Friday, September 11, 2020

ALOR SETAR - MENARA ALOR SETAR - DAY 01 - PART 03



Alhamdulillah, kami pun selamat sampai ke Alor Setar naik ETS dari KL Sentral. Terus cari teksi untuk ke hotel. 


Bandar Alor Setar. Alor Setar (Jawi: الور ستار) dikenali sebagai Alor Star dari tahun 2004 hingga 2008. Alor Setar ialah cantuman daripada kata ‘Alor’ dan ‘Setar’ (pokok Setar). Bandar ini telah diruntuh dua kali ketika Kedah diserang oleh Bugis pada tahun 1770 dan Siam pada tahun 1821. 

Pokok Setar.
🔸Pokok Setar atau juga dikenali sebagai pokok Kundang Hutan, atau pokok Kundang Daun Besar merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Bouea macrophylla Griff.
🔹Pokok Setar merupakan asal usal nama bandar Alor Setar yang tumbuh di sepanjang alor sungai. Pokok Setar kini jarang ditemui di Malaysia dan hanya boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.


Bangunan lama ini adalah bangunan Balai Polis Lama Alor Setar. Ia terletak di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Penjara Lama.

Di sini juga adalah lokasi Tugu 0 km Alor Setar.

Tu dah nampak Menara Alor Setar.  Kami bercadang untuk ke menara itu nanti.

Bandar Alor Setar yang terdiri dari bangunan-bangunan baru dan lama. Termasuk juga bangunan-bangunan baru yang bercirikan konsep reka bentuk tradisional.

Melalui Jalan Sultan Muhammad Jiwa. Bangunan historic warna putih di kanan itu adalah Galeri Seni Negeri Kedah. 

Bangunan JHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah) / MAIK (Majlis Agama Islam Kedah).

Ini Medan Bandar, Alor Setar. Ini adalah salah satu tempat yang kami dah plan nak lawat. Di sini adalah lokasi beberapa bangunan bersejarah Alor Setar seperti Galeri Seni Negeri Kedah, Masjid Zahir, Balai Besar, Menara Jam Besar, Balai Nobat, Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Monumen Tanjak Emas dan Muzium Diraja Kedah. All in one location which make it very convenient for both of us to explore.

Masjid Zahir.

Balai Besar.

Menara Jam Besar.

Balai Nobat.

Iklan dengan tulisan Jawi.

Menuju ke hotel penginapan kami.

Menara Alor Setar.

Inilah hotel penginapan kami, Royale Signature Hotel, Jalan Lumpur, Kampung Lubok Peringgi, Alor Setar, Kedah.

Kami menginap di hotel ini selama 4 hari 3 malam di Alor Setar. Boleh kalau nak berjalan kaki ke Medan Bandar tadi dari hotel ini tapi agak jauh jadi elok ambil Grab car.

Scan MySejahtera dan imbas suhu.

Cantik lobi hotel ni.

Checking in.


Hiasan siling lobi yang sangat menarik! I think those are hanging crystal balls yang digantung dalam formasi seperti berombak. Nice!

Bilik kami.

Light switch and air-conditioning control touch panel with LCD light. Canggih.

Biliknya besar dan selesa tapi ada tiang pulak. According to my wife's friend, who is a local, bangunan hotel ini adalah sebenarnya sebuah bangunan terbengkalai yang diubahsuai menjadi hotel. Kerana itulah ada tiang seri begini dalam bilik.


Design bilik ni guna open-plan concept di mana dari ruang bilik boleh nampak dalam bilik air. Jangan risau, sebab boleh pull down the blinds 😄.
Jadi kenapa nak buat see through macam ni?
Oleh kerana bilik mandi jauh dari tingkap di kebanyakan bilik hotel, bilik mandi see through memungkinkan lebih banyak cahaya menerangi ke ruang bilik mandi. Dan juga membantu menjadikan bilik yang kecil terasa lebih besar.


Tapi pada kami berdua feature bilik ini yang paling menarik adalah tingkapnya yang mengadap Menara Alor Setar. Nice!

It was a beautiful glorious afternoon. SubhanAllah.

Pemandangan luar tingkap nampak menara begini mengingatkan kami pada bilik hotel di Auckland semasa bercuti kami di sana. 
Dari tingkap bilik hotel Ascotia Off Queen kami boleh nampak Auckland Sky Tower.


Zoom ketat-ketat boleh nampak glass box di open deck.



Di menara ini juga ada revolving restaurant.




Waktu solat Alor Setar.

Lepas solat dan berehat sekejap kami pun keluar ke Menara Alor Setar.

Kami decided berjalan kaki saja ke sana sebab nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh 😅.

Peta jalan kaki kami dari Royale Signature Hotel ke shopping mall Aman Central sebelum crossing the road to Menara Alor Setar.

Tiba di Aman Central. Scan MySejahtera.

Dan imbas suhu.

Puhh.. lega dapat rasa air-con 😄.

Suasana dalam Aman Central.


Exiting Aman Central di pintu menghala ke Menara Alor Setar.

Aman Central shopping mall. 

Aman Central menjadi mercu tanda bagi Bandaraya Alor Setar kerana ia adalah pusat beli-belah terbesar di bandaraya ini dan yang terbesar di Negeri Kedah. 

Menara Alor Setar dilihat dari Aman Central. 

Menara Alor Setar adalah destinasi pelancongan yang popular di Wilayah Utara. 

Ia adalah menara telekomunikasi tertinggi kedua di Malaysia dan ke-22 di dunia dengan ketinggian 165.5 meter dari aras laut. Ia diuruskan oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd, anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM). 
Perbandingan Menara Alor Setar dan menara-menara lain dunia.

Gelaran 'Negeri Jelapang Padi' menjadi inspirasi utama untuk reka bentuk menara iaitu seperti 'Serumpun Padi' yang nampak jelas kelihatan pada struktur menara. Tiang besar yang dikenali sebagai 'Tiang Seri' yang menyokong struktur menara melambangkan kekuatan rakyat Kedah Darul Aman. 

Menara ini menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran dan juga pelbagai kemudahan lain untuk pengunjung seperti Dek Pemerhatian yang terletak di ketinggian 88 meter dari permukaan laut dengan lima set teropong automatik secara percuma. Terdapat juga Megaview Banquet Hall pada ketinggian 100 meter yang menyediakan kemudahan untuk mesyuarat, seminar, kursus, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan banyak lagi untuk agensi kerajaan, badan korporat, NGO, persatuan dan lain-lain pertubuhan. 

Menara Alor Setar juga menyediakan pengalaman menjamu selera di langit seperti Menara Alor Setar Revolving Restaurant, yang terletak di ketinggian 94 meter yang merupakan restoran tertinggi di Kedah Darul Aman. Restoran ini adalah tempat yang sesuai untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan, makan malam, makan tengah hari, sambutan ulang tahun dan lain-lain acara.



Dari Aman Central nak menyeberang Darul Aman Highway ke Menara Alor Setar adalah agak mencabar sebab kami tak jumpa zebra crossing atau jejantas, which I found quite puzzling sebab Menara Alor Setar tu is one of the most popular attractions here. Kalau ada proper crossing pun agaknya nun jauh di sana.

Dataran di depan Menara Alor Setar.

Melihat dari bawah ni, the tower does look quite impressive.

Base of the tower.

Ada kolam yang nampaknya memerlukan pembersihan.


Jom kita masuk. Fyi, Menara  Alor Setar dibuka setiap hari bermula dari pukul 10 pagi - 10 malam. 

Dan semestinya scan MySejatera dan imbas suhu. 

Apa nak buat di menara ini? Bacalah banners ini. 'Eksplorasi di awan biru....' I like that 😃. 

Ada beberapa kategori tiket masuk disediakan untuk pengunjung. Sempena pembukaan semula menara ini selepas ditutup selama PKP, ada diskaun 50% harga tiket yang diberi. 

Harga tiket untuk melawat ke kedua-dua Observation Deck/Star View adalah RM24 berbanding RM48 pada hari-hari biasa.

Suasana di lobi menara.

Tiket kami dan juga boarding pass ke Observation Deck/Star View yang dihantar melalui email. 

Saya share di sini pamphlet on the Information of the Tower Head.


Naik ke paras atas dengan glass lift. Tetiba saya gayat.. 😅. My wife ok je 😊.

This glass lift is a high-speed bubble elevator that takes 48 seconds from ground to tower. 

Pemandangan Bandaraya Alor Setar.

Aman Central.

Tu nampak hotel penginapan kami, Royale Signature Hotel, yang warna merah bata tu. 

Tiba di aras TH03 which is the Megaview Banquet Hall level yang terletak pada ketinggian 100 meter.

Amazing view! Ya betul, memang kami ke sini belah petang sebab nak tengok dan ambil gambar sunset.

Alhamdulillah nampaknya cuaca baik. Hopefully dapatlah kami menyaksikan keindahan matahari terbenam. Still, the weather can change at any moment and it can be all grey in a matter of minutes. Gitu la kan cuaca Malaysia ni... 😄.

So tengah cantik ni, better take as many shots as possible 😄.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. so , Menara KL adalah yang ke7 tertinggi didunia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, dari yg saya baca Menara KL adalah yg ke 7 tertinggi.

      Delete