Monday, April 3, 2023

THAILAND - PHUKET - CASHEW NUT FACTORY & BIG BEE FARM PHUKET

Assalamualaikum. 
Seterusnya kami dibawa Anwar, our tour guide/driver, ke Cashew Nut Factory dan Big Bee Farm dalam program Phuket City Tour kami ini.

Wat Naka, salah satu kuil besar dan landmark di Phuket.

Ini adalah Jor Ong Shrine, Talat Nuea, Mueang Phuket District, Phuket.

Kuil ini adalah satu lagi kuil lama di Phuket, dibina lebih seratus tahun yang lalu. 

Walaupun di Phuket terdapat beberapa kuil Cina lama lain, kuil ini mempunyai perbezaan di antara kuil-kuil tersebut, iaitu, ia mengabadikan patung Dewi Guanyin atau Guanyin Pud Jor, dewi penting dan paling popular dalam agama Buddha Mahayana yang menarik ramai penduduk tempatan dan pelancong untuk datang menyembahnya. Patung Dewi Guanyin itu telah dibawa dan diletakkan di kuil ini oleh seorang pedagang Cina dari Pulau Pinang ketika dia datang berdagang ke Phuket.

Ini Central Phuket, sebuah shopping mall mega.

Ok, kami pun tiba di cashew nut factory ini. Namanya Sri Bhurapa Orchid Co. Ltd. Ia adalah kilang gajus pertama di Phuket yang berkembang daripada perniagaan kecil pada tahun 1943.

Kunjungan ke kilang gajus di Phuket adalah satu kemestian bagi penggemar gajus. Kacang gajus yang diproses dan dijual di kilang ini adalah hasil asli yang ditanam di Phuket dan wilayah lain di Selatan Thailand, dan dikatakan agak murah berbanding harga gajus di negara Barat. Ada saya baca yang kata gajus di sini mahal, tapi pada saya mahal sikit tu tak apa la sebab ia diproses di kilang di mana kebersihan dan kualitinya dijaga. 

Menurut data dari NationMaster, negara teratas dalam pengeluaran kacang gajus di dunia dalam tan metrik - 1961 hingga 2019 ialah Ivory Coast. Thailand berada di nombor 18 dan Malaysia di nombor 19. Fyi, di Malaysia pokok gajus banyak ditanam di kawasan pantai timur Semenanjung terutamanya di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Replika kacang gajus gergasi di depan kilang.

Ok jom kita masuk. Haaa... tu dia, bertingkat-tingkat produk gajus ada di sini 😃. Tapi sabar dulu, kita pergi tengok cara gajus di proses dulu 😆. 


Portraits of King Bhumibol Adulyadej and his wife Queen Sirikit.

Pelawat ke kilang kacang gajus ini akan ditunjukkan satu demo ringkas cara mengeluarkan biji gajus dari kulit kerasnya. Ketika ini Anwar memberikan penerangan tentang proses ini. 

Kenapa kacang gajus mahal harganya? Sebab kerja-kerja memproses kacang gajus adalah rumit.

Demo yang kami saksikan ini adalah proses peringkat ke 10 dari keseluruhan 12 peringkat pemprosesan iaitu dari menanam hingga memproses kacang gajus. Pekerja ini menggunakan batang besi tajam untuk mencucuk kacang ke dalam mesin pemecah kacang, kemudian tuas (lever) mesin pemecah ini ditekan ke bawah untuk mengupas kulit kerasnya. Sebenarnya sebelum proses ini dilakukan, kacang-kacang gajus ini telah pun direbus selama 25 hingga 35 minit untuk mengembangkan kulit kerasnya. 

Proses ini memerlukan 80 orang pekerja untuk mengopek 3,000 kg kacang gajus yang sudah direbus untuk sehari bagi mendapatkan antara 850 kg hingga 900 kg kacang gajus berkopek. 

Kemudian kacang gajus yang sudah berkopek itu akan dibakar (baked) dalam suhu antara 70℃ hingga 75℃ untuk menjadikan kulitnya kering dan rangup. Sekitar 10% daripada pengeluaran hilang pada peringkat memprosesan ini kerana rosak.

Seterusnya kulit kacang gajus ini dikopek dan kacang gajus yang rosak diasingkan. Proses ini memerlukan 80 orang pekerja untuk memproses 800 kg kacang gajus yang sudah dibakar (baked). 




Seterusnya kami dibawa ke bahagian jualan. Terdapat deretan barangan kacang gajus, dengan pelbagai perisa. Selain daripada yang asli, terdapat juga kacang gajus perasa madu, rumpai laut, wasabi, coklat, mentega, kelapa, bijan, bawang putih, cili manis dan banyak lagi. Semua nicely packaged dengan harga yang agak mahal juga.


Kami juga diberi rasa sample kacang gajus bermacam perasa dan kesukaan kami adalah kacang gajus asli dan madu. 

Selain kacang gajus, juga ada dijual di sini buah-buahan kering dan makanan laut kering, serta rempah ratus dried vegetables and seasoning powder. Juga ada pelbagai jenis snek. Dan inilah jajan-jajan dan rempah ratus yang kami beli. 





Pokok gajus besar di luar kilang.

Dipamerkan di sini langkah-langkah memproses kacang gajus.








Selepas spent time di cashew nuts factory, kami ke Big Bee Farm pula. 

Super cute bee and other figurines at the front of the entrance.




thaihoney.com - Perniagaan Big Bee Farm bermula pada tahun 1999 dengan nama 'Thep-prasit honey farm', yang merupakan perniagaan kecil menjual Royal Jelly dan madu Thailand. Menjelang 2010, perniagaan ini telah berkembang menjadi sebuah syarikat penternakan lebah utama di Thailand, dan memulakan nama baharunya sebagai ladang lebah besar. 

Pada 2018, skop perniagaan Big Bee Farm termasuk ladang penternakan lebah, kilang pembuatan makanan, klinik akupunktur lebah, ladang lebah pelancong dan perkhidmatan sewa kereta pelancong. Memfokuskan pada perniagaan lebah, syarikat ini kini beroperasi dengan rangkaian lebih daripada 50 ladang lebah di bawah Thai Organic Bee keeper Association (TOBA). Ia juga merupakan pengedar tunggal madu organik daripada TOBA.

Bergambar dengan Big Bee 😀.

Selepas penerangan ringkas tentang bee farm ini, kami terus dibawa meronda dalam ladang lebah ini. 



Ada patung besar lebah.






Kami stop di sini di mana ada a row of wooden boxes, the beehives. 

Beberapa peringatan kepada pelawat.

Kami ditunjukkan beehive European Honey Bee. Lebah ini digunakan di seluruh dunia untuk penternakan lebah komersial dan merupakan sumber utama Honey Propolis, Royal Jelly dan Pollen.

Staff ni kata jangan risau, sebab lebah-lebah ini baik... hihi 😅.

Di dalam kotak rumah lebah yang ditunjukkan pada kami ini ada lebah-lebah yang sudah diternak selama 3 bulan. Jadi sudah ada madu di dalamnya.


Terdapat tiga jenis lebah madu dalam satu-satu sarang: ratu lebah, lebah drone dan lebah pekerja. Masing-masing mempunyai peranan khas dalam membantu sarang berkembang, tetapi hanya satu jenis mencari nektar dan menghasilkan madu iaitu lebah pekerja. Tugas ratu lebah adalah menghasilkan lebih banyak lebah. 

Staff ini ada offer kami untuk pegang papan penuh dengan lebah ini. Dia kata tidak berbahaya but we politely declined and laughed nervously.... hahaha 😄. Ambil gambar je cukup la 😆.




Suah an-Nahl, ayat 68-69.



Ke bahagian seterusnya. 






Ini sarang lebah kelulut atau stingless bee. 


There are over 500+ species of stingless bee in the world. In Thailand, there are 43 species. They make only a small amount of Honey and Propolis which is highly prized and very expensive. 

Rumah lebah kelulut yang so adorable, siap beratap rumbia 😃. Lebah kelulut ni sarangnya adalah dalam batang pokok. Di sini sarang batang pokoknya dilindungi dengan atap. 







Lepas jalan-jalan dalam bee farm kami dibawa melalui kedai ladang ini. Biasa la, memang begitu set up tempat-tempat begini. 


This is the biggest beehive in Thailand. 




Kami tak beli apa-apa, sekadar melihat pelbagai produk madu yang dijual di sini. Cuma beli 2 botol minuman honey lime sahaja. These are honeycombs.

Honey lemon.

Beauty products.









Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment