Wednesday, June 19, 2024

LABUAN - FROM LABUAN TO MIRI

Assalamualaikum.
Tiba masanya kami balik ke KL. Penerbangan pesawat MASwings kami dari Labuan ke Miri dijadualkan berlepas pada pukul 10:40 pagi. Selepas itu dari Miri ke KL pada pukul 1:50 petang dengan Malaysia Airlines. 

However the day before our Labuan-Miri departure, kami terima mesej dari MASwings yang flight kami akan berlepas lewat iaitu pada pukul 1:30 petang. Jadi tentulah kami tidak akan sempat untuk ke connecting flight kami dari Miri ke KL pada pukul 1:50 petang.

Oleh itu kami dihubungi oleh MASwings untuk pindah flight Labuan-Miri kami ke waktu berlepas yang lebih awal, iaitu ke pukul 7:55 pagi. Tambah petugas itu lagi, kalau kami terlepas flight Miri-KL itu, available seats yang ada untuk penerbangan seterusnya dari Miri ke KL adalah dalam masa 5 hari lagi!

Jadi awal pagi lagi kami sudah check-out dari bilik untuk ke airport. Mujurlah airport Labuan tak jauh dari hotel penginapan kami ini iaitu Tiara Labuan Hotel. 

Suasana subuh di Tiara Labuan Hotel.

Kami menggunakan free shuttle service dari hotel untuk ke airport. 


Dari hotel ke airport tak jauh, cuma lebih kurang 3.5 km atau 6 minit drive.

Tiba di Lapangan Terbang Labuan. Sunyi sepi airport ini masa itu.





Kaunter check-in pun masih belum dibuka.

Departure information.

Check-in untuk penerbangan ke Miri

Ada kejutan masa kami sedang check-in. Malaysia Airlines beri kami free upgrade ke Business Class untuk flight Miri-KL kami. Perhaps as compensation or inconvenience caused due to the delay of the MASwings Labuan-Miri flight. Apa-apa pun Alhamdulillah.

Boarding passes kami.

Kerana kami terpaksa check-out awal dari hotel makanya tak sempatlah kami untuk sarapan di hotel. Jadi kami belilah buns dan air botol.

Memandangkan masih ada banyak masa lagi sebelum departure, kami pun jalan-jalan ambil gambar di airport ini.


Lapangan terbang itu adalah salah satu daripada lapangan terbang Borneo Malaysia yang dinaik taraf pada tahun 2000an hingga 2010an, dan seni binanya kelihatan seperti versi mini KLIA seperti bumbung/kanopi ini.

Labuan dihubungkan melalui udara melalui Lapangan Terbang Labuan. Kesemua 3 syarikat penerbangan utama Malaysia mempunyai penerbangan yang menghubungkan Labuan ke Kuala Lumpur, walaupun mempunyai antara 1 hingga 2 penerbangan sehari di kedua-dua arah. Terdapat juga penerbangan jarak pendek ke destinasi di Sabah dan Sarawak yang dikendalikan oleh MASwings, anak syarikat Penerbangan Malaysia.

Kerajaan Malaysia bercadang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memulihkan ekonomi pulau bebas cukai itu. Cadangan itu kini dalam semakan dalam kajian Rancangan Struktur Labuan 2040, dan ia dijangka akan menjadi pengubah dalam meningkatkan ekonomi tempatan Labuan.

Di dalam ada mural-mural besar yang cantik mempromosi tempat-tempat/aktiviti menarik di WP Labuan.

Tentulah mural Menara Chimney juga ada kerana ia adalah salah satu tarikan penting di WP Labuan.


Suasana matahari terbit yang sangat indah di Labuan dilihat dari Labuan Airport.

Di sini ada maklumat tentang 'Sejarah Lapangan Terbang Labuan'.




Jom kita ke hujung sana.





Labuan Airport's ATC (Air Traffic Control) Tower and ATC Radar Tower.


Satu lagi mural besar di dalam airport ini.


Sejam sebelum waktu perlepasan, kami bergerak menuju ke Boarding Gate. Penumpang yang ingin pergi ke Miri perlu melalui pemeriksaan imigresen terlebih dahulu.

Merakam keindahan matahari terbit dari Labuan Airport ini.



Boarding Gate.


Tempat menunggu.


Pada pukul 7.20 pagi, semua penumpang pesawat MASwings MH 3221 dari Labuan menuju ke Miri dipanggil masuk ke dalam pesawat.


Pesawat MASwings yang akan membawa kami dari Labuan ke Miri.


Kami ada jalan-jalan di Tanjung Kubong ini semasa melakukan 'Labuan Chimney Walking Trail'.




Turun ke bawah untuk ke pesawat.

Pemandangan dalam airport dan apron.

Berjalan di apron menuju ke kapal terbang.

Syukur Alhamdulillah cuaca pagi itu cukup baik sekali. Isteri ada bercerita yang semasa event office semalamnya, rakan office dia ada beritahu ada pesawat MASwings ke Miri terpaksa berpatah balik ke Labuan selepas tidak dapat mendarat kerana cuaca buruk. Kami sendiri juga pernah mengalami pengalaman yang serupa masa kami bercuti ke Sandakan di Sabah pada tahun 2012 dulu. Pesawat MASwings yang kami naiki ketika itu terpaksa berpatah balik ke Kota Kinabalu kerana gagal mendarat di Sandakan disebabkan cuaca buruk.

Actually, rasa seronok pulak jalan ke pesawat begini 😃. Seronok dapat ambil gambar sebab bukan selalu dapat peluang begini 😄.

MASwings - Wings of Love.

Beratur naik ke pesawat.

Cepat-cepat minta isteri berposing 😄.


Armada MASwings termasuk 8 pesawat ATR 72-500 dan 6 DHC- 6-400 Twin Otter. Setakat hari ini, MASwings menyediakan perkhidmatan untuk 22 destinasi termasuk Brunei berdasarkan perkongsian kod (code share) dengan pangkalan utama di Kota Kinabalu dan Miri.
Pesawat yang kami naik ini adalah pesawat ATR 72-500
ATR 72–500. The Most Effective. Standard. With its latest generation of turboprop technology, comfort, customer appeal, performance, and economy, the ATR 72-500 opens up new possibilities for regional airlines throughout the globe.

Jom kita naik pesawat.

Gambar tangga pun mestilah rakam 😄.

Suasana dalam pesawat.


Pemandangan Labuan Airport dari dalam pesawat.

MASwings' cabin crew.


Pesawat ATR 72-500 MASwings kami MH 3221 dari Labuan ke Miri berlepas mengikut jadual pada pukul 7.55 pagi.

Meninggalkan WP Labuan.

Penerbangan dari Labuan ke Miri dengan MASwings ambil masa 40 minit.


Pesawat ATR 72-500 MASwings

Ada kipas tangan disediakan.



Snek kepada penumpang. 


Kacang masin, cream puff dan sus coklat. Alhamdulillah, saya memang lapar pun masa tu sebab tak sempat nak have proper breakfast tadi 😄.




Sudah pun nampak Miri. 






Pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada pukul 8.35 pagi mengikut jadual.

Farewell dari cabin crew MASwings. 

Di Miri juga kami turun ke apron untuk ke bangunan terminal. Begitulah untuk pesawat ATR, ia rendah dan pintunya buka ke bawah dengan tangga. Jadi tak bolehlah guna airbridge.

Merakam pesawat dari beberapa sudut.



Berjalan ke bangunan terminal Miri Airport.


Ini pintu masuk ke bangunan terminal. Saya rasa mungkin eloklah kalau buat entrance ini more 'welcoming'. Macam sedih tengok pintu tu disendal dengan batu dan lipatan kertas 😄. Tulisan "Gate 5" dan "Immigration/Baggage claim/Transit" also looked so faded already. I don't think it'll take/cost much to spruce up this entrance. 

Kena naik tangga. Tiada escalator. Mungkin sebab penumpang cuma kena panjat satu tingkat sahaja. 

Ada pemandangan yang cantik di tempat menunggu ini.



Semua penumpang dari Labuan yang tiba di Miri perlu melalui pemeriksaan imigresen. Kita akan diberi kertas visa untuk masuk ke Sarawak. Disebabkan kami cuma transit sahaja di Miri, sekejap sajalah kami memegang visa ini. Visa ini perlu diserahkan kembali kepada imigresen sewaktu masuk ke Boarding Gate untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment