Monday, March 25, 2019

NEW ZEALAND - NORTH ISLAND - DAY 05 - PART 03 - TAUPO MARINA & LAKE TAUPO

Seterusnya kami akan ke satu lagi tasik iaitu Lake Taupo dan lepas tu check-in di hotel di Taupo. 

Dari Orakei Korako Geothermal Park & Cave, kami menuju ke Lake Taupo Marina dan bermalam di Wellesley Hotel.

Tak jauh, lebih kurang 37 km, 29 minit, melalui State Highway.

Dari Tutukau Road, masuk ke State Highway menuju ke Taupo.

Passed by kawasan forest plantations. Tanam semula hutan adalah salah satu industri terbesar di New Zealand.



Juga passed by kawasan ladang ternakan lembu.




Pandu Cermat, Jiwa Selamat.



Kuda pun ada.


Beautiful green landscape yang beralun-alun.

Let's enjoy New Zealand amazing landscape seen from the State Highway while en route to Taupo from Orakei Korako. 














Exit ke Taupo.

Salah satu attractions yang ada di Taupo ialah Huka Falls yang akan kami lawat esok.

Sampai ke Wairakei, which is about half way between Orakei Korako and Taupo.


The attractions.



Tu dah nampak Lake Taupo.

Lake Taupo adalah tasik yang terbesar yang kami lawat di North Island, New Zealand masa cuti-cuti kami ini. In fact, it is the largest lake by surface area in New Zealand. 

Termasuk tasik Taupo ini kami dah lawat/lihat 7 tasik: Lake Rotorua, Lake Tarawera, Lake Okareka, Lake Tikitapu, Lake Rotokākahi, Lake Ohakuri dan Lake Taupo.


Sebelum check-in ke hotel, Haziq bawa kami stop sekejap di Taupo Marina.

Suasana Bandar Taupo.



Tiba di Taupo Marina. Dan itu adalah Sungai Waikato, sungai terpanjang di New Zealand.

Marina ni penuh dengan expensive boats dan di tebingnya dengan rumah-rumah mewah.




I'm afraid the only interesting thing I saw at this Marina were these beautiful swans and swamphens. 





Kawasan rumah orang kaya la ni. 


Dan jom..

Since still banyak lagi masa sebelum nak check-in di hotel dan siang pun masih panjang, kami ke Lake Taupo, di pantai awam tasik ini.

Lokasi kami di tepi Tasik Taupo ketika itu, di 9 Ferry Road.

Pantai awam Tasik Taupo.

Tasik Taupo adalah sebuah tasik yang besar di North Island, New Zealand. Ia berada di kaldera Gunung Berapi Taupo. Dikenali sebagai 'the great inland sea of New Zealand'.
Lake Taupo berada dalam kaldera yang dicipta oleh supervolcanic eruption yang berlaku kira-kira 26,500 tahun yang lalu. Menurut rekod geologi, letupan gunung berapi itu telah meletus sebanyak 28 kali dalam masa 27,000 tahun yang lalu. Ia telah mengeluarkan kebanyakannya rhyolitic lava.

Dengan luas permukaan 616 kilometer persegi, ia adalah tasik terbesar di New Zealand, lebih kurang saiz Singapura. Dan ia juga adalah tasik air tawar kedua terbesar di geopolitical Oceania selepas Lake Murray di Papua New Guinea. Pulau Motutaiko terletak di bahagian tenggara tasik ini.

Tasik Taupo mempunyai perimeter kira-kira 193 kilometer dengan bahagian paling dalam 186 meter. 

Airnya mengalir keluar ke Sungai Waikato, sungai terpanjang di New Zealand. Sumber airnya pula datang dari Sungai Waitahanui, Sungai Tongariro dan Sungai Taupo Tauranga. Ia adalah lokasi perikanan trout yang terkenal dengan stok brown and rainbow trout yang diperkenalkan.

Pelancongan adalah komponen utama sektor komersil Taupo, dan bandar ini menarik lebih dari 2 juta pelawat setiap tahun. Masa tersibuk adalah ketika musim panas di sekitar Krismas dan Tahun Baru.

Tasik Taupo adalah 'taonga' (treasure) Ngati Tuwharetoa (Māori tribe). Orang-orang Ngati Tuwharetoa adalah pemiliki tasik ini dan anak-anak sungainya. Mereka memberikan akses kepada orang awam secara percuma untuk kegunaan riadah.


Ada floatplane. I guess ada la tu air tour.

Seperti di mana-mana kawasan begini, selalunya ada la water activities/sports like canoeing/kayaking, parasailing, berkelah, swimming, boating, sailing, cruising etc.


Haaa.. betul la ada Scenic Flights dengan Taupo's Floatplane.


Ada banyak itik di sana tu. Jom ke sana kejap.

Di sebelah sini ialah Waikato river. Air Tasik Taupo mengalir keluar melalui sungai ini.

Lake Taupo and Waikato river.


Waikato river ini adalah sungai terpanjang di New Zealand. Sepanjang 425 kilometer, ia merentas North Island. Sungai ini membentuk Huka Falls yang akan kami lawat esok hari.

Nama Waikato berasal dari bahasa Māori dan diterjemahkan sebagai 'flowing water'.

Sungai Waikato mempunyai spiritual meaning untuk pelbagai puak Māori tempatan, termasuk orang Tainui, yang menganggapnya sebagai sumber 'mana' mereka, atau 'kebanggaan'.

It was quite a nice feeling berjalan di pertemuan Tasik Taupo dan sungai Waikato ni. Kadang kala angin kuat sampai terpaksa pak cik pegang topi takut melayang... hehe. 

Floatplane about to take off.

Paling murah terbang selama 10 minit di sekitar tasik ini dengan caj NZD109 (RM304) seorang. Paling lama for 2 hours, terbang sampai Rotorua hingga ke Bay of Plenty tengok kawah gunung berapi, kawasan geothermal dan boleh siap landing kalau nak jalan-jalan di kawasan geothermal. Tapi mahal la at NZD870 (RM2,431) seorang. In between these 2 packages and 5 lagi air tours yang lain.

Kalau nak cruise the lake pun boleh naik bot macam ni.

Tapi bukan naik dari pantai where we were at. It is nearby, di Taupo Marina, yang kami lawat earlier.

Boat cruise Ernest Kemp ni bawa passengers cruise Lake Taupo dan pergi tengok an huge, amazing and iconic Maori carving pada dinding batu. NZD44 (RM123) seorang.

Floatplane and Ernest Kemp.



Atau boleh juga cruise dengan Sail Barbary ni. NZD49 (RM136) seorang for a 2.5 hours cruise.





Mak bapak budak-budak ni saya tengok memang biarkan je anak-anak mereka ni main di batu-batu licin ni. Dah gitu kan budaya mereka.

Ada banyak syarikat cruise di sini. Yang ini Top Cat Charters. Mereka ni buat party cruise.


Ada banyak itik di sini. Wish I had some bread. Apparently feeding them is allowed here, I think.



Seagulls pun ada. 










Sun bathing. 


A diving duck. 

Jernih sungguh air tasik ni.



'Te manawa o te ika o mauui' - 'It is the heart of the great fish of Maui'. 



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment