Assalamualaikum.
Lepas selesai makan tengahari, sebelum hantar kami balik ke hotel penginapan kami, Cik Ayu ajak kami singgah di sebuah bangsal kuda untuk melawat kuda dia. Excited saya sebab the only time I had the opportunity to visit a horse barn was when my wife and I visited UPM Equestrian Stable many years ago.
Meneruskan perjalanan ke bangsal kuda. Tak jauh, cuma 5 km atau 9 minit drive dari restoran Pondok Cahaya Mentari, where we had our lunch.
Kami berhenti sekejap di sebuah mini market sebab saya nak cari sejenis minuman local product yang dikatakan begitu popular di Labuan ini oleh peniaga di gerai makan di Pantai Tanjung Batu where I had my lunch on the second day I was in Labuan.
Jom kita masuk.
Bertanyalah kami pada staff di mart ini tentang minuman itu.
Sebenarnya according to the peniaga, minuman brand ini ada pelbagai perasa. Yang kami jumpa ini adalah jenis kordial, yang mesti dibancuh dengan air. Yang saya cari yang boleh minum terus tapi tak ada pula.
Di bawah ialah foto Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, sebuah ladang solar photovoltaic (solar farm), Kampung Tanjung Kubong. Ia sebuah loji berkapasiti 5MWac.
🔴Loji solar di Labuan dapat membantu menangani masalah catuan bekalan disebabkan oleh kekurangan kapasiti penjanaan grid susulan peningkatan margin rizab Grid Sabah ketika waktu beban puncak pada siang hari.
🔴Usaha ini juga seiring dengan pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui di Grid Sabah.
Dan kami pun tiba di bangsal kuda di mana kuda Cik Ayu dijaga. Nama bangsal ini ialah Sadad Equestrian Labuan yang beralamat di Jalan Batu Manikar Labuan. Lokasinya di sebelah Palm Beach Resort & Spa.
🔴Sadad Equestrian is the only equestrian center in Labuan.
🔴Di Sadad Equestrian ada horse riding, traditional archery and horseback archery.
🔴Pada November 2023, Sadad Equestrian Labuan dengan kerjasama Persekutuan Memanah Berkuda Malaysia telah menganjur 'Pertandingan Memanah Berkuda Antarabangsa Labuan 2023' yang julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Borneo. Ia telah mendapat sambutan hangat dengan penyertaan membabitkan peserta tempatan dan luar negara. Pertandingan ini turut mendapat kerjasama dari Palm Beach Resort and Spa, Pelancongan Malaysia, Perbadanan Labuan dan Persatuan Memanah berkuda Sabah.
Kuda Cik Ayu ada di bangsal sana, di bawah teduh pohon-pohon besar.
Side note: Cik Ayu adalah seorang yang gemar sukan lasak. Dia sedang berlatih untuk mendaki Gunung Kinabalu tidak lama lagi bersama kawan-kawannya di Labuan. Di samping itu, Ayu juga mempunyai lesen PADI untuk membuat Scuba Diving. Di Labuan ini juga, Ayu turut memiliki seekor kuda kerana dia gemar menunggang kuda.
Si Aurora ini bila nampak Cik Ayu, terus dia jadi excited. So adorable. Kata Cik Ayu, Aurora adalah seekor kuda betina yang berusia 18 tahun. Kalau mengikut usia kuda yang rata-ratanya boleh mencecah usia sehingga 50 tahun, maka bolehlah dikatakan yang Aurora ini adalah seekor kuda remaja. Aurora sebenarnya berasal dari Argentina dan pernah dimiliki oleh seorang kenamaan sebelum dibeli oleh Ayu.
Tengah beri Aurora makan lobak merah.
Kita juga dinasihatkan supaya berhati-hati sewaktu memberi kuda makan kerana kuda gemar menggigit dan gigitan kuda sangat kuat.
Ada juga isteri bertanya betulkah kuda tidur berdiri? Kata penjaga kuda, kuda akan berbaring kalau tidur nyenyak. Kalau tidur berdiri itu kira macam napping.
Banyak carrots si Aurora dapat hari itu. Yang Cik Ayu bawa, habis semuanya di makan dengan begitu enthusiatic dan comel 😃😊.
Boleh dengar dengan jelas bunyi krak kurk Aurora mengunyah carrots 😃.
Amboi, si Aurora begitu manja pulak dengan isteri. Saya pula tak begitu berani dengan kuda. Saya baca ada penyelidikan menunjukkan bahawa kuda boleh mengenali emosi manusia dan bertindak balas terhadap keadaan emosi manusia. Agaknya Aurora dapat rasa saya tak berani nak dekat dengan dia... hihihi 😅.
Cik Ayu sedang memasang horse bridle sebelum bawa Aurora keluar dari kandang.
Setelah sekian lama memiliki kuda, Cik Ayu tentunya sudah cekap memasang house's gears.
Aurora saya nampak macam happy je dapat keluar kandang 😃.
Walau pun nampak macam kurus tapi kata penjaga kuda di pusat ini Aurora berada pada berat badan yang ideal, tidak terlalu kurus atau gemuk. In fact, antara perkara yang dititikberatkan dalam penjagaan kuda adalah untuk menjaga berat badan kuda dan memastikan kuda mendapat cukup senaman.
Bergambar bersama Aurora. Ini foto-foto yang dirakam ketika isteri melawat Aurora semalamnya. Ketika itu isteri menyaksikan Cik Ayu menunggang Aurora di tepi pantai.
Akhirnya saya beranikan jugak diri dan beri Aurora makan.. hihihi 😄😅😆. She is such a darling 😊😍.
Jom kita tengok kuda-kuda lain yang ada di bangsal ini.
Ada seekor lagi kuda di luar kandang ketika itu. Nampaknya dia tengah melawat kawan dia di kandang sebelah 😊.
Kuda ini dipakaikan 'topeng lalat' (fly mask) yang menutupi sebahagian kepala/muka dan kedua-dua belah mata. Jadi kuda ini tidaklah sengaja ditutup matanya atau juga tidaklah kerana dia cedera.
🔴Topeng lalat dipakaikan pada kepala kuda untuk menutup mata, rahang dan kadangkala telinga serta muncung untuk melindungi mereka daripada lalat dan serangga menggigit lain.
🔴Topeng lalat juga boleh memberikan perlindungan UV pada muka dan mata kuda.
🔴Terdapat topeng lalat yang dirawat dengan penghalau serangga (insect-repellents).
🔴Topeng lalat adalah separa lutsinar dan diperbuat daripada jaringan yang membolehkan kuda melihat dan mendengar (jika telinganya juga ditutup) semasa memakainya.
🔴Ada jahitan khas pada bahagian mata topeng untuk mengelak dari topeng bergeser dengan mata kuda.
🔴Terdapat juga pelapik-pelapik lembut di sekeliling muncung dan kawasan sensitif yang lain pada kepala kuda.
🔴Ada topeng lalat yang mempunyai penutup telinga dan ada yang tiada. Penutup telinga adalah untuk melindungi bahagian dalam telinga daripada gigitan serangga.
🔴Terdapat juga topeng yang dibuat memanjang sampai menutup hidung untuk melindungi muncung kuda daripada serangga dan menawarkan perlindungan matahari.
Hello love 😊.
Sampai ke hujung sini si Aurora jalan-jalan 😃.
Ada kuda putih juga di sini.
Cantik pattern bulu kuda ini.
Lelaki ini adalah Pengurus di Sadad Equestrian Labuan ini, yang menyambut kedatangan kami tadi.
Sedang menuntun masuk kuda ke dalam kandang.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment