Wednesday, September 19, 2018

HARI TU... SEPTEMBER

Siri rojak 'Hari tu...' lagi.

Ni la cara orang malas goreng cucur. Buat je panjang-panjang cepat siap.. hehehe. 

Minyak banyak lagi so goreng sekali keropok lekor.

Terus dia ni ngiau jerit-jerit tak tahan bau keropok ikan tu.. hehehe.

That day I took Grab, ni first time dapat driver perempuan. Muda orangnya. Sambil duduk di seat belakang, saya doakan semoga dia sentiasa dalam lindungi Allah SWT. 

Lately ni sering hujan belah petang. Jenis yang lebat dan berpetir. A least belah Ampang ni la. 

Dari Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
Terdapat sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab sahihnya berkaitan doa ketika turunnya hujan. Hadith tersebut adalah:

Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” [Riwayat al-Bukhari (1032)]

Al-Hafiz Imam Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa doa yang disebutkan di dalam hadith di atas adalah sunat untuk dibaca ketika turunnya hujan bagi menambahkan kebaikan dan juga keberkatan di samping menolak segala yang boleh memberi mudharat. [Lihat: Fath al-Bari, 518/2]

Di samping itu juga, doa ketika hujan adalah salah satu keadaan yang mustajab sebagaimana yang dikhabarkan oleh Nabi SAW.

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
ثِنْتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ

Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” [Riwayat al-Hakim (2534)] [Hadith ini menurut al-Hakim sanadnya sahih tetapi tidak diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim]

Kesimpulannya, hujan yang turun ke muka bumi ini boleh jadi ia adalah rahmat daripada Allah SWT ataupun azab daripada Allah SWT. Untuk itu, kita dituntut untuk berdoa ketika turunnya hujan agar kita dijauhkan daripada segala bala bencana. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan setiap hujan yang turun itu sebagai rahmat dan keberkatan daripada-Nya. 

Redah hujan masa tu nak beli nasi ayam Linda Onn ni sebab isteri nak makan 😃.

Bukan saja hujan petang, malah hampir sepanjang hari mendung. Maka suhu pagi di area Ampang ni boleh turun sampai 23°C. Sejuk.

Sebab senang nak masak spaghetti kan.. hehe. Dah lapar sangat masa tu sampai lupa nak ambik gambar the finish product.. haha.

Hari tu di lobi KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital (APSH) ada table set up ni.

Murah je. Anda dah check? 

Juga ada info tentang diabetes.



Ada info 10 langkah untuk menjayakan penyusuan susu ibu.



Malaysian Breastfeeding policy.

Blocked... 😒.




Pembinaan SUKE: Sungai Besi – Ulu Kelang Elevated Expressway near my area sedang giat dibuat. 



Makanya sering la sesak jalanraya. Tak pe lah, sabar je. 
BerSUKE-SUKE dahulu, bersenang-senang kemudian... hehe.

Wife nak ke KL. Nak beli kasut kata dia. 'Eh.. kan banyak dah kasut awak dalam rak tu?'. Then I counted mine.. eh.. lagi banyak dari hers la.. hehe.. so I shut up and follow her to KL lah.. hehe. 

The iconic Masjid Jamek.

Ada pancutan air berirama dari dinding tebing sungai. 

Ke KLCC naik LRT.

Mesin apa ni?



Ada ramai ke orang yang terdesak kena beli barang-barang macam ni dari mesin macam ni di LRT stations? Kalau di airport may be la. I guess ada la tu, otherwise tak de la company yang nak pasang mesin ni di sini. 




Lunch dulu di Warisan, Avenue K. Restoran-restoran lain fancy sangat pada kami sampai tak reti nak makan apa.. hehe. Nak nasi dan mee jugak kami ni.. hehe.


Tengah tak de customers lain.



Banyak pilihan yang sesuai dengan tekak kami. Nasi pun ada 5 jenis.

Macam-macam lah ada.



And we had these. Sedap ke? Syukur kenyang.

Kena Service Tax dan Service Charge. 

Buskers. Yuta Tanaka. Fingerstyle Guitarist and Composer. Dari Jepun. Dia ni ada di Malaysia due to Japan Expo 2018. His website: yutatanaka.com

Ini performance dia at Japan Expo 2018, Malaysia. 



Ke kedai kasut. My wife suka Crocs. Masa tu di kedai Crocs KLCC ni ada sale, buy 1 free 1. Like seriously? To me, mahal kasut Crocs ni. Rezeki my wife la. 

Cadang nak beli sepasang je, tapi dapat 2 pasang. Alhamdulillah.

Singgah kejap di bake shop ni for minum petang. 

Bisou Bake Shop.

Delightful display. 

Namanyaaaa.... 


Naked cake? Macam-macam...
A naked cake is easily recognized by its absent or minimal outer layer of frosting, which shows off the cake's natural texture and filling. Some naked cakes have zero frosting on their outer edge, while others have just a wisp of buttercream. 
Ooo.. gitu... tapi kek ni penuh sarat dengan toppings. So tak le 'naked' sangat.. hehe.

Red velvet chocolate cupcake with vanilla cream cheese frosting and crispy red velvet cake crumbs.

Vanilla Sky: Vanilla Cupcake with vanilla butter frosting.


Let's order.

I ordered 'Melting Moment' and wife nak 'Lady Grey'.

Sekali sekala splurge. Kalau di rumah, RM2.00 je beli goreng pisang untuk minum petang.. hehe.

Nice siting area.

Lady Grey - earl grey cake with lemon frosting. 


Sedap! Dan manis! 

Love the lemony frosting. 

Melting Moments - delicate butter cookies sandwich with lemon butter frosting filling.


The lemon butter frosting... hmmm... yum.. 

The cookies are super crumbly! Nice!

With Sprite dan Iced Chocolate.

Balik naik LRT. Masuk je, terus 2 young guys got up to let us sit. So nice of them. Rupanya tu seats dalam Zon Keutamaan Tempat Duduk. And yes, we were yet again reminded that we are already old. SubhanAllah. Syukur Ya Allah atas peringatan ini.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment