Friday, March 22, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 05 - PART 02 - ORAKEI KORAKO GEOTHERMAL PARK

Lepas jalan-jalan dengan Rotorua Duck Tours dengan splashdown ke 3 tasik gunung berapi, time dah pukul 1 tengahari. So masa untuk lunch. 

Haziq bawa ke kawasan ada supermarket besar ni di mana ada banyak restoran-restoran. 

Haziq bukan nak bawa kami ke Domino's tu, tapi ke BurgerFuel. Kami terus jadi excited sebab dah memang teringin nak rasa burger daging lembu New Zealand. Obviously the first question I asked Haziq is, "Halal ke?". The moment I asked that question I felt really stupid cause tak kan la Haziq nak bawak kami tempat makan tak halal pulak kan.. hehe. "Halal En. Syed", jawap Haziq dengan tenang sambil senyum pada kami. Agaknya dia dah biasa ditanya soalan ni.

Restoran BurgerFuel ni lokasinya di Unit 17, Redwood Centre, 5 Tarawera Road, Lynmore, Rotorua.

Suasana dalam Restoran BurgerFuel.

Menu di Restoran BurgerFuel.

Burger gourmet yang kami order kami requested to be prepared the halal way. Cara penyediaan juga dipastikan ikut syarat halal dengan menggunakan utensils berasingan. Daging lembu dan ayam di sini adalah halal kerana datangnya dari kilang-kilang yang diluluskan halal. Lembu-lembu New Zealand adalah 100% pure New Zealand grass-fed beef. 


Burger kami dihidang dalam beg-beg kertas yang dilabel 'HALAL'. Tak sabar nak tengok rupanya.. hehe.

Hmmmm.... 😋. Sedap ke? Sedapppp... daging burger tu soft and moist and flavourful. And the pickles were nice, not too masam. The sesama seed buns were soft and fresh. Dan kejunya jadi pelengkap yang tepat. Saiz besar tapi habis dimakan! Alhamdulillah dapat juga merasa daging lembu New Zealand.  

A few observations. Di sana tak berbaju di tempat public macam ni perkara biasa. Sebab musim panas. Yang bertatu macam ni juga biasa.  

Dan satu lagi saya perasan mereka suka tak berkasut. Kalau di parks tu, ok la tak berkasut. Ni tak berkasut/selipar dalam supermarket, luar supermarket, dalam shops, di car park, di tepi jalan dan lain-lain public places. Bukan kerana musim panas sebab masa musim sejuk pun begitu walau pun mereka pakai winter coats masa tu. Dan bukan kerana mereka orang miskin tak mampu nak beli kasut. Jadi kenapa? Sebenarnya ia kelaziman dan kepercayaan orang Maori - sesuatu tentang menghubungkan mereka dengan alam dan menghormati bumi. Tapinya, ada juga orang putih yang bukan Maori pun berkaki ayam.
Saya baca di New Zealand ni, kasut bagaikan optional accessory macam pakai topi atau sunglasses. Ia sesuatu yang mesti dipakai apabila keadaan alam sekitar atau cuaca memperlukan kasut dipakai. Tetapi untuk kehidupan sehari-hari - seperti pergi bekerja, berjalan membeli-belah, atau melepak di sebuah kafe, sama ada kaki berlapik atau tidak ianya adalah secara social tidak relevan. 

Selesai lunch, kami pun teruskan dengan next item in the itinerary. Ni masa passed by a cemetery. 

Destinasi seterusnya ke Orakei Korako Geothermal Park and Caves sebelum ke Taupo. Dari BurgerFuel ke Orakei Korako ambil masa lebih kurang sejam sejauh 68 km.

Macam biasa dalam perjalanan jauh begini kami terus ambil gambar.

Berikut pemandangan-pemandangan yang sempat kami rakam.



Masuk ke kawasan Waikato. 

Ramai yang mengembara New Zealand menggunakan campervan macam ni. 

Waiotapu Tavern, sebuah low cost hotel di kawasan geotherma.

Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah salah satu attractions di North Island ini.

Beautiful sprawling green.

Kawasan Golden Springs.

Keluar dari jalan utama Rotorua-Taupo untuk ke Orakei Korako.

Memang tak jemu la ambil gambar landscape di New Zealand ni. 











Beberapa km lagi nak sampai ke Orakei Korako Geothermal Park and Caves.






Tu dah nampak Lake Ohakuri.  

Orakei Korako Geothermal Park and Caves terletak di tepi Lake Ohakuri.

Jadi so far kami dah lihat Lake Rotorua, Lake Tarawera, Lake Okareka, Lake Tikitapu, Lake Rotokākahi. Dan now Lake Ohakuri.

Biru yang amat warna air tasik ni.

Seperti tasik-tasik lain yang kami lawat earlier, di bahagian opposite Orakei Korako Geothermal Park di tasik ini juga ada pelbagai facilities untuk kegunaan pelawat. 

Lake Ohakuri yang cantik biru. Tempat yang kami nak lawat ialah di seberang sana tu.

Orakei Korako, bahasa Māori untuk "The Place of Adorning", adalah kawasan geoterma yang sangat aktif yang terkenal kerana teres silika bertingkatnya (fault-stepped sinter terraces). Ia juga dikenali sebagai "The Hidden Valley".

Untuk ke seberang tu kami akan naik bot.

Tasik Ohakuri, seluas 12 km², adalah tasik buatan terbesar sistem sungai Waikato di New Zealand. Ia membentuk takungan untuk stesen janakuasa hidroelektrik Ohakuri.


Burung dan itik di Lake Ohakuri.


Air tasik ni begitu jernih sekali.

Orakei Korako Visitor Centre.

Peta Orakei Korako.

Di sini tandas perempuan dipanggil Galsers dan yang lelaki Guysers.. hehe.

Orakei Korako adalah ahli Sri Chinmoy Peace-Blossoms Programme, satu inisiatif world peace visionary Sri Chinmoy, that links hundreds of significant natural and man-made features around the world to the ideals of peace, harmony and friendship.

Orakei Korako Visitor Centre.

Suasana dalam Orakei Korako Visitor Centre. Tiket masuk ke Orakei Korako tidak termasuk di dalam pakej percutian kami. Jadi kami bayar sendiri tiket masuknya yang berharga NZD 39 (RM 110) untuk dewasa dan NZD 15 (RM 42) untuk kanak-kanak. 
Masa beli tiket staff lelaki di kaunter tu juga beri keterangan ringkas peta dan tempat-tempat yang perlu kami lawati. Dia juga nasihatkan kami supaya pakai topi dan bawa air sebab cuaca panas tambah lagi nak ke kawasan geroterma.

Air kami pulak dah nak habis so kami nak beli air mineral tapi tak ada pulak. Macam-macam jus ada la. Tapi staff tu dengan baik hati offer untuk refill botol air kami dengan percuma. Dan dia isi botol-botol kami dengan air paip dan kata jangan risau air paip di NZ ni selamat diminum terus. 

Di center ini juga ada tempat duduk dengan pemandangan Tasik Ohakuri dan Orakei Korako.

Boleh duduk di sini minum-minum atau sementara menunggu kedatangan bot.


Info yang kami dapa dari Visitor's Center ni.


Lake Ohakuri's inhabitants. 



Juga ada seating di anjung.


Bot dah sampai, jom!

Ada bot yang disediakan untuk membawa pengunjung menyeberang Lake Ohakuri menuju ke Geothermal Area di Oraikei Korako. Bot ini tak ada masa perlepasan yang tertentu. Ia bergerak mengikut permintaan. Perjalanan menyeberang dengan bot ke seberang sana juga tak lama ~ tak sampai 5 minit.

Meninggalkan Orakei Korako Visitor Centre.

NZ Riverjet di Tasik Ohakuri.

Jenis ride yang botnya dibawa dengan laju dengan belok-belok yang tajam menyebabkan its passengers terjerit-jerit panik campur riang ria.. hehe.

Pemandangan dari Lake Ohakuri.


Tiba di seberang.

Jom kita explore the geothermal area.

Tempat ini sebenarnya adalah private property. Semua pelawat dinasihat to keep to the pathways at all times and follow the directional signs.
TREAT ALL WATER AS HOT!!
DO NOT ATTEMPT TO TOUCH AS IT MAY BURN.

Laluan boardwalks bertangga disediakan dengan pandangan keliling yang cantik.



Maklumat dan pesanan untuk pelawat. 

Luas kawasan geothermal ni.

Orakei Korako menawarkan kepada pengunjung geysers paling aktif di bumi di New Zealand. Sehingga 35 geyser semula jadi aktif ada di kawasan ini. 

Bahagian taman geoterma ini dipanggil Emerald Terrace. Air panasnya mengalir masuk terus ke dalam Lake Ohakuri.

Permukaan Emerald Terrace. Panas tu!

Di setiap point of interest ada disediakan papan-papan maklumat.

Orakei Korako kekal sebagai medan geyser terbesar di New Zealand, dengan sehingga 35 geyser aktif. Yang paling terkenal adalah Diamond Geyser, yang letusannya tak dapat dijangka dan boleh berlangsung dari beberapa minit hingga berjam-jam, mengeluarkan air mendidih setinggi 8 meter.
Nodular silica sinter terbentuk di pangkal geyser ini. Ini dipanggil geyserite dan terdiri sepenuhnya daripada silika (seperti yang di teres). Geyserite akan terbentuk di kawasan yang berulang kali dibasahi dengan percikan air panas dan di mana air meruap berlaku dengan cepat.

Info Diamond and Sapphire geysers. Suhu air Diamond Geyser adalah antara 70-90°C dengan pH 8.6 - 9.3.

Laluan di sini ada disediakan panduan arah dan papan-papan tanda amaran untuk keselamatan pelawat.


Di tempat geoterma yang panas dan berbau sulfur ini ada juga banyak tumbuhan yang tumbuh di kelilingnya.

Pemandangan Emerald Terrace yang lebih luas.

Satu pemandangan yang sungguh mengagumkan. Terbentuk sejak beribu tahun yang lalu, teres bertingkat ini bagaikan air terjun kecil yang dialiri oleh air panas mendidih. 

Air panas yang jernih mengalir dari atas teres menuju ke Lake Ohakuri.

Crystal clear airnya. Ya, boardwalk yang dibina lalu atas air panas ini. Jadi jangan nak mengada celup tangan atau kaki dalam tu. Melecur! 😲

Kawasan geothermal ini kebanyakannya dipenuhi dengan alga air panas, atau cyanobacteria, yang tumbuh pada suhu antara 35-59°C. Warna-warnanya bergantung kepada spesies alga/bacteria, yang biasanya berwarna hijau, kuning/oren dan hitam.

Tengah seronok ambil gambar tetiba ada pulak topi tu. 

Pemandangan-pemandangan Emerald Terrace yang lebih menarik mengadap ke arah Lake Ohakuri.

Suasana 28°C dan panas.

Permukaan basah di teres ini mengandungi pelbagai mikrob yang berwarna-warni. Ia terdiri daripada beribu-ribu mikrob kecil atau organisma bersel tunggal mikroskopik, yang berkembang pesat dalam air panas yang mengalir di atas teras silika.

Sebahagian besar Emerald Terrace ini dipenuhi oleh "bubble mats" berwarna oren. Secara amnya mikrob yang hidup di sini membentuk microbial mats apabila suhu air adalah antara 35-59°C. Orange mats begini pula akan terbentuk biasanya bila suhu air adalah sekitar 45°C dengan pH sekitar 7.6. Di orange mats yang boleh dilihat dengan jelas ini adalah di mana gas telah terkumpul, disebabkan oleh oksigen yang terperangkap semasa fotosintesis mikrob.

Jom jalan ke dalam lagi.

Sungai kecil air panas.

Membentuk kolam-kolam air panas.

Pemandangan teres bertingkat dari depan. Nampak tak topi pink tadi?

Let's zoom-in ke tebing paling atas teres ini. 

Ada lubang-lubang besar yang menyemburkan air panas. 

Walau pun panas suasana, tetap ada tumbuhan hijau yang tumbuh di sekitarnya.

Bergambar sekejap. 

Kolam air panas yang kami nampak tadi namanya ialah Hochstetter Cauldron. 

Hochstetter Cauldron ini dinamakan sempena ahli geologi perintis Austria, Ferdinand von Hochstetter, yang melawat kawasan ini pada 1859.  He was the first geologist who described the thermal activity at Orakei Korako.

Kolam ini mula meletus pada November 1954 dan adalah sebuah geyser sehingga pertengahan 1955. 

Ia tiba-tiba terhenti memancutkan air panas selepas beberapa gempa di bawah tanah.

Kolam air panas yang sentiasa mendidih, melimpahkan air ke Rainbow Terrace. Kolam ini dikelilingi oleh microbial mats berwarna kuning, oren dan hijau.

Tak ramai pelawat lain masa kami di sini. Mungkin masa ni musim panas.

Satu lagi tumbuhan yang tumbuh subur di kawasan ini. Wheki, a New Zealand's most common tree ferns. 

Ada lookout point di atas tu. Jom kita naik. 

Rainbow Lookout.


Memang la view dari atas ni sungguh amazing.







Dari Rainbow Lookout juga boleh nampak Emerald Terrace dan Lake Ohakuri.




Dah, jom sambung explore tempat ni.

Black Tree Fern.

Bergambar kejap 😊.


Next kami tiba di Devil's Throat. Katanya ada nampak macam muka dengan mulut ternganga luas. Nampak ke?


Wap dan air panas memancut keluar dari 'mulut' ini. 

Sebelah Devil's Throat ada Rainbow and Cascade Terrace.

Silica sinter di sini dapat dilihat di atas permukaan teres ini dan membentuk teras silika. Microbial mats yang berkembang pesat di kawasan air panas ini pula membentuk permukaan berwarna oren dan hijau yang merebak ke cerun sinter.


Satu lagi pemandangan yang amazing di kawasan geoterma ni.

Di Rainbow and Cascade Terrace ini juga ada peta Afrika.

Sebenarnya 'peta' itu adalah sebuah kolam air panas yang dikatakan berbentuk benua Afrika.

Suhu airnya adalah antara 58-68°C dengan pH 6.8 - 7.6. Dikatakan airnya datang dari thermal springs lain dan bukannya dari dalam kolam ini sendiri. 

Ok, ni view kolam tu dari atas compared to the African continent. Kira boleh la kata sama bentuknya.

Selain warna-warna kuning, hijau dan hitam ada juga warna pink. Mungkin thermal-resistant algae juga.
Micro-terracettes juga boleh terbentuk seperti di brown/black mat. Mikrob ini hidup di mana suhunya kurang daripada 35°C dan aliran airnya cetek.

Explore lagi.



Uwahhh.. warna algae di sini nampak lebih intense, with lots of green spots. Mesti ada high concentration of water algae.


Salah satu kolam yang jelas nampak airnya mendidih membuak-buak.


Ehh...! 😵😁😄

Tingkat atau tangga (fault scrap) yang paling besar di kawasan geothermal ini dikenali sebagai Golden Fleece Terrace. Ia dinamakan sebagai Te Kapua oleh orang Māori, yang bermaksud "The Cloud". Tingginya 5 meter tinggi dan panjangnya 40 meter, dengan silika putih seperti kristal yang indah salutannya. Di bawahnya terdapat banyak lubang-lubang geysers.


The beautiful and amazing Golden Fleece Terrace.

Golden Fleece Terrace ini sudah ujud sejak 131 AD.

Memang saya noticed ada sebahagian dari Golden Fleece Terrace yang panjangnya 40 meter itu yang berwarna keemasan. Jadi dikatakan seperti golden fleece dalam kisah Greek mythology, Jason and the Golden Fleece. 

Pada masa lalu, ada banyak tumbuhan rumput-rumput panjang tumbuh di teres ini. Overtime apabila rumput-rumput itu mati, they became entombed by the silica and fossilised in the sinter.

The magnificent Golden Fleece Terrace.


Antara tumbuhan yang ada di sekitar Golden Fleece Terrace.

Di sini juga ada beberapa bubbling hot springs.



Di bahagian bawah Golden Fleece Terrace.


Ada air terjun air panas kecil di beberapa bahagian di Golden Fleece Terrace ini.

At certain parts banyak airnya.

What a sight!



Salah satu geyser yang ada dekat Golden Fleece Terrace ialah Wairiri Geyser. 

Ini adalah salah satu geyser yang baru terbentuk dan mengeluarkan air panasnya ketika paras air di kolam-kolam lain yang berdekatan meningkat naik. 

Kolam ini memancarkan airnya selama 6 bulan pada 1982-83 dan sekali lagi semasa lewat tahun 2001 hingga Mac 2003.


Masa jalan di sini kadang-kadang tu terasa macam berada di kawasan open air sauna pulak, dengan wap air panas dan bahangnya.

Boardwalks di sini adalah tanpa pagar. So kalau bawak small kids, kenalah berjaga takut mereka got off the pathways.

Jom kita naik atas bukit sikit. Laluan pejalan kaki yang disediakan memang bagus dan selesa. And well maintaned. 

View dari atas bukit. 

Di atas ni ada satu rock formation yang dipanggil Elephant Rock.

Ini batunya.

Memang ada rupa pandangan sisi seekor gajah.

Jalan lagi sikit. Masa ni kami berdua dah rasa penat dan kepanasan. Jalan pun dah slow je, lagi la nak panjat bukit ni.

So kami decided to go for just one more spot before calling it a day... hehe. 

Dan kami pun sampai di Artist's Palette. Di atas ini ada satu lagi teres yang dipanggil Artist Palette. Ia adalah sebuah teres silica sinter seluas 10,000 m² yang ada blue alkali chloride pools yang jarang meletus gersernya. 

Di satu bahagian teres teratas ada geyser baru yang mula meletus pada tahun 2001, mungkin permulaan pembentukkan teres tambahan. Geysers di teres ini meletus pada selang yang tidak teratur.

Silica sinter di Artist's Palette ini mengisi kawah hidrotermal lama yang dibentuk antara 8,000 - 14,000 tahun yang lalu. Sisa-sisa dinding kawah hidroterma ini membentuk rabung yang kukuh dan curam.

Tanah yang berwap juga merupakan ciri khas di permukaan teres ini. Tanah berwap ini boleh dilihat berlaku di atas permukaan air.

Hari ini, teres silica sinter putih ini adalah kira-kira 150 meter panjangnya dengan kelebaran yang berbeza antara 35 - 115 meter.

Berehat kejap, berteduh sambil minum air.

Tak larat dah kami nak panjat sampai atas tu. Abang ipar dan anak-anak dia terus naik. Ada sebuah gua di atas tu. 


Jadi saya gunalah foto-foto yang abang ipar ambil. Ini pemandangan dari atas Artist's Palette. Sungguh la cantiknya!

So breathtakingly beautiful! SubhanAllah.

Juga di Orakei Korako Geothermal Park ni ada sebuah gua, namanya Ruatapu Caves. Gua ini juga dikenali sebagai Aladdin's Cave. Entry to this cave is prohibited. Ia adalah satu daripada hanya dua gua di dunia yang diketahui wujud dalam kawasan geoterma. Gua yang satu lagi terletak di Utah, Amerika Syarikat. 

Gua ini luasnya 45 meter, dengan cerun ke bawah menegak setinggi 23 meter. Di dasar gua ini ada sebuah kolam kecil yang dikenali sebagai Waiwhakaata atau 'The Pool of Mirrors'. Air kolam Waiwhakaata ini adalah campuran berasid acid-sulphate-chloride dengan pH antara 2.1 - 3.0 dan suhu air sekitar 44°C. Komposisi kimia kolam ini mempunyai keupayaan unik untuk membersihkan barang kemas.

Gua Ruatapu bercerun tajam ke dalam 'tuff' gunung berapi. 'Tuff' adalah abu yang disatukan yang didepositkan dari letusan gunung berapi. 'Tuff' di gua ini berasal dari letusan kira-kira 100,000 tahun yang lalu.
Legenda juga mengatakan ada jasad seorang pahlawan Maori yang disemadikan di dalamnya dan rohnya kini menjaga kawasan ini. Kerana itulah gua ini tidak boleh dimasuki.

Pemandangan dari atas Artist's Palette dengan geyser teres atasnya di sebelah kanan foto.

Pemandangan Artist's Palette dan Tasik Ohakuri.

Ok, jom patah balik ke jeti.

On the way tu terjumpa pulak satu lagi kolam air panas mendidih membuak.

Namanya ialah Soda Fountain, yang meletuskan pada tahun 1984 selepas dorman selama 17 tahun.






On the way ke jeti tu juga, sempat ambil a few more photos of Lake Ohakuri.




At Resort Lookout.


The RiverJet.





Pemandangan menghala ke Visitor Centre di seberang Lake Ohakuri.

Sampai di jeti, tunggu sekejap, bot pun sampai.




Tiba kembali ke Visitor Centre.

Ke destinasi seterusnya.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. topi pink siapa lah tu !!??
    terjatuh ?
    dijatuhkan?

    macam sauna eh kat situ ?
    tapi suhu 28 degree
    kira tak lah panas sangat kan?

    ada ikan?
    seriously ?
    banyak?
    ikan apa?

    sekali tengok cantik terrace terrace tu
    tapi kadang kadang tengok macam pencemaran alam pulak..hehhehe

    ada microbs and ikan boleh hidup dalam air panas gitu
    subahnAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin diterbangkan masa angin kuat kot.

      Betul doc macam sauna especially bila berada dekat dengan kolam2 air panas tu. Masa jln2 di boardwalk tu pun boleh rasa bahang. Walaupun 28°C, sana udara kering dan masa tu pulak dengan teriknya so bila campur dgn wap panas dan bahang, dah macam sauna open air jadinya.

      No la.. hahahaha... I wishing only tu.. hehehe.. hence the 3 stooges..😵😁😄.. hehe

      Teres-teres tu mmg saya kategorikan nature's wonders. They are amazing and epic!
      Yea, I understand, but it's so beautiful...

      Yes, mikrob boleh hidup dalam suhu2 berlainan. Ikan tak boleh doc.. hehe...

      Delete