Friday, October 2, 2020

ALOR SETAR - MORNING WALK - DAY 02 - PART 06



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, ni last entry untuk 'Alor Setar Morning Walk' saya 😊.

Dari Pekan Cina, saya cross Persiaran Sultan Abdul Hamid dan masuk ke kawasan Pekan Melayu di Jalan Pengkalan Kapar. 

Teruskan dengan riverside walk di Taman Pesisiran Tanjung Chali. 


Jambatan Persiaran Sultan Abdul Hamid dan Sungai Kedah.

Semoga majlis perbandaran dapatlah memperbaiki laluan Taman Pesisiran Tanjung Chali yang cantik ini. Nampak seperti sudah lama kerosakannya. 

Pergi memancing. 









Jambatan Jalan Raja dan Sungai Kedah.

Seterusnya saya masuk ke Jalan Raja.

Ternampak sebuah bangunan bersejarah dan grand ini.

Sekarang ia adalah Kompleks Pelancongan Negeri Kedah.

Dari belah sini jalan saya ternampak ada papan info tentang bangunan ini. Malas nak cross the road saya zoom-in saja 😅.

Maklumat tentang Bangunan Mahkamah Rendah Lama, Alor Setar.

Ada juga terfikir nak ke sana to have a closer look at this wonderful historic building, tapi nampaknya macam tutup. I would have felt like I was trespassing if I entered the premise... hehe 😄.  

Came upon another beautiful historic building, the Balai Polis Alor Star. Ia adalah sebuah balai polis lama, no longer in use. The sliding grill and front door shut and locked. It would have been nice if this historic building is open for the public to visit. 

Bangunan ini merupakan bangunan ibu pejabat polis cawangan trafik di kawasan Alor Setar yang bertugas untuk mengawal lalu lintas di sekitar bandar Alor Setar. 

Reka bentuk dan pilihan warna biru yang digunakan oleh bangunan ini memperlihatkan persamaan dengan mana-mana balai polis di negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Keadaan ini adalah disebabkan faktor dari kesan penjajahan dulu lagi.

Reka bentuk senibina bangunan ini menunjukkan ciri-ciri senibina Greek yang menarik.

Bangunan ini masih kekal dan kukuh hingga ke hari ini.
Maklumat bangunan Balai Polis ini adalah dari memori-kedah.com.

Di seberang jalan dari Balai Polis tadi ialah bangunan POS Malaysia. Bangunan ini terletak di persimpangan Jalan Pekan Melayu dan merupakan Pejabat Pos Besar di Alor Setar. Melihat kepada reka bentuk bangunannya, jelas menampakkan ciri-ciri senibina Roman. Ciri-ciri ini jelas terbukti pada struktur binaan pada tiang, tingkap dan pintu bangunan.

Selain itu, ukiran-ukiran menarik dapat dilihat pada bahagian dinding dan juga tiang. Bangunan ini berperanan untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan penghantaran surat menyurat dan juga kewangan. Bangunan ini tetap teguh berdiri dan tidak tergugat dengan pembinaan dan kewujudan bangunan-bangunan baru disekelilingnya.
Maklumat bangunan Pejabat Pos ini adalah dari memori-kedah.com.

Ini pula adalah Tugu 0 km. 


Sambung jalan lagi. Ini di Jalan Langgar. 

Masih ada terdapat beberapa bangunan zaman kolonial yang pernah dibaikpulih dan kelihatan masih cantik.

Bangunan papan/batu yang unik ini adalah sebuah hotel - Rivaria Hotel.

Tak pasti ni sungai ke apa. Terusan ke? 

Lepas check rupanya ia adalah Sungai Raja. 

Pada masa itu saya berada di red button as below.


Bangunan shopping mall Pekan Rabu Alor Setar.

Dah lunch time. KFC je. Dah kelaparan yang amat masa tu 😅. 

The fried chickens had never tasted so good! Dah kelaparan sangat la tu from all the walks... hehehe.

Lepas lunch sambung lagi jalan untuk balik ke hotel. On the way tu came upon this mosque. Namanya Masjid Nagore Alor Setar yang merupakan sebuah masjid lama yang terletak di Jalan Penjara Lama.

Berdasarkan info yang dipaparkan pada papan tanda di hadapan masjid ini, ia dibina pada tahun 1881, yang mana secara tidak langsungnya adalah lebih tua berbanding Masjid Zahir yang dibina pada tahun 1912. 

Masjid ini dikatakan dibangunkan oleh kaum India Muslim berdasarkan nama masjid ini yang bersamaan dengan nama salah satu bandar di India iaitu Nagore. 

Dari segi analisis senibina secara kasar juga jelas memaparkan pengaruh India Muslim.
Maklumat masjid ini adalah dari planmalaysiakedah.kedah.gov.my.


Bahagian dalam masjid.

Tempat berwudhu. 



Jalan lagi jumpa mural.

Uncle tukang jahit.


Panggung lama Rex.

Ok, selamat sampai balik ke hotel penginapan kami, Royale Signature Hotel. 

And this is the complete map of my 'Alor Setar Morning Walk'. Bermula dari hotel pada pukul 8:40 pagi dan sampai semula ke hotel pada pukul 2 petang. Lebih kurang 5 jam berjalan kaki dengan total jarak perjalanan sejauh lebih kurang 7 km! Patut la ketaq lutut bila sampai hotel.. hehehe 😄😅.

All in all, imho my co-called 'Alor Setar Morning Walks' was quite a nice excursion. Alhamdulillah. The weather was good dan tak hujan. Panas tu biasa la. Dan paling best bila sampai di Medan Bandar Alor Setar sebab ada banyak historic buildings yang lokasinya berdekatan seperti masjid, menara jam, balai-balai, galeri-galeri, tugu/monumen dan muzium. Jalan-jalan di Medan Bandar ini dipanggil Jejak Diraja atau Royal Trail. Juga walking distance dari Medan Bandar ialah the historic towns, Pekan Cina dan Pekan Melayu. Dan ada pemandangan-pemandangan cantik Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit. 

Alhamdulillah.

Lepas mandi dan solat, tidur sekejap. Bila wife dah selesai meeting, kami turun ke restoran hotel untuk minum petang. 

Kami ordered cucur dan teh tarik. Ada tahu goreng sekali. Both sedap, panas-panas baru lepas goreng 😋. 

Makan cecah dengan kuah kacang. 

Pemandangan malam Menara Alor Setar dari tingkap bilik hotel kami.





Malam tu kami berurusan dengan staff di hotel ini for tomorrow's excursions. So she called one of the hotel's contact, a taxi driver, to drive us to the places of interests that we had identified. 

Bergambar sekejap di lobi hotel. 

Malam tu kami makan malam di hotel saja. Tak larat nak keluar... hehe.


We had mee kari dan tomyam. Yes, makanan di hotel memang sedap. Alhamdulillah.

Nampak teh cap Bharat ni teringat pada trip kami ke Cameron Highlands 😀.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: