Wednesday, October 7, 2020

ALOR SETAR - KOTA KUALA KEDAH - MUZIUM KOTA KUALA KEDAH - DAY 03 - PART 02



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, sambung cerita jalan-jalan kami di Kota Kuala Kedah. 

Bermula dari entrance kami menuju ke arah tembok selatan yang mengadap Sungai Kedah. Then ke arah tembok timur yang mengadap Alor Melaka. Laluan ini membawa kami ke tapak-tapak bangunan lama, meriam-meriam lama, rumah api, Pintu Gerbang British, Pintu Gerbang Kacapuri dan termasuklan tembok-tembok barat, selatan dan timur kota lama ini.

Berjalan ke Muzium Kota Kuala Kedah. 

Muzium kota Muzium Kuala Kedah telah ditubuhkan di tapak sejarah yang penting dalam abad ke-16 hingga ke-18 Masihi. Ia dikenali sebagai pusat pentadbiran, perdagangan dan kubu Kesultanan Melayu Kedah.

Bangunan muzium yang dibina pada tahun 1922 ini pernah dijadikan pusat pentadbiran, pendidikan dan mahkamah pada zaman British serta pusat latihan tentera pada zaman pendudukan Jepun. Muzium ini telah dibuka secara rasmi pada 6 Jun 1999.

Berikut adalah maklumat tentang Muzium Kota Kuala Kedah dari pamphlet yang saya dapat di tempat mendaftar di entrance. Saya tersangatlah appreciate pada pihak jabatan muzium kerana ada menyediakan pamphlet tersebut.






Galeri pameran di muzium ini terbahagi kepada 6 segmen.


Jom masuk ke dalam. 

Muzium ini bertempat di dalam sebuah rumah Melayu. Kolongnya rendah and very cooling. 

Perlu menanggalkan kasut sebelum masuk sepertinya kalau nak masuk rumah orang Melayu. 

Selamat Datang ke Muzium Kota Kuala Kedah. 



Kunjungan kami disambut oleh penyambut tetamu yang comel sangat ni 😍😚. 

Kalau diperhatikan, bangunan lama yang usianya sudah hampir 100 tahun ini kelihatan telah dibaikpulihkan dan dijaga dengan begitu baik sekali. I just love the wooden flooring. And I think that the floor's dark tone perfectly complements the all white interior of the building.

Cantik tingkap-tingkap berdaun lipat ini. 

Ada 6 segmen dalam galeri pameran di muzium ini. Moh kita explore. 

I tried to capture as much texts as I possibly could because I just love reading them 😊. There are so much fascinating historical information. Ok, jom baca...


Pintu Gerbang Kacapuri, dahulu dan sekarang.

Pintu Gerbang Kacapuri sebelum dibaikpulih.



Tembok selatan, dahulu dan sekarang.



Peta lokasi Kota Kuala Kedah.


Maklumat tentang Pembinaan Kubu Terawal.


Menyerang kerana irihati. 

Yang tinggal kini hanyalah tiang-tiang putih yang pernah menyokong bangunan-bangunan ini.

Runtuhan tembok barat. 

Tembok barat dahulu dan sekarang selepas baik pulih.

Pembinaan Kota Kuala Kedah. Kapur kulit kerang dan kulit siput, putih telur dan madu lebah adalah antara bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina kota ini. 

Ada beberapa binaan bersejarah yang pernah kami encounter semasa percutian-percutian kami yang lalu yang juga dibuat dengan putih telur sebagai salah satu bahan binaan. Antaranya ialah Jam Gadang di Bukittinggi Sumatera Barat, Masjid Abdullah di Kuala Sungai Parit Pekan Pahang, Istana Sepachendera di Alor Setar dan Kellie's Castle di Batu Gajah Perak.
Jam Gadang

Masjid Abdullah

Istana Sepachendera

Kellie's Castle

Di muzium in juga ada dipamerkan maklumat tentang Kota Kuala Kedah ketika pemerintahan Sultan-Sultan Kedah. Ini maklumat ketika pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1797). Ketika itu, seperti Melaka, Kedah juga merupakan pusat perdagangan dengan pedagang-pedagang asing. Ia juga sering diancam oleh Siam. 


Runtuhan tembok timur.

Runtuhan tembok timur dulu dan sekarang. 



Kota Kuala Kedah sebagai pusat pemerintahan pada abad ke-17-19 (Kesultanan Melayu Kedah).

Fungsi Kota Kuala Kedah.

Boleh baca surat ni? 😄.

Bila saya baca fakta-fakta bersejarah begini saya terfikir dari manakah sumbernya. Siapakah yang mencatat dan mengarkibkan perjalanan sejarah ini pada zaman itu? Yang pastinya tentu pihak jabatan muzium telah membuat extensive research and had verified the facts. Dan bila saya fikir pulak proses-proses research dan verifications itu, lagi la saya jadi teruja. And to think that there are such sources that detailed the events is quite mind blowing to me. Needless to say I was quite fascinated! Ok, end of geeking out 😁. 


I'm just so fascinated and in awe that jabatan muzium could get hold of historic letters like this yang bertarikh tahun 1811. Saya membayangkan sistem arkib Kesultanan Melayu Kedah adalah advance even during that time dan mempunyai banyak lagi dokumen-dokumen penting lain. And to share the content with the public was such a commendable effort.  


Bahagian Manuskip dan Terjemahan.




Surat rasmi pada zaman itu. So fascinating! Klasik sungguh! Oh how our language had evolved. Kalau la kita masih bertutur begini 😅.

'.... ampun kurnia ke atas jemala ubun-ubun Perhamba.....'. 


Era Pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943).





Maklumat Kota Kuala Kedah Sebagai Kubu / Benteng Pertahanan.







Maklumat tentang pembinaan Rumah Api / Rumah Pelita.














Tentang Pintu Gerbang British. 




Pintu Gerbang British sebelum dan selepas baik pulih.





Zaman Jepun.
















Pembukaan Sekolah Melayu Kuala Kedah dan Jabatan Shahbandar.








Tentera Jepun di Kuala Kedah.



Dan ini adalah Kubu Kebal atau Pill Box atau dikenali juga sebagai 'kubu Jepun' yang terletak di Kampung Baung, berdekatan Pasar Simpang (Cabang) Tiga, Kelantan. 


Kubu-kubu sebegini di bina oleh tentera British sebagai benteng pertahanan dari serangan Jepun dan dipanggil Kubu Kebal. Jadi bukanlah dibina oleh Jepun, sebaliknya dibina untuk bertahan dari serangan Jepun.


Segmen galeri Zaman Selepas Merdeka.






Penyelidikan Arkeologi.



Peranan Jabatan Muzium Malaysia.

Bukan mudah ya tugasan mereka.


Berbeza ya... restorasi, konservasi, preservasi dan pembinaan semula.

















Hanya kami berdua sahaja yang ada dalam muzium ini pada masa itu. 

Maka berakhirlah lawatan kami di Muzium Kota Kuala Kedah ini. Sungguh pun kecil ia padat dengan banyak maklumat bersejarah tentang Kota Kuala Kedah yang dipamerkan dengan begitu jelas dan menarik sekali. Simple yet captivating. Tidak keterlaluan rasanya kalau saya kata muzium ini adalah antara yang terbaik yang pernah saya lawati di Malaysia. Jadi kalau kawan-kawan ke Kedah, pastikan pergi ke Kota Kuala Kedah ini dan lawat muziumnya sekali. Both of us highly recommend it!

Pemandangan luar muzium. 



Rumah Api (Rumah Pelita) dan bekas tapak bangunan-bangunan lama.



Tembok utara Kota Kuala Kedah.



Tembok barat Kota Kuala Kedah.


Meow comel 😍.

Replika Meriam Belanda 1610.



Tembok barat Kota Kuala Kedah.


Muzium Kota Kuala Kedah.

Kota Kuala Kedah telah didaftarkan sebagai WARISAN di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2006 oleh Jabatan Warisan Negara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dari kanan: Pintu Gerbang British, Muzium Kota Kuala Kedah dan Pintu Gerbang Kacapuri.



Maklumat tentang Tembok Kota.

Pada dinding tembok barat ini ada lubang-lubang untuk peralatan senjata seperti laras senapang sebagai salah satu cara mempertahankan kota ini dari serangan musuh.



Dengan ini maka selesailah lawatan kami ke Kota Kuala Kedah ini. It was so much more than we had expected. Saya dan isteri sangat berpuas hati dengan lawatan ke sini. A definite must visit place of interest if you are visiting Kedah. 

Lawatan muzium ini buat saya teringat muzium-muzium lain di Malaysia yang sudah pernah saya lawat. Ok, saya senaraikan just to reminisce:
01) Muzium Kemaman - Terengganu
02) Muzium Kraftangan - Kelantan
03) Muzium Islam - Kelantan
04) Muzium Wau - Kelantan
05) Muzium DiRaja (Istana Batu) - Kelantan
06) Muzium Perang (Bank Kerapu) - Kelantan 
07) Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar) - Kelantan
08) Muzium Sungai Lembing - Pahang
09) Muzium Nelayan Tanjung Balau - Johor
10) Muzium Ho Yan Hor Ipoh - Perak
11) Muzium Orang Asli - Melaka
12) Muzium Kesultanan Melaka - Melaka
13) Muzium Samudera - Melaka
14) Muzium Sultan Abu Bakar - Pahang
15) Muzium Masjid Sultan Abdullah - Pahang
16) Muzium Dunia Melayu Dunia Islam - Melaka
17) Muzium Rakyat - Melaka
18) Muzium Layang-layang - Melaka
19) Muzium Kecantikan - Melaka
20) Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera - Melaka
21) Muzium Hang Tuah - Melaka
22) Teratak Za'ba - Negeri Sembilan
23) Muzium Kucing - Sarawak
24) Muzium Tentera Darat Port Dickson - Negeri Sembilan
25) Muzium Adat - Negeri Sembilan
26) Muzium Di Raja Seri Menanti (luar sahaja) - Negeri Sembilan
27) Muzium Diraja Kedah - Kedah
28) Muzium Kota Kuala Kedah - Kedah
29) Muzium Negeri Terengganu - Terengganu

Tapi Muzium Negara tak pernah pergi lagi 😄😅😆.
Actually pernah, masa rombongan sekolah rendah many many many years ago.. hehe 😁.

29 buah muzium sudah saya lawat.. Syukur Alhamdulillah...

Bersambung..

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Thanks for this elaborated sharing! I was searching for material to better understand about Kota Kuala Kedah and bumped into your blog. Many thanks! All scenic pictures.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are most welcome :).
      Thank you for the feedback. Really appreciate it :).

      Delete