Bila saya baca balik entry trip Vietnam 2011 kami, banyak betul information and photos yang saya omitted. Actually, masa tu my concentration was more on the photography aspect and not on the travel itself. Still, I think I did not do justice to the photos. Also, the 5 day trip was condensed in a single very short entry.... urghh. Lagi tak best sebab several photos were cramped up to fit into one big frame. Tak puas hati betul bila tengok balik.
Inilah contoh several foto-foto yang saya susun dalam satu frame besar. Banyak details got chopped off!!
Hence this repost 😊.
Baik, cerita trip ni bermula begini. Actually kami plan nak ke Taiwan. Dah fully paid pun. Tapi travel agent terpaksa cancel sebab group dah tak cukup orang sebab 4 members of the group had to pull out as one of them had to undergo a major surgery.
So instead of cancelling, we asked the travel agent to suggest other places for us. From the few recommended, we finally decided to go for Vietnam. Kosnya lebih murah dari ke Taiwan so instead of refunding us the balance, we requested to upgrade the Vietnam trip to a private tour.
Flight dengan Malaysia Airlines dari KL ke Hanoi ambil masa lebih kurang 3 jam. Beautiful paddy fields.
Flight dari KLIA ke Noi Bai International Airport.
Selamat tiba di Noi Bai International Airport, Hanoi, Vietnam. Tak perlu isi Landing Card, use passport je. Masa tu la, now ni tak tau if required or not.
Tiba di Noi bai Airport, tour guide kami Quanh telah sedia menunggu. Kami diberitahu boleh guna US dolar di sini dan tak perlu tukar ke duit Dong.
Melintasi Red River semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kami di tengah bandar Hanoi. Kata Quanh, punca Red River terletak di negara China. Sungai ini dinamakan Red River kerana pada musim-musim tertentu, ia membawa kelodak berwarna merah dari negara China.
Walau Hanoi adalah ibunegara Vietnam, ia bukanlah bandar terbesar di negara ini. Kota terbesar di Vietnam ialah Ho Chi Minh City yang terletak di Vietnam Selatan.
Bandar Hanoi. Kata Quanh apartments di Hanoi adalah sangat mahal dan ramai rakyat tak mampu nak beli. Jadi rumah-rumah dibina sendiri oleh yang memiliki tanah/rumah sendiri seperti dalam foto kanan. Bila ada anak mereka dah kawin, satu tingkat dibina untuk didiami oleh pasangan yang baru kawin tu. Dan bila ada seorang lagi anak kawin, satu lagi tingkat dibina. Meaning, dalam satu tingkat didiami oleh satu family.
Di bandar Hanoi ada sangat ramai pengguna motosikal. Ada lebih kurang 4 juta motorists yang registered in the Vietnamese capital. Quanh kata kena sangat berhati-hati kalau nak lintas jalan.
Di Hanoi, kami menginap di Flower Garden Hotel. Wayar-wayar elektrik yang berselirat kusut masai pada tiang tu adalah pemandangan biasa di Hanoi ni.
Bilik kami di Flower Garden Hotel, Hanoi. Ada complimentary fruit basket. Nice.
View dari tingkap bilik hotel. Ada bangunan-bangunan baru dan rumah-rumah bertingkat-tingkat lama yang bercampur aduk. Itu la yang uniknya bandar ni in my opinion.
Dari hotel kami juga boleh nampak Hồ Trúc Bạch (Trúc Bạch Lake).
Lokasi Flower Garden Hotel dan Trúc Bạch Lake.
Pada saya cukup menarik sekali view dari bilik kami ni.. hehe.
Kebetulan masa tu di sebelah hotel kami ni sedang ada construction bangunan baru.
Staff hotel yang tolong bawa beg hantar kami ke bilik kata tak perlu risau masalah bising dari construction tu. Memang betul pun tak bising.
Ikut itinerary, hari pertama trip kami ni cuma travel dari KL ke Hanoi dan dinner di restoran yang akan dibawa oleh Quanh malam nanti. Since dinner lambat lagi dan hari belum lewat petang, kami decided untuk jalan-jalan di sekitar hotel menuju ke Trúc Bạch Lake dengan berpandukan peta Hanoi yang diberikan oleh Quanh,
Kami memang cukup suka berjalan-jalan macam sebab dengan cara ini kami dapat lihat dengan lebih dekat lagi suasana di bandar ini. Dapat lihat the locals going about their daily lives.
Tapi dalam seronok tu, tentunya kami berhati-hati juga since kami jalan-jalan ni pun on our own tanpa Quanh.
Baik, below are the photos that I managed to capture masa jalan-jalan petang di Bandar Hanoi ni 😊.
Saya suka shot ni 😊.
Di sepanjang jalan mesti ada orang berjaja.
Hampir nak terbeli sweet doughnuts snek ni 😊. But did not bila memikirkan kehalalan.
Fruit sellers pun ramai juga.
Bangunan tipikal di Bandar Hanoi ni. Well, in this part of the town lah.
Also kami noticed di simpang 4 macam ni tak ada traffic lights. Tapi somehow pengguna-pengguna jalanraya berlalu dengan teratur.
Penjaja-penjaja di tepi Trúc Bạch Lake.
Bau nenas tuuuu.... harum manissss... ! 😋
Inilah Trúc Bạch Lake.
Patah balik ke hotel.
Untuk makan malam kami dibawa oleh Quanh ke Restoran Tandoor ni.
Makan di tingkat atas restoran ni. Nak makan di balkoni tu pun boleh tapi kami nak duduk di dalam sebab ada air-con.. hehe. Panas di luar tu.
Pemandangan suasana malam di Hanoi dari dalam restoran.
Begitulah catatan hari pertama percutian kami di Vietnam.
Bersambung ke bahagian 2....
Berikut adalah list links untuk semua Vietnam travel saya:
1 - VIETNAM - DAY 01 - ARRIVED HANOI
2 - VIETNAM - DAY 02 - HANOI CITY TOUR
3 - VIETNAM - DAY 03 - HALONG BAY CRUISE - HOAN KIEM LAKE - WATER PUPPET SHOW
4 - VIETNAM - DAY 04 - MORNING WALK - BLUE GROTTO PAGODA - TAM COC SAMPAN RIDE
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
ReplyDeletetu lah ..ingatkan pergi lagi!! hamboiiii .. hehehe
halal tak restoren tu ? atau makan sea food je?
ho chin minh saya tak rasa nak pergi
hanoi ok
hoi an pun ok
ho chin minh kaki shopping best lah . bolah beli tudung nilofa vietnam. rm 10 je sehelai! :))
Hehehe... kalau gi lagi nak tmpt lain pulak la :).
DeleteTandoor restaurant tu jual halal dishes. Style Indian la. Saya teringin nak try Vietnam food tapi tak tau mana nak cari yg halal.
Kan. Kalau tgk itinerary travel agents yg ke Ho Chih Min byk ke shopping je.
salam tuan boleh tanya, ambil pkej dari mana ya?
ReplyDeleteDgn travel agent Apple. Tp Apple Muslim dah tak ada skrg.
Delete