Wednesday, July 1, 2015

JALAN-JALAN PANTAI TIMUR - KAMPUNG CINA, KUALA TERENGGANU

Jalan-jalan Pantai Timur - Day 02 - Part 06 - Kampung Cina, Kuala Terengganu.

Kampung Cina Kuala Terengganu ini juga adalah juga salah satu my 'must visit' places dalam program jalan-jalan pantai timur saya ni. Ye la kan, must-must pun kita hanya mampu merancang. Alhamdulillah sempat juga saya jalan-jalan di lane ni.

Masa sampai di Jalan Kampung Cina ni, tengok-tengok langit... ehhh... dah mendung pulak. Tapi masa tu agak panas juga walaupun dah around 4:50 pm. Berpeluhlah juga dahi. Nak dekat 700 meter nak jalan nih!


Pada tahun 2004, kerajaan telah mengisytiharkan Kampung Cina sebagai tapak warisan di Terengganu. Menurut laporan Munshi Abdullah.... hmmm.... panjang le nak cerita sini so kalau interested nak tahu sejarah kampung ni silalah ke link ni ya.. hehehe - click sini.



I love old buildings yang di preserved macam ni. Kampung Cina Kuala Terengganu terletak di sepanjang Jalan Bandar (sebelum ini dikenali sebagai Jalan Kampung Cina) iaitu berdekatan muara Sungai Terengganu yang bersambung ke Laut China Selatan.



Terperasan pulak poster ni. Ada Terengganu Peranakan Festival la! Tapi dari 5 hingga 10 Jun, so cannot la attend. Mesti menarik kan.

Hmm.. I wonder, kat mana la nak dapatkan list of events kat Malaysia ni. Susah betul nak jumpa. Ke saya yang tak reti carik.. hahaha...


Anyway, dari yang saya tengok di blog kawan-kawan, di kampung ni ada lorong-lorong yang menarik untuk dilawati. And this is one of them, the Payang Memory Lane, Chinatown atau Lorong Kenangan Payang, Kampung Cina.

Ok, jom tengok apa ada di lorong ni.



Ada payung-payung warna warni ni. Bukanlah sesuatu yang baru. Baru-baru ni di Floria Putrajaya pun ada. Later masa saya ke Taman Tamadun Islam pun ada gak payung-payung deco macam ni. Oppsss.. terspoiler pulak.. hehehe...

Still they look very nice.


Nama 'Payang' tu digunakan sempena Pasar Payang berdekatan. Lane ni is to pay tribute to Chinese community leaders of Kuala Terengganu. Di dinding ada 7 wajah 3 dimensi tokoh-tokoh politik masyarakat Cina. Ini dibuat untuk memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai tokoh-tokoh politik yang sama-sama membangunkan negeri khususnya Kampung Cina. Antara nama tokoh-tokoh yang ada di situ ialah Datuk Tan Eng Ann, Datuk Toh Seng Chong, Datuk Tok Teng Sai, Datuk Ir. Wong Foon Meng dan Tan Sri Lau Yin Pin.



Ada juga lukisan-lukisan dinding ni. How la these beautiful arts fit in the 'Memory' theme I have no idea.. hehehe... like si Nemo tu.. apa kena mengena dgn 'memory lane' ni... hahaha.... cute though... hehehe...



Ada lebih 50 batang payung pelbagai warna digantung kat atas tu sebagai simbol 'united in diversity' penduduk tempatan. Saya suka iluminasi cahaya dari atas lorong ni yang membuatkan warna-warna payung tu nampak vibrant dan cantik :).



Ehh... then terdengar bunyi motor kuasa besar approaching the jalan Kampung Cina ni. Tengah ada convoy rupanya :). Talk about noise pollution.. hehehe...



Ok balik ke payung-payung cantik ni :).



Dan ada juga lukisan yang sangat cantik ni. Halus sekali hasil lakaran berwarna warni paying tribute to the beauty of nature. Love it! :)



Ni juga saya suka. Ni baru nostalgic dan kena dengan tema 'Memory Lane' nya. Love the red door! :)



Honestly, I hope in future they'll just erase je lukisan Marilyn Monroe dan Micheal Jackson tu and replace dengan ikon negara Malaysia atau ganti dengan lukisan yang reflect keanggunan dan keindahan hasil seni negara kita specifically hasil kesenian Terengganu. 

Siapa la yang suggested dan approved lukis gambar mereka berdua tu. 


Hampir saya tak notice kucing-kucing comel ni!! Sebab they are painted low pada dinding dan lukisan-lukisannya pun dah nak pudar. Elok retouch balik ni!

Tersenyum saya tengok kucing-kucing ni. And, you know it, ni buat I teringat kat Tam Tam.. hahahaha.... 


Hahahaha hehehe.. suka ular ni! Ke ulat? Hehehehe.... 



Di hujung Lorong Kenangan Payang ni ada lukisan-lukisan dinding yang besar-besar ni. Memang unik dan cantik tapi tanpa sebarang background story about them, hmmm... jadi sekadar itu je la lukisan-lukisan ni, sesuatu yang cantik dipandang. 



Dinding zink yang colorful. 



Hehehehe.. Pac Man pun ada gak :).



Ok, yang ni pula ialah Lorong Haji Awang Besar, sebagai reminder yang dulunya adanya masyarakat Melayu yang kecil di Kampung Cina ni.



Masa nak masuk lorong ni, saya ternampak adik kecil yang sangat comel ni berpakaian tradisional peranakan! Adik ni berada di situ bersama ibu dan bapa dia. Mak dia yang juga saya perasan ada membawa camera dslr bercerita dia dan suami dia saja-saja je bawa anak mereka untuk bergambar di Kampung Cina ni. Ramah sungguh mereka berdua ni! Saya seronok bersembang dengan mereka actually.. hehehe. Langsung saya pun minta izin kalau boleh nak ambik sekeping dua gambar anak mereka yang super adorable ni. Mereka kata, 'Boleh, ambik la' sambil tersenyum tengok kerenah saya ni.. hahaha... So nice of them la! :) 



Saya siap request supaya adik ni bergambar bersama payung yang memang mereka bawa bersama berposing di depan pintu gerbang ni.. hehehe... So adorable right! 



Then saya siap minta tanggalkan cermin mata adik tu supaya nampak lagi cantik. Adik ni pun pandai betul bergayanya pun.. hehe. Okeh, tak leh nak ambik gambar lebih-lebih pulak la kan... hehe. Saya berterima kasih sungguh pada mak apak adik ni [dan adik ni sekali la] kerana benarkan saya ambik gambar anak mereka ni. Such a wonderful couple! I love Terengganu people! :).



Lorong Haji Awang Besar ni dihias dengan Malay-style wooden architecture. Lorong ini dinamakan sempena seorang ahli perniagaan Melayu kaya yang lokasi kampungnya dulu ada berdekatan dengan lorong ni. 



Walaupun kampung Melayu tu dah tak ada, still sekarang masih ada a few Malay businesses di Kampung Cina ni termasuk goldsmiths dan kedai pakaian. 



Saya suka tengok wau-wau di atas lorong ni. Cantik. Dibuat dengan pattern kain batik. Juga ada mural gambar bunga-bunga yang besar. 



Beberapa foto lagi di lorong ni. 



Keluar dari Lorong Haji Awang Besar kami berjalan lagi. Suka saya tengok kedai-kedai ni yang masih dipertahankan dan dikekalkan senibinanya.



Then saya noticed these beautiful butterflies yang bercorak batik! So wonderful! 




Rupanya dinding yang ada rama-rama ni ialah di pintu masuk ke Lorong Eko yang dibuat untuk melahirkan rasa cintakan alam semula jadi. Siap ada bumbung daun nipah :).



Lorong Eko ni adalah satu tribute kepada batik Terengganu. Ia didekorasi dengan perca-perca kain batik oleh salah seorang business owners di situ. What an awesome idea! I really like it! Look how beautiful this lane is!



Betul-betul di pintu masuk ke lorong ni ada replika rumah kampung ni! Wah... bestnya! Ramai pengunjung yang saya nampak bergambar di depan rumah kampung ni :). 



Di bawah tangga ada ayam dan meow oren ni! Comel! Hehehehe... 

Dengan adanya kucing comel oren ni maka lorong ini secara otomatik jadi lorong favourite saya lah! Hehehehe... 


Di pintu rumah kampung ada seorang gadis sedang duduk bertutup kepala dengan kain batik. Tengok je la the details of the batik pattern! Berkedut-kedut pulak tu! Awesome sangat! 

Also notice tak the jendela di belakang gadis tu, berlangsing biru ditiup angin. Nice! 


Talk about beautiful batik pattern, I literally gasped when I saw this wall!



Speechless! Punya la cantik! The details! Yet another reason why this is my fav lorong! Hehehe...



Dan decorations kain batik di atas lorong ni jadi pelengkap!



Details macam ni yang saya cari-cari. Ada budak mengintai di balik kain batik. Kalau tak tengok betul-betul boleh miss out.... hehehe... 



Memang nyaman je jalan-jalan di lorong ni :).



Ok, teruskan lagi jalan-jalan di Kampung Cina ni. Ada juga beberapa lukisan-lukisan yang boleh dilihat di jalan utama, bukan saja di lorong-lorong. 



Ada this huge mural! Kalau tak silap ia mengambarkan masyarakat peranakan. Cantik! And comel! :)



Seterusnya kami jumpa lorong ini pula. The Seven Wonders Alley that pays tribute to the seven wonders of the world. Ada juga tiang lampu yang dijadikan direction post yang menunjukkan jarak dari Kampung Cina ni ke the 7 wonders. 




Di lorong ni juga ada Lovers Lock. Pasangan yang sedang bercinta bolehlah bawak mangga dan tulis nama mereka pada mangga tu dan di lock pada pagar ni. Lepas lock, pasangan tu boleh lah melontarkan kunci mangga tadi ke dalam perigi Low Tiey yang ada berdekatan. Tapi saya tak nampak pulak perigi tu. Perigi ni dikatakan istimewa sebab bukan sahaja kerana usianya tapi juga dah banyak berjasa membekal air pada masyarakat di situ dan pada pedagang asing. Dikatakan juga airnya tak pernah kering.



The seven wonders of the world di sini adalah Tembok Besar China, Petra di Jordan, patung Christ the Redeemer di Brazil, Machu Picchu di Peru, Chichen Itza di Mexico, Colosseum di Italy dan Taj Mahal di India. Ada juga info di dinding about the 7 wonders.






Ok, up next is the Tauke Wee Sin Hee Cultural Lane. Wee Sing Hee adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal di Kampung Cina dahulu. Di lorong ni ada koleksi vintage items seperti pondok telefon dari zaman colonial dan peti surat klasik yang masih digunakan. 



Ada mural yang hebat ni! 



Pondok telefon merah ni didatangkan khas dari Muzium Telekom Malaysia di Kuala Lumpur.



Haaa... ni bahagian di lorong ni yang saya paling suka! Ada beberapa vintage shop signs! Such a cool retro vibe gitu! Hehehe... 



I wonder, tak hilang ke letak these wonderful classic shop signages di open area macam ni? Kan ni kiranya dah macam collectors items and ada value tinggi? 



Haaa.. dulu-dulu boleh beli senapang di kedai Chin Guan ni! :)



Ada hanzi verses from a Han Dynasty-era poem, sajak lama ini ditulis secara kaligrafi.



Ada juga sebuah telaga lama dari Kampung Tiong. 



Keluar dari Lorong Wee Sin Hee, kami jalan lagi. Apa yang saya nampak menarik saya ambik gambar :).



Ada lukisan dinding oleh Amir Narani. Love it! :)



Ada kedai-kedai, kafe dan restoran masih mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Cina. Kebanyakan masyarakat Cina yang tinggal di perkampungan itu terdiri daripada keluarga terawal yang tiba di Terengganu pada abad ke-16.



Then terjumpa pulak gambar ni. 



Saya rasa ni gambar yang ditampal pada dinding siap dengan kerusi dan meja.



Nice! Now that I think about it, I should have sat on that chair, 'berlakon' dengan wanita tu and have my photo taken.. hehehehe hai.... 




Kami dah sampai ke penghujung jalan di Kampung Cina ni. Last sekali saya ke Tokong Ho Ann Kiong ni. 









Ini adalah pintu gerbang utama ke Kampung Cina. Kami masuk tadi dari arah the opposite side.. hehehe... 



Ok dah, puas dah jalan-jalan Kampung Cina ni. 


Actually, ada beberapa lorong yang kami tak masuk/tak jumpa dan beberapa lukisan dinding yang kami tak jumpa tapi letih dah masa tu nak pergi cari. Udah-udah le tu ye tak... yang dah tengok dan dah ambik gambar ni pun dah banyak dah.. hehehe... 


Amazingly kami di jalan-jalan di Kampung Cina cuma dalam 40 minit sahaja. Rasa macam lama.. hehehehe...


Ok, bersambung..... entah bila nak habis entry jalan-jalan pantai timur saya ni. Ni day 02 pun tak habis lagi... saya jalan-jalan tu selama 6 hari! Pening kejap.. hahaha... 


Di bawah ni saya senaraikan kesemua links entries Jalan-Jalan Pantai Timur saya:




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. cantiknya tempat ni..
    x sangka kat terengganu pon ada lukisan mural mcm kt penang..
    awesome! sgt kreatif diaorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Julie.
      Kalau kena sana mesti cari ya Kampung Cina ni. Seronok kalau jalan-jalan di situ dgn family :).

      Delete
  2. oh..
    Laksamana Zheng He pun pernah berhenti di Terengganu ini..
    menariknya..

    comelnya adik tu!!
    with the kebaya dan kain batik!!
    mesti lupa nak tanya nama dia siapa kannn??!! :P

    ha ah..
    list of events nya berterabur kan..
    sebab banyak organisernya..
    kena pandai pandai cari..

    hahahaaa..
    dah lah M Monro tu macan OKU je!!

    comelnya budak perempuan tu!!
    mesti lupa nak tanya nama dia kan!!?? :P

    bestnya Lorong Eko tu!
    so colourful!!
    i soo wanna go to Petra and Egypt...
    sekian.. hahhaaaaaaa..

    sekolah derebar ! klassiknya!!
    perigi tu macam merbahaya je..
    ada cover, i presume kat dalam tu kan?!

    kalau saya pergi dengan dak cpl
    saya dah boleh bayangkan dia bergambar kat situ..
    sambil tarik teko tu dari perempuan tu.. macam nak berebut..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang bestnya kan doc. Kita gi tempat2 macam ni, kita nampak sesuatu yg menarik, then kita buat research sikit and do a bit of reading and we know the history behind the places we visited. I just love this whole process! :D

      Hahahahahaa.. hehehehe.. hahahhaha.. betul sangat!!!! Memang I lupa langsung nak tanya nama dia!!!! Hahahahaha...
      Adik tu memang la comel dan sangat bersopan santun dan pandai bergaya!

      I think it is about time that a central authority is appointed to come up with a comprehensive and up-to-date list of events in Malaysia.
      Geram bila terjumpa events macam ni. Events yg diadakan jauh dari KL kena la kita tahu awal so that boleh plan.
      Saya pernah ke Pejabat Tourism Malaysia di highway nak ke PD bertanyakan apakah events yg ada di PD pada weekend saya ke sana, dan staff kat situ kata dia tak de maklumat tu dan dia sendiri pun sedang menunggu HQ hantar info. Dia dah request kat HQ sebab dah ramai pelancung yang bertanya.

      Haaa..... so how doc? Tabung Jordan doc? Dah penuh dah? :).

      Yep, saya suka betul old signs tu! Suka sangat! :)
      Hmmm.. tak nampak pulak cover perigi tu..

      Hahahaha. that would definitely be a fun shot to take!!! :D

      Delete
  3. terima kasih kerana entry ini membuat saya berkobar-kobar nak ke kampung cina ini

    ReplyDelete
  4. Menariknya. Saya terbaca artikel saudara sbb cari langit payung.

    ReplyDelete