Assalamualaikum.
Syukur Alhamdulillah saya dapat teruskan lagi catatan perjalanan-perjalanan saya sekali lagi.
Kali ini saya berpeluang lagi ke Sandakan, Sabah. Pada tahun 2013 saya dan isteri telah pun pergi bercuti ke Sandakan dan entry nya boleh di baca di sini. Jadi kenapa pergi lagi? Sebab kali ini saya [isteri tak dapat join] ikut serta kakak saya dan suami dia [serta seorang anak lelaki mereka] pergi melawat their daughter, Nabila, di Sandakan. Anak saudara saya itu was recently assigned to teach di sebuah sekolah di Sandakan. Jadi good reason lah saya nyibuk sekali. Also sebab lama dah tak jumpa dia pun :).
Kami naik MAS direct flight dari KLIA ke Sandakan.
Tertarik pula saya pada giant TVs ni :).
Saje le check weather conditions.
Suasana di KLIA.
Departure pukul 10:30 am.
Awal2 dah saya tanggal talipinggang dan simpan dalam bag kamera.. hahaha...
Departure di Gate A9.
Full flight. Cuaca di luar tu nampak baik. Alhamdulillah.
Sila beri perhatian sepenuhnya pada flight safety procedures.
Amin.
Flight path.
Makan! Hehehehe... tgh lapar pun masa tu.. hehe...
I opted for the sweet & sour fish with rice. Ok la, asal kenyang :).
Masa dah sampai ruang angkasa Sabah, pilot suruh jengok keluar tingkap kiri kapal terbang kalau nak tengok Gunung Kinabalu.
Took a couple of shots tapi nampak awan je.. hehehehe...
Alhamdulillah selamat mendarat.
Tapi suddenly semua terkejut sebab masa touch down tu tiba2 overhead compartments di bahagian depan terbuka sebab hentakan landing tu. Several yang terbukak! Good thing no bags tercampak keluar!
Lapangan Terbang Sandakan.
Locals ke tak, kena lalu Pemeriksaan Imigresen. Saya tak bawak passport so used IC. Pegawai Imigresen bagi Pas Lawatan [Sosial]. Jangan hilangkan dan beri pada Pegawai Imigresen masa balik nanti, kata dia. Ok...
Saje la nak selitkan flight path using Google Map.
Google Earth.
FlightAware.
Dan, FlightRadar.
Ok dari Airport Sandakan kami bergerak ke The Pavilion Hotel di mana kami menginap selama di Sandakan. Oh ya, di airport kami telah dijemput oleh En. Aziz, kawan kepada anak sedara saya. En. Aziz juga telah so graciously offer his assistance to take us jalan-jalan di Sandakan ni. Syukur Alhamdulillah.
The Pavilion Hotel. Cuma lebih kurang 10 min sahaja drive dari airport.
We took 1 family room and 1 single room. Room rate sangat berpatutan. Bilik besar dan selesa. Nice and quite. Ada all basic facilities.
Breakfast buffet yang sedap!
Dan yang juga bestnya hotel ni, well, at least from my room, ada view macam ni!
Di sana sunset memang la cantik sangat.
Lepas check-in, letak bags dan freshen-up a bit, kami terus bertolak ke sekolah where my niece teaches.
Macam biasa sepanjang perjalanan saya sibuk ambik gambar :).
Selamat Datang Ke Sandakan.
Masjid Datuk Haji Pengiran Galpam dan Universiti Malaysia Sabah.
Terdapat quite a few road works.
Ramai juga fruit sellers.
Di sana ada bas service ni. A van actually. This one goes to Kg.Melapi, Telupid, Simpang Sapi, Bt.32 [Check Point] dan Terminal Bas Bt.2 1/2. Tapi kami diberitahu sistem bas begini akan dihentikan dan akan diganti dengan sistem bas besar macam Intrakota tu.
Kami pun sampai ke kawasan Kuala Gum Gum. Ini adalah beberapa rumah-rumah yang kami nampak di sepanjang perjalanan.
Dan kami pun tiba di sekolah di mana anak saudara saya, Uztazah Nabila, mengajar. Nama sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Gum Gum Kecil. Gum Gum bukan disebut 'Gam Gam' ya, macam sebut chewing 'gum' tu. Sebut la seperti ejaannya :).
Oh ya, saya cukup terpesona dengan kebiruan langit Sandakan. Cantik. SubhanaAllah.
Cantik sekolah ni. Teratur dan kemas. Pondok RMT tu adalah kantin sekolah ini.
Masa kami ke sana hari tu adalah hari cuti am Good Friday. So sekolah tutup la. Tu yang kosong je.. hehe. Although I wished ada murid-murid masa tu. Baru meriah.. hehe.
Bilik Pengurusan dan Pentadbiran sekolah.
Ini pula adalah Pusat Sumber dan Akses Sekolah. Ia juga adalah perpustakaan sekolah. Teringin sangat saya nak ambik gambar suasana dalam pusat sumber ni tapi tutup.
Oh ya, this was our ride masa di Sandakan. Terima kasih pada En. Aziz kerana menyediakan transport yang cukup selesa untuk kami :).
Dan ini pula ialah bilik darjah. Di sekolah ini ada seramai 17 orang guru, kakitangan sekolah 4 orang dan 240 orang pelajar.
Sekolah ni ada sekolah pagi sahaja. Dalam satu masa pembelajaran akan ada lebih kurang 48 orang pelajar dalam satu kelas.
Betul2 sebelah sekolah ni ada surau.
Dan ini adalah En. Hamsani, the school's Security Guard. Seronok sembang dengan dia. Banyak dia bercerita tentang sekolah ni. Bila saya kata kami juga ke Sandakan untuk gi jalan-jalan terus dia memberikan cadangan tempat-tempat menarik yang boleh kami lawati :).
Since masa kami pergi tu sekolah tengah cuti, jadi Ustazah Nabila sent me these photos.
Ini di kantin. The boys duduk belah dalam dan the girls di bahagian depan. Separated.
Comel-comelnya mereka ni :). Yang pakai kain dan vest merah adalah Pengawas Sekolah. Dan yang pakai vest biru pula ialah Pengawas Pusat Sumber.
Dan yang comel kiut miut ni pula ialah pelajar pra-sekolah atau tadika. Ada juga tadika di sekolah ni. Tak perasan pulak ada tadika masa jalan-jalan tu so tak de la fotonya.
24/04/2015: Ok, here are a few more photos just received from my niece. I thought it'd be nice to include them here :).
Ini adalah meja anak saudara saya :)
Ini adalah bilik guru.
Ini pula adalah perpustakaan sekolah.
Juga perpustakaan sekolah.
Ini pula bilik JQAF di mana anak saudara saya mengajar pelajar-pelajar pemulihan yang tidak tahu Jawi.
Ini bilik tayangan.
Syukur Alhamdulillah kami dapat melawat sekolah niece saya tu. Terutama seronoknya ialah my sister kerana memang telah lama teringin nak lihat sekolah di mana anaknya mengajar.
Ok, selesai our first lawatan di Sandakan.
Bersambung....
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
























































