Wednesday, September 30, 2009

JAPAN - TOKYO DISNEYLAND

Kami sekali lagi berpeluang melawat "Happiest Place on Earth". Kali ini ke Tokyo Disneyland. Pada pandangan kami, Tokyo Disneyland ni lebih Happy dari Hong Kong Disneyland.





Tokyo Disneyland jauh lebih besar berbanding Hong Kong Disneyland. Kami tiba sejam awal sebelum Disneyland dibuka.


Tidak seperti pengunjung ke Hong Kong Disneyland, pengunjung ke Tokyo Disneyland amat menjiwai lawatan ke sini. Di mana-mana kelihatan kanak-kanak yang memakai kostum karekter kegemaran mereka seperti Cinderella, Peter Pan dan berbagai-bagai lagi.


Makan tengahari tidak disediakan sewaktu kami berkunjung ke Tokyo Disneyland. Jadi terpaksalah pandai-pandai mencari restoran dan makanan yang sesuai untuk makan tengahari di sana.































Oleh kerana waktu kami ke sana adalah waktu musim perayaan Halloween, parade di Disneyland juga bertemakan Halloween.


Orang Jepun cukup berdisiplin walau di mana-mana. Mereka juga cukup suka beratur. Maka tak hairanlah seawal 2 jam sebelum parade bermula, mereka telah mula menanti.


Sesuatu yang menarik diperhatikan ialah sesiapa yang berada di barisan depan akan duduk bagi memastikan orang di belakang juga dapat melihat parade dengan selesa.


Pengunjung-pengunjung Jepun juga sangat sporting. Bila diajak menari oleh petugas-petugas sebelum Parade dimulakan, mereka semua memberikan kerjasama dengan menggoyang-goyangkan badan walaupun tengah duduk menunggu Parade dimulakan.



















































Begitulah catatan ringkas percutian kami di Jepun. 

Di bawah ini saya senaraikan links untuk semua entries Japan saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment