Program morning walk diteruskan. Ternampak bangunan bentuk rumah tradisional Melayu ni so saya pun pergi check it out.
Rupanya it is a tourist center.
Ini adalah Pusat Penerangan Pelancong Kuantan atau Tourism Information Center Kuantan (TICK).
Saya ke sini sebab nak find out interesting places that I can visit around area Kuantan ni.
Untuk cari info tu di TICK ni saya dibantu oleh Megat dan Wani. Mereka berdua ni profesional, attentive and knowledgeable. Seronok bersembang dengan mereka. Selepas menerangkan pada mereka apa info yang saya nak cari, terus mereka memberi pelbagai cadangan sampai saya, yang kebetulan masa itu dah nak balik dah esoknya, jadi macam kelam kabut sikit nak pilih mana satu nak pergi... hehehe. And of course I had to do shortlisting and pergi mana yang tidak terlalu jauh.
Since dah ada di sini, saya pun explore la, dengan penerangan diberi oleh Megat. Ada dijual seni khat.
Details begini memang saya suka sangat.
Antara produk-produk yang ada dijual di sini termasuk keychains, fridge magnets, tshirts dan sarong.
Juga ada this super cute, super creative small purses bentuk bungkusan nasi lemak 😄.
Di rak ini ada beberapa tanjak dari pelbagai jenis dan reka bentuk. Let's have a closer look shall we.
Ini Tanjak Putera Kayangan.
Tanjak Alang Iskandar.
Tanjak Mahkota Alam.
Tanjak Takur Tukang Besi.
Tanjak Cogan Daun Kopi.
Tanjak Bulang Bidang.
Saya request Megat pakai Tanjak Cogan Daun Kopi ni. Nak tengok how it actually look on a person.
Since dah bercerita pasal tanjak, elok juga rasanya saya buat kompilasi foto-foto tanjak/tengkolok/destar yang pernah saya ambil dan share di sini. Maka saya pun carilah balik semua foto-foto lama saya yang ada gambar tanjak.
"Sekali bernama Destar
Keduanya bernama Tanjak
Ketiganya bergelar Tengkolok
Yang di ujung kepala
Dipakai berpatut-patut
Yang beradat berlembaga
Yang beradat berketurunan
Yang dijaga dipelihara
Yang bertempat dan bertepatan
Yang ada asal usulnya."
Siti Zainon Ismail, Pakaian Cara Melayu, UKM 2006.
Ok, yang ini foto tanjak dan maklumatnya yang saya ambil di Istana Kesultanan Melaka (muzium).
Maklumat tentang tanjak.
Ini pula patung Laksamana Hang Tuah yang bertanjak. Foto diambil di Muzium Samudera, Melaka.
Mural Hang Tuah di Istana Kesultanan Melaka (muzium).
Diorama kisah pembukaan Melaka. Parameswara dan pengikut-pengikutnya digambarkan memakai tanjak. Foto diambil di Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera.
Diorama peristiwa yang sama. Foto diambil di Istana Kesultanan Melaka (muzium).
Sultan-Sultan Negeri Pahang memakai tanjak Diraja atau Tengkolok Diraja. Foto diambil di Muzium Masjid Sultan Abdullah, Pekan Pahang.
Pakaian rasmi Sultan dan persalinan harian Pembesar yang lengkap dengan bertanjak. Foto diambil di Istana Kesultanan Melaka (muzium).
Berikut adalah foto-foto DYMM Sultan-Sultan Negeri memakai Tanjak Diraja atau Tengkolok Diraja. Foto-foto diambil di Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.
Tengkolok Dendam Tak Sudah.
Setanjak Balung Raja.
Tanjak Belalai Gajah.
Tanjak Ayam Patah Kepak.
Destar Temenggung.
Destar Ketam Budu.
Tanjak Lang Menyongsong Angin.
Destar Dendam Tak Sudah.
Tengkolok Sultan Kedah.
Tanjak juga adalah pakaian rasmi Setiausaha Kerajaan Terengganu. Foto diambil di Muzium Kemaman.
Dan tentunya kita familiar dengan foto wajah Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia pada duit ringgit Malaysia.
Inilah foto Yang Di-Pertuan Agong yang digunakan pada Ringgit Malaysia yang masih dicetak pada wang kertas kita hingga sekarang. Tengkolok yang dipakai oleh baginda ialah Tengkolok Dendam Tak Sudah.
Replika besar Tanjak atau Tengkolok juga menghiasi depan 2 muzium iaitu Muzium Adat, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan dan...
... dan di Istana Kesultanan Melaka (muzium), Melaka.
Tanjak juga sering dipakai dalam banyak persembahan kebudayaan seperti adik-adik ini yang bersilat sebagai salah satu acara menyambut kedatangan pasangan pengantin.
Dan tentunya para ahli silat juga memakai tanjak. Foto-foto Guru Silat dan anak-anak muridnya yang kelihatan segak memakai tanjak ini saya ambil semasa perarakan perasmian Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bangunan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Jalan Hang Tuah, Melaka.
Looking like Malay warriors 😊.
Para Srikandi Melayu 😊.
Foto-foto berikut pula adalah foto-foto yang saya ambil ketika acara Festival Kesenian Kebudayaan dan Pertandingan Keris Serta Senjata Terbuka Terengganu.
Ada persembahan silat.
The shifu.
Dua orang peserta festival bahagian persilatan segak bergaya bertanjak.
Foto-foto ini pula saya ambil ketika program jalan-jalan saya di Melaka. Kebetulan ada persembahan tarian oleh adik-adik yang kiut miut ni.
Besar benor tanjaknya pun. Agaknya saiz dewasa.. hehe. Apa-apa pun asal jangan tercabut tanjak tu masa bergoyang dah le.. hehe.
Yang ini pula foto-foto yang saya ambil masa Pesta Wau Antarabangsa Kelantan 2015. Peserta-peserta memakai tanjak sedang menbuat wau.
Dan tentunya untuk banyak filem-filem Melayu klasik seperti filem Hang Tuah, Hang Jebat dan Lanchang Kuning, the costume designers melengkapkan pakaian era zaman dahulu dengan bertanjak.
Termasuklah juga filem zaman dahulu yang dibuat sekarang seperti filem Puteri Gunung Ledang.
Kini tanjak juga merupakan hiasan kepala bagi pengantin lelaki.
"berserah dada intan dikarang
mereka nin orang Desa Auzrang
berbulang mastuli dastar panjang
bertajuk manikam intan diselang"
Jadi samada ianya dipanggil bulang, tajuk, dastar/destar, tanjak atau tengkolok, ia merujuk kepada perhiasan kepala lelaki yang dipakai ketika berlangsungnya upacara adat istiadat. Ia berfungsi menjadi perhiasan Melayu yang penting dan dipandang tinggi dalam masyarakat, suatu fungsi yang sama sejak zaman dahulu lagi.
Sebelum saya beredar, sempat la saya ajak Megat dan Wani untuk bergambar bersama.
Sebelum saya beredar, sempat la saya ajak Megat dan Wani untuk bergambar bersama.
Cik Wani.
Encik Megat.
Lepas spent time di TICK, saya pun bergegas cari restoran nak lunch. Dah kelaparan sungguh saya masa tu. Actually baru je around pukul 12:30 noon masa tu tapi I was feeling famished after all the walks.. hehe.
Came upon Kedai Kula Cake ni pulak. Terpaksa la buat a quick stop ambil gambar di taman kedai ni. Tu ha, on the right.
Kedai kek tu tak buka lagi tapi garden ni open.
Shady and inviting.
Nice wall art.
Dah quite a few kedai I saw letak basikal macam ni. Like it is a trend pulak.
Kula Cakes yang sedap 😋.
Mural bertajuk 'Teluk Chempedak' with messages: 'Love the Nature', 'Respect the Ocean' and 'Keep the Ocean Clean'.
Macam semalam, saya makan tengahari di restoran yang sama, di Restoran R&R di Jalan Besar ini.
Soooo sedap 😋.
Alhamdulillah.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ha ah
ReplyDeleteSultan Johor tak pernah saya nengok pakai destar
hatta mana mana majlis kebesaran pun Baginda tak pernah saya nampak pakai baju melayu , samping
Tu la I wonder jugak.
Delete'Hatta' gitu.. hehe.. So klasik :).
hahhahaha...
Deletemasuk kandang kambing kena lah mengembik :)
dah bertanjak sana sini ... mestilah berbahasa lama gitu...