Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Sunday, April 3, 2022

RAMADHAN

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur dan sekali lagi ditemukan dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan

Selamat berpuasa. Semoga tahun ini lebih bermakna buat kita.


Kisah percutian saya dan isteri di Miri/Kuching akan disambung selepas Hari Raya, inshaAllah.

Meanwhile, do take care.

Assalamualaikum.

Saturday, May 18, 2019

SALAM RAMADHAN

Salam Ramadhan Al-Mubarak. 

Semoga ibadah berpuasa dapat dilaksanakan dengan sempurna, InsyaAllah.




Friday, September 4, 2015

RAMADHAN 1436H

Assalamualaikum dan Salam Jumaat :).

Banyak sangat entries Jalan-Jalan Pantai Timur sampai now baru dapat nak up entry Ramadhan 1436h :).

Dalam entry ni saya muatkan foto-foto suasana bulan Ramadhan tahun ni yang sempat saya tangkap :).

For sure ada foto-foto di Bazaar Ramadhan. Saya tu sekali je la pegi bazaar ni. Itu pun saje nak gi tengok2 dan ambik gambar. Also nak cari kuih buah Melaka for wife. 

Bila lapar, semua nampak sedap. Tambah pulak dengan bau-bauan yang sangat menggoda! Sini ada cucur sayur, murtabak ayam dan daging, vade, roti boom dan ayam goreng.

Tiap tahun di Bazaar Ramadhan ni ada peniaga ni yang jual pelbagai lauk pauk. Staffnya semua akak Indon. Memang banyak pilihan lauk dan boleh tahan sedapnya. Tapi mahal! 

Kalau beli di gerai ni, tak boleh beli sikit2. Contohnya, kata la kita nak lauk sayur dalam RM2.00 je. Tak boleh. Kalau nak mesti beli minimum RM3.00. Like that also got! 


Ada Kebab Roti Pita dan Roti John by Sidewalk Kitchen. 
Ada Murtabak dan Roti Boom Pak Din [dari Baba Jee]. 
Ada Lamb Grill [kambing golek] Nuar Chee Ee. 

Ada Nasi Lemak Ayam Goreng Kentucky.
Ada mee/keow teow goreng kuali/kawah. 
Ada Murtabak Firdaus Marvelous.
Ada Nasi Lemak Legend, 
Ada Ikan/Kerang Bakar Special dan Nasi Ambang. 
Ada Ayam Penyet Havoc Masyhur. 
Ada Uncle Bob's Fried Chicken and Jumbo Cheese [original or spicy] 

Ada lauk ikan pari asam pedas.
Ada batang keladi masak asam - favourite nih!
Ada drinks: air kelapa, air cincau, air lemon dan air katira [I have no idea ni air apa]. 
Ada Madimi's Yogurt dengan perasa asli, strawberry, anggur, mangga dan tembikai susu. 
Ada popia basah - popiah ni sedapppp! 

Tapi saya cuma beli karipap 2 ketul dan kuih buah Melaka for wife. I am so proud of myself lah.. hehehe... 

Ingatkan nak belikan mak kuih2 raya ni tapi tak jadi sebab mahal sangat. Sebotol kecik tu RM30.00!

Ada sekali tu kami berbuka durian. Ni first time [and last time] kami makan musang king ni. Mahal benor!

Masa Ramadhan elok kalau ziarah kubur keluarga yang telah pergi. Tak semestinya pergi masa 1st day raya. Lagi pun masa tu ramai orang dan tak begitu tenteram. Ni kubur arwah ayah saya di Klang.

Kami juga menziarahi kubur-kubur arwah mak dan pak mertua saya di Batu Gajah, Perak.  

Satu hari tu selepas solat Asar di Masjid, saya ternampak dua orang pak cik ni yang dah tua dan saling tolong menolong sesama mereka berjalan ke arah kereta. Salah seorang dari mereka adalah seorang pemandu teksi. Terharu betul saya tengok. 

Management condo saya letak notice ni. Hish.... budak2 ni!!! Nak salahkan siapa? Mak bapak? Mana la larat nak kawal 24 hours. Nak salahkan kawan2 kasi influence tak baik? There are only so much parents can do in this instance. Plus how to monitor la. 
Yang salah penjual fire crackers tu lah!  

Hampir setiap malam di masjid yang saya frequent iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra' pada bulan Ramadhan ada berbuka puasa di sponsor oleh individu2. SubhanAllah, besar pahala bagi orang makan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. 

Setiap kali ada majlis ni pasti ramai yang hadir. Alhamdulillah.

Yang memasak ialah orang Pakistan. Lauk ialah kambing. Mereka ni memang pakar masak kambing. MasyaAllah, bau masakan mereka sedap sungguh! 

Nasi dan daging kambing berserta sayur dihidang dalam dulang besar kongsi dalam 4 atau 5 orang sedulang. Nice!


Dan setiap kali mereka masak, pasti mereka akan selesaikan segala tugas sehingga bersih dapur masjid. Ramai yang volunteer tolong basuh periuk, dulang dan semua perkakas yang digunakan semasa memasak. 
SubhanAllah besar sungguh pahala yang mereka dapat di bulan Ramadhan tu. 

Di masjid Fatimah Az-Zahra' ni juga diadakan majlis Tazkirah setiap malam dengan mengundang ramai para Ustaz dan Pendakwah. Pihak masjid siap buat poster ni. So awesome!

Di white board masjid juga sentiasa ada latest updates of tarikh/waktu, tazkirah dan nama2 penceramah.  

Suasana dalam masjid ketika ada majlis Tazkirah. Masjid ni berhawa dingin, so sangat selesa. Tapi jangan pi tidoq pulak :). 

Juga ada Tazkirah2 khas untuk para Muslimat. Jemaah lelaki juga boleh hadir. 

Para jemaah juga sangat digalakkan untuk bersedekah apatah lagi semasa bulan Ramadhan. Jadi oleh itu, sangatlah eloknya kalau bagi duit raya dalam bulan Ramadhan dari bagi masa hadir Syawal bagi mendapatkan pahala bersedekah dalam bulan Ramadhan :).

Pada sepanjang minggu pertama dan kedua Ramadhan yang mengimami solat Tarawih kami adalah adik ni. Dia adalah seorang Hafiz, yang hafal Al Quran. Saya agak adik ni baru berumur 15 tahun. SubhanAllah. 

Ada juga sekali tu seorang remaja bernama Rahman yang berasal dari Syria yang juga seorang Hafiz requested if he could be the imam for the solat Tarawih. He is 20 years old. Tentulah imam masjid benarkan. Later saya sempat bersembang dengan ayah remaja tadi yang bernama Daud, rupanya Daud ni pun Hafiz juga. Bapak dan anak Hafiz. MasyaAllah.

Dan pihak masjid juga ada menjemput Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2011 Amirahman Abas. MasyaAllah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran beliau ketika solat tarawih begitu menusuk kalbu sehingga menitis airmata. 
Alhamdulillah Ya Allah. 

Mereka adalah antara beberapa orang penceramah yang dijemput oleh pihak masjid untuk majlis Tazkirah sepanjang bulan Ramadhan 1436h. Memang rasa seronok sangat dapat menghadirkan diri ke majlis2 ilmu sebegini. Ustaz2 ni memang bagus2 belaka. Di masa itu saya terasa sungguh keindahan bulan Ramadhan. SubhanAllah.


Muslimat juga begitu ramai yang hadir. Section untuk jemaah wanita sentiasa penuh!


Adik ni juga saya noticed sering menghafal Quran. Dia datang bersama ayah dia. Saya lihat ayah dia begitu gembira. Ramah dan humble sungguh orangnya.
SubhanAllah. Saya seronok dapat berjumpa dengan orang2 begini.  

Antara nota2 tazkirah yang sempat saya catat dalam handphone. Cuma the gist sahaja. Since tak sempat nak tulis semua details, saya rakam audio tazkirah2 tu :). 

Pagi Syawal pun datang. Terasa sedih melambai pemergian Ramadhan. Semoga Allah memanjang umur kita agar kita dapat menikmati kurniaanNya yang melimpah semasa bulan Ramadhan di tahun hadapan. 

Saya bersolat hari raya di Masjid Bandar Diraja Klang. Ni pemandangan dari masjid tu.


Masjid Bandar Diraja Klang.




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Sunday, August 28, 2011

HARI TU

Just some observations and other stuff, in pictures...

Raya coming, so much stuff to be discarded... so much... surprising, considering I have all these unwanted stuff all this while.... shish...

Lately, kejap nice sunny day with blue sky and then the next minute downpour.... 

Like previous years, wife got raya hampers... lots of sweet stuff which I can't enjoy... bummer...:(


Wife nak makan ikan bakar pulak. So gi la restoran ayam penyet. New restaurant baru bukak kat Ampang ni. Wife said it was quite nice but very pedassss....

One day tu, on the way back from office, got stuck in traffic jam. Ramai orang tengah nak gi shopping. While mengesut-ngesut dalam jam tu nampak these adverts. So kalau tengah sesak nak belanja raya and tak der duit but got gold at home, call le these guys. On second thought, don't. Harga emas tengah naik, keep dulu.

Ok, masa Ramadhan and especialy raya jangan le melantak all those oily high carb foods. Makan gak greeneries ok.

Kononnya tak nak le get stuck in traffic jam, so naik LRT. LRT pun jam jugak dengan manusia.

Usual sights if go shopping. Why la do some wives make their husbands wait at lingerie sections?

Ni masa just a few days before the coming of Ramadhan. Inikah cara masyarakat kita membuat penyediaan menyambut kedatangan Ramadhan? Dengan menganjurkan pertandingan menyanyi? Astaghfirullah...

I'm having stuff like these nowadays. Plan toast and unsalted unpeppered scrambled eggs, tea [with no sugar] and tom yam. I'm getting used to it already sampai kalau tengok oily food I feel loya...

My wife had these.... saya tengok je la...

Temankan wife cari baju kurung. Saya tenggelam dalam rows and rows of baju kurung. Semuanya on sale. I see women making their ways among the rows with husband and kids in tow. Seriously how many baju kurung does a woman need?

And of course, pada masyarakat kita, kalau tak ke bazaar ramadhan macam tak lengkap Ramadhan. Dah macam satu culture pulak. Hari tu saya beli mee goreng. Itu je saya beli despite so many other food stuff yg nampak menarik. I was so proud of myself... hehe. Tapi yang sedihnya bila time buka mee tu dah dekat nak basi. And I bought it about just an hour ago. Macam mana la orang berniaga ni....
Anyway, keadaan dah mula agak lenggang dah. Ramai dah balik kampung gamaknya...

Then I saw them. My wife asked me a excellent question, 'Macam mana diaorg datang sini?'.

Anyway, selamat hari raya semua :)

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.