Seterusnya kalau ke Brunei, mesti dibawa melawat Masjid Omar Ali Saifuddien. Memang cantik masjid ni. Sebuah mercu tanda Brunei.
Masjid ini dibina pada tahun 1958 dan dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28, Sultan Omar Ali Saifuddien III yang juga merupakan bapa kepada Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah sekarang.
Juga tak boleh ambik gambar di dalam masjid. So zoom la dari luar je.
Masjid ini dibina di dalam sebuah lagoon buatan di tepi Sungai Brunei. Ia dibuat dari marmar dan kubahnya bersalut emas.
Di depan masjid ini ada sebuah barge yang diperbuat dari batu. Barge ini dibina kemudian pada tahun 1967 bagi meraikan ulang tahun ke-1,400 Nuzul Quran. Ia digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
Memang dah plan nak ambik foto dari sudut ni. Dapat pun, Alhamdulillah.
Selesai di masjid ini, kami terus ke bas. Sempat ambik gambar bangunan Jabatan Hal Ehwal Syariah.
Masa nak naik semula ke bas saya terperasan pulak bangunan ni yang ada mosaic wall art yang sangat cantik. Tak berapa jauh dari masjid ni, around 50 meters so saya beritahu Hafizul saya nak ke sana sekejap. Hafizul ok je, dan dia temankan saya ke sana.
Ini adalah bangunan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei yang telah ditubuhkan sementara dibawah Jabatan Pelajaran pada tahun 1963. Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di Jalan Elizabeth II mula di buka rasmi pada 29 September 1968 oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Sahibul Rae’ Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd Alam. - www.librarybrunei.gov.bn
Cantiknya! Bulat mata saya tengok mosaic ni! Berukuran 20x100 kaki, mercu tanda mozaik ini buat atas perintah Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Ia adalah hasil seni Pg Dato Paduka Hj Asmalee Pg Ahmad.
Mosaic wall art ini ada lebih 100 gambar orang Brunei sedang melakukan pebagai aktiviti-aktiviti sosial, budaya dan ekonomi termasuk tarian tradisional, pemainan musik, permainan sukan tradisional, tenunan songket, memancing, menoreh getah, penanaman padi dan penggunakan buluh.
Slogan 'Berbahasa Satu, Berbangsa Satu dan Bernegara Satu' adalah intipati bagi seluruh gambaran dan tafsiran maksud nasionalisme dan patriotisme. Tema utama mural ini digambarkan di tengah-tengah di mana ada sebuah buku yang besar disokong oleh dua tangan konkrit pada satu jambatan. Di atas buku ini terpancar cahaya obor dan imej roda gear. Buku itu melambangkan pendidikan dan pengetahuan manakala roda gear mewakili sains dan teknologi.
Ok, let's have a closer look shall we. Saya kalau hasil seni macam ni memang la saya suka sangat. Imagine la how happy I am masa ternampak mural ni tadi.. hehe.
So beautiful, right! 😀
Baik, selesai di mural tu, sambung lagi touring.
Bangunan kayu ini adalah Istana Darussalam yang merupakan kediaman Sultan Brunei pada masa dahulu. Di sinilah Sultan Hassanal Bolkiah dilahirkan. Istana ini tidak dibuka kepada orang awam.
Ini adalah Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Brunei kaya dengan minyak tapi ada satu je syarikat minyak iaitu Shell. Dan harga minyak tak selaras, ikut pemilik stesen minyak nak letak harga. Also cannot jual minyak pada bukan orang Brunei. Masa orang Brunei beli minyak, they must present ID and the transaction is recorded. Jadi orang Sabah/Sarawak kalau drive masuk Brunei kena bawak minyak sendiri.
Kami singgah sekejap di depan kediaman rasmi Sultan Brunei yang dinamakan Istana Nurul Iman.
Binaan yang sangat menarik di pintu masuk ke Istana Nurul Iman ialah Pemajangan. Kami diberitahu hanya kerabat diraja sahaja yang boleh lalu di bawahnya. Pengunjung-pengunjung lain ke istana yang bukan kerabat diraja perlu masuk melalui laluan lain.
Istana Nurul Iman tercatat di dalam Guinness Book of World Records sebagai kediaman terbesar di dunia. Istana ini yang mempunyai 1,700 buah bilik jauh lebih besar dari Palace of Versailles di Paris dan Buckingham Palace di England.
Istana ini hanya dibuka kepada pengunjung selama 3 hari sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa sahaja boleh masuk ke istana ketika itu dan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun akan diberi wang Hari Raya berjumlah BND25 (RM75) seorang oleh baginda Sultan Brunei.
Masjid di istana ini juga dibuka untuk Solat Terawih pada bulan Ramadan setiap tahun. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh disertai oleh rakyat Brunei sahaja dan Sultan Brunei akan bersedekah BND10 (RM30) kepada semua yang hadir pada setiap malam tanpa mengira umur.
Kami diberitahu duit yang disedekahkan ini adalah sebenarnya sebahagian dari Wang Zakat Brunei. Brunei sangat makmur sehingga tak ada seorang pun rakyatnya yang jatuh sebagai asnaf penerima zakat. Jadi setiap tahun, Wang Zakat Brunei disalurkan kepada Masjidil Haram di Makkah dan juga dihantar ke Wilayah Aceh di Indonesia. Baki dari inilah yang diagih-agihkan sebagai sedekah kepada rakyat Brunei sendiri yang datang bersolat Terawih dan pengunjung yang datang berhari raya di Istana Nurul Iman.
Kami juga bertuah kerana dapat melihat Sultan Brunei sendiri bersiar-siar di dalam pagar istana dengan keluarganya menaiki buggy. Tapi susah nak tangkap gambar kerana kita dihalang pagar dan ada ramai pengiring Sultan ketika itu.
Tak lama kemudian, ada pula kereta-kereta rasmi membawa kerabat diraja masuk ke dalam istana.
Kami tak pasti siapa sebenarnya yang masuk ke istana ini, tapi dia memang seorang kerabat diraja kerana kenderaan ini lalu di bawah Pemajangan. Later pemandu bas kami kata yang masuk tu ialah Puteri Sultan.
Seperti juga istana-istana lain di dunia, istana ini dikawal rapi oleh tentera. Tour Guide kami, Hafizul adalah juga seorang bekas tentera Brunei dan pernah bertugas sebagai pengawal istana di sini.
Seperti di istana, naik bas semula for city tour lagi.
Gadong Properties Center.
The Mall.
Maybank.
Bulatan terbesar di Brunei yang terletak berhampiran Masjid Hassanil Bolkiah.
Headquarters, The Royal Brunei Police Force, Bandar Seri Begawan.
Kedai-kedai jual kereta.
Bangunan Sumbangsih Mulia.
Kedai jual kereta-kereta mahal.
Hotel Badi'ah.
The Law Building.
Balai Bomba Bandar Seri Begawan.
Gereja St. Andrew, satu-satunya gereja di Brunei.
Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah Syariah. Pelaksanaan Undang-undang Syariah sebenarnya telah menjadikan Brunei lebih aman dari kegiatan jenayah. Sepi mahkamah di Brunei ni kata Hafizul.
Jabatan Adat Istiadat Negara.
Pusat Sejarah Brunei.
Bangunan-bangunan British seperti bangunan ini masih dikekalkan di Bandar Seri Begawan.
Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.
Pemandu kenderaan wajib berhenti untuk membolehkan pejalan kaki melintas jalan.
Kompleks Yayasan ini adalah Shopping Mall moden yang pertama dibina di Brunei.
Bangunan Radio Televisyen Brunei.
Ini ialah Hospital Kerajaan terbesar di Brunei, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Hospital RIPAS) yang terletak di Bandar Seri Begawan.
Perkuburan Pengawal Istana.
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.
Pasar Gadong / Gadong Wet Market.
Pusat membeli belah, The Mall.
Next kami ke Pasar Malam Gadong. Love it! Saya suka jalan-jalan di pasar malam, dapat la tengok apa yang peniaga-peniaga jual. Meriah juga suasananya.
Harum semerbak lazat bau ayam panggang ni!
Kami stop di gerai ni. Saya beli mee goreng dan isteri beli nasi katok. Both sedap 😋.
Selesai di pasar malam, kami went for dinner.
Sebelum balik ke hotel, Hafizul ajak kami singgah sekejap di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah sebab masa malam masjid ni cantik pencahayaannya. Indeed it is!
Maka selesailah percutian kami di Brunei, jalan-jalan bersama keluarga dan saudara mara isteri saya. Seronok jugak jalan ramai-ramai ni.
Alhamdulillah, selamat sampai ke tanahair.
Saya senaraikan semua tempat-tempat di Brunei yang sempat kami lawati:
01) Empire Hotel and Country Club
02) Jerudong Park and Gardeb (tutup)
03) Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC)
04) Jerudong Polo Club
05) Pantai Jerudong
06) Pantai Tungku
07) Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah
08) Royal Regalia
09) Kampong Ayer
10) Masjid Omar Ali Saifuddien
11) Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
12) Pasar Malam Gadong
Syukur Alhamdulillah.
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) BRUNEI 2017 - DEPARTURE & ARRIVAL - EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB
02) BRUNEI 2017 - JERUDONG PARK & GARDEN - RBGCC - JERUDONG POLO CLUB - PANTAI JERUDONG - PANTAI TUNGKU
03) BRUNEI 2017 - MASJID JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH - ROYAL REGALIA - KAMPONG AYER
04) BRUNEI 2017 - MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN - PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA BRUNEI - CITY TOUR - PASAR MALAM GADONG
Selesai.
01) Empire Hotel and Country Club
02) Jerudong Park and Gardeb (tutup)
03) Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC)
04) Jerudong Polo Club
05) Pantai Jerudong
06) Pantai Tungku
07) Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah
08) Royal Regalia
09) Kampong Ayer
10) Masjid Omar Ali Saifuddien
11) Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka
12) Pasar Malam Gadong
Syukur Alhamdulillah.
Saya list di bawah semua entries JALAN-JALAN NEGERI SEMBILAN (2016) for easy reference:
01) BRUNEI 2017 - DEPARTURE & ARRIVAL - EMPIRE HOTEL & COUNTRY CLUB
02) BRUNEI 2017 - JERUDONG PARK & GARDEN - RBGCC - JERUDONG POLO CLUB - PANTAI JERUDONG - PANTAI TUNGKU
03) BRUNEI 2017 - MASJID JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH - ROYAL REGALIA - KAMPONG AYER
04) BRUNEI 2017 - MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN - PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA BRUNEI - CITY TOUR - PASAR MALAM GADONG
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya suka Pasar Gadong!! waktu ke sana dulu macam-macam saya beli nak buat dinner. last-last tak habis, tapi nasib baik kat hotel tu tuannya baik hati bagi simpan makanan dalam fridge. esok panaskan balik boleh buat breakfast!
ReplyDeleteHehehe... rambang mata kan :). Rasa macam nak cuba semuanya!
DeleteSalam. Saya Shiela, Malaysian yang menetap di Brunei. Saya rasa pasal minyak tu, harga adalah tetap. and then diorg just tengok dari plat kenderaan sahaja. kalau kereta dari Malaysia, hanya boleh pergi ke stesen minyak tertentu sahaja. harga lain. berapa tu saya tak sure pulak. Hope you enjoyed you stay in Brunei. walaupun tiada banyak aktiviti yang boleh dibuat.
ReplyDeleteThanks for the info Shiela. Appreciate it.
DeleteTrue, tak banyak aktiviti tapi pada saya dan isteri kami memang enjoy.
hai shiela, Assalamualaikum, saya misliyana dari Johor Malaysia. Boleh saya berhubung dengan awak itu tahu lebih lanjut mengenai brunei. Jika tidak keberatan,bole whatsapp dekat no ni +601110615838
Delete