Friday, April 5, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 06 - PART 04 - HAMILTON GARDENS - JAPANESE GARDEN & ENGLISH FLOWER GARDEN

Dari Otorohanga Kiwi House and Native Bird Park kami teruskan perjalanan ke Hamilton Gardens. Jarak about 57 km, 45 minutes. 

Dalam kereta, terus ambil gambar. 



My wife took this shot. I 💕 it!

















Tiba di Hamilton Gardens. 

Luas tempat parking taman ni.

Hamilton Gardens adalah taman awam di selatan Hamilton yang dimiliki dan diuruskan oleh Hamilton City Council di New Zealand. Taman seluas 54 hektar ini terletak di tebing Sungai Waikato dan termasuk enclosed gardens, open lawns, a lake, a nursery, a convention centre and the Hamilton East Cemetery. Ia adalah tarikan pengunjung yang paling popular di Wilayah Waikato, yang menarik lebih daripada 1 juta orang dan menganjurkan lebih daripada 2,000 acara setahun.

Hamilton Gardens digambarkan dalam budaya popular sebagai taman botani, tetapi secara teknikalnya tidak layak dikategorikan sebagai taman botani. Sebaliknya, laman web ini mempunyai 21 taman yang mewakili seni, kepercayaan, gaya hidup dan tradisi tamadun yang berbeza atau gaya taman sejarah. Taman-taman di sini dikelompokkan dalam beberapa koleksi: Paradise, Productive, Fantasy, Cultivar and Landscape garden. Masa blog ini dikarang, ada beberapa lagi taman-taman baru sedang dalam binaan. 

Asalnya taman ini adalah tempat pembuangan sampah bagi bandar Hamilton.

Kami ada lebih kurang 1 jam 30 minit untuk jalan-jalan di sini so in order to plan the walks, kami ke Visitor Center ini dulu. Saya beli peta/pamphlets dan bincang dengan petugas di situ bertanya the best way to cover the gardens in view of our allocated time.


Saya dan Haziq berbincang dengan petugas di visitor center ni. Taman di sini ada 5 Collections: Paradise Collection, Productive Collection, Fantasy Collection, Cultivar Collection dan Landscape Collection. Petugas di Visitor Centre ni suggested kami cover taman-taman di Paradise Collection dahulu kerana taman-taman di situ paling cantik dan paling popular. 


Macam biasa saya mesti tampal pamphlets sekali 😊.






Hamilton Gardens pernah memenangi anugerah Garden of the Year di International Garden Tourism Awards di Metz, Perancis pada tahun 2014, selepas dipilih oleh juri pakar taman global. Pemenang sebelum ini untuk "the world's great and unique gardens" termasuk Singapore Botanic Gardens dan Gardens of Trauttmansdorff Castle di Merano, Itali.

Masuk adalah percuma dan the Enclosed Gardens dibuka dari pukul 7:30 pagi setiap hari.

Jom kita tengok taman-taman yang ada di sini. Ini di bahagian Enclosed Gardens. Ada Paradise Garden Collection, Productive Garden Collection dan Fantasy Garden Collection. Untuk entry ni, saya cerita dulu jalan-jalan kami di Japanese Garden of Comtemplation dan English Flower Garden.

Ini peta lokasi taman-taman di Hamilton Gardens ni. Kami jalan ikut pusingan jam bermula dari Japanese Garden of Contemplation followed by English Flower Garden and work our way ke taman-taman seterusnya hingga ke Italian Renaissance Garden sebelum masuk ke Te Parapara and so on. 




Cantik dalam ni.


Ini ruang bulat Piazza. Ke kiri adalah ke arah Paradise Garden Collection. Terus ke kanan akan ke Productive Garden Collection dan Fantasy Garden Collection. 



Jom kita ke Paradise Garden Collection. 


Taman-taman yang ada dalam Paradise Garden Collection.

Lokasi taman-taman di Hamilton Garden.


Kenapa pulak ada patung-patung Egypt's ancient gods di sini. Sebab taman-taman di sini ada reference pada earliest recorded gardens in Egypt.  


Egyptian ancient gods: Sobek (right) and Khonsu (left).


Entrances ke taman-taman ada di ruang kolam 4 segi ni. 


Beautiful reflection.

Mula-mula kita masuk dulu The Japanese Garden of Contemplation. Ia adalah contoh taman abad ke-14 hingga abad ke-16 dari zaman Muromachi, yang direka untuk meditasi dan renungan yang tenang. Taman ini termasuk carefully laid out stones in the Abbott’s Quarters, sebuah pavilion tradisional dan kolam.














Seterusnya ke The English Flower Garden. Ia adalah contoh taman-taman Seni dan Kraf dari England abad ke-19 yang digunakan sebagai koleksi tumbuhan dan komposisi warna tumbuhan bermusim. Taman ini mempunyai dinding dan pagar yang menghasilkan 'bilik luaran', tempat duduk dan air pancut, dan ruang utama termasuk pavilion, laman dan kolam.








A lovely garden indeed. Lagi lovely bila tak ada orang macam ni 😊.


Jom ambik gambar bunga.. hehe.. 



Garden of a Golden Afternoon.














Nyaman. 28°C.

















Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment