Monday, March 16, 2020

BANGKOK & BEYOND - DAY 01 - PART 02 - KHAO YAI SUNFLOWER


Lepas lunch di Salasa Khao Yai, kami naik semula bas untuk ke ladang bunga matahari Rai Manee Sorn Sunflower Field. Kiranya lawatan tengok bunga matahari ini adalah salah satu highlight pakej yang kami ambil ini.

Ada arena go-kart.

Simpang ke Rai Manee Sorn Sunflower Field.

On the way tu ternampak sebuah castle-like building on top of a hill. Unik sungguh rupanya. Lokasinya di Pak Chong dalam wilayah Nakorn Rachasima, utara Thailand.

Ini adalah Wat Simalaisongtham. Ia adalah sebuah temple. Kalau Wat Po dan Golden Buddha tu kami pernah la dengar. This one we never heard before.

Sebuah kuil tapi dari jauh nampak macam theme park because of its colorful facades. Ia mengandungi pelbagai artifak dan karya seni Buddha. Di dalam kuil yang belum siap ini ada a mix of mythological gods, creatures and figures from Burma, Cambodia, China, India, Laos and Thailand.

Passing by corn fields yang sangat luas. 

Kata Saran (local tour guide) daun-daun jagung yang kering ini akan dituai menjadi makanan haiwan ternakan.


Dalam perjalanan ini juga, kita boleh nampak sebuah patung emas Master Monk Luang Pu Thuad. Dia adalah seorang sami Buddha yang sangat terkenal dan dihormati di seluruh Thailand.

Luang Por "respected father" Thuat was born in Songkhla province in the south of Thailand in 2125 BE (1582 CE) and died 100 years later.
Many miracles are attributed to Luang Por Thuat, such as turning salty seawater into fresh water for folk to drink, and healing folk with his divine powers.
Source: link


Sampai ke Rai Manee Sorn Sunflower Field, Mu Si, Pak Chong District, Nakhon Ratchasima. 

Teruja kami tengok banyaknya pokok-pokok bunga matahari dari dalam bas ni 😊.

Bunga matahari atau Heliathus annus [gabungan dari perkataan Greek Helios (Matahari) dan Anthus (Bunga)] dikenali sebagai Thantawan dalam bahasa Thai.

Central Thailand terkenal sebagai penghasil utama bunga matahari dengan sunflower fields mereka sering menjadi 'must-visit' locations for tourists terutama semasa musim sejuk dari bulan November hingga Januari ketika bunga matahari mekar. Ya, di sana ada 'musim sejuk'. Peta di bawah menunjukkan beberapa lokasi ladang bunga matahari yang menjadi tarikan pelancong di central Thailand.

Bunga matahari adalah tanaman yang agak baru di Thailand. Thailand mula menanam pokok bunga matahari secara komersil pada 1988 dalam kawasan seluas hanya 12 kilometer persegi. 

Kini terdapat lebih 800 kilometer persegi di seluruh negara yang menghasilkan lebih dari 60 ribu tan minyak bunga matahari setiap tahun. Pusat penanamannya yang utama terletak di Wilayah Lopburi dan Nakhon Ratchasima.

Despite mempunyai ladang-ladang bunga matahari yang luas saujana mata memandang, Thailand bukanlah penanam pokok bunga matahari terbesar. Bunga matahari yang pada asalnya ditanam di Americas, kini 60% daripada bunga matahari dunia tumbuh di Eropah dan Rusia. Dalam cerita rakyat tradisional di sana, bunga matahari selalunya menunjukkan kesuburan, tenaga suria dan semangat. Ini kerana keunikkan bunga matahari 'menggerakkan kepalanya' mengikuti sinar matahari.


Bunga matahari biasanya berbunga penuh pada bulan November hingga Januari dan bukannya sepanjang tahun. Ia adalah tumbuhan yang boleh tumbuh dengan baik di kawasan kering. Selain menanam pokok bunga ini peladang di sini juga ada menanam jagung. 
Pokok bunga matahari dan jagung merupakan antara tanaman utama di Thailand.

Tempoh nak tengok bunga matahari kembang penuh di ladang-ladang di sini cuma dalam masa 10 hari sahaja. Setiap tuan ladang bekerja sama menanam pokok bunga matahari secara bergilir-gilir supaya setiap ladang berpeluang menjadi tarikan utama. Ini juga untuk memastikan sekurang-kurangnya satu kawasan ladang mempunyai bunga-bunga matahari yang mekar sepanjang tempoh tersebut.

Pada amnya, peladang akan menanam pokok bunga matahari sepanjang tempoh dari akhir September hingga November. Maka bunga-bunga matahari akan menjadi mekar penuh sekitar November dan Disember.

Carta Pertumbuhan Bunga Matahari. 

Seperti yang kita ketahui bunga matahari sentiasa bergerak mengikut pergerakan matahari dari timur ke barat. Bunga matahari yang muda lebih cenderung mengikuti pergerakan matahari dari timur ke barat, untuk meningkatkan proses fotosintesis. Kebolehan ini dipanggil 'Heliotropism'. Bunga yang lebih matang pula secara tipikalnya akan menghadap ke timur. 

Jadi bagaimanakah muka bunga matahari boleh ikut arah matahari memancar? 

Leher batang bunga matahari yang berada tepat di belakang bunga, mengarah muka bunga ke arah matahari. Pada awal pagi, sel-sel tumbuhan di bahagian barat batang mula membesar dan memanjang, menyebabkan muka bunga matahari miring ke arah matahari. 

Apabila matahari bergerak melintasi langit, sel-sel di bahagian batang yang bertentangan dengan matahari akan memanjang, memastikan kepala bunga sentiasa menghadap matahari.

SubhanAllah, that is so fascinating!

Jadi kebolehan bunga matahari mengikut pergerakan matahari ini samalah seperti program sistem solar panels. Sistem penjejakan solar memaksimumkan pengeluaran elektrik sistem solar dengan menggerakkan panel-panel mengikuti perjalanan matahari sepanjang hari. Program ini mengoptimumkan sudut di mana panel-panel akan menerima radiasi matahari. 

Bila matahari dah terbenam, bunga matahari tidak berhenti bergerak. Ia seterusnya akan mengadap semula ke timur, ke arah matahari akan terbit untuk menyerap cahaya matahari untuk hari esoknya. Kadang-kadang, bunga itu menghadap ke timur sebelum matahari terbenam sepenuhnya pada waktu petang. Fascinating!!


Bunga matahari boleh tumbuh setinggi 5 meter. Daunnya hijau berbentuk hati. Biasanya setiap pokok bunga matahari yang ditanam hanya mempunyai satu bunga, tetapi spesies liar mempunyai banyak bunga. 

Bunga matahari mempunyai kelopak berwarna kuning atau kemerah-merahan mengelilingi cakera berwarna coklat. Dalam setiap cakera ini, terdapat beberapa ratus florets that are hermaphrodite
A hermaphroditic plant is one that produces both male and female reproduction systems and are largely self-pollinating. This is opposed to monoecious plants that have both male and female reproductive capabilities but can't self-reproduce.

Kelopak luar yang menonjol membantu menarik banyak spesies lebah termasuk lebah madu dan lebah belukar. Bahagian tengah bunga matahari menempatkan ratusan floret individu kecil yang mengandungi nektar dan debunga, sumber makanan untuk lebah.

Seperti kacang soya dan kelapa sawit, bunga matahari adalah tanaman minyak komersil yang memainkan peranan penting di pasaran dunia. Terdapat dua jenis bunga matahari komersil, iaitu. Oilseed - benih hitam kecilnya sangat tinggi dalam kandungan minyak. Ia diproses menjadi minyak bunga matahari dan makanan, dan juga digunakan untuk menjadi makanan burung. Non-oilseed (confectionery sunflower) - biji-bijian berwarna hitam dan putih yang lebih besar digunakan untuk membuat pelbagai produk makanan dari makanan ringan hingga roti. 

Biji bunga matahari sangat kaya dengan nutrisi dan biasanya diekstrak menjadi minyak masak atau sebagai snek. Biji bunga matahari merupakan sumber vitamin E, magnesium dan selenium yang baik bersama sejumlah nutrien lain.
“Sunflower seeds are an excellent source of vitamin E, the body’s primary fat-soluble antioxidant. Vitamin E travels throughout the body neutralizing free radicals that would otherwise damage … cell membranes, brain cells, and cholesterol. … Vitamin E has significant anti-inflammatory effects that result in the reduction of symptoms in asthma, osteoarthritis, and rheumatoid arthritis, conditions where free radicals and inflammation play a big role. Vitamin E has also been shown to reduce the risk of colon cancer, help decrease the severity and frequency of hot flashes in women going through menopause, and help reduce the development of diabetic complications.”
– Dr George Mateljan, author ‘The World’s Healthiest Foods’

Indeed, they were all facing the same way, towards the late afternoon sun. Most of them anyway.

Bila bunga matahari ni dah mula tunduk macam ni, kalau ikut carta pertumbuhan di atas tadi, pokok-pokok bunga matahari ni dah masuk 'Stage 8', dah berusia 110 hari ke atas di mana biji-bijinya dah mula masak dan sudah boleh dituai.


Boleh tahan ramai jugak tourists masa tu. 

Seemed they're crowding at a few spots. No worries, the ladang is so big there are space for everyone to explore comfortably dan dengan riang ria.. hehe. 


Cantik pulak jalur-jalur sinaran matahari tu.

Ok, jom explore. Ladang yang kami lawati ini tidak mengenakan sebarang caj untuk masuk. 

Cantik. The bright yellow against the blue cloudy sky. 

Memang besar belaka bunga matahari di sini. 

Since penanaman pokok bunga matahari adalah paling sesuai di kawasan kering, maka tak hairanlah kalau nampak berdebu.

Di lorong nak ke kawasan ladang ada deretan gerai-gerai menjual minyak dan biji bunga matahari serta buah, makanan dan minuman.

Penjual-penjual di situ memanggil-manggil minta kami rasa kuaci-kuaci mereka yang sudah pun siap dikopek. Ada macam-macam versi: toasted, salted, non-salted, with honey etc. Boleh rasa samples yang diberikan. Memang sedap!
Yang sudah dan yang belum dikopek.

Saya cadang nak beli kuaci tu tapi not now sebab now tengah excited nak pergi masuk ke lorong-lorong pokok bunga matahari dan ambil gambar.. hehe. 

Ini antara cara kuaci yang dah dikopek dibungkus untuk pembeli. 

Buah-buahan pun ada.

I have no idea buah apakah ini? 

Grapes.

Ada juga yang menjual mainan kanak-kanak....

.. and head garlands. 

Toasting sunflower seeds dalam kuali. Sedap baunya.

Ada juga disediakan aktiviti tambahan untuk pelancong seperti menunggang kuda dan bergambar dengan kuda pony. 

Kalau nak ambil gambar atau bergambar dengan pony ni, ada cajnya. Kami shoot dari jauh je la.

Seperti di tempat-tempat touristic lain, di sini juga ada khidmat ambil gambar seperti ini. They'll take your photo and then print and framed it for a fee. 

Madu pun ada. Tak berani pergi dekat sebab banyak lebah.. hehe. 

Rai Manee Sorn Sunflower Fields ini adalah sangat luas. 

Nampak cantik pulak suasana masa matahari petang.

Beramai-ramai berjalan di celah-celah sunflower grooves. 

Masing-nasing mencari-cari spots yang cantik untuk bergambar.

Di ladang ni ada beberapa pelantar bertangga yang pelawat boleh panjat dan bergambar dari atas pelantar tu. 

So bila kami dah ada di tempat yang elevated di atas pelantar tu maka dapat la sudut ambil gambar begini. 

I must say, the views there were breathtaking.

Selama ni pemandangan macam ni saya cuma pernah tengok di internet sahaja. So as I was standing there, it felt surreal. 



Rows upon rows of brightly colored sunflowers as far as the eyes can see. Le sigh.

Tourists frolicking amongst the grooves. 

The yellow and the green.

Dah tahap tunduk dah bunga-bunga matahari ni. Dah berat dengan ripen seeds. Tak lama lagi dah nak dituai. 

Puan Mona, our tour guide, kata kalau kami datang next week kemungkinan besar the blooms won't be like this anymore. At that time the center disc of the flower would have turned darker and the beautiful yellow petals would have withered. Kalau diperhatikan betul-betul masa kami di sini pun dah ada yang tunduk layu. Agaknya beginilah keadaan bunga-bunga matahari yang Puan Mona maksudkan tadi.

Kiranya masa kami sampai di sini bunga-bunga matahari ni masih comel lagi la. Alhamdulillah.

Jadi kalau anda ada plan nak ke sini, pilihlah tarikh yang sesuai. 

Atau kalau tak nak pening kepala, ambik je pakej macam kami ni since travel agent yang akan pilih tarikh yang sesuai. Tarikh kami ke sini adalah pada 8hb. December i.e awal bulan December, timing yang dikatakan sesuai masa bunga-bunga matahari ni tengah full bloom dan belum lagi kelayuan. 

Kalau ke sini awal lagi, takut tak mekar penuh dan saiz bunga-bunga ni tak besar-besar macam ni. Apa-apa pun kita hanya boleh merancang dan sememangnyalah kita patut merancang, tapi rezeki tu ketentuan Allah SWT. Kita usaha la. 

Bergambar di atas pelantar. Surface platform ni kecik je so terpaksa la framing foto ketat macam ni... hehe. 


My wife memang dah rancang nak pakaikan sunglasses pada sunflower.. hehe. 

So ironic.. hehe. Sunflower tu kan nak absorb sunlight, dipakaikan pulak sunglasses.. kesian bunga tu... hehehe 😄. It's quite fetching actually. 

If only I had looked up from behind the camera, it could have been a cool selfie.. 😊.

Such intricate and beautiful details.


Beranikan jugak pergi dekat-dekat ambil gambar lebah.. hehe.

"Eh..!! Awak pulak yang jadi bunga! Tukar! Tukar!"... hahaha..

"Haaa.. baru betul!"... hehehe... 😄.

Beautiful full bloom.

SubhanAllah, such amazing pattern and details.

Sunflower florets are arranged in a natural spiral having a Fibonacci sequence.
The pattern of seeds within a sunflower follows the Fibonacci sequence, or 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144... If you remember back to math class, each number in the sequence is the sum of the previous two numbers. In sunflowers, the spirals you see in the center are generated from this sequence -- there are two series of curves winding in opposite directions, starting at the center and stretching out to the petals, with each seed sitting at a certain angle from the neighboring seeds to create the spiral.
Source: www.treehugger.com

Fibonacci sequence in nature.

Memang saya berharapkan dapat shots macam ni. I mean not just close ups of the sunflower or a whole frame full with sunflowers, but also one that captures the vast yellow sprawling field with the green landscape beyond it. 


Tak tau la apa maksud tulisan Siam tu tapi ambil je la gambarnya.. hehe.

May be it is the name of this farm 'Rai Manee Sorn'. Or perhaps 'Khao Yai'.


And I was so, like, very fascinated pada bahagian belakang bunga matahari ni. 

Such amazing and precise symmetrical pattern. Dan berbulu.. hehe.


Ada pula budak 2 orang ni menunggang kuda. I guess tourists yang interested can ride the horses for a fee.

Indeed. Subjects must be elevated in order to capture the vast field as background in the photo framing. 

Berfoto sekejap with this cute lion in blue overall ni... hehe. 




Bila nampak bukit bulat macam ni, teringat pada Chocolate Hills yang kami lawat semasa bercuti di Pulau Bohol, Filipina.

Buaian pun ada.

Kami pun bergambar juga 😊.



Kami perasan not all of the flowers mengadap satu arah. Sebabnya I believe dalam satu cluster ada pokok-pokok bunga matahari yang lain-lain tahap kematangannya. 

Yang masih muda akan follow the sun's movement from east to west, sementara yang dah matang just face east dan dah tak gerak-gerak lagi dah. I guess yang matang tu dah tak perlukan much sunlight untuk proses fotosintesis.

And amongst the full blooms, ada juga yang masih tahap putik. 

Even at this stage, pada saya ia sangat cantik. 

On the opposite side of the sunflower field ada ladang tak tau pokok apa. Agaknya sejenis pokok berbunga tapi masih belum blooming stage.

"Haaa... cepat-cepat! Tengah tak ada orang!".
In reality begitulah kan. Dalam foto as if it was effortless, like you have the place all to yourselves... padahal ada ramai orang lain.... hahaha... 

The boys again and their small horses. 


Walaupun kecik tapi kencang betul kuda-kuda ni!



And then there were these cuties. Awww... 


Then it was time to leave. Lalu semula lorong ada gerai-gerai tadi. Puan Mona, our tour guide, rekomen kami cuba air buah kelapa muda di gerai ni. Kami pun beli. Dah kehausan pun kami masa tu. So, sedap ke? Oooo.. sedapppp! 
Ini penjual air kelapa tu. Nama dia Alif. 

Kami juga singgah di gerai akak dua orang ni. Mujur ada Saran, our local tour guide, masa tu. So boleh la tolong translate. 

Bergambar dengan akak-akak Siam. 

Kami beli toasted sunflower seed dan gajus.



Group members lain pun membeli juga.

Here's a bit more about sunflowers.

Terdapat legenda berdasarkan mitologi Yunani yang menceritakan asal-usul bunga matahari. Pada suatu masa dahulu, Clytie (a dryad - a nymph inhabiting a tree or wood) jatuh cinta dengan Apollo, Tuhan Matahari. Apollo tidak merasakan cinta kepada Clytie. Oleh itu, apa yang boleh Clytie lakukan hanyalah duduk dan menatap matahari dari ketika matahari terbit sehingga matahari terbenam.
Apollo dan Clytie.

Kerana kesiankan si Clytie dan juga kerana Clytie adalah immortal, maka para dewa-dewa pun merubah Clytie menjadi bunga matahari. Kakinya berubah menjadi batang sementara wajahnya menjadi bunga. Rambut emasnya menjadi kelopak kuning. Jadi walau dalam bentuk bunga, Clytie masih tetap memalingkan wajahnya ke matahari, ke arah Apollo, sepanjang masa. Itulah sebabnya bunga matahari sentiasa berubah mengadap matahari.
"Apollo, the young sun god, was more glorious than tongue can describe or than mortal eye can behold. As he drove his golden charriot through the sky he dazzled the whole earth with his splendor."
Patut la Clytie jadi head over heels pada si Apollo.

Fyi, Sunflower adalah bunga kebangsaan Ukraine. 
Sunflower Backstory

🌓 Sunflowers made their way to Ukraine through the efforts of the early explorers of North America, where it was one of only a few native food crops (along with squash, blueberries and pecans). Seeds were brought back to the old world, and found to grow well in hot, dry places with rich soil, such as the “Black Earth” regions of Ukraine.

🌗 The Orthodox Church comes into the story because during Lent, believers were not supposed to use butter or lard for cooking. Since sunflower oil was a fairly recent arrival, there were no specific restrictions on its use. Sunflower culture took off. By the 1800s, there were big fields of them all over Ukraine and western parts of Russia, and people were chewing the seeds and spitting out the shells.

Bunga matahari juga melambangkan penyembahan dan kesetiaan dalam pelbagai agama kuno kerana persamaan bunga itu dengan matahari berkait dengan pengetahuan rohani dan keinginan untuk mencari cahaya dan kebenaran. Kaum Inca menggunakan bunga matahari untuk melambangkan Sun God, dan membawanya ke kuil untuk pemujaan.

Van Gogh juga sering menjadikan bunga matahari subjek lukisan sehingga mempengaruhi ramai pelukis lain ketika Impressionist Period. Ketika itu seolah-olah bunga matahari adalah bunga yang paling kerap dilukis. 

Setiap kejadian Tuhan memang ada keistimewaan. Keistimewaan Bunga Matahari adalah ia mampu menyedut radiasi nuklear dari tanah. Disebabkan kemampuan untuk mengeluarkan toksin seperti plumbum, arsenik dan uranium dari tanah yang tercemar secara semulajadi, bunga matahari kini banyak ditanam di Fukushima, Jepun yang terjejas dengan pencemaran radiasi nuklear sewaktu peristiwa tsunami besar pada tahun 2011. Ia juga ditanam di sekitar landskap Chernobyl. 

SubhanAllah, begitulah kehebatan ciptaan Allah SWT. 
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu, maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu menjadilah ia.  Al-Baqarah: 117
Ayat di atas memperlihatkan kekuasaan Allah SWT yang mana menciptakan langit dan bumi tanpa ada ciptaan yang semisal dengannya sebelum ini. Melalui ayat ini juga, Allah SWT ingin memperlihatkan akan kesempurnaan kemampuan-Nya serta keagungan kekuasaan-Nya.




Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. beautiful sunflower photos !!!!
    bravo bang !! hehehhee..
    akhirnya sampai juga ke sunflower field !!!
    thansk ajar tentang heliotropism
    the Fabinacci sequence is so fascinating kan!! subhanAllah.. kebesaran Allah tiada tandingannya
    \
    macamana depa kopek biji biji sunflower tu ?
    guna gigi..? ramai-ramai ketip guna gigi dan kumpulkan..
    hahhahaha
    saja nak bagi en syed worry ..
    yang hijau tu buah bidara
    sedap !
    tak berapa manis. rangup tapi
    pernah dengarkan tentang khasiat daun bidara ?

    nak tahu kenapa bunga yang matamg tak berkalih ikut matahari ?
    dia dah tak larat ..dah tua ... :))

    kita orang tak ambik pakej
    kita orang tanya tour agent bila ada tour ke sunflower fields..
    berapa hb..
    dan tiru :))... pergi sendiri pada tarikh tu :))
    clever tak ?:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya kami sampai ke sini.. hehe. My wife la yang nak tgk bunga matahari besar2 ni. For me, it always is fascinating especially bila magnitude macam ni i.e luas sungguh ladangnya.

      Welcome. I mean, kita memang tahu bunga tu bergerak ikut matahari tapi why and how did it happen exactly. Maka sibuk la saya research baca sana sini, dan terjumpa la ttg 'heliotropism' tu.

      Kan! Saya tersgt fascinated dgn pattern Fabinacci sequence tu. And that it is actually present in so many other plants just blew my mind! SubhanAllah.

      Pakai gigi! Hahaha... and EWWWWWwwwww....

      Oic, buah bidara. Tak pernah makan doc. Dan tak tahu khasiatnya. Nanti I cari.

      Hehehe.. indeed. Dan dah berat sebab the seeds dah mature. Letih dah nak pusing2.

      Very clever! Unless you have ctc di sana, the best way is to just check with the travel agents.

      Delete