Lepas sarapan, kami bertolak ke Tokyo. Sewaktu bas bertolak, semua pekerja hotel beratur dan menunduk kepala tanda hormat sewaktu bas meninggalkan perkarangan hotel. Sayang betul tak ambil gambar pada masa tu.
Perjalanan dari Gunung Fuji ke Tokyo menggunakan Lebuhraya Ishikawa. Sepanjang perjalanan, kami melalui kawasan desa yang indah.
Jerami sedang dijemur untuk digunakan sebagai makanan binatang ternakan dalam musim dingin kelak.
Bullet Train yang dapat kami perhatikan sebaik tiba di bandaraya Tokyo.
Seterusnya kami ke Asakusa Temple.
Nakamise Shopping Street bersebelahan juga turut dikunjungi. Pelbagai cenderamata dibeli di sini untuk dibawa pulang. Sesuatu yang diperhatikan di Jepun ialah barangan yang dijual, baik di bandar atau di luar bandar, dijual dengan harga yang seragam. Kualiti barangan juga tidak berbeza. Jadi, jika anda berkenan sesuatu barangan, beli saja dan tak usah fikir panjang.
Patah balik ke temple.
Selepas melawat Asakusa Temple, Kitty membawa kami ke sebuah restoran berhampiran untuk makan tengahari. Disebabkan meja penuh, kami terpaksa beratur seketika sehingga ada meja yang kosong.
Ikan segar yang dimasak on the spot untuk dihidang kepada pengunjung. Gambar diambil sewaktu tengah beratur tunggu giliran masuk ke restoran. Tukang masak ni begitu sporting menggayakan ikan untuk diambil gambar.
Pemandangan dalam restoran sewaktu menunggu makanan dihidangkan. Tak tahu nama restoran ni sebab namanya hanya ditulis dalam tulisan Jepun.
Bersambung ke bahagian 04...
Di bawah ini saya senaraikan links untuk semua entries Japan saya:
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment