Friday, October 18, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - CROSSING THE STRAIT OF GIBRALTAR - PART 02

Assalamualaikum.
Perjalanan kami ke Sepanyol dengan menaiki feri dari Morocco diteruskan.

Terus juga merakam pemandangan dari dek terbuka feri ini.

Apparently there are speed boat tours for tourists at this strait. 


Looks like a lot of fun 😃.

Jadi mengapa bot laju ini datang begitu dekat dengan feri ini? Melihat foto di bawah, nampaknya pemandu bot laju itu sengaja mahu melalukan bot laju itu merempuh gelombang yang dihasilkan oleh feri ini supaya bot laju itu terlambung dan menjadikan perjalanan bot itu lebih adventure 😃.

Kalau tak silap, gunung yang kelihatan itu ialah Jebel Musa. Gunung ini terletak di banjaran Rif dengan ketinggian 842 meter. 
🔴Jebel Musa ialah sebuah gunung di bahagian paling utara Maghribi, di sebelah Afrika Selat Gibraltar. 
🔴Ia adalah sebahagian daripada rantaian gunung Rif. 
🔴Gunung ini dikenal pasti sebagai Pillar of Hercules selatan atau Mons Abila (Gunung Abila atau Abyla).
🔴Jebel Musa, dinamakan, menurut ahli geografi Muslim Berber abad ke-14 Ibn Battuta, sebagai penghormatan kepada Musa ibn Nusayr, yang kepadanya penakluk Andalusia Tariq ibn Ziyad berhutang taat setia. 
🔴Ia juga dikenali oleh orang Yunani dan Phoenicia purba sebagai Gunung Abyla dan oleh orang Rom sebagai Columna. 
🔴Bersama-sama dengan Rock of Gibraltar di utara, ia secara amnya dikenal pasti sebagai salah satu Pillar of Hercules.

🔴Selat Gibraltar adalah salah satu laluan air paling sibuk di seluruh dunia. 
🔴Kira-kira 300 kapal melalui selat ini setiap hari, atau satu kapal setiap lima minit. 
🔴Pelabuhan Maghribi Tanger-Med, terletak berhampiran Tangier, adalah pelabuhan penting di selat ini.
🔴Selat Gibraltar mempunyai 7,000 "ship calls" setiap tahun. Pelabuhan perhentian perantaraan ini dipanggil "port of call". Juga dipanggil "port of refuge", "port of call" biasanya bukan sebahagian daripada jadual perjalanan kapal. Kapal boleh "call" pelabuhan perantaraan tersebut jika memerlukan persinggahan atas pelbagai sebab, seperti: Operasi kargo (pembersihan, pembaikan atau penyelenggaraan) dsb.

How much trade crosses the Strait of Gibraltar?
The strait facilitates the movement of half of global trade, a third of gas and oil, 80% of goods consumed by the EU and 20% of global cargo traffic.

Mengapa Selat Gibraltar begitu sibuk?
Secara keseluruhannya, gabungan lokasi strategik, laluan perdagangan, transit tenaga, industri perikanan, pelancongan dan kepentingan ketenteraannya menjadikan Selat Gibraltar sebagai salah satu selat paling sibuk di dunia.

Selat Inggeris ialah laluan perkapalan paling sibuk di dunia, diikuti oleh Selat Melaka, Selat Hormuz (terletak di antara Iran dan Oman), Suez Canal dan Panama Canal.

🔴Foto di bawah adalah Isla de Tarifa (Pulau Tarifa), yang merupakan daratan terakhir/paling selatan benua Eropah, sebelum tenggelam di perairan Selat. 
🔴Titik paling selatannya, iaitu Punta de Tarifa, terdapat sebuah rumah api yang dibina pada abad ke-19 menggunakan menara suar (beacon tower) dari abad ke-16. 
🔴Ia adalah rumah api pertama yang dibina di Selat Gibraltar.

Sekarang menara lighthouse itu ialah sebuah muzium: Centro de Interpretación de la Isla de Tarifa - Tarifa Island Interpretation Center. 
🔴Lighthouse itu tingginya 33 meter.
🔴Ia adalah rumah api paling selatan di seluruh benua Eropah.
🔴Rumah api itu didirikan di atas tapak menara pengawas (watchtower) abad ke-16 yang telah perintah bina oleh Raja Phillip II dan dibina pada tahun 1588.
🔴Ia merupakan rumah api pertama yang dibina untuk menerangi perairan Selat Gibraltar, pada tahun 1813;
🔴Rumah api itu telah diklasifikasikan sebagai Cultural Asset of Interest dan dimasukkan ke dalam Andalusian Historical Heritage Catalogue.

Dalam foto di bawah ialah hujung pulau ini (Isla de Tarifa) dan ia adalah titik paling selatan Semenanjung Iberia dan titik paling selatan benua Eropah.
🔴Sepanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar, dan sebahagian kecil Perancis berada dalam Semenanjung Iberia, dengan Sepanyol dan Portugal membentuk sebahagian besar kawasan itu.
🔴Isla de Tarifa kini sudah disambung ke tanah besar melalui tambak.
🔴Titik ini juga dikenali sebagai Punta de Tarifa atau Punta Marroquí (Tarifa Point atau Moroccan Point).
🔴Ia terletak di wilayah Cádiz dan komuniti autonomi Andalusia di hujung Atlantik Selat Gibraltar.
🔴Pulau ini mempunyai pangkalan tentera antara tahun 1930-an dan 2001.
🔴Nama Tarifa, baik untuk pulau dan perbandarannya, berasal dari Tarif ibn Malik, yang pada tahun 711 memulakan penaklukan Islam Hispania di sini.
🔴Lawatan ke Pulau Tarifa adalah terhad, dan akses memerlukan permit daripada Parque Natural del Estrecho.



Kelihatan sebuah kubu lama di pulau itu yang dipanggil Batería acasamatada de Daoíz y Velarde atau Daoíz and Velarde's casemate battery. 
🔴A "casemate" is an armored building or fortified gun position that is used to fire weapons from within a warship, fort, or armored fighting vehicle.
🔴A double city wall having chambers divided between the walls that could be filled to better withstand battering rams during a siege is referred to as a "casemate wall" in antiquity.
🔴The French word "casemate" refers to the enormous vaults found inside fortifications that are designed to fend off artillery assaults. Usually concealed behind ramparts, the casemates were made of mud mounds or brick walls. Heavily armed artillery was also supported by its sturdy construction and lofty vaults.

 Titik paling selatan benua Eropah.

Tarifa Island Interpretation Center and Tarifa Lighthouse.

Kelihatan ada banyak wind trubines di atas gunung sana. Itu adalah Subestación P.E. Los Lances - P.E Substation The Lances, sebuah stesen janakuasa letrik angin di Sepanyol. 

🔴Sepanyol berada di kedudukan kelima dari segi pemasangan kuasa angin selepas China, Amerika Syarikat, Jerman dan India dan yang kedua di peringkat Eropah.
🔴Pada masa ini di Sepanyol terdapat 22,042 turbin angin dipasang di 1,345 ladang angin di lebih 800 majlis perbandaran. 

🔴Sepanyol ialah pengeksport turbin angin ketiga terbesar di dunia, selepas Denmark dan Jerman.
🔴Pada 2022, bekalan kuasa yang dijana daripada sumber tenaga boleh diperbaharui Sepanyol mencapai 42.2% daripada jumlah penggunaan kuasa di Sepanyol. Sepanjang tahun 2022, kuasa angin merupakan sumber penjanaan elektrik kedua terbesar Sepanyol.

🔴Terdapat dua jenis angin di Tarifa: Levante yang datang dari timur dan Poniente yang bertiup masuk dari barat. Disebabkan oleh kekuatan dan konsistensi hari berangin, Tarifa mempunyai ratusan turbin angin. 



Itu Castillo de Santa Catalina - Santa Catalina Castle, antara binaan bersejarah yang dapat dilihat oleh penumpang feri ini ketika feri sedang menyusur ke pelabuhan.
🔴Ia salah satu simbol Tarifa, yang nampaknya seperti lain-lain istana yang berusia berabad. Tapi sebenarnya ia bukanlah sebuah istana dan tidak juga berusia berabad. 
🔴Sebenarnya dibina pada tahun 1931 sebagai menara pemerhatian dalam gaya istana abad ke-16, di atas bukit kecil dengan nama yang sama, iaitu Santa Catalina Hill.
🔴Ia menduduki lokasi strategik yang menghadap ke Mediterranean dan Playa Chica, tambak ke Isla de los Palomas dan Lautan Atlantik, serta Playa de los Lances.

🔴Sejak itu ia pernah menjadi pusat kawalan untuk perkapalan di Selat Gibraltar, dan stesen cuaca untuk Armada Española (Spanish Royal Navy) dan kemudiannya Instituto Nacional de Meteorología (Spanish National Met Office).
🔴Pada tahun 2001 pemilikannya dikembalikan kepada Tarifa Town Council dan ia telah ditambah kepada senarai Instituto Andaluz de Patrimonio Histórico (Andalusian Institute of Historical Heritage)  untuk dimasukkan sebagai B.I.C. (Bienes de Interes Cultural - Assets of Cultural Interest).




Terdapat beberapa kubu lama di pulau ini.



Ini bot laju yang kami nampak tadi.


Pilots boat.

Kelihatan ada orang sedang memancing di tebing sana. Let's zoom-in.



Beberapa lagi kubu yang ada di pulau ini.


Bot Delfyn 707 Spirit, bot bermotor sesuai untuk memancing dan riadah dengan harga 29,900€ atau RM140k.


Merakam keunikan dinding tebing Isla de Tarifa.

Berlubang besar akibat kesan hakisan ombak dan angin kuat berterusan membentuk gua yang besar. Semua tiang-tiang batu semulajadinya sudah runtuh.

Bahagian ini kelihatannya tiang-tiang batu semulajadinya masih kukuh.  


Castillo de Santa Catalina.

The Playa Chica - Chica Beach, sebuah pantai berpasir yang memisahkan Atlantik dan Mediterranean, popular untuk berenang dan meluncur apabila angin kuat. Ia terletak di antara pelabuhan dan Isla de Tarifa.

Saya baca pantai ini adalah a family friendly beach dan bukan "nude beach", tapi ada yang topless. I guess being topless is not consider as fully nude ke?

So it's good that I blur the nudity la.

I read on the internet:
Person 01: "You should anticipate seeing a lot of topless women on the beach when visiting Spain."
Person 02: "There are fewer women topless on beaches, even in Spain. It was highly common among both young and old people a few years ago, and many women engaged in it. Despite the fact that more people go topless than in other European nations, more ladies are wearing tops these days. Speaking with my Spanish friends, they told me that they only go topless now days on small beaches, on boats, or anywhere there aren't many strangers around."




Dari feri ini juga boleh nampak Castillo de Guzman el Bueno (Castle of Guzman the Righteous). Juga dikenali sebagai The Castle of Tarifa.


Wind turbines at P.E. Substation The Lances.


Puerto de la Rada - Port of Bay.



Apartamento El Puerto - Apartment El Puerto - holiday apartments.

La Residencia Puerto Hotel & Spa - Hotel & Spa La Residencia Puerto - a 4 star hotel.



"El Sagrado Corazón de Jesús" or "The Sacred Heart of Jesus" statue.

From 1944 onwards, the statue known as "El Sagrado Corazón de Jesús" or "The Sacred Heart of Jesus" greets and bids farewell to the various boats that arrive in the port of Tarifa. The José Capuz Mamano's sculpture is referred to as the "Punta del Santo" informally.









Menunggu feri selesai berlabuh.

Castillo de Santa Catalina.





Waktu di Tarifa (Spain) adalah 6 jam lebih lewat berbanding Kuala Lumpur (Malaysia). Ia juga awal sejam berbanding waktu di Morocco.

Kami tiba di Tarifa pada pukul 12.15 tengahari waktu tempatan. 




Keluar dari feri.







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment