Wednesday, April 10, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 06 - PART 06 - HAMILTON GARDENS - ITALIAN RENAISSANCE GARDEN - TE PARAPARA GARDEN - TUDOR GARDEN

Next kami ke Italian Renaissance Garden. 

The garden info.

Beautiful domed pergola. 




Di taman ini ada dibina sebuah kolam air dengan patung seekor ibu serigala sedang menyusukan orang dua budak. Ia menggambarkan kisah legenda mengenai pengasas kota Rome, pasangan kembar yang bernama Romulus dan Remus. Romulus dan Remus dikatakan telah dicampak oleh ibu mereka ke dalam Sungai Tiber yang menghanyutkan mereka ke Platine di mana mereka telah dipelihara oleh seekor ibu serigala sebelum akhirnya dijadikan anak angkat oleh seorang penggembala kambing.


But I found these 2 birds that much more interesting... hehe.

Let's enter the garden. 

Uwaaahh... another lovely garden.

Tidak seperti Indian Char Bagh Garden tadi, di sini pokok-pokoknya banyak yang di tanam dalam pasu.

Di taman ini juga banyak patung-patung. 



Ambik la gambar dari sudut mana pun di taman-taman di Hamilton Gardens ni, semua cantik belaka. 

Fountain di entrance.












Gigihnya abang tu ambil gambar sampai squating... hehehe..





Sungai Waikato.








Seterusnya kami ke Productive Collection Gardens.

Mula-mula ke Te Parapara Garden.

Pintu masuk (Waharoa) ke Te Parapara Garden.

Laluan masuk ke taman ini dinamakan Te Ara Whakatauki yang bermaksud The Path of Proverbs. 

Family Photo di Te Ara Whatakauki.

Nama Te Parapara yang diberikan kepada taman ini adalah sempena Pa (perkampungan Maori) sebenar yang wujud di tapak ini pada masa dahulu. Ia adalah kediaman seorang ketua Maori dari suku Ngati Wairere yang bernama Haanui. 

Kesuburan ladang di Te Parapara ketika itu adalah dikatakan hasil sacred ritual yang diamalkan oleh suku kaum tersebut dalam bertani.




Struktur yang dibina di tengah ladang ini dinamakan Whatarangi yang merupakan tempat simpanan hasil tuaian. Ia dibina di atas tiang yang tinggi sebagai perlindungan dari serangan tikus dan juga untuk perlindungan kepada hasil tuaian sekiranya air dari Sungai Waikato melimpah secara tiba-tiba.

Ukiran pada Whatarangi.


Ikut kepercayaan orang Maori, Rongomatane is the god of kumara (a type of crop) and all cultivated food.


Ini Whatarangi yang lebih kecil saiznya. Juga digunakan untuk mengumpul makanan, yang dikutip dari hutan.

Orang Maori datang ke New Zealand dari kepulauan Polynesia yang beriklim tropika. Oleh kerana iklim di New Zealand sangat sejuk berbanding dengan tempat asal mereka, cara untuk memanjangkan musim tanaman bagi mendapatkan hasil yang lebih baik terpaksa diusahakan. Antara cara yang digunakan ialah mencampurkan tanah dengan abu kayu api dan batuan sungai untuk memanaskan tanah supaya akar pokok tidak mati kesejukan.










Next Tudor Garden. Ini di Time Court.

Tudor Garden. Sebuah Taman tradisional ini mencerminkan fascination kaum bangsawan Inggeris abad ke 16 dengan corak geometri dan simbolisme. 


Ia dikelilingi oleh patung-patung binatang-binatang mitos, arbor, Elizabethan wall dan pavilion batu berdasarkan pavilion di Montacute House.

The intricate knot garden is based upon the drawings by Didymus Mountain. 




Salah satu ciri kebanyakan taman Tudor adalah beasts pada tiang-tiang berwarna hijau dan putih seperti griffin, dragon, centaur, phoenix, unicorn, satyr, sea serpent and Bottom (salah satu watak utama dari komedi William Shakespeare A Midsummer Night's Dream) yang memegang sculptural crests.










Ok, jom ke bahagian lain.

A very scary scarecrow. Yet quite beautiful kalau dilihat dari sudut kesenian. Never seen anything quite like it before.

Section The Sustainable Backyard.








The Strawman.




The Kitchen Garden.

Herb garden.




Info Herd Garden.

Ada patung-patung characters from 'Alice in Wonderland'.





Tropical Garden.



Info Tropical Garden.











Ok dah selesai lawatan kami ke Hamilton Garden. Would we recommend datang ke sini. Most definitely! 

Maka selesailah program jalan-jalan kami hari ke 6 dalam percutian kami di North Island, New Zealand ni. Now kami teruskan perjalanan untuk balik semula ke Auckland. Esok dah nak balik Malaysia.

Menuju ke Auckland dari Hamilton ikut State Highway 1.

Hujan masa on the way tu.

Kejap je hujan, we just passed it.

Haa.. akhirnya dapat juga ambil gambar rolled hay bales ni.. hehe. 








Hujan renyai.




Selamat tiba di Auckland. Alhamdulillah.







Di Auckland, kami menginap sekali lagi di Hotel Ascotia Off Queen yang juga merupakan hotel penginapan kami sewaktu malam pertama tiba di New Zealand dulu.


View dari bilik.

Sampai hotel pukul 7 malam, tapi masih terang lagi sebab Maghrib pukul 8.30 malam. Lepas bersolat, kami keluar makan malam.

Sunset over Auckland.





Kami makan je lagi sekali di Gerai Uncle Man's Express di bangunan Sky World. Sedap dan convenient. Tak payah la nak buang masa pergi cari-cari tempat lain yang belum tentu sedapnya. Badan pun dah letih lepas seharian berjalan. Moreover, lain-lain restoran halal di situ mostly Indian atau Turkish. Tak larat la. Dah janji jumpa Haziq di gerai tu pukul 8 malam.

Hmmm.. sedapnya dapat roti canai dan teh tarik.. hehe.


Lepas makan kami pun jalan balik ke hotel. Sambil-sambil tu stop here and there ambil gambar malam di Auckland.


Aotea Square.





Auckland Town Hall.


Auckland Sky Tower.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment