Monday, April 22, 2024

UMRAH 2024 - MADINAH - DAY 07 - ZIARAH WADA

Assalamualaikum.
Tiba sudah masanya untuk kami pulang ke tanahair. Kami dijadualkan pulang dengan penerbangan Saudia pada pukul 3.20 petang nanti.

Kami diminta meletakkan beg-beg kami di depan pintu bilik pada pukul 6 pagi untuk dibawa ke lobi hotel oleh pekerja hotel. Sejuk suhu pagi itu at 14℃.

Pemandangan dari tingkap bilik hotel.



Group members yang lain juga sudah siap-siap letak beg-beg mereka di depan bilik.

Sarapan pagi.


Selepas breakfast kami berjalan kembali ke Masjid Nabawi untuk membuat Ziarah Wada' kepada Rasullullah SAW. Ziarah Wada' ialah ziarah perpisahan atau ziarah selamat tinggal iaitu dengan menziarahi makam Rasulullah SAW sebelum meninggalkan Madinah.

Suasana pagi di Masjid Nabawi.





Kerja-kerja pembersihan di luar kawasan masjid dan di dalam masjid dilakukan pada waktu pagi.







Di dataran ini terdapat hotel-hotel antaranya Taiba Suites Madinah, Dar Al-Taqwa Hotel Madinah, Andalus Royal Suites, Madinah Hilton dan Sofitel Shahd Al Madinah.

Kelihatan Bukit Uhud atau Gunung Uhud.



Gifts shops.

Gate 333 and 334.




Bergambar kenangan di Gate 334.



Terdapat kira-kira 3,200 orang pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan Masjid Nabawi. Dengan aliran jemaah yang berterusan, ini bukanlah tugas yang mudah. Antara lain mereka ditugaskan untuk membersihkan lantai marmar, permaidani dan halaman masjid. Kepentingan membersih semakin meningkat pada Ramadan, dengan peningkatan jumlah jemaah pada bulan mulia itu.

Operasi melibatkan pembersihan tiang-tiang masjid, dinding, siling, kubah, lantai dan eskalator. Terdapat juga pasukan untuk membersihkan barangan tembaga, tingkap luar, tempat berkumpul merpati, serta kemudahan air dan bilik mandi.





Mesin pencuci lantai.




Vacuum cleaner saiz besar turut digunakan.

Pekerja-pekerja sedang bersiap-siap untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di tempat tinggi. 



Harness dan hard hat wajib dipakai untuk keselamatan.






Pintu 21.




Pekerja-pekerja khas membersih dan menggilap fixtures tembaga.

Pekerja-pekerja mencuci lantai.




Bergambar kenangan. 



Pekerja-pekerja memvakum karpet. 

Selepas divakum, karpet-karpet ini akan diwangikan.

Cukup indah sekali pancaran matahari di sini.







Berjalan menuju ke kubah hijau.




Pekerja-pekerja sedang membersihkan mist fans yang ada dipasang pada tiang-tiang bumbung payung besar.




Kelihatan juga kerja-kerja pembersihan payung-payung besar ini akan dimulakan. Jom kita saksikan.

Terdapat 250 payung-payung besar ini di Masjid Nabawi. Naungan payung-payung ini dibentangkan di empat sudut masjid yang meliputi keluasan hingga 143,000 meter persegi. Payung-payung ini bertujuan untuk melindungi jemaah daripada panas matahari ketika solat, serta daripada risiko tergelincir dan jatuh sekiranya hujan. 

Konsep teduh payung ini pada asalnya adalah oleh King Abdullah bin Abdul Aziz, yang mengarahkan pembinaan payung-payung untuk dataran masjid, yang diawasi oleh Custodian of the Two Holy Mosques. Projek itu telah siap pada Ogos 2010, yang pada mulanya termasuk pembinaan 182 payung yang menjajarkan tiang masjid di dataran, dan kemudiannya 68 payung ditambah di dataran timur, semuanya berjumlah 250 payung. Kos projek ialah 4.7 bilion riyal.

Payung besar ini dibuat dari fabrik PTFE untuk memenuhi syarat-syarat luar biasa, kerana fabrik-fabrik lain tidak memberikan perlindungan penuh daripada sinaran ultraviolet. Fabrik PTFE dicirikan oleh kekuatan tegangan tinggi, kekuatan angin, dan keanjalannya, kestabilan kromatik, rintangan api, teduhan yang berkesan dan penembusan cahaya yang sesuai. Ia juga tahan kotor dan tahan haus.
Note: Polytetrafluoroethylene (PTFE) is a synthetic fluoropolymer of tetrafluoroethylene, and has numerous applications because it is chemically inert.

Setiap struktur payung yang terbuka adalah berukuran 25 x 25 meter meliputi kawasan seluas 625 ㎡. Memandangkan komponen bagi setiap payung adalah sangat besar dan juga perlu menahan keadaan iklim yang berpotensi melampau, pelapisan (cladding) perlu dibuat daripada komposit tercanggih.

Payung-payung ini dibuka pada waktu matahari terbit dan ditutup sebelum matahari terbenam untuk melindungi jemaah daripada terik matahari.

Berdasarkan reka bentuknya untuk halaman Masjid Nabawi, payung-payung ini menampilkan sistem lipat inovatif dengan enam engsel. Payung-payung ini juga mempunyai dua ketinggian yang berbeza. Ini membolehkan membran mereka bertindih untuk mencipta kanopi berterusan.

Kesemua payung-payung ini boleh meneduhkan seramai 250,000 jemaah.

Saya baca payung-payung begini juga akan dipasang di Masjidil Haram di dataran dan di bumbung masjid dengan ukuran yang lebih besar iaitu 53 x 53 meter.
Kelihatan bayang-bayang pekerja di fabrik payung



Meneruskan perjalanan.

Di sebelah kiri itu adalah Al Baqi Cemetery.


Al Baqi Cemetery.



Sudah kelihatan kubah hijau.

Mengucapkan salam perpisahan kepada Baginda Rasulullah SAW. 
"Ya Allah ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba-Mu ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan....".



Laluan-laluan masuk ke Raudhah.

Pengurusan jemaah masuk ke kawasan Raudhah kini dibuat dengan baik dan teratur. Alhamdulillah.




Berjalan balik ke hotel ikut Gate 362.


Kelihatan tiang payung besar dibalut dengan kanvas sebelum kerja-kerja mencuci payung dengan air dilakukan. 

Air dari bumbung payung akan mengalir turun di bahagian tengah / ke bahagian tiang, maka tiang perlu dibalut.

Kelihatan pekerja sedang mencuci bumbung payung menggunakan semburan air dari pressure washer. 





Terfascinated saya tengok kerja-kerja mencuci payung ini 😀.



Macam-macam jentera dan mesin digunakan oleh kru pembersihan Masjid Nabawi.




Saya perasan lain tugas, lain juga uniform mereka. 



Kelihatan bayang-bayang perkerja sedang pressure wash. 

Berjalan balik ke hotel.


Sebak rasanya hendak meninggalkan masjid ini. Semoga kami berdua berpeluang lagi ke sini satu hari nanti, inshaAllah. 

Kelihatan satu group dari Malaysia bersama Mutawwif mereka.  

Kelihatan more cleaning crew.




Keluar ikut Gate 326, the closest to our hotel.




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Hari akhir ni memang sangat menghibakan kerana kita tak tahu akan sampai lagi atau tidak ke tanah haram ini. Dalam masa yang sama teruja untuk kembali bersama keluarga di tanah air. Semoga ada perubahan2 baik setelah setiap umrah yang kita laksanakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Semoga panjang umur, murah rezeki dan baik kesihatan untuk pergi lagi ke sana, inshaAllah.
      Pada saya personally, antara perubahan2 baik yang dilakukan oleh the Custodian of the Two Holy Mosques yang paling saya bersyukur adalah pengelolaan berjadual masuk ke Raudhah yang menggunakan Apps. Sangat teratur dan tenang, tidak lagi perlu berasak-asak seperti dulu2.
      Juga perlulah ada perubahan2 baik pada diri sendiri selepas setiap kunjungan ke sana.

      Delete