Wednesday, September 12, 2018

MASJID TOH PUAN BESAR HATIJAH BATU GAJAH PERAK

Hari tu saya bersolat Jumaat di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Kampung Serani, 30200 Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Saya di Batu Gajah kerana ada sedikit hal keuarga. 

Pada saya Masjid Toh Puan Hatijah adalah sebuah binaan masjid yang cukup indah terutama di bahagian dalamnya. 

Maklumat berikut adalah www.perak.gov.my.

Pada 30 Jun 2014, DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyempurnakan wasiat Almarhum ayahanda baginda, DYMM Paduka Seri Sultan Azlah Muhibuddin Shah Al- Maghfur-Lah bagi merasmikan Masjid Toh Puan Besar Hatijah sempena Ramadhan 1435 Hijrah.

Manusia boleh merancang, Allah Subhanahu Wata’ala juga yang Maha mengetahui serta menentukan segala-galanya. DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah mangkat pada 28 Mei 2014. Almarhum tidak sempat untuk bersolat di masjid yang telah dibina semula ini. Almarhum telah meninggalkan wasiat agar masjid ini dirasmikan sempena Ramadhan 1435 Hijrah, dan majlis berbuka puasa pertama Sultan bersama rakyat pada tahun ini hendaklah diadakan di masjid ini.” titah baginda sempena Majlis Perasmian Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan majlis berbuka puasa bersama rakyat di masjid berkenaan.

Rumah Allah ini diperkenankan oleh Almarhum dinamakan Masjid Toh Puan Besar Hatijah, melambangkan satu pengabadian penghargaan seorang putera kepada seorang bonda. Sebagai pengabadian ingatan kasih sayang Almarhum kepada seorang kakanda, Dewan Serba Guna masjid ini telah diperkenankan oleh Almarhum dinamakan Dewan Raja Baharum Baha’uddin Shah.” titah baginda lagi.

Masjid yang telah dibina sejak tahun 1930-an ini, dahulunya diperbuat daripada kayu dan telah dibina semula berasaskan batu bata sekitar tahun 1970-an sebelum Almarhum DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menitahkan agar masjid ini dibina semula pada akhir tahun 2006. Masjid Toh Puan Besar Hatijah sebelum ini dikenali sebagai Masjid Daerah Batu Gajah dan masjid ini merupakan masjid pertama dirasmikan DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke-35. 
End of article. Source: www.perak.gov.my.

Kubah emas masjid ini adalah dikatakan mirip dengan kubah Masjid Al-Aqsa. 

Mari kita masuk ke dalam pula. Ini ruang solat utama masjid ini. Luas dan grand. 

Jom kita tengok keindahan design dalaman masjid ini. 

Saya memang la suka perhatikan dan meneliti the beautiful intricate details of the internal designs. Yang ini pada bahagian dalam kubah. 

Pastinya motif tumbuh-tumbuhan digunakan.

Saya perhatikan design ini adalah seperti yang ada pada The Great Mosque of Damascus (Umayyad Mosque) di Syria. 

Perbandingan hiasan dalaman Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan Great Mosque of Damascus, Syria.

Dan saya noticed design ini adalah lebih mirip dengan hiasan kubah bahagian dalam The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah di Palestine.

Ini adalah di bahagian dalam The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah di Palestine.

Dan ini perbandingan design bahagian dalam kubah Masjid Toh Puan Besar Hatijah dan design dalam The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah, Palestine.

Lampu hiasan chandelier di bawah kubah di tengah ruang solat utama.





Dan saya notice satu lagi persamaan design corak pada bahagian dalam kubah bermotif tumbuh-tumbuhan masjid ini yang sama dengan design The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah, Palestine. In fact it is exactly the same. 


Ada deretan tingkap di keliling kubah lighting the inner main hall beautifully. 

Juga ada beberapa ayat-ayat Al Quran pada kubah.


Satu lagi persamaan dengan The Dome of The Rock - Qubbah As-Sakhrah, Palestine. Ada similarity pada design corak pada bahagian dalam bumbung kubah.

Ada Ayat Kursi pada bahagian atas dalam kubah.


Jemaah mula memenuhi ruang solat.


Mihrab.





Karpet masjid ini juga sangat cantik.


Such a beautiful design using plant motif.


Pada pemerhatian saya karpet masjid ini ada persamaan dengan karpet di Sheikh Zayed Grand Mosque, Abu Dhabi, United Arab Emirates.

Karpet di Sheikh Zayed Grand Mosque adalah dibuat di Iran. Jadi ada kemungkinan karpet di masjid ini juga datangnya dari Iran.


Di mana garisan saf? Ada tu, cuba teliti foto bawah ni.

Mimbar. 



Mimbar masjid ini ada gerbang di tangganya seperti Minbar Al-Masjid an-Nabawi, Madinah.

Pada kiri kanan dinding main prayer hall ini ada 2 tingkap stained glass yang besar.




Design stained glass ini menggunakan Islamic geometric pattern 8 Fold Rozette Tilin.


Beautiful design.


Hiasan tiang dan cornice.

Siling di ruang kanan dan kiri masjid juga mengunakan corak geometric. 


Dinding tepi main prayer hall dihias dengan jubin dengan corak motif bunga tulip.


Motif bunga tulip ini ada digunakan dalam Ruestem-Pasa Mosque, Istanbul, Turki.

Beautiful marbles with hibiscus flower motif.

Marmar melengkung dengan reka bentuk bunga Raya menghiasi tiang-tiang masjid ini. 

Very exquisite. 

More huge stained glass windows.





Jom imarahkan masjid.

Dalam kitab Fatwa al-Azhar disebutkan makna imarah masjid iaitu membinanya, membersihkannya, memberi perkhidmatan kepadanya selain daripada tujuan ibadat.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 36:
فى بيوت أذن الله أن ترفع ويذكر فيها اسمه

Maksudnya:
“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya.”

Mengimarahkan masjid berlaku apabila seseorang mukmin berulang alik ke masjid, mendirikan solat jemaah, iktikaf dan terlibat dengan kegiatan dakwah, ceramah, kuliah dan seumpamanya. Inilah yang difirmankan Allah dalam al-Taubah ayat 18:
إنما يعمر مساجد الله من امن باللّه واليوم الآخر وأقام الصلاة وآتى الزكاة ولم يخش إلا الله فعسى أولئك أن يكونوا من المهتدين

Maksudnya:
“Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut), maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Oleh itu, imarah masjid itu bukan setakat mentadbirnya sahaja, tetapi lebih kepada menghidupkan masjid dengan tujuan menyerlahkan syiar Islam.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Cantik sungguh masjid ni En Syed!
    Saya suka stained glass windownya ..
    kalau kena dengan sudut matahari naik/turun mesti berwarna-warni masjidnya..
    dan carpetnya nampak sangat gebu dan cantik sangat!

    corak-corak tu memang sama kan!?
    amazing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed. Masa mula2 masuk tu I was in awe. Luar nampak simple je tapi di dalam...

      Betul, kalau masa pagi dan petang I'm sure cahaya berwarna warni menyimbah ke dalam ruang solat utama ni.
      Karpet pun cantik. Selalunya satu atau 2 warna dgn garisan lurus saf. Yg ni berbunga-bungaan. Very classy.

      I think it was modelled after yg di Palestine tu.

      Delete