Wednesday, March 6, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 03 - PART 05 - LAKE ROTORUA

Ok, next kami akan singgah sekejap di Lake Rotorua. Just a short visit kerana di situ cuma enjoy the beautiful view of the lake and its surrounding. Which to me is a nice change in pace, to relax a bit after all the walking di Government Gardens earlier. 

Drove through Rotorua to the lake.

Got Cat Cafe 😊. And gelato 😋. Tak stop la tapi.

Sampai ke Lake Rotorua. 
The name Rotorua comes from Māori, the full name for the city and lake is Te Rotorua-nui-a-Kahumatamomoe. Roto means 'lake' and rua means 'two' or in this case 'second' – Rotorua thus meaning 'Second lake'. Kahumatamomoe was the uncle of the Māori chief Ihenga, the ancestral explorer of the Te Arawa.
Wikipedia

Tasik Rotorua adalah tasik kedua terbesar di Pulau Utara New Zealand dengan keluasan 79.8 km2. Ia terletak di rantau Bay of Plenty. Tasik itu terbentuk dari kawah gunung berapi yang besar di Taupo Volcanic Zone. Air Tasik Rotorua datangnya dari beberapa sungai; aliran Utuhina, Hamurana Spring, aliran Awahou dan aliran Ngongotaha. Tasik Rotorua mengalir terus ke Danau Rotoiti melalui Saluran Ohau di sudut timur laut tasik. Dari Tasik Rotoiti, air Tasik Rotorua mengalir ke Sungai Kaituna dan seterusnya ke Lautan Pasifik.

Stop kami di Lake Rotorua adalah di Rotorua Lakefront Boardwalk.

So dari Government Gardens tadi, now kami di Rotorua Lakefront Boardwalk.
 

Pemandangan di Rotorua Lakefront Boardwalk.

This beautifully peaceful lake has a violent history. One of several large volcanoes in the Rotorua region, its underlying magma chamber collapsed after a massive eruption around 200,000 years ago. The collapse created a circular caldera about 16 kilometres wide, which filled with water to form the North Island's second largest lake.
www.newzealand.com

Water activities at Lake Rotorua.

Tasik ini mempunyai kandungan sulfur dan mineral gunung berapi yang tinggi.

Lakefront boardwalk with benches, nice place to just unwind.

Ada service Bot Cruise di tepi tasik ni.

Abang ipar enquire di office Lakeland Queen ni. Lakeland Queen Cruise ini menawarkan pengalaman makan malam sambil membuat cruise di Tasik Rotorua. So tak jadi la nak gi cruising tasik.

Cruise bot yang kecil itu pula tak beroperasi. 

Kita tengok itik-itik hitam ni je la.. hehe.


Dan the beautifully majestic black swans.





And lots of seagulls too. 


Di lakefront boardwalk ini juga ada company Volcanic Air. Ini floatplane mereka. 

Mereka menyediakan air tours tengok tasik ini dan gunung berapi dari udara. 

Dijaga betul boardwalk ni. Bersih. Dan tak ada satu pun gerai menjual makanan atau cenderamata di sini. 


Cantik black swan ni. 

Regal.

Masa jalan-jalan tu kami terserempak dan bertegur sapa dengan beberapa keluarga Melayu dari Malaysia yang juga bersiar-siar makan angin di tepi Lake Rotorua.

Di tasik Rotorua ini ada sebuah pulau iaitu Pulau Mokoia yang merupakan pulau tasik yang terkenal di New Zealand. Pulau yang tidak didiami ini adalah dimiliki oleh Māori iwi tempatan. Ia adalah tempat perlindungan burung sejak 1921 dan aksesnya terhad hanya kepada tour parties sahaja. Ia adalah habitat kepada beberapa endangered birds, termasuk North Island kōkakoNorth Island brown kiwi dan North Island saddleback.

Pulau ini merupakan lokasi kepada salah satu legenda Māori yang paling terkenal, iaitu Hinemoa dan Tutanekai. 

Tutanekai was a young Maori man who loved Hinemoa. Unfortunately, she was of higher birth than Tutanekai, the daughter of a powerful chief, and the young lovers were destined to be kept apart by her family. Determined not to be thwarted in her love, Hinemoa bravely swam to Mokoia Island under the cover of night, lured by the music of Tutanekai's flute, to be with her beloved. According to legend, once Hinemoa's family discovered where she was, they accepted her choice of husband and the two tribes were united forever more.
www.rotorua.nz.com

Boleh baca versi lengkap of this beautiful love story di sini

Sebuah lagu cinta tradisional Maori yang terkenal iaitu "Pokarekare Ana" adalah merujuk kepada cerita Hinemoa dan Tūtānekai. 


Dan ini lagunya. So so beautiful...


Here's another one, on a much grander scale, at a stadium. I got emotional listening to this particular performance. "Pokarekare Ana" is definitely my favorite song now 😊.


Ok sambung cerita. Sebenarnya tak de apa sangat nak cerita di lakefront ni. Just santai-santai saja. Enjoying the sceneries and the cool lake breeze. 

Rasanya feeding birds di sini is allowed. Tak perasan pulak any sign board saying otherwise.

I cannot explain how nice it was to just sit under the shades ditiup angin dari tasik. Sometimes we tend to not appreciate the simple pleasures. 

It truly was so nice, siap berbaringan lagi.. hehe. Bliss I tell you. 

Sambil baring sempat lagi capai kamera.. hehehe. 

Dah kami ramai-ramai duduk bawah pokok ni, burung-burung ni pun makin menghampiri. Kesian, lapar agaknya. 

Dah ada peluang di depan mata, maka haruslah gunakan opportunity ini to do some bird photography sambil duduk on the grass.. hehe.


What a beautiful seagull. 


Floatplane Volcanic Air sedang meluncur di atas tasik Rotorua for aerial tour.




Company Volcanic Air. 

Tours yang dioffer. Aerial tours dibuat sampai ke White Island di Bay of Plenty untuk melihat sebuah gunung berapi yang masih aktif di sana. Selain floatplane, ada juga helicopter tours.


Tak lama kami di tepi tasik Rotorua ni, cuma sejam. It was a nice break lepas berjalan-jalan di Hobbiton Movie Set dan Governement Gardens earlier.

Now on our way to check-in di hotel.

Sebuah war memorial.

Bandar Rotorua yang begitu calm sekali.

Ini bangunan Rotorua i-SITE Visitor Information Centre. 

Sir Howard Morrison Performing Arts Centre.

Rotorua Police Station. I wonder what's the crime rate here. Nampak macam safe. We did feel safe masa di NZ ni. Alhamdulilah tiada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Bangunan putih tu ialah Chandler's Building built in 1920. Setahun lagi dah berusia 100 tahun bangunan ni.

Then kami minta Haziq stop sekejap di Supermarket sebab kami nak beli some drinks and snacks. Tu yang best kalau private tour ni, boleh la kami make such requests. Tapi jangan la sampai melampau minta ke sini dan ke situ dan pinda itinerary ikut suka hati je kan. Masa di Auckland semalamnya kami ke pasaraya Countdown. Pada hari ini di Rotorua Haziq bawa kami ke pasaraya Pak n' Save.
Terjumpa pulak sugar free chocolate chip cookies! 😊

Sampai dah ke hotel penginapan kami yang bernama Victoria Lodge di Rotorua.

Selesa biliknya. Lengkap dengan microwave, pinggan mangkuk, gelas/mugs/cawan/pisau/sudu/garfu etc, cerek letrik (ada hot chocolate lagi.. hurrah!!), toiletries/towels etc etc. Perasan tak kipas tu. Haaa.. bilik ni tak ada air-con sebab kata owner hotel/motel ni kebanyakkan hotel-hotel di Rotorua ni tak perlu air-con sebab cuaca sejuk. And it is true, memang kami tak perlukan air-con. Pakai kipas pun dan cukup sejuk. Malam tak pasang kipas pun. 

Ada meja kecil with 2 chairs by the window. I found that very charming lah.. hehe. 

Bilik air ini juga dilengkapi dengan span dan cecair pencuci pinggan mangkuk. Ada private thermal pool kecil menggunakan air panas geothermal semulajadi disediakan di sebelah bilik air ini tapi lupa nak ambil gambar. 

Kami menginap di Victoria Lodge selama 2 malam. Sewa bilik di Victoria Lodge turut termasuk Continental Breakfast. Tapi hotel ini tak ada restoran. Set breakfast akan dihantar oleh pihak hotel ke bilik setiap petang sebelumnya. Nice!

Dinner kami malam tu ialah Fish n' Chips. Memang kami minta sebab nak tukar dari makan Turkish/Arab food. Since di Rotorua tak ada restoran Fish n' Chips yang boleh dine-in, set makan malam ini disediakan secara bungkus dan dihantar oleh Haziq ke bilik kami. MasyaAllah, sedap sungguh ikan tu! Meaty and juicy. Alhamdulillah. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. laaa...
    di hinemoa pulak yang bersusah payah berenang ke boipren dia !!
    kesiannya !! :))

    tangan depa goyang goyang masa nyanyi tu .. apa significant nya agaknya ya?

    ada kawan photograpger saya sewa heli mas dia kat south island
    nengok glacier
    share share .. dalam 2-3 ratus dollar jugak lah

    paknsafe tu ada jual ayam halal

    mandi tak dalam thermal pool tu?")

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. kan... I also terfikir like that. Lain budaya, lain gaya, agaknya la.

      Haa.. hands flutter tu symbolise shimmering waters, heat waves or even a breeze moving the leaves of a tree. So beautiful kan :). I did the hand flutter pada Tam Tam, heran dia tgk.. hahaha.

      Air tour mmg mahal. Di NZ mahal2 belaka. Tapi dah std gitu. MMg la best kalau dpt experience.

      Setahu saya di NZ senang nak dptkan halal chicken and beef. Saya tak check kalau PAK'nSAVE tu ada halal chicken atau tidak, tapi very likely ada sebab ia adalah salah satu supermarket yg besar di NZ.

      Tak doc. Masa dlm bilik tu pun bau sulfur at times kuat, kalau guna pool tu lagi la harum bau telur busuk.. hehehe.

      Delete