Monday, October 5, 2020

ALOR SETAR - KOTA KUALA KEDAH - DAY 03 - PART 01



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Status terkini 05 Oktober 2020. Fyi, kami berada di Kedah dari 11 Ogos hingga 14 Ogos 2020.

Sambung lagi cerita jalan-jalan kami di Kedah. Pada hari ketiga ini kami ke Kuala Kedah pula. 

Sunrise over Alor Setar. 


Alhamdulillah, cuaca baik hari tu which was great because we'll be doing quite a bit of outdoor jalan-jalan.

Sarapan dulu. Kerana PKP, pihak hotel ini juga mengamalkan Norma Baru masa sarapan pagi. Biasanya ada buffet breakfast tapi di Hotel Royale Signature ini, hotel guests diminta memilih dari set-set breakfast yang disediakan dan makanan akan dihantar terus ke meja.

Kami pilih set-set nasi lemak, English breakfast, toasts and bread pudding. I must say these are quite sufficient nourishment for us to get through the day's planned activities.. hehe ๐Ÿ˜„. 

To get around kami menggunakan khidmat teksi for the day's outing. Our driver and unofficial tour guide for the excursion was a young local lad named Najib who was contacted by the hotel's front desk staff the night before. 

Before setting off, we discussed our simple itinerary and agreed on the charges. And as an added bonus for us, Najib told us that he already had many experiences taking tourists to places of interests all over Kedah and knows the expectations. Great! ๐Ÿ˜ƒ
That's Najib. Dia sebenarnya mempunyai kelulusan dalam bidang kulinari tetapi telah 4 tahun menukar karier menjadi pemandu teksi sepenuh masa.

Menuju ke Kuala Kedah.

Tempat lawatan pertama kami pagi itu adalah ke Muzium Kota Kuala Kedah. Kami berdua memang looking foward nak ke muzium ini. Excited ๐Ÿ˜„.

Dan sudah semestinyalah pemandangan perjalanan kami pagi itu cukup indah dengan hamparan menghijau sawah padi. 

Si Najib ni talkative orangnya jadi seronoklah kami bersembang dengan dia. Dia bercerita tentang pengalaman dia menjadi pemandu teksi, yang seperti pekerjaan lain di Malaysia, pemandu teksi seperti dia turut terkesan disebabkan Pandemik COVID-19.

Kata Najib, sebelum pandemik dia selalu bawa penumpang dari Airport Alor Setar ke sempadan Thailand di Bukit Kayu Hitam. Jadi ketika pandemik, sumber pendapatan ini tergugat bila Malaysia dan Thailand tutup sempadan masing-masing bagi mengekang penularan wabak Covid.

Dan pastinyalah Najib juga bercerita tentang Kedai Nasi Kandar di Napoh yang menjadi Ground Zero Kluster Sivagangga. Najib kata restoran tu adalah tempat singgah wajib pada penumpang teksi yang berulang-alik ke sempadan Thailand dari Airport, terutama di waktu makan. Sementara menunggu keadaan pulih, terpaksalah mereka mencari tempat persinggahan baru sebab kedai itu tidak lagi dibenarkan beroperasi.


Tiba di Kuala Kedah. Tak jauh dari hotel, cuma 13 km atau lebih kurang 25 minit drive. 

Ini adalah Pasar Nelayan Kubang Rotan.

Kompleks ini dibina oleh LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) bertujuan memudahkan para nelayan menjual terus hasil tangkapan. 

Pasar Nelayan diciptakan sebagai saluran alternatif untuk memberi peluang kepada nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka secara langsung ke berbagai tingkat pengguna.

Selain itu, tujuannya juga adalah untuk mengurangkan penglibatan orang tengah agar nelayan mendapat kadar pulangan dan margin keuntungan yang lebih baik dan bagi pengguna mendapatkan ikan segar dengan harga yang berpatutan.

Seperti yang diberitahu kepada saya oleh seorang penjual ikan di Pasar Kampung Berjaya, Alor Setar semasa morning walk saya semalam, beliau mendapat bekalan ikan dan makanan laut lain dari Kuala Kedah. 
Penjual hasil tangkapan laut di Pasar Kampung Berjaya Alor Setar. 

Saya baca sekitar pukul 9 pagi pasar ini akan ramai dengan pengunjung kerana pada masa itulah para nelayan mula pulang dari laut dan menurun dan menjual hasil tangkapan laut mereka di sini. 
Gambar hiasan nelayan sedang menurunkan hasil tangkapan dari bot ke jeti di Sungai Peng Datu, Kampung Sabak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Nampak tak pinggan-pinggan merah di atas tanah dalam foto kanan di bawah? Haa.. tu pinggan makanan untuk kucing-kucing di pasar ini ๐Ÿ˜. Semoga yang memberi makan pada kucing-kucing itu dimurahkan rezeki oleh Allah swt. 

Pasar ini dibina di sebelah Sungai Kubang Rotan untuk memudahkan nelayan melabuh bot dan menurunkan terus hasil tangkapan laut mereka.

Najib pun menghentikan teksi di jambatan ini sekejap untuk kami ambil gambar.

Cantik pemandangan dari Jambatan Sungai Kubang Rotan ini.

Saya ni bila dapat peluang tengok pemandangan macam ni... dengan sungai (plus the gorgeous reflections), bot nelayan, jeti dan pasar... dilengkapi pula dengan langit cerah biru... memang la saya jadi teruja dan excited sangat.. hehe ๐Ÿ˜„.




Baik, teruskan lagi perjalanan. Dari jauh ni kelihatan Jambatan Tok Pasai.

Jambatan Tok Pasai.

Meneruskan perjalanan ke Muzium Kota Kuala Kedah.

Passed by another pasar pagi.



Satu lagi pasar nelayan. Yang ini adalah Pasar Nelayan Seberang Kota.


Pasar ini juga dibina di tepi sungai bagi memudahkan nelayan menurunkan hasil tangkapan mereka terus ke pasar.




Kelihatan di hujung sana bangunan Muzium Kota Kuala Kedah dan Rumah Api (light house) yang terletak di dalam kawasan Kota Kuala Kedah, which was our first destination that morning.






Selamat tiba di Muzium Kota Kuala Kedah.

Peta perjalanan kami dari Royale Signature Hotel ke Kota Kuala Kedah.

Bangunan Pentadbiran Kota Kuala Kedah. Tiada kelihatan deretan kereta dan bas di tempat parkir. Tiada crowds of visitors or even small groups of families / individuals. Mungkin sebab masa tu tengah minggu dan juga masa pandemik. 

Kafetaria pun nampak lenggang sahaja.

Mendaftar dan imbas suhu dahulu sebelum masuk.

Jom masuk. As mentioned earlier kami berdua memang berharap dan merancang untuk melawat kota bersejarah ini. Alhamdulillah, sampai juga kami ke sini.


Di entrance ini ada dipamerkan meriam-meriam lama. 

Maklumat tentang Kota Kuala Kedah.

Kota Kuala Kedah ini juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang. 

Maklumat berikut adalah dari Laman Web Rasmi Jabatan Muzium Malaysia:
Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. 

Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam.

Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165.

Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Kota ini adalah berhampiran muara sungai Kedah dan berbentuk empat segi bujur yang memanjang dari arah Selatan ke Utara dan melebar dari Barat ke Timur. Terdapat sebuah Alor Melaka yang dibina untuk mengawal air daripada memasuki kota.


Replika Meriam Belanda 1849. Dianggar berusia 155 tahun.



Dari suasana di sini saya dapat lihat kota bersejarah ini diselenggara dan ditadbir dengan begitu baik sekali oleh pihak Jabatan Muzium. Landskapnya jelas dijaga rapi dan lengkap dengan konkrit walkways yang berkeadaan baik untuk laluan pelawat thus avoiding visitors from trampling all over this historic fort. 

Pemandangan-pemandangan ke kanan dan kiri Kota Kuala Kedah dari entrance. Nampak tak kerapian tumbuhan besar dan renek di sini. I guess it's just me tapi saya sangat appreciate efforts begini ๐Ÿ˜ƒ.

Seperti biasa bila ada pilihan kami akan memulakan exploration ke sebelah kanan dahulu, in this instance ke arah Sungai Kedah, dengan membuat putaran lawan jam keliling kota ini. 

Di kota lama ini ada sebuah Rumah Api (Lighthouse) yang dibina ketika Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British sekitar tahun 1909.



Dan satu lagi perkara yang buat saya 'jatuh cinta' dengan kota lama ini ialah adanya papan-papan maklumat yang disediakan oleh pihak jabatan muzium. For me, it'll mean so much more knowing what I am looking at rather than just passing through and taking photos. 

Di kota lama ini juga masih ada tembok batu lama yang masih utuh.

Ini maklumat tentang Tembok Batu Kota Kuala Kedah. Dan perlu saya nyatakan di sini, sebagai seorang yang suka baca maklumat begini ๐Ÿ˜„ (saya pasti bukan saya seorang sahaja), saya appreciate sangat-sangat bila papan maklumat adalah dalam keadaan baik dan sangat jelas dan mudah dibaca serta brief and terse seperti papan-papan maklumat yang ada di kota lama ini. 

Sebagai perbandingan, lihatlah betapa sedihnya keadaan papan maklumat tentang Replika Pintu Gerbang Istana Kota Tengah ini yang ada di sebelah replika pintu gerbang tersebut di Medan Bandar Alor Setar ๐Ÿ˜ฉ. Terpaksalah saya cari info tu di internet. Mujur jumpa!

Welcoming gestures begini pun saya appreciate ๐Ÿ˜Š.

Di dalam kawasan ini juga ada kesan peninggalan yang menunjukkan kota ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan pendidikan. 


Maklumat tentang Tapak Bangunan di Kota Kuala Kedah.

Beginilah pemandangan dalam kota ini sekitar tahun 1900 di mana ada didirikan beberapa bangunan pentadbiran dan kuarters.


Di hujung padang hijau ini kelihatan Pintu Gerbang British. More of this later.


Dan inilah bangunan Muzium Kota Kuala Kedah. Tak sabar rasanya nak masuk dan explore muzium ini ๐Ÿ˜ƒ. Tapi nanti dulu, kena siap buat satu round dulu, explore the outdoor dulu sebelum hari makin panas, lepas tu baru indoor ๐Ÿ˜„.

Kesan tapak bangunan lama dan rumah api. Rumah Api ini telah dibina di dalam Kota Kedah pada tahun 1891 ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). 

Ketika itu Rumah Api ini dikenali sebagai 'Rumah Pelita'. Kos pembinaannya dibiayai oleh Kerajaan Thailand pada zaman pemerintahan King Chulalongkorn. Ia didirikan dengan menggunakan binaan konkrit daripada batu seperti rupa bentuk yang ada sekarang. 

Pada masa itu rumah api ini dinyalakan menggunakan sebuah pelita. Ketika pembinaan rumah pelita itu hampir siap pada tahun 1891, Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah mengutus sepucuk surat kepada Menteri Luar Siam di Bangkok untuk melaporkan status pembinaan dan memohon dikirimkan tempat letak pelita untuk dipasangkan di kemuncaknya.

Dan pada tahun 1892, sepucuk surat dihantar oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah kepada Gabenor Wilayah Rundung (Ranong) memberitahu pelita yang dihantarnya untuk rumah api telah pun diterima dan akan diserahkan kepada Kapten Nelson (Kedah dengan rasminya telah diletak di bawah penguasaan British sekitar tahun 1909). 

Dah pun sampai di hujung selatan kota lama ini. Di sebalik tembok batu itu adalah Sungai Kedah.

As fortress of the Kedah's Malay Sultanate, the fort has survived attacks by the Bugis, Achechnese and the Siamese. 

Melihat kubu ini mengingatkan saya pada kubu-kubu lain yang pernah kami lawat seperti Fort Cornwallis di Pulau Pinang dan Bastion Middleburg di Melaka. 
Fort Cornwallis.

Bastion Middleburg.

Di bucu selatan kota ini ada sebuah lagi meriam lama. 


Dan namanya ialah Meriam Badak Berendam.

Kalau di kota ini ada Meriam Badak Berendam, di Fort Cornwallis ada Meriam Sri Rambai yang juga ada kisah mitosnya. 

Meriam Badak Berendam dan Rumah Api (Rumah Pelita).

Berikut adalah beberapa foto pemandangan Sungai Kedah dari Kota Kuala Kedah. 

Jambatan Tok Pasai.


Bersetentangan dengan kota ini, di seberang Sungai Kedah adalah Pekan Kuala Kedah. Kelihatan begitu banyak bot-bot nelayan berlabuh di situ.









Kota ini dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. 

Kubu pertahanan yang kukuh ini dilengkapi dengan benteng dan tempat letak meriam-meriam. 

Kota yang didirikan oleh pemerintah Kedah ada kurun ke-17/18 ini juga berfungsi sebagai pusat kawalan negeri Kedah dan pusat perdagangan yang terpenting di rantau ini.  

Kota ini dibina semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II (1602-1626) menggantikan pelabuhan Kuala Merbok dan Kuala Muda ketika pengaruh Islam muncul di rantau ini pada abad ke-12. 

Sultan Rijaluddin Muhammad Shah (1626-1652) memperkenalkan undang-undang khas iaitu Undang-Undang Pelabuhan dan Perdagangan Kedah pada 17 Jamadilakhir 1060 Hijrah (17 Jun 1650). 

Pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut ialah Syahbandar, Panglima Kuala dan Panglima Bandar.

Pada 1611 kota ini telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis di bawah pimpinan Diego de Medoca Furtado, seorang pedagang atas arahan Raja Siam, kerana iri hati terhadap hubungan persahabatan yang terjalin di antara Kedah dengan King Ava Burma (Myanmar). 

Namun demikian kota ini diperbaiki semula pada zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II (1602-1619).

Portugis yang bertapak di Melaka terus berusaha dan akhirnya berjaya menjalin hubungan perdagangan dengan Kedah. Kota ini digunakan sebagai markas dan loji pengumpulan hasil dagangan mereka, terutamanya bijih timah. 

Walaubagaimanapun pada tahun 1619, Acheh berjaya menakluki Kedah dan mengusir keluar Portugis dari kota ini.

Ini salah satu dari empat Meriam Inggeris yang ada di sini.

Maklumat tentang Meriam Inggeris.

Kota Kuala Kedah yang musnah akibat serangan musuh telah dibina semula pada 25 Mac 1771 bersamaan 10 Safar 1185 H. 

Sultan Muhammad Jiwa menitahkan Hafiz Sab, seorang ulamak dari India yang dilantik menjadi Kadi Besar Kedah, melukis pelan dan merekabentuk kota ini di atas tapak asalnya. 

Beliau juga dipertanggungjawabkan membawa buruh-buruh dari India untuk membina semula kota tersebut. 

Tembok kota ini diperbuat daripada batu bata merah dengan menggunakan bahan-bahan adunan tempatan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput di samping telur putih dan manisan lebah. 

Batu-batu bata tersebut diperbuat oleh tukang-tukang batu dari India menggunakan tanah-tanah asal yang terletak di bandar Alor Setar dan kini tempat membuat batu-bata tersebut dikenali sebagai " Bakar Bata".

Terdapat sebuah kuil hindu iaitu kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berlokasi di Bakar Bata, Alor Setar.

Kota Kuala Kedah dijadikan sebagai interpot iaitu pusat perdagangan antara Kedah dengan pedagang-pedagang asing. 

Kedah yang sentiasa menerima ancaman daripada Siam meminta bantuan Inggeris untuk mempertahankan kepentingan pelabuhan ini. 

Peluang yang dinanti-nantikan ini memberi kesempatan kepada Inggeris untuk menduduki Pulau Pinang. Mereka bersetuju membayar saguhati tahunan dan membantu mempertahankan Kedah melalui perjanjian yang dimeterai pada 11 Ogos 1786, di antara pihak Inggeris yang diketuai Kapten Francis Light dengan pembesar-pembesar Kedah.


Ada satu lagi meriam lama di sini.

Namanya Meriam Katak Puru.

Meriam Katak Puru besi ini dikatakan buatan melayu ditempa dan dipicit dengan jari masa besi masih panas ๐Ÿ˜ฑ.

Pemandangan Sungai Kedah dari Meriam Katak Puru.



Kelihatan sebuah feri dari Langkawi sedang menuju ke Jeti Kuala Kedah.


Route feri Langkawi ⇋ Kuala Kedah.

PKPD Pentadbiran di Kota Setar
๐Ÿ”นPerintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di daerah Kota Setar, Kedah telah bermula jam 12.01 tengah malam 11 September hingga 25 September 2020.
๐Ÿ”นPerjalanan feri Kuala Kedah ⇋ Langkawi ditutup dalam waktu PKPD.
๐Ÿ”นLangkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membenarkan semua tiket perjalanan yang terjejas untuk memindahkan tarikh perjalanan sehingga ke 31 Mac 2021. Penumpang dibenarkan untuk menukar tarikh masa bila-bila masa tanpa sebarang bayaran perubahan.
๐Ÿ”นSistem secara automatik menyatakan tarikh perjalanan anda sebagai tarikh terbuka, anda boleh meminta tukar tarikh tiket perjalanan bila-bila masa.










Feri Ekspres Bahagia 168 - Langkawi ⇋ Kuala Kedah.









Jambatan Tok Pasai.




Alor Melaka yang dibina untuk mengawal air daripada memasuki kota.

Dihujung sana tu adalah Pasar Nelayan Seberang Kota yang kami passed by earlier.




Pemandangan Rumah Api (Rumah Pelita) dari tembok timur Kota Kuala Kedah.

Tembok timur Kota Kuala Kedah.

Di tembok ini ada Pintu Gerbang British.


Batu bata merah yang digunakan untuk membuat tembok ini adalah menggunakan tanah-tanah asal di bandar Alor Setar. Dibina oleh tukang-tukang batu dari India, bahan-bahan adunan tempatan seperti kapur kulit kerang dan kulit siput di samping telur putih dan manisan lebah digunakan.



Pemandangan bangunan Muzium Kota Kuala Kedah dari tepi Pintu Gerbang British.



Maklumat tentang Pintu Gerbang British.

Dengan termeterainya perjanjian Inggeris-Siam (Perjanjian Bangkok) pada 15 Julai 1909, maka bertukarlah naungan Kedah dari Siam kepada Inggeris. W.G Maxwell merupakan penasihat British yang pertama di Kedah, Kota Kuala Kedah masih lagi berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan pendidikan. Beberapa buah pejabat kerajaan, mahkamah, kuarters Shah Bandar dan pintu gerbang (pintu gerbang British) dibina di dalam kota ini.

Pintu gerbang British dibina setelah Kedah berada di bawah naungan British. Bahagian hadapan gerbang pintu berbentuk lengkung (round roman arch) dengan menggunakan ragam hias batu-batu granit. 
๐Ÿ”นPintu berukuran 3.25 meter tinggi dan 2.42 meter lebar.
๐Ÿ”นUkuran gerbang yang berbentuk segi empat bujur ialah 7.04 meter x 7.00 meter dengan ketinggian lebih kurang 6.10 meter.
๐Ÿ”นBahagian kemuncak gerbang hadapan luar terdapat 3 tembok dengan ukuran 120sm x 130sm di sisi selatan (kiri) dan 176sm x 130sm di bahagian tengah, serta 120sm x 130sm (kanan).
๐Ÿ”นDi bahagian tengah struktur terdapat ragam hias berukuran 0.32 meter pada baris memanjang yang berfungsi sebagai penahan struktur.
๐Ÿ”นDi atasnya terdapat lagi struktur tembok yang tebalnya 0.50 meter dan setinggi 2.67 meter.
๐Ÿ”นBahagian atasnya dipasang lantai kayu dan satu tangga telah dibina bagi membolehkan pengawal naik untuk membuat tinjauan serta pengawasan di bahagian luar kota.




Rumah Api (Rumah Pelita).


Seterusnya adalah Pintu Gerbang Kacapuri. Pintu gerbang atau pintu besar yang terletak di bahagian timur mengadap ke Alor Melaka diberi nama 'Kacapuri'. 

Pintu gerbang ini telah runtuh pada tahun 1970 akibat ribut yang kuat. 



Maklumat tentang Pintu Gerbang Kacapuri.

Ragam hias pintu gerbang ini memperlihatkan unsur-unsur komponen Timur Tengah, dengan pengaruh Islam iaitu bentuk kubah pada kemuncaknya.

Pembahagian pintu gerbang ini kepada tiga bahagian diinterpretasikan sebagai simbol dunia bawah, dunia tengah dan dunia atas seperti yang terdapat dalam ajaran agama Buddha. Demikian juga dengan teknik pembuatan iaitu komponen anak tangga tidak diikat antara satu dengan lain. 


Ok, di bawah ni lokasi Rumah Api, Pintu Gerbang British dan Pintu Gerbang Kacapuri dalam Kota Kuala Kedah yang dah kami lawat. Next, ke Muzium Kota Kuala Kedah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: