Friday, January 6, 2023

BALKANS - KOSOVO - PRIZREN

Assalamualaikum. 
Kami pun selamat sampai ke Prizren, Kosovo dari Shkodër, Albania. Turun dari bas kami terus dibawa walking tour di Prizren Old Town. Btw, hari kami di Kosovo ini adalah hari ke 6 kami dalam percutian 8 negara Balkan.

Di Prizren ini ada banyak seni bina hebat yang dibina pada Zaman Pertengahan dan zaman Uthmaniyyah yang masih boleh dilihat sehingga hari ini. Antaranya adalah masjid, gereja dan biara juga bangunan bukan keagamaan seperti kubu dan jambatan. Ini semua menjadi ciri rantau ini dan kini membentuk warisan budaya binaan yang mengagumkan.

Prizren ialah bandar kedua paling ramai penduduk di Kosovo selepas Pristina ibu kota Kosovo. Ia terletak di tebing Sungai Prizren (Prizren Bistrica) di antara kaki gunung Sharr di selatan Kosovo. Prizren mengalami iklim lautan di bawah pengaruh pergunungan di sekitarnya. 

Masa kami sampai suasana di bandar ini nyaman dengan suhu 17℃.

Prizren secara perlembagaan ditetapkan sebagai ibu kota bersejarah negara Kosovo.  Penggalian arkeologi di Kubu Prizren menunjukkan bahawa kawasan kubunya telah didiami dan digunakan sejak Bronze Age. Prizren secara tradisinya dikenal pasti dengan penempatan Theranda di Roman Dardania. Prizren pernah berada di bawah banyak pemerintah; Byzantine, dinasti Nemanjić Serbia, Balšić, Dukagjini, Hrebeljanović, Branković dan Empayar Uthmaniyyah.

Warisan budaya Prizren yang kaya dan pelbagai membentangkan sejarah budaya dan tamadun yang berbeza telah menyumbang perkembangannya dari zaman purba hingga ke hari ini. Jejak budayanya termasuk dari Illyrian, Rom, Byzantine dan Uthmaniyyah, dan ini menyebabkan pertembungan pengaruh budaya dan agama dan memberi kesan antara satu sama lain.

Orang Albania membentuk majoriti (85%) penduduk Prizren. Penduduk Bosniak dan Turki membentuk kira-kira 10% dan selebihnya etnik lain. Pecahan peratusan ini datangnya daripada tamadun berbeza yang memerintah Kosovo, bermula dari zaman dahulu, melalui zaman pertengahan hingga kini.

Keganasan etnik bermula di Kosovo pada 1990-an. Pekan ini dihuni terutamanya oleh orang Islam Albania. Ramai orang Albania melarikan diri pada awal 1990-an tetapi kembali berikutan campur tangan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; seterusnya kebanyakan penduduk Serbia di bandar ini keluar dari Prizren.
🔷Left: Adem Jashari - Adem Jashari adalah salah seorang pengasas Tentera Pembebasan Kosovo (Kosovo Liberation Army), militia pemisah Albania Kosovo yang berjuang untuk pemisahan Kosovo dari Republik Persekutuan Yugoslavia pada 1990-an.
🔷Second from left: Isa Boletini - ialah seorang komander dan ahli politik revolusi Albania dan rilindas dari Kosovo. Semasa muda, beliau menyertai Liga Prizren nasionalis Albania (Albanian nationalist League of Prizren) dan menyertai pertempuran menentang tentera Uthmaniyyah.
🔷Second from right: White Leopard
🔷Right: Adem Jashari

Majoriti penduduk Prizren adalah etnik Albania. Masyarakat Turki, Bosniak dan Gorani di Kosovo turut tertumpu di Prizren. Oleh itu, papan tanda jalan dwi-bahasa standard dalam bahasa Albania dan Serbia dilengkapi di sini juga oleh bahasa Turki, yang boleh digunakan secara bebas terutamanya di bandar lama, dan dengan orang Albania yang lain. Contohnya penggunaan 3 bahasa pada papan tanda 'Jaga Kebersihan Sungai' ini. 
KEEP THE RIVER CLEAN
Albanian: MBAJE PASTËRTINË E LUMIT
Serbian : ODRZAVAJ ČISTOĆU REKE
Turkish: NEHRIN TEMIZLIGINI TUT
SAVE THE ENVIRONMENT
Albanian: RUAJE MJEDISIN
Serbian: ČUVAJ SREDINU
Turkish: ÇEVREYİ KORUYUN

Dari warisan budayanya Prizren juga dianggap sebagai bandar muzium kerana mempunyai banyak masjid, gereja dan bangunan lama yang bersejarah. Dalam foto di bawah kelihatan di atas bukit Prizren Fortress yang telah 'menyaksikan' pelbagai budaya dan agama yang berbeza berkongsi tempat yang sama selama berabad-abad dengan penduduk-penduduknya hidup bersama dengan perbezaan dan berkongsi persamaan.

Kelihatan sebuah masjid besar gaya binaan Ottoman. Mehmet, our tour guide kata nanti kami akan bersolat di masjid itu. Namanya Sinan Pasha Mosque.

Kami dibawa berjalan menyeberangi sungai Prizren Bistrica (Lumbardhi i Prizrenit) menggunakan sebuah jambatan cobblestones namanya Arasta bridge yang menyambungkan jalan Remzi Ademaj (tempat kami turun dari bas) dan jalan Vatra Shqiptare (Albanian hearth).

Dari jambatan Arasta ini kita boleh lihat keindahan seni bina gaya Ottoman Masjid Sinan Pasha yang dibina pada 1615, berusia lebih 400 tahun.

Dari jambatan Arasta ini juga kita boleh lihat satu lagi tinggalan bersejarah bandar Prizren yang masih lagi utuh iaitu Ura e Gurit (Stone Bridge) yang merupakan salah satu monumen warisan budaya Prizren.

Penjual kaki lima yang menjual permainan kanak-kanak dan posters.

Pemandangan jambatan cobblestones Arasta dari jalan Vatra Shqiptare.

Di kiri jalan Vatra Shqiptare ini ada hotel, jewelry store and clothing store. Di depan sana sebuah kafe dan restoran.

Terdapat lebih daripada 30 masjid di Prizren, kebanyakannya dibina antara abad ke-15 dan 19 di bawah Empayar Uthmaniyyah, termasuk bilangan telah dibina selepas 1999. Terdapat hanya satu Gereja Katolik, dibina pada abad ke-19 dan digunakan oleh orang Albania Katolik. Gereja Ortodoks yang berasal dari zaman pertengahan pula ada lapan dengan hanya satu yang aktif untuk perayaan agama Ortodoks hari ini.

Ini adalah Masjid Sinan Pasha, sebuah masjid Uthmaniyyah di bandar Prizren, Kosovo. Ia dibina pada 1615 oleh Sofi Sinan Pasha, bey of Budim (pangkat dalam pemerintahan Ottoman) dan tahun pembinaan ini ada ditulis dalam batu di belakang mihrab. Sofi Sinan Pasha memulakan pembinaan masjid ini sama ada pada 1600 atau 1608 sebagai tanda ingatan yang akan mengingatkannya kepada orang ramai. Masjid ini digunakan sebagai kawasan tempat beribadat dari tahun pembinaannya sehingga 1912 iaitu tahun tamat pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.
Kubahnya mempunyai diameter lebar 42.5 meter dan menara setinggi 42 meter. Semua kubah-kubahnya ditutup dengan plat timah. Menara masjid ini tidak berplaster. 

Masjid yang melambangkan kemuncak seni bina masjid Uthmaniyyah ini mempunyai hiasan luaran dan dalaman yang cukup indah. Ia terletak di atas tanah alas di mana akses masuk ke masjid dari jalan adalah melalui tangga batu. 

Serambi masjid berbumbung dengan tiga kubah kecil, disokong tiga tiang batu. Masjid Sinan Pasha adalah contoh unik di antara masjid-masjid di Prizren, di mana serambi dan bangunan masjidnya bersatu dengan binaan dari bahan batu yang sama. Di dalam masjid juga terdapat madrasah, yang diletakkan di serambi dan berfungsi sehingga 1912.

Apa yang menjadikan bangunan Masjid ini lebih menarik ialah cerita di sebalik bahan binaannya dan keadaan bagaimana ia dibina. Pendapat penulis Serbian mengatakan batu batan dari Orthodox Monastery of Holy Archangel digunakan dalam pembinaannya. Sebaliknya, pendapat yang bertentangan diperoleh daripada Konsul Rusia, Ivan Jasterbov, yang tinggal dan bekerja di Prizren pada 1874 dan 1879-1894. Menurutnya, sukar dipercayai Sinan Pasha mengarahkan pemusnahan biara tersebut sementara masih ada bishops yang menduduki biara itu. Tambahan pula fakta sejarah menyatakan Holy Archangel Monastery was abandoned kerana keadaan kemiskinan dan sukar bagi orang Ortodoks ketika itu. Biara itu kemudian jadi tempat perlindungan untuk gembala. Ia terus terabai dan rosak. Pendapat kedua dari seorang ahli sejarah Albania, Hasan Kaleshi, pula mengatakan tidak mungkin Sofi Sinan Pasha membuat sebarang arahan pemusnahan biara itu tanpa titah Sultan. Sesiapa pun tidak boleh merosakkan sebuah biara tanpa persetujuan kuasa pusat di Istanbul. 
Ruins of Orthodox Monastery of Holy Archangel

Semasa Kosovo telah ditakluki oleh Kerajaan Serbia, kebanyakan masjid di Prizren ditutup dan dijadikan berek tentera, stor peluru dan gudang jerami. Pernah berlaku letupan di stor peluru menyebabkan kerosakan besar pada kubah masjid.

Isu bahan pembinaan Masjid Sinan Pasha diketengahkan pada 1919. Selepas menyimpulkan bahawa Masjid Sinan Pasah dibina menggunakan batu batan dari Holy Archangel Monastery, dua pakar dari Belgrade telah dihantar untuk memusnahkan masjid itu dan menggunakan batu-batannya untuk membina semula Holy Archangel Monastery.

Seterusnya Ketua Agama mufti Haxhi Rrystem Shporta dan masyarakat tempatan membuat demonstrasi besar-besaran menuntut hak masjid Sinan Pasha dan supaya pemusnahan masjid dihentikan. Susulan tindakan ini, mufti Prizren yang terlibat dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun.
Dari tahun 1919 hingga 1941 masjid ini digunakan sebagai simpanan peluru untuk tentera Serbia. Pada April 1941 bangunan itu telah dikembalikan kepada masyarakat Islam Prizren.

Pada tahun 1948 Masjid Sinan Pasha diletakkan di bawah perlindungan negara sebagai Monumen Budaya Kepentingan Luar Biasa (Monument of Culture of Exceptional Importance), dan pada tahun 1952 kerja-kerja pemuliharaan pertama dimulakan. Hasil usaha dan komitmen Institut Perlindungan Monumen Prizren (Institute for the Protection of Monuments of Prizren), Masjid ini telah dipelihara dan dihidupkan semula menjadi Muzium Manuskrip Oriental (Museum of Oriental Manuscripts) yang berfungsi dari tahun 1967 hingga 1968. Muzium ini merupakan salah satu muzium pertama jenis ini di Yugoslavia, dan sangat dihormati sebagai cara untuk memulihara dan mempromosikan manuskrip oriental. Pada masa yang sama ini memastikan pemeliharaan dan promosi nilai seni tinggi masjid itu sendiri. 

Fungsi sebagai sebuah muzium ini berlangsung cuma selama setahun berikutan aduan ketua Masyarakat Islam yang mahukan bangunan itu dikembalikan kepada masyarakat dan berfungsi semula sebagai tempat ibadat. Tahun-tahun berikutnya (1972-1985) dicirikan oleh kerja-kerja pemulihan lukisan mural, manakala masjid digunakan sebagai tempat ibadat hanya dalam tempoh apabila kerja-kerja pemulihan berhenti pada musim sejuk.
Pada awal tahun 2000, kos untuk memulihkan bangunan dianggarkan bernilai kira-kira €500,000 oleh UNESCO.

Kerjasama Kosovo - Turki tidak terhad hanya kepada projek Pemulihan. Pada tahun 2001, Jabatan Hal Ehwal Ugama Turki (Department of Religious Affairs of Turkey) membentuk satu lagi perjanjian dengan Masyarakat Islam Kosovo (Muslim Community of Kosovo) untuk menghantar seorang Imam Turki untuk mengadakan kuliah agama di salah sebuah masjid di Prizren. Hasil daripada perjanjian ini, seorang Imam Turki telah dilantik ke Masjid Sinan Pasha, dan kuliah agama pada hari Jumaat kini diadakan dalam bahasa Turki. Ini fakta menarik kerana di Prizren majoriti penduduknya berbahasa Albania.

Persidangan penderma antarabangsa yang dianjurkan pada tahun 2005 di Paris menghasilkan pengumpulan dana untuk banyak projek pemuliharaan dan pemulihan warisan budaya di Kosovo. Ini juga membentangkan permulaan kerjasama Kosovo - Turki dalam sektor warisan budaya. Negara Turki, sebagai keturunan Empayar Uthmaniyyah, mengikuti dasar perdamaian dengan Balkan dengan memainkan peranan penting dalam membawa keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Kerjasama antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Kosovo (Ministry of Culture, Youth and Sports of Kosovo) dan Agensi Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa Turki (TIKA - Turkish International Cooperation and Development Agency) bermula dengan projek pemulihan dua masjid utama di Kosovo: pemulihan Masjid Sinan Pasha di Prizren dan pemulihan Masjid Fatih di Prishtina.

Perbandaran Prizren berhasrat untuk membina perpustakaan di dalam masjid ini untuk mengekalkan bukan sahaja manuskrip Uthmaniyyah asli yang ditemui di masjid ini, tetapi juga manuskrip berharga lain yang boleh ditemui di seluruh Kosovo. Walau bagaimanapun, Islamic Union of Kosovo memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Perbandaran Prizren untuk tidak membenarkan masjid itu dijadikan muzium, supaya ia terus berfungsi sebagai sebuah masjid. 

Berjalan lagi di jalan Vatra Shqiptare. Di kiri kanan banyak kedai dan kafe/restoran.

Wonderful cobblestones street.


The locals. People of Prizren is called Prizrénas/Prizrenase. 

Kami pun sampai di dataran utama old city ini, namanya Shadervani. Dataran ini dianggap oleh penduduk setempat sebagai lokasi di mana pembangunan budaya, ekonomi dan sosial bertembung. "Shadervan" berasal dari bahasa Parsi yang bermaksud "fountain with many streams".

'Shadervan' atau dataran air pancut ialah ruang awam utama yang merupakan salah satu mercu tanda bandar yang paling penting. Ia adalah pusat semua aktiviti awam dan titik permulaan mana-mana cerita tentang budaya di Prizren. Ia merupakan mercu tanda dari segi fizikal, tetapi ia juga mempunyai dimensi sosial dan budaya yang kukuh yang dibatasi dengan banyak cerita, lagu dan peristiwa merentasi sejarah. Ini termasuk budaya hidup harian seperti 'coffee and tea culture' pada hari biasa atau pada waktu petang semasa bulan Ramadan, atau acara-acara kebudayaan yang berlaku di Prizren seperti DOKUFEST, iaitu dokumentari antarabangsa dan festival filem pendek. 
Saya baca di Kosovo airnya boleh diminum di mana-mana. Ada legenda mengatakan bahawa jika kita minum air dari Shadervan ini, kita akan kembali ke Prizren ini.

Piazza batu ini dikelilingi oleh kafe, bar, restoran dan kedai-kedai. Air pancut di tengah-tengah piazza ini selamat untuk diminum. Dataran ini merupakan pusat berkumpul semasa petang musim panas. Hampir setiap malam pada musim panas, jalan-jalan di sekitar Shadervan sesak dengan penduduk tempatan.

Di hujung sana kelihatan bangunan putih Consulate General of the Republic of Turkey, menara Mosque of Saraçë - Kuklibeg dan menara Emin Pasha Mosque. 

Seperti di negara-negara Eropah lain, outdoor seating trends begini bukanlah sesuatu yang baru. Teringin juga nak lepak macam ni and people watch tapi nanti tak cukup masa pula nak explore this old city.

Ada statue di sini - 'Hero of the Nation - Jhevat a Berisha'.
Xhevat Berisha was a distinguished activist and an Albanian martyr of the Kosovo War . He holds the title "Hero of Kosovo".

Patung ini memperingati Xhevat A. Berisha, komander NLA/UCK yang terbunuh pada 1998 semasa perangYugoslav 1991-2001.

Seperti di Budva, Montenegro, di sini juga kami tiada khidmat local tour guide mungkin sebab old town ini tidak begitu besar dan kami boleh explore sendirian.


Satu lagi monumen bersejarah Prizren - Ura e Gurit (Stone Bridge). Jambatan Batu Lama di Prizren ini dibina oleh Ali Bey pada abad ke-16 dalam gaya oriental dan mempunyai bentuk sfera. Pada tahun 1979 jambatan ini telah musnah akibat banjir, dan telah dibina semula pada tahun 1982 dengan beberapa perubahan besar dalam seni binanya. 

A restaurant next to the Stone bridge overlooking the Prizren Bistrica river.

Prizren Bistrica river. Di hujung sana adalah Arasta bridge.

Prizren terletak di bahagian selatan Dataran Dukagjini dan merupakan bandar kedua terbesar di Kosovo. Kedudukan geografinya penting kerana ia membentuk jambatan antara Kosovo dan Albania di bahagian barat daya dan North Macedonia di tenggara. Laluan penting ini menghubungkan Kosovo dengan pelabuhan Mediterranean, melalui Shkodra di Albania, menjadikan Prizren pusat komersial untuk seluruh wilayah Kosovo.

Prizren mempunyai kedudukan yang strategik dan sentiasa menjadi tempat persimpangan untuk kedua-dua peniaga dan tentera. Dari segi sejarah, Prizren merupakan pusat pentadbiran, perdagangan dan ketenteraan yang penting. 

Pada abad ke-14, Prizren mencapai kemuncak perkembangannya, menjadi pusat pentadbiran dan komersial yang kuat. Juga semasa pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, Prizren merupakan pusat pentadbiran, ibu kota Sanjak of Prizren pada abad ke-15, dan kemudiannya pada abad ke 19 menjadi bandar kedua terbesar di Vilayet Kosovo (Vilayet Kosovo telah dicipta pada tahun 1877, dan terdiri daripada kawasan yang lebih besar daripada Kosovo moden).
Ada sebuah kereta kuda sedang lalu di Arasta bridge.

Selain perdagangan dan pentadbiran, bandar ini juga telah membangunkan tradisi ketukangan yang baik, dan terkenal dengan pemprosesan bulu, sutera dan tekstil, tukang jahit, tukang perak, tukang besi, tukang kayu, pelana dan lain-lain. Beberapa ketukangan tradisional telah diwarisi hari ini dan menjadi sebahagian warisan bandar ini.

Di atas bukit ini ialah Prizren fortress. Kubu Prizren ialah sebuah kubu zaman pertengahan di Prizren di selatan Kosovo. Ia dibina di atas bukit 1500 tahun dahulu dan telah diisytiharkan sebagai Cultural Monument of Special Importance pada tahun 1948.

Gabungan seni bina tradisional yang dilindungi, monumen keagamaan dan kedudukan topografi yang baik dengan iklim yang sesuai dipengaruhi oleh pergunungan dan Laut Adriatik, menjadikan bandar ini tempat yang unik di Kosovo.

Khususnya, bandar Prizren terkenal dengan kepelbagaian etniknya dan dianggap sebagai perbandaran yang paling pelbagai dari segi budaya dan etnik di Kosovo. Daripada keseluruhan populasi 1.89 juta di Kosovo, terdapat: 81% Muslim, 10% Serbia Ortodoks, 9% Roman Katolik, 90% Albania, 10% Serbia, 3% Roma dan 1.5% Turki. 
Prizrenas/Prizrenase

Pecahan peratusan ini terhasil daripada tamadun-tamadun berbeza yang memerintah Kosovo, bermula dari zaman dahulu, melalui zaman pertengahan hingga kini. Pada mulanya Roman Katolik bersama agama Ortodoks tersebar di kalangan penduduk Albania Kosovo. Dengan pemerintahan Empayar Uthmaniyyah yang berlangsung dari 1453 hingga 1912, majoriti penduduk Albania memeluk Islam. Sekumpulan kecil orang Albania Roman Katolik kekal hari ini, membentuk sekitar 5% - 9% daripada keseluruhan populasi. Sebaliknya penduduk Serbia hampir keseluruhannya Ortodoks, dengan pengecualian minoriti yang sangat kecil yang memeluk Islam di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah.
Prizrenas/Prizrenase

Hasilnya, pengamalan ketiga-tiga agama itu terserlah dalam warisan binaan dan kehidupan seharian. Siluet bandar ini terdiri daripada menara Masjid yang diletakkan berhampiran menara loceng Gereja Katolik dan Ortodoks. Laungan azan sering diiringi dengan bunyi loceng dari gereja-gereja, menampilkan kepelbagaian agama yang ada dalam kehidupan rakyat di sini.

Penyerahan Empayar Uthmaniyyah pada tahun 1912 menandakan berakhirnya pemerintahan empayar itu di Semenanjung Balkan dan titik perubahan bagi banyak negara di Balkan. Dengan pengunduran tentera Uthmaniyyah, Kosovo telah ditakluki oleh Kerajaan Serbia. Situasi baharu itu tidak disenangi oleh penduduk Albania, di mana banyak kes pembunuhan, rogol dan pembunuhan beramai-ramai dilaporkan. Satu ciri khas dasar Serbia ialah penukaran agama secara paksa orang Islam dan Katolik kepada Ortodoks. Serangan ke atas bangunan-bangunan keagamaan juga dilakukan sebagai cara penghinaan negara dan tekanan rohani terhadap umat Islam.

The Blue Bridge

Selepas tamat perang Balkan Pertama pada tahun 1914, Prizren berada di bawah pemerintahan Negara Bulgaria selama tiga tahun. Tempoh ini dicatatkan sebagai tahun kemiskinan dan kelaparan.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Pertama dan penyelesaian terakhir sempadan antarabangsa, Kosovo kembali di bawah pemerintahan Kerajaan Serbia. Serbia mengeraskan langkah penindasan terhadap penduduk Albania-Islam, mempercepatkan pengusiran mereka.

Dengan pembentukan negara komunis Yugoslavia pada tahun 1946, perlindungan monumen warisan budaya telah diinstitusikan. Matlamat utama sistem komunis di Yugoslavia ialah 'penyatuan' kelas sosial, yang diikuti dengan sekatan yang dikenakan dalam amalan agama. Sekatan yang dikenakan kepada Islam telah dilakukan dengan pemansuhan Mahkamah Sharia pada tahun 1946, pemansuhan sekolah agama (maktab) dan penutupan Dervish orders. Namun, statistik tahun 1964 menunjukkan peratusan yang tinggi di kalangan penduduk yang masih mempunyai pegangan agama, di mana 91% daripada mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai penganut agama.

Remembrance plaque at the Stone Bridge.

Ura e Gurit (Stone Bridge) Ini bangunan Türkiye Cumhuriyeti Prizren Baskonsolosluğu - Consulate General of the Republic of Turkey in Prizren.

Bergambar di Stone Bridge, Prizren, Kosovo.

Keadaan politik yang tidak stabil di Yugoslavia ditambah lagi dengan kematian Tito (Josip Broz Tito - Bekas Presiden Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia) pada tahun 1980. Perbezaan agama antara Serbia Ortodoks, Croat Katolik dan Muslim di Bosnia dan Kosovo dan kebangkitan nasionalisme menyumbang kepada kejatuhan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia pada tahun 1991. Dengan keruntuhan Republik Yugoslavia, Slovenia, Croatia dan Macedonia membentuk negara merdeka dengan Bosnia & Herzegovina dibentuk selepas perang pada 1992-1995. Serbia dan Montenegro pula membentuk Republik Persekutuan Yugoslavia.

Di bawah Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia, Kosovo adalah wilayah autonomi dengan hak-hak penting dan pemerintahan sendiri. Autonomi telah dimansuhkan secara unilateral pada tahun 1989, berikutan kematian Tito dan peningkatan nasionalisme Serbia. Selepas pembubaran Yugoslavia, Kosovo kekal di bawah pemerintahan Serbia, di mana keadaan politik dan sosial bertambah buruk terutamanya bagi penduduk Albania, di mana mereka hidup dalam keadaan ekonomi, sosial dan politik yang sangat sukar. Penindasan etnik juga dilakukan dalam istilah agama.
The Stone Bridge, Prizren

Jualan di tepi sungai Prizren Bistrica.

Info booth with information of Prizren's heritage, the museums, monuments and traditional houses, and their locations.


Mosques, museums, traditional houses and churches.


Bergambar di tepi sungai Prizren Bistrica.

Warisan budaya di Kosovo menjadi perkara yang dipolitikkan, di mana institusi negara menjalankan agenda politik rejim serta melaksanakan mandat profesional mereka. Terdapat 607 masjid di Kosovo pada tahun 1993; dan hanya 15 daripadanya disenaraikan sebagai monumen bersejarah.

Dari musim bunga 1998 hingga musim panas 1999, Kosovo menjadi tempat konflik bersenjata dan "pembersihan etnik" yang ganas. Beribu-ribu penduduk Kosovar Albania di wilayah itu terbunuh dan hampir sejuta dihalau dari rumah mereka. Satu lagi bentuk pembersihan etnik ialah pemusnahan sistematik warisan agama, berikutan teori bahawa pemusnahan warisan budaya memadamkan ingatan orang, seolah-olah mereka tidak pernah ada.

Ini salah satu jambatan yang menyeberangi sungai Prizren Bistrica, namanya Ura e Kaltert (Kaltert bridge). Jambatan ini adalah salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi di Prizren dan berlokasi berhampiran dataran Shadervani. Sebelum ini ia dipanggil "Bridge of Nalet". 

Pada tahun 2015, sebagai sebahagian daripada projek "Cultural and Urban Activation in Prizren", yang direalisasikan oleh artis Doruntina Ukimeri, jambatan ini dinamakan "Blue Bridge of Love" dan menjadi tarikan istimewa untuk ramai pengunjung. Maka ramailah pasangan kekasih dari pelbagai bandar Kosovo dan dari luar negara, meletakkan love locks di jambatan ini, sebagai lambang rasa kasih sayang dan kesetiaan mereka. 

Pernah satu ketika dulu pagar jambatan ini penuh dengan love locks yang kini sudah pun dicabut. Keihatan cuma beberapa love locks sahaja yang ada. Love locks itu perlu dicabut kerana kerja-kerja restorasi pada jambatan ini perlu dilakukan. Tidak diketahui sama ada selepas pemulihan the love locks akan kembalikan ke tempatnya.
🔵Namun, penduduk perbandaran ini tidak menyukai keputusan ini. Salah seorang daripada mereka secara berseloroh berkata, kini selepas love lock dia ditanggal, maka dia telah 'bebas', maknanya bebas dari isteri dia 😄.

Mesej 'Selamatkan Alam Sekitar' dan 'Jagalah Kebersihan Sungai' dalam 3 bahasa (Albania, Serbia dan Turki) dari majlis perbandaran Prizren kepada masyarakat. 

Satu pertiga daripada semua masjid telah rosak atau musnah semasa konflik. Sasaran seni bina lain pasukan Serb ialah sekolah agama Islam, kediaman batu tradisional yang dikaitkan dengan identiti Albania (kullas), dan pusat bersejarah.

Prizren bernasib baik kerana terselamat daripada kemusnahan seperti yang berlaku di tempat lain di negara ini tanpa kerosakan yang ketara pada mana-mana monumennya, kecuali Museum of the Albanian League yang dibakar oleh tentera Serbia. Masjid Sinan Pasha, antara masjid lain di Prizren, terselamat dan masih utuh hingga hari ini.

Selepas selesai berjalan-jalan, bergambar dan merakam pemandangan-pemandangan cantik di tepian sungai Prizren Bistrica, kami pun teruskan lagi exploring old town ini.


Berjalan di Shaip/Shuaib Spahiu street.



Berjalan atas cobblestones lanes dengan restoran/kafe/bar di kiri kanan. 








Tak jauh kami jalan cuma sekadar keliling sedikit jalan-jalan dalam old town dan berpusing semula ke dataran Shadervani.


Di Dataran Shadervani ini kelihatan ada beberapa orang sedang set up some sort of board game.


Nampaknya board game ini bertemakan tempat-tempat menarik dan bangunan-bangunan bersejarah di Prizren.

Ok sampai balik di Dataran Shadervani, maka berakhirlah our walking tour. Just a short walk by the Prizren Bistrica river and bit of the inner town. Inilah peta walking tour kami di Prizren old town.

Then kami ternampak kereta kuda ini sedang park di Dataran Shadervani ini. Earlier masa walking tour ada kami ternampak kereta kuda ini pusing the old town. Nampaknya macam uncle horse carriage ini sedang menunggu customers. Memandangkan masa itu kami masih ada masa sebelum pergi lunch kami pun decide untuk bertanya uncle ini berapa caj naik kereta kuda ini. Dia kata Euro 5 seorang untuk 30 minit. Cajnya ok, so kami pun bersetuju. 
Actually I really like this horse carriage because it is a beautiful proper classic four-wheeled horse carriage. Such a beautiful open horse-drawn carriage. This one even have retractable/foldable roof. Vintage la sangat. This type of horse carriage is also know as coaches. 

Bergambar dulu sebelum berlepas 😄. Tempat duduknya berkusyen dialas dengan karpet berenda. Very comfortable.

Ok, moh le kita pusing Old Town Prizren ini naik kereta kuda. Kami berdua excited actually... so touristy of us kan... hihi 😄.

Sebelum departure, teringat pengalaman-pengalaman kami naik kereta kuda semasa percutian-percutian yang lalu.
Naik Bendi di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. 

Naik kereta kuda di Hohenschwangau, Germany untuk naik bukit ke Neuschwanstein Castle

Dan juga naik kereta kuda di kawasan Giza Pyramid Complex, Cairo, Egypt.

Di belakang tempat duduk uncle driver ada ditampal beberapa foto uncle bersama orang-orang kenamaan. Kelihatan dalam satu foto Prince Charles, Prince of Wales (sekarang King of the United Kingdom and the 14 other Commonwealth realms) berbual dengan uncle semasa lawatan Prince and Duchess ke Croatia, Serbia, Montenegro dan Kosovo. Satu lagi foto menunjukkan Prince Charles sedang 'chat' dengan kuda putih uncle.  

It was a nice leisurely horse carriage ride across an old city in Kosovo.

Uncle ni tak fasih cakap English tapi kami boleh la juga faham sikit-sikit. So nice of him to try inform us about the places/buildings we passed by even though we have communication barrier. 

Saya baca di Prizren ini pernah diadakan Circumcision Festival di mana anak-anak yang hendak disunat akan diarak naik kereta kuda ini. Dalam foto lama (di bawah) yang saya jumpa di internet khidmat uncle ini dan kereta kuda dia inilah yang digunakan untuk perarakan tersebut. Dan nampaknya kemungkinan besar kuda putih dalam foto ini adalah kuda yang sama yang menarik kereta kuda ini. Jadi kereta kuda uncle ini bukan saja sekadar tourist attraction tapi juga memainkan peranan penting dalam tradisi dan budaya masyarakat Islam di Prizren.

Di Malaysia kalau di kawasan bandar tak ada lah berarak, tapi kena sembur dengan bomba ja 😄. 


Ok, dari Dataran Shadervani kami dibawa lalu jalan Vatra Shqiptare.

Dari bendera Albania yang dipasang oleh uncle ini pada kereta kuda dia kami tahu dia asalnya orang Albania. Agaknya sudah lama dia duduk di Kosovo ini.

Berkereta kuda dengan bunyi keletak keletuk kaki kuda di jalan cobblestones pada saya macam menjadikan pengalaman ini begitu authentic. Kira ada feel macam naik kereta kuda dalam sebuah kota lama pada zaman dahulu kala. 

Kelihatan Prizren Fortress di atas bukit di mana dijumpai tinggalan arkeologi berusia sejak 1100 SM.


Tourists train for city tour.

Menyeberang sungai Prizren Bistrica melalui jambatan Arasta yang kami lalui masa mula-mula sampai.


Sebuah Turkish bath.

Then we came upon this beautiful and historic looking stone minaret. Menara ini dikenali sebagai Minaret of Arasta Mosque. Menara batu setinggi 35 meter ini adalah tinggalan Masjid Evrenos-Bey (1538) di bekas daerah komersial Arasta. Bangunan dan kuarternya telah dimusnahkan pada tahun 1963 semasa pemodenan pusat bandar. Menara ini adalah monumen warisan budaya Kosovo.
🕌Menara Masjid Arasta di Prizren terkenal sebagai salah satu tinggalan seni bina yang diwarisi daripada Empayar Uthmaniyyah. Kerajaan Yugoslavia memusnahkan Masjid Arasta dan banyak bangunan di Arasta Quarter dan membina bangunan-bangunan bertingkat ketika projek pemodenan bandar.
🕌Masjid Arasta, yang dibina antara 1526-1538, digunakan sehingga 1960. Dari Masjid Arasta, hanya menara yang dibina dengan batu yang berbeza yang terselamat. Star of David yang diukir dalam batu di menara ini juga merupakan ciri yang menarik.

Ini Hamam Prizren atau Hamam Gazi Mehmet Pasha yang dibina pada akhir abad ke-15 (1498) dan oleh itu berada dalam senarai monumen Kosovo. Hamam ini adalah daripada jenis "hamam pasangan" yang digunakan oleh kedua-dua lelaki dan wanita pada masa yang sama, with separate sections of course. Ia dibina menggunakan campuran batu-batan yang berbeza dan juga batu bata. Bahagian yang berbumbung 2 kubah besar itu adalah bahagian reception (cool part). Bahagian hamam yang panas pula berada di bawah 9 kubah-kubah kecil. 

Sehingga tahun 1964, hamam ini dikelilingi oleh premis komersial, yang telah dirobohkan pada masa itu, sebelum kerja-kerja pemulihan dan pemuliharaan dibuat. Walaupun pada tahun 70-an terdapat beberapa kerja pengubahsuaian dibuat, hamam ini masih lagi dalam keadaan terbiar. Sejak tahun 2000, bahagian sejuk Hamam ini digunakan sebagai galeri untuk menganjurkan pelbagai aktiviti kebudayaan, kesenian dan pendidikan. Hamam ini adalah salah satu kemudahan awam yang paling berciri Era Uthmaniyyah di Prizren, yang mempunyai kepentingan sejarah, arkiteknik, sosial dan alam sekitar yang luar biasa.

Membelok ke kanan masuk ke jalan Saracet. 



Kelihatan menara Masjid Gazi Mehmet Pasha yang juga dikenali sebagai Masjid Bajrakli. Ia adalah salah satu tapak keagamaan Islam tertua di Kosovo. Pembinaannya bermula pada 1561 dan siap pada 1573.

Ada sebuah lagi jambatan yang merentasi sungai Prizren Bistrica. 

Jambatan ini terletak di jalan Sheshi i Lidhjes (Connection Square).

Ada sebuah masjid jauh di atas bukit sana. Ianya sebuah masjid baru yang sedang dalam pembinaan. 



Then uncle pun berhenti di sini dan offer ambilkan gambar kami di depan Albanian League of Prizren dari atas kereta kuda. 

Di kompleks ini ada patung-patung Albanian League of Prizren leaders: Abdyl Frashëri, Sulejman Vokshi dan Ymer Prizreni.
🔷Left: Abdyl Frashëri - Ottoman Albanian civil servant, politician during the First Constitutional Era of the Ottoman Empire, and one of the first Albanian political ideologues of the Albanian National Awakening
🔷Middle: Sulejman Vokshi - Albanian military commander and a leader of the League of Prizren
🔷Right: Ymer Prizreni - Ottoman-Albanian 'alim, hoxha and the political leader of the League of Prizren

Pemandangan Maksut Pasha (Marash) Mosque dan masjid dalam pembinaan di atas bukit.



Ini Ura e Marashit atau Jambatan Marash. satu lagi monumen warisan budaya yang terletak di bandar Prizren.


Maksut Pasha (Marash) Mosque.

Terus menyusuri jalan Sheshi i Lidhjes. 

Hasan Market, a convenience store. Btw, minuman Golden Eagle itu bukanlah alcoholic drink. It is an energy drink produce in Kosovo menggunakan teknologi moden Itali, Jerman, Slovenia dan Kanada. Ia bukan alkohol dan mempunyai kafein dan taurin.

Ini Platanus Orientalis Tree dikatakan pokok tertua di Prizren berusia lebih 400 tahun.

Oriental plane tree (Platanus orientalis L.) ialah unsur floristik semula jadi yang biasa terdapat di Balkan Selatan (Albania, Greece, Macedonia Utara, Serbia dan Kosovo) dan digunakan secara meluas di kawasan hijau bandar.


Ketika ini kami sedang lalu kawasan Marash. Terletak di selekoh sungai Prizren Bistrica kawasan Marash telah mengekalkan identiti kampung dengan mempunyai dan mengekalkan masjid, tanah perkuburan, kilang (baru-baru ini musnah) dan air pancutnya sendiri.

Restoran Marashi yang unik, dibina di tebing sungai Prizren Bistrica. It is a family style restaurant with indoor and outdoor seatings overlooking the river. 



Prizren Fortress.



Luna Park Prizren.

Sampai di Luna Park ini uncle berpatah balik menuju semula ke old town.



Salah satu warisan budaya Prizren, the Prizren Hammam.

Mishtore Xhoshkun - a halal butcher shop.



Dan kami pun sampai semula di Albanian League of Prizren complex. Ia adalah kompleks muzium dan monumen warisan budaya yang tergolong dalam kategori "seni bina" dan berada di bawah perlindungan negara. Kompleks ini kini menjadi tempat menyimpan gambar, dokumen, objek, pakaian dan artifak budaya lain yang berasal dari zaman Liga Prizren.

Liga Prizren (League of Prizren), secara rasminya dikenali sebagai Liga untuk Pertahanan Hak-hak Bangsa Albania (League for the Defense of the Rights of the Albanian Nation), ialah sebuah organisasi politik Albania yang ditubuhkan secara rasmi pada Jun 10, 1878 di bandar lama Prizren di Kosovo Vilayet Empayar Uthmaniyyah dengan tujuan untuk menghalang pembahagian kawasan yang didiami oleh orang Albania melalui tekanan politik dan ketenteraan. It was suppressed in April 1881.


Selepas menyeberang sungai Prizren Bistrica dengan jambatan di Connection Square, kami pun dibawa uncle menyusuri sungai Prizren Bistrica, di seberang sini pula di jalan Vatra Shqiptare. Earlier we were on the opposite side of the river at Sheshi i Lidhjes street. 


Kelihatan Masjid Sinan Pasha.


Uncle stop kereta kuda di sini untuk beri kami peluang mengambil gambar Masjid Sinan Pasha dari sudut pandangan ini. Apparently, this is a very popular spot to take photo of the mosque from.

Lalu di celah restaurants and their outdoor seatings by the riverside.

Hotel Theranda. Kami akan makan tengahari di hotel itu.



Sepanjang perjalanan kereta kuda kami ini, sering saja kami lihat penduduk-penduduk tempatan Prizren ini bertegur sapa dengan uncle. Apparently uncle is quite the celebrity himself 😃.

Btw, kami rasa uncle ini adalah satu-satunya horse carriage operator di Old Town Prizren ini kerana kami tidak nampak kereta kuda lain. Perhaps he was given special permit to provide such service to tourists by the municipality. Perhaps he himself is Prizren's 'heritage' by creating the old town feel with his vintage horse carriage as very likely horse carriages were once very important mode of transportation in this old town.

Masjid Sinan Pasha.



Dan perjalanan Prizren Old Town tour berkereta kuda kami pun berakhir di sini, di Dataran Shadervani, where we started. Saya dan isteri memang enjoy. Dapatlah juga kami tengok area lain di old town ini other than the ones we explored during our walking tour. Very nice and relaxing, slow paced and pleasant. 

Inilah peta perjalanan berkereta kuda kami di Old Town Prizren.

Bergambar kenangan dengan uncle.


Seterusnya kami ke Hotel Theranda untuk makan tengahari.







Alhamdulillah, sungguh mengenyangkan. 

Selepas lunch kami pergi bersolat di Masjid Sinan Pasha. 



Dinding masjid ini tebalnya 1.65 meter dan menaranya, yang di atasnya ada struktur kon yang dilitupi plumbum, adalah setinggi 43.5 meter.

Pintu masuk ke Masjid Sinan Pasha.

Dinding dan kubah di dalam masjid ini dicat/lukis pada abad ke-19, kebanyakannya bercorak bunga dan ayat al-Quran. Minbarnya dihias dengan lukisan dengan motif bunga.




Bahagian dalamannya dihiasi dengan indah dengan motif bunga dan arabesque, dan menjadi ciri utama hiasan dalaman masjid ini sejak dulu kerana terdapat kesan dua lapisan hiasan ini. Lapisan pertama bermula dari abad ke-17, dengan motif bunga dan arabesque, dan lapisan kedua dari abad ke-19, yang berbeza daripada asal dengan kesempurnaan gaya, motif dan warna. Lapisan pertama lukisan mural yang bermula dari abad ke-17 dicirikan dengan warna-warna hangat, manakala lapisan kedua dari abad ke-19 mempersembahkan gaya Baroque, dicat dengan warna sejuk











Maklumat tentang masjid ini juga ada dipamerkan.




Selesai solat kami pun berjalan berjalan ke tempat bas menunggu untuk ke destinasi seterusnya.








Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.  

4 comments:

  1. Salam encik, izinkan sy pinjam ayat disclaimer dkt bawah tu yaa.. terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Menarik perjalanan tuan. Paling saya kagum ialah gambar-gambar yang menunjukkan senihias dan seni khat di dalam masjid. Berbeza dengan apa yang biasa dilihat ditanah sendiri. Contohnya kedudukan mimbar yang tinggi dan bertabir itu, chandelier antik yang amat agam, dan corak geometri bintang berbucu enam di tingkap bulat masjid tersebut. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuan, deco dalaman masjid ini memang indah, kombinasi gaya Uthmaniyah dan tempatan, digabung menjadi ciptaan padu dan memukau yang sangat indah. Berdiri di dalam masjid itu, saya cuma dapat membayangkan bagaimanakah kecantikan deco asal masjid ini ketika ia mula-mula dibina.

      Delete