dia juga fasih Bahasa Inggeris dan Russia. Bahasa Malaysia pun dia tau sikit-sikit sebab selalu dah handle pelancong dari Malaysia.

Cantik Jordan ni sebenarnya. Saya paling seronok tengok bangunan dan rumah yang dibina di lereng-lereng bukit ni. 
Majdi pun bercerita. Katanya Jordan tak kaya dengan minyak macam negara timur tengah lain. Ia adalah negara pertanian. Penduduknya seramai 6 juta orang dan hampir separuh tinggal di Amman. 97% beragama Islam, the rest beragama Kristian dari mazhab Orthodoks.

Jordan ada 4 musim. Masa kami di situ dah kira nak masuk musim bunga. Masa musim sejuk ada salji turun tapi tak cukup tebal nak main ski. So kata Majdi, kalau nak skiing kat timur tengah ni, kena pergi ke kawasan pergunungan di negara Lebanon.

Highway di Jordan adalah bagus. 
Tambah Majdi lagi, disebabkan Jordan masa musim panas suasananya nyaman, maka ia jadi tumpuan orang-orang Arab di Timur Tengah datang bercuti.

Nama asal ibu negara Jordan, Amman adalah Philadelphia yang dinamakan sempena seorang maharaja Rom yang bernama Philadelphus. Ia adalah sebuah kota yang sangat tua dan bersejarah. Sebagai perbandingan bak kata Majdi, kota Philadelphia di USA wujud sejak 200 tahun dahulu, tetapi Philadelphia (Amman) di Jordan telah wujud 2,000 tahun yang lampau.

So dari Airport tadi, kami terus dibawa ke hotel, Hotel Ocean, sebuah hotel kecil yang terletak di salah sebuah kawasan mewah di Amman.

Ada portret pemerintah Jordan, King Abdullah dan isteri, Queen Rania di lobi Ocean Hotel ni.

2 malam kami do Hotel Ocean ni. Sarapan dan makan malam kami adalah di hotel ni. 

Di Jordan air mahal. Air minum tak masuk dalam pakej makan di restoran-restoran di sini so kena beli berasingan. Harga air mineral dalam botol 1 liter dijual dengan harga sekitar JD2 - JD2.50 (RM10 - RM 12.50). 
MasyaAllah, dessertnya sangatlah manis! :)

Matawang Jordan dinamakan Jordan Dinar dan kadar tukarannya dengan Ringgit Malaysia sangat tinggi di mana JD 1 = RM5.00.
Jordan Dinar susah nak dapat di Malaysia so kami pun tukar ke US Dollar. Sampai Amman kami convert ke Jordan Dinar.

Actually, kalau di kedai-kedai di kawasan tourists, boleh guna US Dollar. In fact, di tempat-tempat yang sering dikunjung pelancong Malaysia, RM pun diterima. 

Ada kompleks membeli belah mewah di depan Hotel Ocean ni. Off to the right ada butik-butik mewah yang jual barangan berjenama dan jewelries. 

Ada juga sebuah masjid berhampiran Hotel Ocean. Lagi butik-butik perniagaan mewah (foto kanan). 

Lepas sarapan kami mulakan lawatan pertama kami di Jordan iaitu ke Gua Ashabul Kahfi yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dari Amman. 

Seperti biasa saya cuba rakam suasana sepanjang perjalanan dari dalam bas :). 




Kami pun tiba di kawasan Gua Ashabul Kahfi. 

Cave of the Seven Sleepers - Byzantine Tombs - One mentioned in the Koran in the story of the seven sleepers. 

Taman indah yang dilalui sebelum sampai ke pintu gua.

Mata air di hadapan pintu gua Ashabul Kahfi.


Dinding di luar pintu masuk ke Gua Ashabul Kahfi. Whether these are the original carvings is not known.

Pintu masuk ke Gua Ashabul Kahfi.
Kisah Ashabul Kahfi merupakan suatu kisah benar yang tertulis di dalam Al Quran (Surah Al-Kahfi) mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Pemuda-pemuda beriman ini hidup pada masa Raja Diqyanus di Rom, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Mereka hidup di tengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. Demi menjaga iman, mereka melarikan diri dari kota, dikejar oleh tentera raja untuk dibunuh. Hingga pada suatu ketika, sampailah mereka di mulut sebuah gua yang kemudian dijadikan tempat persembunyian. Bersama mereka seekor anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Menurut ceritanya, walau berkali-kali dihalau, Qitmir enggan meninggalkan pemuda-pemuda tersebut lalu mereka membenarkan anjing ini ikut bersama.
Sedang mendengar penerangan yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh petugas di Gua Ashabul Kahfi.

Allah kemudiannya telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut selama 309 tahun.Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

Di sinilah pemuda-pemuda Ashabul Kahfi tertidur di dalam gua. Setelah mereka benar-benar mati, mereka dikebumikan dalam keranda-keranda batu ini mengikut syariat pada masa itu (Pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini hidup sebelum zaman Nabi Isa lagi).

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan Allah (309 tahun), mereka dibangunkan oleh cahaya matahari yang menyiram ke dalam gua. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja.

Dari lubang inilah cahaya masuk ke dalam gua sehingga membangunkan pemuda-pemuda Ashabul Kahfi.

Sebaik bangun dari tidur mereka, mereka terasa lapar. Maka sebahagian dari mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke Bandar bagi mencari sesuatu untuk dimakan. Akhirnya mereka memilih seorang pemuda bernama Tamlikha untuk ke kota membeli makanan. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak.

Walaupun dalam keadaan yang gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah.

Namun Allah telah mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang lain bagi menunjukkan kekuasaan dan kehebatanNya. Kebetulan semasa pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini dibangkitkan Allah setelah tidur 309 tahun lamanya, suasana negeri telah banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri telah beriman kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.

Pemuda tersebut merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan wakil itu dan mereka semakin syak apabila mereka melihat wang perak yang dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Tamlikha dituduh menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil berat hal agama.
Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua Ashabul Kahfi bersama Tamlikha, lalu berjumpa dengan pemuda-pemuda lain sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat tinggal kepada raja yang beriman itu dan orang-orangnya.

Raja mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Hal ini diceritakan Allah dalam Surah Al-Kahfi di dalam Al-Quran.

Binaan batu di atas gua ini adalah masjid asal yang didirikan untuk memperingati pemuda-pemuda Ashabul Kahfi.

Pada masa kini, telah dibina sebuah masjid baru bagi menggantikan masjid lama itu.

Melawat tempat yang disebut di dalam Al Quran sememangnya sangat meninggalkan kesan pada diri kami. 

Syukur Alhamdulillah.

Me :).

Ade taman kecil di tempat ni dan ternampak pulak si comel ni tengah lounging under the shades. Pe lagi saya snapped and snapped le... susah bila dah minat kucing ni.... hehe.

The bluest of blues. Love. SubhanAllah.

Lepas tu kami menuju ke tempat lawatan seterusnya. Bottom left tu our guide beli mineral water for us. Water is very precious there.

Our mutawwif Ustaz Raja. Very knowledgeable, penyabar and has suara yg merdu (he actually has a nasyid CD). A very cool guy.

Ini suasana Amman.

Orang sana memang kuat makan kambing. Kita seekor kambing boleh jamu ramai orang. Mereka sekor kambing untuk hidangan 4 atau 5 orang kata Majdi.

Dari Gua Ashabul Kahfi, kami menaiki bas ke Wadi Syuaib yang merupakan kampung kediaman Nabi Syuaib as pada masa dahulu. Nabi Syuaib adalah bapa mertua kepada Nabi Musa as.

Perjalanan ke Wadi Syuaib.


Selepas meninggalkan Mesir kerana melarikan diri dari Firaun selepas membunuh seorang pemuda Qibti secara tidak sengaja, Nabi Musa tiba di sini. Dia bertemu dengan anak-anak perempuan Nabi Syuaib yang sedang menunggu giliran dengan sabar untuk mengambil air dari sebuah perigi di sini untuk kambing-kambing gembalaan mereka.

Sebagai membalas jasa Nabi Musa kerana membantu anak-anak perempuannya mengambil air untuk ternakan mereka, Nabi Syuaib telah menjemput beliau tinggal bersama mereka. Nabi Musa kemudiannya berkahwin dengan anak Nabi Syuaib.

Di Wadi Syuaib, kami dibawa menziarahi Makam Nabi Syuaib.

Mendengar penerangan dari petugas Makam. Penerangan disampaikan dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan kepada kami oleh Mutawif Andalusia yang menemani kami sepanjang perjalanan.

Sungguh terasa tenang sekali berada di sini. 


Pemandangan di belakang Makam Nabi Syuaib. Amat tenang dan mendamaikan, mungkin kerana kawasan ini pernah didiami oleh Nabi-Nabi Allah pada masa dahulu.




Next stop, Laut Mati.

Laut Mati kini adalah kawasan paling rendah di muka bumi, lebih 400m di bawah aras laut. Untuk sampai ke sana kita perlu menuruni lurah yang sangat jauh ke dalam.

Kawasan Laut Mati juga bersempadan dengan negara Israel. Malah Amman dan Jerusalem (nama Arabnya Baitulmaqdis) yang merupakan ibu negara Israel hanya dipisahkan sejauh 50 km. Kata Tourist Guide kami, Abu Sarah kedua-duanya bagaikan bandar kembar. Kalau hujan turun di Amman, hujan jugalah di Jerusalem. Kalau salji turun di Amman, salji jugalah di Jerusalem.
Kebun sayur di sempadan Jordan dan Israel/Palestine.

Majdi memberitahu kami, bagi orang Jordan, negara Israel adalah Tanah Palestine yang dikuasai oleh orang Yahudi. Mereka juga berbangga kerana tentera darat Jordan sangat ditakuti oleh Israel. Dalam Perang Arab-Israel pada tahun 1948 yang menyaksikan banyak tanah dalam Wilayah Arab jatuh ke tangan tentera Israel, hanya wilayah milik Jordan yang tidak dapat dikuasai.

Perang Arab-Israel juga menyebabkan ramai penduduk Palestine kehilangan rumah dan tempat tinggal. Sebahagian besar mereka melarikan diri ke Jordan untuk membina kehidupan baru. Namun ramai juga di antara mereka yang memilih untuk menetap di Israel (lebih 1 juta orang). Mereka yang memilih untuk tinggal di Israel ini dikenali di kalangan orang Arab sebagai 1948 Arabs.

Sempadan darat Jordan-Israel kini hanya boleh diseberangi menerusi Allenby Bridge yang juga dipanggil King Hussein Bridge.
Jalan ke Allenby / King Hussein Bridge yang menghubungkan Jordan dengan Israel. Di penghujung jalan inilah letaknya bandar Jericho.

Jalan lama ke Baitulmaqdis yang telah ditutup pada masa sekarang.

Pemandangan Laut Mati pertama kami.

Sebuah resort mewah yang masih dalam pembinaan di pinggir Laut Mati. Ada Hotel Movenpick di pinggir Laut Mati ini.

Destinasi Laut Mati kami adalah sebuah pantai awam yang dinamakan Amman Beach.


Kami makan tengahari di sebuah restoran di Amman Beach. Makanan dihidang secara bufet dengan menunya masakan Arab.

Laut Mati juga mempunyai perkaitan dengan sejarah Nabi-Nabi. Di sinilah letaknya bandar Sodom dan Gomorah yang dihuni oleh kaum Nabi Lut a.s, anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Kaum Nabi Lut menentang perintah Allah dengan mengamalkan cara hidup songsang, maka bala diturunkan sebagai balasan di mana Malaikat telah menggenggam tanah bandar mereka tinggal lalu diterbalikkan sehingga memusnahkan semua penghuninya.

Laut Mati sebenarnya bagaikan sebuah tasik air masin. Ia mempunyai kepanjangan 56 km dan lebarnya hanya 5 km serta dikongsi oleh Jordan dan Israel. Ia dinamakan Laut Mati kerana airnya yang sangat masin tidak memungkinkan sebarang hidupan seperti ikan atau rumpai laut tumbuh di dalamnya.

Disebabkan kawalan ketat tentera di sebelah Israel, tak sesiapa pun boleh menyeberang laut ini dari Jordan ke Israel atau sebaliknya. Di sepanjang sempadan, banyak terdapat pos-pos kawalan tentera. Atas sebab-sebab keselamatan, kami diminta untuk tidak mengambil gambar tentera atau apa-apa saja milik tentera (contoh: kenderaan, bangunan dsb.)

Tidak seperti laut lain, ketumpatan air Laut Mati sangat tinggi sehingga menyebabkan apa juga yang berada di dalam laut ini akan terapung.

Haa.. ni good idea. Very relaxing agaknya rendam kaki lama-lama dalan air yang sangat masin. 


Air Laut Mati sangat masin. Menurut ceritanya kemasinan air di sini 8 kali ganda lebih masin dari air Laut Mediterranean.

Mula-mula ingatkan batu. Tapi lepas ramas-ramas, terus berderai rapuh serpihan garam. 

Nak cantik satu badan? Haaa... lumurlah dengan lumpur Laut Mati ni.. hehe.

Ada lumpur Laut Mati disediakan. So tak perlulah nak pergi korek sendiri lumpur tu. 


Bergambar sekejap di pintu masuk ke Amman Beach dari pantai Laut Mati.

Begitulah pengalaman kami di Laut Mati. Sememangnya satu pengalaman yang unik dan lebih bermakna bagi kami kerana sejarahnya. 

SubhanAllah.

Selesai di laut mati, kami pun pulang semula ke Amman. Tapi sebelum tu singgah dulu di sebuah kedai souvenir Noumani Bazar (No-Money Bazar, kata Abu Sarah berseloroh). Ada macam-macam cenderamata menarik, tetapi harganya mahal bila convert o RM. 

Tiba di Amman.

Bersambung....

Di bawah saya senaraikan semua entries Jordan saya for easy reference:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. oh..
    so many things that I like about this entry!!

    the new watermark!!!

    no 12.. oh.. the ever so blue sky and the photographer in the foreground!!

    my favourite .. the lonesome tree .. no 27!!

    and n0 37 .. an unsual way to enjoy the sea.. bawak kerusi kedai Mak Limah dan letak dalam laut dan duduk rendam kaki!!

    psst..
    lagi banyak series lagi saya suka..!
    [ waiting eagerly for my dream place.. Petra!!]

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks doc :)

      That's my 'travel' watermark! Hehehe...

      Yep, sana langit memang la blue amat. Cloudless most times. Bila awal2 pagi especially. The whole atmosphere is just so inspiring.

      Yeah, me too. I just love capturing 'lonesome trees' especially those yg amidst wide open landscapes :)

      I know, right? Hehe.... I wish I brought my own chair also lah.. hehe.

      Petra photos are on the way. InsyaAllah soon. Shots byk sgt sampai payah nak pilih yg mana akan end up here :)

      Delete
  2. tuan,

    utk kucing - alaaa...tomeiiiiinyeeeee...
    utk unta n kambing - they are cute tooo...
    utk manusia - stunning, gebu's n seksi sehhh.....
    utk tukang tangkap gambar - great photos brother!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. thanks ff :)
      Subject matters kat sana sgt lah bermacam2. They all can't end up here. Pjg sgt lak entry nanti.. :)

      Delete