Wednesday, December 9, 2020

KUALA TERENGGANU - KT WATERFRONT - DAY 02 - PART 01

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Cerita percutian 4 hari 3 malam kami di Kuala Terengganu diteruskan. Pagi hari kedua kami suram dan weather forecast stated akan hujan. Maklumlah masa tu sudah hampir nak masuk musim tengkujuh.


Jom kita bersarapan di Restoran The Roselle @ Eleven di Hotel Paya Bunga ini.

Dah ramai guests di restoran ini masa kami sampai. Ingatkan kami awal, rupanya ramai yang lagi awal 😄. Mujurlah tak perlu beratur masa nak masuk. Also we were informed yesterday yang hotel ni memang fully occupied hari ini. Sebab tu ramai guests di restoran ini. Baguslah begitu kerana ketika hotel-hotel lain menghadapi masalah ketiadaan guests ketika pandemik ini, hotel di Kuala Terengganu ini penuh. Begitulah Allah SWT menentukan rezeki.

Masa kami menginap di sebuah hotel di Alor Setar, tiada buffet breakfast disediakan seperti kebiasaan kerana perintah mematuhi SOP ketika pandemik. Yang disediakan adalah set-set sarapan that were cooked by the chef upon receiving our order and served at our table. Di hotel ini masih ada buffet breakfast tapi pilihan adalah limited.  

Dan pastinya masa beratur nak ambil makanan, penjarakan fizikal mesti dipatuhi. 

Guests tidak dibenarkan memegang senduk atau sepit untuk mengambil makanan. Akan ada petugas restoran yang akan bantu. Ini amalan yang bagus ketika pandemik untuk menghindar senduk/sudip/sepit dipegang bersilih ganti oleh guests. Malah petugas restoran sendiri memakai pelitup muka dan sarung tangan plastik. 

Sarapan kami. Alhamdulillah.

Selesai sarapan kami pun memulakan jalan-jalan kami. Pada hari kedua ini kami merancang untuk jalan-jalan on our own ke Muzium Negeri Terengganu, Kampung Budaya Terengganu, Taman Tamadun Islam dan River Cruise. Since the said attractions masih belum buka lagi, maka kami rancang untuk ke Kuala Terengganu Waterfront dulu yang ada kami nampak semalamnya masa naik BAS KITē.

Untuk semua perjalanan-perjalanan kami hari ini kami guna khidmat Grab Car. 

Tak jauh perjalanan driving dari Hotel Paya Bunga ke KT Waterfront. Kurang 10 minit. 

Visit Beautiful Terengganu.

Politeknik Kuala Terengganu. 

Ini Bangunan Wisma Kastam Terengganu ~ Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Negeri Terengganu. Sebelahnya ialah Felda Residence Kuala Terengganu.

Tiba di Kuala Terengganu Waterfront. Memandangkan Kuala Terengganu is a waterfront city, maka eloklah kami masukkan dalam itinerary kami program melawat taman-taman yang ada di tepi laut/Sungai Terengganu KT ini. Seperti lawatan kami ke Pesisir Payang semalamnya.
KT Waterfront Globe ~ a Kuala Terengganu landmark.

Ada sebuah Menara Jam di taman ini.


Ok, jom kita explore. 


Kuala Terengganu Waterfront (KT Waterfront) terletak di sepanjang Jalan Hiliran di Pulau Kambing. Ia adalah sebuah taman awam yang dibina di tebing Sungai Terengganu. Suatu ketika dahulu ia adalah lokasi tapak stesen minyak terbesar dan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) tempat nelayan memunggah dan memasarkan hasil tangkapan laut sebelum taman awam ini dibina.


Taman ini dibina pada pertengahan tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006 berkeluasan 2 hektar. Ia menawarkan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti tempat letak kenderaan, menara jam, tandas, pondok bersantai, surau, restoran dan sebagainya. 


Lokasinya tidak jauh dari pusat bandar jadi sesuai dan mudah dikunjung especially by the locals. Beautiful red Impala Lily.



Dari waterfront ini kita boleh lihat Agensi Penguatkuasa Maritim Kuala Terengganu.


Bandaraya Kuala Terengganu bukan hanya pernah menjadi bandar maritim atau pelabuhan perdagangan pada satu ketika dahulu tapi juga berkait rapat dengan sejarah Kesultanan Terengganu. Sungai Terengganu yang melintasi kota warisan ini telah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan ekonomi, sosial, budaya dan keagamaan masyarakat Terengganu sejak abad-abad awal.


Dari permerhatian saya, waterfront ini sangat memerlukan perhatian dari pihak berwajib. I believe it would be better MBKT to cordon off the sunken area for the safety of the public. Di samping itu orang ramai yang mengunjungi tempat ini mestilah turut menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sarap merata-rata. Hairan memikirkan kenapa walkway yang berlubang ini hendak dijadikan tempat membuang sampah. 


Di zaman moden sekarang sebuah bandar seperti Kuala Terengganu yang sudah diiktiraf dengan status Bandaraya [Bandaraya Warisan Pesisir Air (Waterfront Heritage City)], perlu mengikut arus permodenan dan pembangunan. Dan salah satu usaha ke arah itu ialah membina taman-taman pesisir air sesuai dengan KT sebagai sebuah waterfront city. 




Dari KT Waterfront ini juga kita boleh nampak Jambatan Sultan Mahmud. Selain taman pesisir air dan infrastruktur lain, pembinaan jambatan merentasi sungai utama adalah satu lagi projek perkembangan bandar Kuala Terengganu. Dibina pada tahun 1988, Jambatan Sultan Mahmud merentasi Sungai Terengganu. Ia juga dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong.

Jambatan Sultan Mahmud menghubungkan kawasan tebing utara Sungai Terengganu dengan Pulau Besar, Pulau Besar dengan Pulau Duyong dan Pulau Duyong dengan tebing selatan Sungai Terengganu. 

Jadi Jambatan Sultan Mahmud sebenarnya comprised of 3 bridges yang berturutan. The triplets are called: 
🔹Jambatan Utara No.1 (Seberang Takir  Pulau Besar)
🔹Jambatan Utara No. 2 (Pulau Besar  Pulau Duyong)
🔹Jambatan Selatan (Pulau Duyong ⇋ Kuala Terengganu)

Jambatan Sultan Mahmud dinamakan sempena  Sultan Terengganu, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Nama jalan di jambatan ini pula ialah Jalan Tengku Mizan (sempena Yang di-Pertuan Muda [Putera Mahkota] Terengganu Tengku Mizan Zainal Abidin).

Jarak antara tebing utara Sungai Terengganu (Seberang Takir) dengan tebing selatan Sungai Terengganu (Kuala Terengganu) ialah sekitar 14 km. Tanpa Jambatan Sultan Mahmud ini, jarak perjalanan dengan jalanraya antara kedua-dua lokasi ini adalah lebih jauh kerana terpaksa menggunakan Jambatan Pulau Rusa (Jambatan Manir - Jambatan Sultan Ismail Nasiruddin Shah). Tanpa jambatan Sultan Mahmud ini juga bermakna Pulau Duyung hanya boleh dihubungi melalui jalan air sahaja. Jadi Jambatan Sultan Mahmud bukan sahaja telah menghubungkan bandar Kuala Terengganu dengan Seberang Takir, tapi menghubungkan Pulau Duyung dengan kedua-dua tebing dengan jalan raya.

Masa dulu ketika tiada jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Terengganu, sekitar tahun 1960an, penduduk tempatan menggunakan perkhidmatan feri. Fyi, negeri Terengganu ada 16 batang sungai so imagine the impact on the state's economy at that time especially kepada para petani yang susah nak jual hasil tanaman mereka. Sehingga tahun 1969, penduduk di beberapa kampung masih menggunakan sampan memudiki sungai yang panjang dan memakan masa yang lama untuk menjual hasil.

Selain membantu petani, jambatan ini juga telah menggalakkan lagi pengunaan tanah bandar dan pembangunan ke arah utara dan selatan tebing Sungai Terengganu.

Acara Larian Jambatan Sultan Mahmud (Sultan Mahmud International Bridge Run) diadakan di jambatan ini setiap tahun. Ia dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT).

Dari jambatan ini kita boleh nampak Taman Tamadun Islam (TTI), Masjid Kristal dan replika 'الله PELIHARAKANLAH TERENGGANU' di Bukit Besar.


Dari KT Waterfront ini juga kita boleh nampak Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. 



Beautiful flowers at the park. Red Hibiscus.

Fascinating purple Hortensia.

The exotic Firecraker-flower.

The pure white Periwinkle.

Purple Periwinkles.

Beautiful park landscape.

One can't help but wonder why such a message is placed in this family friendly park. Well, unfortunately, I guess the answer is pretty obvious. 

It is always nice to see that such a beautiful park is being cared for. Masa kami di sini kelihatan beberapa pekerja MBKT sedang memotong rumput. 

Ada disediakan untuk pengunjung taman ini FitCircuit seperti balance beams, push up bars, parallel bars, bench for tricep dips and hanging bars and loops.


Seperti yang kita baca dalam buku-buku sejarah, tamadun Melayu terawal di Tanah Melayu selalunya bermula di tebing-tebing sungai dengan penjumpaan kesan-kesan peninggalan bersejarah. Oleh itu sungai sering menjadi tempat permulaan pertumbuhan sesebuah bandar pada ketika itu yang berfungsi sebagai laluan utama untuk aktiviti perdagangan. Begitulah juga Kuala Terengganu.

Menurut sejarah sekitar tahun 1500M, anak kapal Laksamana Cheng Ho yang berasal dari kawasan selatan Negeri Hokkien, Cina telah berhijrah ke muara Sungai Terengganu, Sungai Telemong dan Sungai Nerus untuk menerokai bidang pertanian.

Pada abad ke-18 dan ke-19, Kuala Terengganu telah pun menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Kapal pedagang Inggeris, China, Siam, Kemboja dan Sambas telah singgah di Kuala Terengganu membawa barangan dan bertukar barang dagangan di Kuala Terengganu. Aktiviti menangkap ikan merupakan satu pekerjaan penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan ditukar dengan debu emas dan lada hitam kepada pedagang asing selain beras, tembakau, kapas dan sebagainya.

Taman waterfront ini juga adalah tempat kegemaran kaki pancing pada hujung minggu. Kawasan ini meriah pada waktu malam terutama pada hari Jumaat dan Sabtu. 

Pemandangan ke arah Pulau Warisan.

Park gazebo juga disediakan untuk tempat berehat dan berkelah.

Di KT Waterfront ini juga ada sebuah aviary yang besar. 

Some of the bird species here are the Green Pigeon, Ring Neck Dove, Spotted Dove, Zebra Dove, Red Eyed Dove, Cockatiel (parrots) and Budgerigars (Parakeet). Saya baca ada burung-burung di sini yang pernah kena curi. Like, seriously? Earlier I encountered rubbish thrown into sunken walkway. Now bird theft 😕. 


Children playground.


Yang di belakang tu, yang ada pokok lampu macam di i-City Shah Alam, ialah Pulau Warisan. Saya baca ada orang yang describe the trees as ugly, unoriginal, uninspiring and has nothing to do with Kuala Terengganu / Terengganu or any of Terengganu's rich and beautiful culture, heritage and identity. Haa.. begitu sekali tak sukanya orang tu pada pokok-pokok letrik tu! Anyway, people are entitled to the own opinions. For me? Well, I reckon it looks pretty nice when all the trees are lit up at night. Asalkan jangan akhirnya jadi macam di Kinta Riverfront sudah la.

Beginilah keadaannya di Kinta Riverfront in 2018 masa saya ke sana dulu. The trees look pitiful and pathetic. Now in 2020, I wonder if the authorities had revived the place. I do hope so because the riverfront itself is quite a nice place. 


Kami diberitahu feri-feri besar yang passed by KT Waterfront ini adalah feri-feri yang membawa penumpang dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu ke Pulau Redang. 

Perjalanan ke Pulau Redang ini ambil masa selama lebih kurang 2 jam dan caj tambang adalah RM55.00 seorang untuk perjalanan sehala. Jadi bayangkan untuk satu family 4 orang, dengan caj naik feri pergi dan balik, itu saja dah lebih RM400.00. Tambah lagi dengan kos penginapan di Pulau Redang. So it'll be quite expensive la. Itulah sebabnya kami diberitahu kenapa orang Terengganu sendiri pun ramai yang tidak pernah lagi ke Pulau Redang. 

Bercakap pasal feri, saya share sikit tentang sejarah pengunaan feri di Terengganu. 

Perjalanan darat secara komersial dengan menggunakan jalan berturap di negeri Terengganu mula dibangunkan secara aktif pada tahun 1960. Sebelum itu, penggunaan jalan darat agak sukar dan mengambil masa yang agak lama kerana dihalang oleh beberapa jaluran sungai utama yang merentasi negeri ini. 

Untuk menghubungkan laluan tersebut, perkhidmatan feri telah diperkenalkan. Perkhidmatan feri menjadi amat penting sebelum kebanyakan jambatan dibina pada sekitar tahun 1960-an. Perkhidmatan feri tersebut diusahakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kerja Raya dipercayai bermula seawal tahun 1930-an lagi.

Perkhidmatan Feri yang pertama dimajukan adalah bagi menyambung perjalanan darat dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu kerana hubungan dagangan antara dua negeri berjiran itu amat menggalakkan, bahkan masyarakat di sini sering berulang-alik ke Patani, Selatan Siam (Thailand) untuk tujuan berniaga. 

Dengan itu, pada tahun 1931, pihak kerajaan telah mengadakan perkhidmatan feri merentasi Sungai Terengganu bertempat di Pangkalan Losong atau sekarang ini dikenali sebagai Losong Feri dan menghubungkannya dengan Kampung Bukit Datu. Serentak dengan itu, perkhidmatan feri juga diadakan di Jertih, merentasi Sungai Besut. Selepas itu, barulah perkhidmatan feri-feri ke selatan dimulakan yang meliputi di daerah Marang, Dungun dan Kemaman. Feri-feri ini digerakkan sama ada secara ditunda dengan menggunakan bot atau ditarik dengan tali. Perkhidmatan feri di sungai-sungai yang lebar akan ditunda dengan menggunakan bot seperti perkhidmatan feri di Geliga (Kemaman), di Paka dan Kuala Dungun (Dungun) dan Losong (Kuala Terengganu).

Manakala bagi sungai-sungai yang lebih sempit, perkhidmatan feri digerakkan secara ditarik menggunakan tali di kiri dan kanan feri yang diikat dari tebing ke tebing seperti perkhidmatan feri di Bukit Kuang dan Kemasik di daerah Kemaman, feri Kertih, feri Dungun (terletak di jalan baru mengantikan feri di Kuala Dungun) bagi daerah Dungun, feri Marang, feri Kuala Ibai (Kuala Terengganu) dan Jertih di daerah Besut.

Sehingga kini, tiada rekod mencatatkan tarikh yang tepat bermulanya perkhidmatan feri di negeri ini, tetapi kebanyakan pengunaan feri tersebut mula berakhir pada tahun 1960 hingga 1965 kerana kebanyakan jambatan yang menghubungkan jalan-jalan utama di negeri ini siap dibina dalam lingkungan tahun-tahun tersebut.

Bila saya tengok foto-foto lama bot-bot bawa kenderaan menyeberangi sungai di atas, teringat masa saya naik bot penambang menyeberang Sungai Perak di Teluk Intan pada tahun 2014. Perkhidmatan bot in adalah dari Jeti Bot Teluk Intan ke Jeti Penambang Kg. Cina. Saiz botnya kecil untuk membawa penduduk dan kenderaan kecil sahaja seperti basikal dan motosikal. 

Dan tentu juga teringat masa kami naik feri komersial di terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth menuju ke bandar George Town di Pulau Pinang.

Dari KT Waterfront ini kita juga boleh nampak deretan bot-bot nelayan. Seperti yang kita sedia maklum, seni ketukangan perahu dan bot amat terkenal di Terengganu. Terutamanya di Pulau Duyong di mana ada beberapa bengkel membuat bot kayu secara tradisional dari yang bersaiz kecil hingga saiz kapal layar atau kapal mewah. Kepakaran pembuat bot ini adalah kemahiran tradisi yang diwarisi sejak turun temurun.

Salah satu catatan sejarah yang menunjukkan sejak dahulu lagi orang Terengganu memang sangat hebat dalam ketukangan perahu ada disebut di dalam buku yang bertajuk 'A Journey through the Malay States of Trengganu and Kelantan', tahun 1897, oleh Hugh Clifford (Malayan Civil Service, British Residence of Pahang). 
"....boat-building is extensively carried on in Trengganu".. 
"The Malays, however, are extraordinarily expert boatmen, and the boats were towed and propelled, hauled and pushed up the rapids without mishap". 

"The wood used for this purpose is teak imported from Siam, and the boats, in model, in workmanship, and in finish, are infinitely superior to anything which the dockyards of the Straits are accustomed to produce". 
"... no machinery of any kinds is in use...".

"... and it may safely be said that no other Malay State could produce a man capable of making a steam-launch after paying a few visits to the engine-room of one of the local coasting-boats". 
Tukang Perahu dan Bot Terengganu.

Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.

Bahagian Sungai Terengganu di KT Waterfront ini nampaknya sibuk juga dilalui oleh feri-feri komersial membawa penumpang, even masa pandemik ini. 

Feri Laguna Redang P10 dan Sejahtera Pertama. 





Ok, selesai jalan-jalan di KT Waterfront ini kami terus ke Hotel Felda Residence which is just next to the waterfront. Masa itu sudah pun pukul 9:00 am, jadi kami hendak ambil Grab untuk ke Muzium Negeri Terengganu pula. 

Jeti di belakang Hotel Felda Residence. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. pernah pergi Pulau Redang ?
    saya tak pernah lagi
    mahalnya tiket feri ke sana
    kalau saya 7 orang ... hahhahahaa.. matilahmak ....

    elok je buang sampah dalam kawasan terbenam tu kan??!!

    bestnya yang duduk kat hujung depan bot tu !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too, tak pernah lagi ke Pulau Redang. Usually me an wife jarang nak ke pulau2 sebab kami berenang pun tak tahu.. hehe. Both of us prefer to go places yg ada mcm2 different activities.

      Yes! Mahal! Tapi mmg gitu I guess sebab jauh pulau tu. Berjam boat ride.

      Kan... bila sorang dah mula buang sampah di situ, yg lain entah kenapa ikut do the same. Haih!

      I know right! Tapi kalau saya sure gayat! Hahahaha.... Also takut kamera atau handphone jatuh dalam sungai! :)

      Delete
  2. my fav hotel kalau di KT adalah felda residence tu.. sbb tepi sungai cantik.
    tapi da 3 tahun rasanya x ke area sana. plan bulan 12 ni la tp kena tunda nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I agree, pemandangan tentu la cantik dari hotel felda tu because of the river. Must be nice seeing boats passing by. Lagi la kalau masa sunrise dan sunset.
      Actually kami pilih hotel in town sebab within walking distance to places of interest.

      Delete