Friday, July 15, 2016

SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 01 - MASJID RAYA - MUARA PADANG - JAMBATAN SITI NURBAYA - TELOK BAYUR

Alhamdulillah.

Jadi kenapa saya ke Sumatera lagi? Truthfully, cause it was affordable. More importantly because of the photographic opportunities, which to me is absolutely amazing. I knew this masa bercuti ke sana dulu. Masa tu dok berangan nak ke sana lagi untuk berfotografi, tidak ke tempat-tempat pelancongan yang dah saya pergi dulu, tapi ke tempat-tempat lain yang best untuk berfotografi.

Dari angan itu maka tercetus la idea 'Jalan-jalan fotografi Sumatera Barat' saya ni. 'Photography Tour' ni bukan lah satu idea yang baru, malah dah lama dan banyak dah orang lain buat. Cuma saya baru ni la dapat buat di luar Malaysia. Syukur Alhamdulillah. 

Btw, jalan-jalan fotografi saya ni tidak terlibat keluar masuk hutan, panjat gunung dan berkhemah tidur di bawah bintang. Tak la pergi ke exotic locations atau tempat-tempat yang tak pernah atau jarang dijejak orang. Tapi ni jenis santai je. Sesuai dengan usia saya. Pergi ke tempat-tempat yang senang dan selamat di lawati. Cuma bukan la seperti program pakej-pakej bercuti yang sering saya dan isteri gunakan. Done that already masa last year tu. Juga kali ini saya pergi seorang je. 

Untuk itu saya hubungi Pa'unchu, seorang tour driver based di Bukittinggi. Kawan saya Dr.Singa yang recommend dia [thanks doc]. Ni kad Pa'unchu.

Disebabkan tak ada pakej yang sedia ada seperti yang saya nak, maka saya dan Pa'unchu pun bermesejlah back and forth discussing about the itinerary. Here are a couple of the messages. 
'Singkron'... hehehe... pening kejap nak decipher.. hehehe.. 

Anyway, Pa'unchu ni memang bagus. Cepat je dia balas. Kalau lambat pun sebab dia tengah memandu. Also cepat dia faham apa yang saya nak. Terus je boleh bagi macam-macam cadangan. Betul la kata kawan saya Dr.Singa, Pa'unchu ni memang bagus. Orangnya pun kelakar, boleh joke around. A very friendly person.

Saya suka itinerari hari V tu, untuk kembali melihat panorama hari 1-4, bila viewnya tak bagus masa dikunjungi.... bagusnya! Nampaknya Pa'unchu betul-betul faham dan begitu berusaha untuk memastikan saya dapat ambik foto yang cantik-cantik! 

Hujan masa saya bertolak. Berharap masa tu supaya tak hujan di sana. Tapi kalau hujan pun ok jugak sebab sejuk la sikit. Also lepas hujan biasanya panorama dan landskap akan nampak lebih 'bersih'. 


Tak ingat sebenarnya ada order in-flight meal Tandoori Chicken Wrap ni masa beli tiket on-line. Terkejut la jugak bila stewardess asked for my boarding pass. The thing was saya dah sarapan dah tadinya.. hehehe. Wrap ni pulak very dense and very filling. Kenyang sungguh. Alhamdulillah. Ok jugak la sebab mungkin lunch hari ni akan lambat. 

Ambik gambar Banjaran Bukit Barisan. Elok kalau ke Padang dok tepi tingkap belah kiri. Dapat tengok Gunung Marapi.





Sampai dah. Kejap je flight nya. 

Tak hujan di sini.






Sampai airport Pa'unchu dah tunggu. Lepas perkenal diri, terus bertolak. 


Mula-mula singgah dulu di Masjid Raya Sumatera Barat. Besar sungguh masjid ni.

Juga dikenali sebagai Masjid Mahligai Minang sebab bentuk bumbungnya seperti rumah minangkabau dan tidak berkubah. 

Ia tahan gempa sehingga 10 skala Richter, oleh itu juga jadi lokasi evakuasi bila terjadi tsunami. Masjid 3 tingkat ini boleh menampung 20 ribu orang jemaah.

Saya tanya Pa'unchu boleh ke pergi dekat masjid tu? Saya tertarik dengan corak pada atap masjid ini. Pa'unchu kata ok. 
Bentuk bumbung masjid ini dibuat seperti bentangan kain 4 penjuru yang dipegang oleh 4 kabilah suku Quraisy semasa berlaku perselisihan pendapat tentang pemindahan batu Hajar Aswad di Mekkah pada zaman Rasulullah dahulu. 4 penjuru itu kelihatan seperti gonjong rumah minangkabau, rumah gadang.

Good thing pergi dekat, baru la nampak corak dinding bumbung yang cantik ni dengan lebih jelas!
Pada dinding bumbung ada ukiran yang menampilkan kaligrafi dan motif kain songket Minangkabau. Cantik!


Saya tanya Pa'unchu lagi boleh ke masuk masjid tu? Sebab dia kata walaupun masjid ni masih dalam pembinaan tapi dah pun mula digunakan oleh penduduk di situ. Pa'unchu ok je :).

Inilah ruang solat utama Masjid Raya Sumatera Barat. It is so huge!

Bahagian mihrabnya adalah seperti bentuk batu Hajar Aswad.

Di bahagian atas mihrab, silingnya ada nama-nama Asmaul Husna yang berwarna emas.


Ada perancangan untuk membina sebuah menara yang seperti menara Masjid Nabawi di Madinah. Selain itu, sebuah Islamic Center juga akan dibina.

Syukur Alhamdulillah, tempat pertama dalam siri jalan-jalan Sumatera Barat saya adalah sebuah masjid. Memang tak dirancang. MasyaAllah.

Baik, sekarang kita teruskan perjalanan. Seperti kebiasaan, suasana dan penduduk setempat pasti saya cuba rakam. 


Passed by Monumen Merpati perdamaian. Baru monumen ni, dirasmikan oleh Presiden RI Joko Widodo pada April 2016.
Monumen ni ada bentuk burung merpati origami dan di bawahnya ada globe. Dibina sempena Multilateral Naval Exercise Komodo (MNEK) 2016 (Latihan Bersama Angkatan Laut 36 negara) di Padang dari 12 hingga 16 April 2016, ia sebagai tanda persahabatan dan perdamaian 36 negara-negara peserta MNEK 2016.

Kenyataan rasmi stated burung merpati tu tak ada kena mengena dengan mana-mana agama. Merpati hanyalah sebagai satu objek simbol kedamaian dan persahabatan. Merpati juga merupakan haiwan yang tidak agresif, yang tidak membunuh haiwan lain untuk mendapatkan makanan.

Tapi bagi yang menentang, mereka kata merpati adalah simbol yang biasa digu­nakan oleh para missionaries Christian dan simbol dari program Kristenisasi.

Hehehehe... panjang pulak pasal monumen ni... :).

Passed by Taman Muaro Lasak. Salah satu dari 43 taman di Kota Padang dalam Program Pengembangan Ruang Kota Hijau (P2RKH).
Taman ni dalam area Pantai Purus Padang, Kelurahan Rimbo Kaluang, Kecamatan Padang Barat.

Kenapa namanya 'Lasak'? Sebab muara sungai di area ni sering berpindah-pindah, yang dalam bahasa Minangkabau dipanggil 'Lasak'. Tapi now dah tak lasak dah sebab dah dibina pembatas sungai.  


Teringin sebenarnya nak turun sekejap ambik-ambik gambar di Pantai Purus ni especially bila ternampak bot-bot nelayan ni. Tapi elok stay on schedule. Lagi pun masa tu tengah panas.. hehehe. 

Dapat shoot dari kereta pun dah ok :).

Ternampak road sign ni dan teringat mangsa-mangsa yang terkorban. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah. 
Jalur Evakuasi dikenal pasti dan ditetapkan untuk memudahkan warga kota menyelamatkan diri ke lokasi-lokasi tanah tinggi ketika terjadi tsunami.

Lokasi Jalur Evakuasi.


Pemerintah telah mengeluarkan Peta Evakuasi Tsunami Kota Padang ini.


Sebahagian dari Peta Evakuasi Tsunami Kota Padang.
Kawasan pink adalah kawasan bahaya ketika tsunami dan kawasan kuning adalah kawasan selamat kerana tanah tinggi. Penduduk mesti menyelamatkan diri dengan mengikuti arah anak panah warna hijau ke arah kawasan kuning. 

Perjalanan diteruskan.

Museum Adityawarman. Ada diorama perkampungan Minangkabau. Ada filem animasi legenda dan cerita rakyat. Ada ratapan ibu Siti Nurbaya. Ada prosesi adat. Aduhhhh... bestnya... tapi tak dapat la singgah sebab lawatan muzium tak de dalam itinerari... hehe.. Lagi pun saya kalau ke muzium mau berjam-jam.. hehe. 

Ini Wihara Buddha Warman, a Buddhist temple di Kota Padang.

Ini pejabat Kementerian Hukum dan HAM RI [Hak Asasi Manusia, Republik Indonesia]. Ingatkan apa la' HAM' tu....  

Kata Pa'unchu, itu lah Gunung Padang. Nampak macam bukit je saiznya tapi dipanggil gunung sebab ia adalah tempat tertinggi di sekitar Kota Padang. Tapi kami tak ke sana. 
Gunung ni ada kaitan dengan lagenda Siti Nurbaya. Ada benteng dan bunker penjajah Jepun. Ada kampung nelayan. Ada tempat memancing. Ada panorama cantik Kota Padang dari puncak dengan view gunung Marapi dan Gunung Singgalang. Menarik juga actually.

Kisah Siti Nurbaya asalnya dari sebuah novel karya Marah Rusli yang berjudul 'Siti Nurbaya: Kasih Tak Sampai' yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1922. Kisahnya tentang percintaan Siti Nurbaya dengan Samsul Bahri yang tak kesampaian kerana Siti Nurbaya dipaksa berkahwin dengan Datuk Maringgih disebabkan kedua ibu bapanya berhutang dengan Datuk Maringgih. Siti Nurbaya mati dibunuh Datuk Maringgih, yang mati dibunuh Shamsul, yang juga mati kerana cedera parah bertarung dengan Datuk Maringgih. Katanya ada kubur Siti Nurbaya dan Shamsul Bahri di atas Gunung Padang tu. 

Buoy ni adalah salah satu peralatan Tsunami Early Warning System [TEWS]. 


Dan kami pun melalui Muara Padang. Di sini saya mintak Pa'unchu stop sekejap. Saya dah itching nak ambik gambar.. hehehe... Tak lama pun, ada la dalam 15 minit je. 

Alhamdulillah cuaca baik dengan langit biru. 









Perjalanan diteruskan. Dah nampak Jambatan Siti Nurbaya. 


Berhenti kejap ambik gambar.  







Cantik kalau ambik gambar jambatan ni masa malam tapi kami tak bermalam di Padang.


Kata Pa'unchu ni adalah antara rumah/bangunan yang rosak akibat tsunami. Tinggal frame depan sahaja, bahagian belakang dah hancur. 

Curious saya apa ke benda 'KOPMIL' tu? Rupanya kopi campur milo. 


Rumah Duka HBT [Himpunan Bersatu Teguh] di mana Upacara Sembahyang Duka Cita dilakukan oleh komuniti Tionghua di Kota Padang.  
Rumah Duka ni ada krematorium moden buatan Korea untuk kremasi jenazah. Krematorium model lama ambik masa lebih 6 jam nak siap. Yang buatan Korea ni paling lama 2 jam dah selesai. Lately, ramai yang pilih kremasi sebab tanam di perkuburan lebih mahal kosnya.

So kenapa saya nak letak info-info macam ni? Ehhh.. kan interesting. Lagi pun ini adalah cara saya nak kenal masyarakat tempat yang saya lawati. 

Yep, saya lebih suka duduk di seat belakang sebab bila sorang-sorang senang nak ke kiri atau ke kanan tingkap untuk ambik gambar. Juga boleh lunjur kaki.. dah usia macam ni kaki cepat lenguh.... hehehe... 


Rumah moden dan rumah lama. 

Kami stop lagi. Kali ni di restoran  Es Durian Ganti Nan Lamo. Memang tengah haus pun masa tu. Bukan tak de air mineral dalam kereta disediakan oleh Pa'unchu, tapi something cool would be very much welcomed.. hehehe...

Saya beli 2 Es Durian Tok untuk saya dan Pa'unchu. About RM6.00 secawan. Dalam menu restoran ni ada Es Durian Float also lah :).

Ini lah Es Durian Tok. Sedapnya! Versi yang ni cuma ada shaved ice, durian asli [bukan perasa] dan sos coklat. Memang saya nak yang asli tanpa ingredients lain like ais krim vanilla atau strawberry, cincau, kacang merah etc. 
Saya tanya Pa'unchu ada ke supply durian all year long since durian kan bermusim. Ada kata Pa'unchu sebab mereka keep stock. Durian didapati dari kota Medan, Bengkulu, Batu Sangkar dan lain-lain.

Sambil slurping Es Durian Tok, sambil ambik gambar... hehehe.


Air tebu dan ais krim. Panas hari tu. 

Masjid Raya Taqrib dan Posko Siaga Bencana, Lantamal II Padang.
Posko: Pos Komando / Siaga: Siap sedia.





Tiba di Teluk Bayur. Pelabuhan Teluk Bayur, salah satu pelabuhan di Kota Padang, terletak di sini.
Pelabuhan Teluk Bayur ni dulu-dulu namanya Emmahaven, dibina masa zaman kolonial Belanda antara tahun 1888 sampai 1893. Masa tu ia merupakan salah satu dari lima pelabuhan terbesar dan tersibuk di Indonesia.

Kelihatan banyak kapal-kapal besar berlabuh di teluk ni.

Teluk Bayur.

Kami pun berhenti sebentar di tepi jalan untuk ambik gambar. Nyaman berangin di sini.


Ada penjual sate celup.

Memang cantik view di sini. Kebiruan.

Kebetulan awan pulak berjalur-jalur macam ni :).


Sesekali ada juga penduduk Kota Padang yang berhenti santai di tepi benteng ni. 



Nampak agak sibuk juga pelabuhan ni. 

Pelabuhan Teluk Bayur.

Pelabuhan Teluk Bayur merupakan pelabuhan laut terbesar yang terletak di Pantai barat Pulau Sumatera sibuk dengan kegiatan perdagangan internasional.


Pemandangan dari Pelabuhan Teluk Bayur.


Pelabuhan ini sering dikunjungi oleh kapal antara samudera dan antara pulau-pulau yang singgah di Teluk Bayur. 



Ada juga perkampungan persisiran pantai di Teluk Bayur ni dibina on stilts. 









Mula-mula ingat tak de la variety of shots yang boleh saya dapat di Teluk Bayor ni, especially considering I was basically standing at one spot and not doing any walking exploring. Actually, ada banyak! Itu lah bestnya kalau jalan-jalan fotografi ni, boleh santai, take my time and enjoy the shooting. Tak perlu rigid sangat ikut schedule itinerary. Boleh adjust. 

Macam kata Pa'unchu, 'Tenang aja pak Syed'... hehehe...

Bersambung..... 

Berikut adalah senarai links untuk semua entries Jalan-jalan Fotografi Sumatera Barat saya:
1) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 01 - MASJID RAYA - MUARA PADANG - JAMBATAN SITI NURBAYA - TELOK BAYUR
2) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 02 - TELUK KABUNG - KAMPUNG LUNDANG - JAMBATAN GANTUNG
3) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 03 - PUNCAK MANDEH - JAMBATAN AKAR - PASAR SORE
4) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 04 - PANTAI CAROCOK PAINAN - PUNCAK BUKIT LANGKISAU
5) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 01 - KAMPUANG BATU DALAM DANAU DIBAWAH
6) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 02 - MASJID UMMI - LADANG TEH
7) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 03 - LADANG BAWANG
8) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 04 - DANAU SINGKARAK
9) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 05 - SUNGAYANG - PUNCAK PATO
10) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 06 - KABUPATEN TANAH DATAR DAN LIMA PULUH KOTA
11) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 07 - LEMBAH HARAU DAN ABDI HOMESTAY
12) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY
13) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 02 - AIR TERJUN AKA BARAYUN DAN KENAGARIAN HARAU
14) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 03 - JEMBATAN KELOK 9 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - KENAGARIAN GADUT TILATANG KAMANG
15) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 04 - DANAU TARUSAN KAMANG
16) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 05 - KAMPUNG BARU KAMANG MUDIK
17) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 01 - MARAPI SUNRISE
18) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 02 - GANTING SINGGALANG
19) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 03 - PADANG PANJANG
20) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 04 - PACU JAWI
21) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 01 - TABEK PATAH
22) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 02 - PUNCAK ALAI - PASAR KELOMPOK TANI NAGARI KOTO TINGGI
23) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 03 - PASAR BAWAH BUKITTINGGI
24) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 04 - WISATA ALAM BUKIK TAKURUANG
25) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 06 - BUKITTINGGI - NAGARI MALALAK - GOING HOME
26) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. Salam tuan dan Selamat Hari Raya,

    Wah!!!!! what a stunning view...
    Masjid Mahligai Minang walaupun tak siap sepenuhnya lagi dah ohsemmm...
    Perahu n kapal...cantik gila...
    For your info, indonesia memang terkenal dengan short form..malas nak sebut panjang2...(maklumlah..husband saya kan orang indonesia..masa pegi kampung dia saya siap kutuk2 lagi..hehehehehe)
    Nice capture tuan!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dan selamat hari raya ff :).

      Indeed. Masa dalam perjalanan2 tu, tengok je luar tingkap, sentiasa ada pemandangan cantik!
      Masjid tu memang besar sungguh. Saya cuma sempat ke one side of the mosque dan ke hall utama solat. Nak keliling tak sempat.. hehehe... Grand mosque tu!
      Selagi saya nampak kapal dan perahu, selagi itu la saya akan snap :)
      Hahahaha... mula2 memang saya pelik. Ingat tersalah eja. Tapi actually mmg gitu :).
      Thanks ff :)

      Delete
  2. haaa..
    kan dah warning..
    pa'Unchu memang best !
    gelak dan makan je dalam kereta dia
    ada terkena dengan joke pa'unchu tak?
    pasal gajah
    ada tak dia cerita pasal dak elly sakit perut tak tahan nak membuang dan berhenti tepi jalan tanya nak tumpang toilet then mak cik tu tunjuk sungai??!
    hahahaaaa..
    mati lah saya kalau dak elly jenguk sini !!!!

    lalu tak betu betul atas puncak Marapi ??!
    yang putih putih dari macam kawah tu awan kan? bukan asap Marapi ?

    boleh withstand 10 skala Richter!!??
    kuat sangat masjid tu !
    gempa bumi terkuat di bumi ni belum ada cicah 10 skaka Richter ..
    cantiknya dalam masjid tu!!

    gempa bumi je kan en syed..?
    Padang tak kena tsunami kan?

    duduk belakang sebab tamak boleh ke kiri dan kanan lah tuuuu !! hahahhaaaaaaaa..

    sedap sangat kan es durian tu!!??
    terkenang kenang !!

    Teluk Bayur .. banyak disebut dalam buku Tenggelamnya kapal Van Der Wicjk



    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc, Pa'unchu tu mmg bagus. Baik orangnya. Masa dalam perjalanan2 tu mmg tak bosan. Bersembang je kami macam dah berkawan lama.
      Ada. Mula2 dia cerita macam serious, saya pun dengar la dengan attentive. Lepas tu terkena! Cis! Tapi lepas tu bila dia try lagi, saya dah tau what's coming. Gelak je dia bila saya kata dia nak kenakan saya lagi :).
      Hahahaha... ye ke? Kesian El. Tak de pulak Pa'unchu cerita. Tapi kan... ishhh... kalau kena pada saya mcm tu mau saya melepas je kat sungai tu! Hehehehe... Tu yg saya begitu jaga2 apa yg saya makan. Kalau main bedal je... siksa!

      Tak lalu on top. Just off ke kanan sikit, antara marapi dan singgalang.
      Yep, tu awan. Kalau dpt shot asap gunung tu... oii... mesti best! Tapi takut la jugak kan :).

      Masa saya baca pun, oii.. 10! Terus terfikir agaknya struktur masjid tu dibuat macam struktur rumah gadang yg mmg boleh tahan gempa.
      Yep, mmg cantik dalamnya. Tapi tu je foto yg dapat saya ambik cause tengah ada kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan.

      Dari apa yg saya baca tentang kajian yg dibuat oleh Badan Meteorologi, klimatologi dan Geofisika Indonesia [Pusat Gempabumi dan Tsunami] based on rakaman Tide Gauge di Padang akibat Gempa Mentawai 25 Oktober 2010, hasil dari pemodelan tsunami untuk daerah Padang, Padang juga punya kemungkinan dilanda Tsunami.

      Ehh... sudah semestinya doc :). Dah kiri kanan semua cantik pemandangan.. hehehe... lenguh gak after a while dok ngisut kiri dan kanan tu.. hehehe... ehh.. bukan tamak la... just making the best opportunity yg ada... hahahaha...

      Sedap la sangat!! Dah terfikir masa tu nanti for next year nak cadang pada doc masukkan itinerari wajib singgah restoran tu! :)

      Ada juga lagu pasal Teluk Bayor :).

      Delete
  3. haritu pergi kita tak masuk dalam masjid minangkabau tu. cantiknya interior masjid!! dan konsepnya.. buat saya kagum dengan orang indonesia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually masa Pa'unchu bawak saya ke masjid tu, plannya cuma ambik gambar dari sign tu je. Then saya nampak ukiran pada bumbung tu cantik so minta nak pegi lagi dekat. Lepas tu saya minta nak tengok dalam masjid pulak. Pa'unchu ok je.. hehehe...

      Tapi saya selalu make sure saya ambik gambar tu cepat2 je. Tak nak lama2 sgt.

      Delete