Friday, March 11, 2016

PHILIPPINES - DAY 03 - PART 01 - MANILA BAY - MANILA HOTEL TOUR - BAMBOO ORGAN CHURCH - JEEPNEY FACTORY

Catatan diteruskan dengan hari ke 3 di Manila.

Haaa... inilah satu lagi 'discovery' kami masa duduk menginap di Manila hotel ni. Rupanya bilik kami ni mengadap sunrise!

Pe lagi, mestilah ketik beberapa sunrise shots :).


SubhanAllah, cantik sungguh!


Kami bersarapan di Ilang Ilang Cafe seperti semalam. Hidangan buffet breakfast dari dapur halal di Ilang Ilang Cafe.

Pagi tu saya pusing-pusing lagi restoran ni dan ambik lagi shot dapur halal restoran ni. Kali ni ada sekali chef yang sedang memasak :).


Opps... kebetulan chef ni tengok kamera. Nice :).

Seperti semalam kami ke Manila Bay since masih ada banyak masa sebelum pick up time for the day's touring.



Pemandangan indah di Manila Bay. 




Tapi pagi tu istimewa sikit sebab ada this school of fish. Banyakknyaaa! 


Berjalan di sepanjang jeti ni. 

Kalau dah pemandangan macam ni, maka banyak la yang dirakam. hehe..






Dan kami ternampak lagi homeless people. 



Berjalan semula ke hotel.

Pagi tu kami akan ke Tagaytay Ridge dan pick up time ialah pukul 10:00 pagi. Jadi masih ada masa lagi. Oleh itu, Jane dengan baik hati suggested kami go for the Manila Hotel Historical Tour sementara tunggu pick up time tu. Kami setuju, so malam semalam juga masa drop kami di hotel Jane telah uruskan dengan pihak hotel untuk tour dalaman tu. 


Pagi tu kami terus ke Concierge dan kami ditemui oleh staff hotel ni namanya Ms. Lovely. Mula-mula kami dibawa Ms. Lovely ke Arkib hotel Manila ni.

Arkib Manila Hotel ni boleh dilawati oleh hotel guests atas permintaan.
Ms. Lovely sedang menunjukkan foto-foto lama bangunan Manila Hotel sambil memberikan penerangan dan sejarah hotel ni.

Oh ya, pagi tu staf hotel ni berpakaian seragam dari zaman penjajahan Sepanyol. Ms. Lovely sedang menunjukkan pada kami satu model kapalterbang. Apakah sejarahnya?

Manila Hotel adalah destinasi perkhidmatan mel udara merentasi Pasifik yang pertama di dunia. Surat pertama yang dihantar menggunakan perkhidmatan ini adalah sepucuk surat dari Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt kepada Presiden Filipina, Manuel L. Quezon pada 29 November, 1935. 
Kapalterbang yang membawa surat ini mendarat di atas laut, 20 ela dari Manila Hotel.

Ms. Lovely seterusnya menerangkan transformasi Manila Hotel ini through out the years. 


Manila Hotel ini juga pernah menerima ramai important guests seperti royalties, ketua-ketua negara dan artis. 
Sultan Brunei, Presiden Bill Clinton dan Putera Charles pernah menginap di hotel ni. 

Ms. Lovely menunjukkan foto-foto lama lawatan oleh dignitaries and world leaders as well celebrities ke Manila Hotel. 

Imelda dan suami.
Nak baca tentang Imelda Marcos vs The Beatles? Sila la ke sini

Di dinding ada foto-foto Greek musician Yanni, Donny and Marie Osmond, Ted Koppel, Micheal Bolton, Ricky Martin, Linda Evangelista, David Hasselhoff, Jon Bon Jovi dan MJ. 

Linda Evangelista dan Ricky Martin.

Liza Minnelli [foto kiri] dan Neil Armstrong [foto kanan]. 

Juga Tun.

Imelda Remedios Visitación Romuáldez - The First Lady, Imelda Marcos. 

Jaket di belakang sana dihadiahkan oleh peninju terkenal Filipina, Manny Pacquaio kepada pemilik Manila Hotel.

The very lovely, Ms. Lovely :).

Sebenarnya dalam Manila Hotel tour ni guests akan dibawa melawat ke MacArthur's Suite tapi masa tu tengah renovate. Jadi sebagai ganti Ms. Lovely bawa kami ke bahagian hotel yang not open for public or guests yang tidak terlibat dalam functions yang diadakan di tempat-tempat itu. 

Ms. Lovely bawa kami ke dewan besar ni the Fiesta Pavillion yang boleh memuatkan 2,500 orang. 

Besar dan grand sungguh hall ni. Kata Ms.Lovely majlis perkahwinan sering diadakan di sini disamping majlis-majlis besar lain.

Kemudian Ms. Lovely bawa kami je sebuah ballroom dipanggil Maynila Ballroom. 

Kemudian Ms. Lovely bawa kami ke sebuah ballroom dipanggil Maynila Ballroom. 
Kata Ms. Lovely di ballroom ni lah sebahagian acara pertandingan Miss Universe 1994 diadakan. Pertandingan ini dimenangi oleh Miss India, Sushmita Sen yang kini telah menjadi seorang aktres Bollywood terkenal.


Memang grand ballroom ni. Masa masuk tu saya rasa macam berada di set pengambaran zaman 50an with its art deco style.

Since it was Chinese New Year, ada bahagian hotel yang dihiasi dengan chinese lanterns. 

Seterusnya kami dibawa Ms. Lovely ke Champagne Room. 

Tutup masa tu tapi Ms. Lovely buka kan khas untuk kami masuk.

Ni restoran paling mahal di Manila Hotel ni. Hanya dibuka for dinner. Formal wears only.

Ada crystal palm trees. Floral upholstered chairs. Lavish décor. Ambience fitting for elegant gatherings and celebrations.



Awal pagi kami dah start touring, dimulakan dengan Manila Hotel tour ni. An excellent start I'd say :). 

So hari ke 3 kami di Manila ni kami pergi touring ke Tagaytay pula. Dalam tour ni kami bersama pasangan dari Sydney, Steve dan Norlene. Sebelum ke Manila, mereka dah bercuti di Kuala Lumpur. Tour guide kami hari tu ialah Janine. Kecik je orangnya dan dari cara dia handle tour ni, nampak macam kurang pengalaman. Made us missed Jane. 

Dan tentunya ada beberapa people shots lah :).


Sebuah chinese temple yang baru dibina not yet open for public. 

Sebelum masuk ke lebuhraya, Janine menunjukkan kepada kami sebuah kawasan paya yang dinamakan Las Piñas - Paraneque Critical Habitat. Kawasan paya ini adalah sebuah protected area yang menjadi tempat persinggahan migratory birds yang terbang ke selatan dan utara mengikut musim.

Seperti perjalanan ke Villa Escudero semalam, sebahagian perjalanan ke Tagaytay adalah menggunakan Lebuhraya SLEX (South Luzon Expressway). Cuma bezanya kali ini, kami akan keluar dari lebuhraya ini di Las Piñas.

Peta perjalanan kami ke Tagaytay.

Ternampak pulak kapalterbang :)

Di highway, kami boleh nampak slum areas yang padat dengan rumah-rumah setinggan. 



Ini adalah the Las Piñas General Hospital and Satellite Trauma Center.

Salah satu bangunan bersejarah di Las Piñas.

Pemandu jeepney sedang menyalakan rokok. 

A recycling center. 

Department of Education Las Piñas.

Suasana di bandar Las Piñas.

Stop pertama kami ialah di Bamboo Organ Church ni. Nama sebenar gereja ni ialah St. Joseph Parish Church. Tapi sebab organ buluh tu begitu popular, terus dikenali sebagai Bamboo Church.   
Di depan pagar depan gereja ni ada signboard dengan gambar Pope [foto kanan] dengan kata-kata 'VII. HUWAG KANG MAGNAKAW Exodus 20:15' yang bermaksud 'Thou shalt not steal'. Agaknya ada banyak kejadian kecurian kot di gereja ni. Or may be a general message to all inhabitants of Las Piñas City.


Ini lah Bamboo Church. 
Di belah kanan tu ialah Bamboo Organ museum tapi tutup sebab cuti umum.

Ini bangunan St. Joseph Academy yang bersambung dengan Bamboo Church. Till today masih digunakan sebagai sebuah sekolah menengah.


Ini ialah patung Father Diego Cero, yang bina Bamboo Church dan buat organ buluh tu.

Ok jom tengok dalam gereja ni. 

Gereja ni dibina pada 1824 dan masih digunakan. 

Dan inilah organ buluh tu. Terletak di atas belah kiri gereja, di loteng koir dan di sebelah menara loceng. Hampir 100% dibuat dari buluh. 
Kerana faktor usia dan beberapa gempa bumi dan banjir akibat typhoon, organ buluh ni telah rosak dan tidak boleh dimainkan. Pada tahun 1972, kerajaan dan masyarakat setempat telah sepakat perlunya organ ni diperbaiki. Paip buluh dibaiki di Jepun dan bahagian-bahagian lain diperbaiki di Jerman. Di Jerman bahagian-bahagian organ buluh ni disimpan di bilik khas dengan jagaan suhu dan kelembapan untuk mengelakkan pengecutan buluh.

Ia disenaraikan sebagai salah satu National Cultural Treasure of the Philippines pada 2003.






Seperti gereja-gereja Katholik lain, mesti ada artifak keagamaan dan patung-patung.  

Orang Filipina juga ada yang jadi saint.
Dalam foto kanan, patung paling kiri ialah patung San Lorenzo Ruiz. Beliau adalah seorang Filipino yang diisytihar sebagai seorang saint oleh Gereja Roman Katolik. Dia seorang Cina-Filipina, dibunuh di Jepun oleh Tokugawa Shogunate semasa penganiayaan Kristian di Jepun pada abad ke-17. Saint Lorenzo adalah patron saint Filipina.



Selesai di Bamboo Church kami pun ke tempat seterusnya.
Oh ya, tu la kereta touring kami. Dan couple tu lah si Steve dan Norlene dari Sydney. 


Next kami ke kilang jeepney. Sarao Motors.

Syarikat ini mereka, membuat, mengeluar dan mengedarkan jeepney, jenis pengangkutan yang paling popular di negara Filipina, yang dilabel sebagai 'king of the road' di Filipina. 
Sarao juga adalah pengeluar owner-type, custom-built jeepneys dan lain-lain jenis kenderaan untuk sekolah-sekolah, perniagaan dan institusi lain. Pope John Paul II pernah naik jeepney khas ciptaan Sarao semasa perjalanan pertamanya di Filipina pada tahun 1981.

Jom masuk kilang ni tengok apa ada.

Antara jeepney yang dipamerkan. 

Luar dan dalam jeepney. Agaknya sesuai ke pakai di KL?

Masa ni kilang ni tak pekerja sebab cuti am. So sunyi je dan tak de guided tour. Tapi Janine ada la bagi kami info. 

Yang ni jeepney yang digunakan dalam pertandingan Miss Universe 1994. Kata Janine Miss Universe 1994 Sushmita Sen naik jeepney ni. 

Tengah jalan-jalan tu saya ternampak landfill ni, tempat perlupusan sampah yang macam bukit tingginya dibelakang kilang Sarao ni. Tapi tak de la bau busuk masa tu. 
Ini adalah Las Piñas Dump Site bersebelahan sungai Zapote River di wilayah Rizal, Calabarzon, Philippines.





Tak ramai pekerja masa tu. Cuma mereka ni je. 


Pekerja sedang membaiki jeepney.


Jeepney-jeepney mewah ni adalah dari 2 projek menaik taraf jeepney yang terbengkalai sebab kosnya terlalu tinggi. 

Di bahagian membuat bangku jeepney. 






Okeh, sambung ke entry seterusnya....


Di bawah adalah links kepada semua entries Philippines saya:



No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. hi syed, boleh share info mengenai travel agency that you've booked there ? I'm going to visit Manila this coming Sept. Thanks in adv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Carol. Yea sure. Nama travel agent di Philippines tu is WOW Philippines Travel Agency.
      Ni website mereka: http://www.wowphilippinestravelagency.com/

      Have a great time in Philippines Carol! :)

      Delete
  2. laa..
    ingatkan boleh dimainkan lagi bamboo organ tu.
    chop
    apa yang terbaring dalam glass casket tu.
    patung je kannn??!!
    bukan yang sebenar!!ingat tak lagi lagu donny and marie?
    hehhehehe..
    ' i am a little bit country' i am a little bit rock and rock and roll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh dah doc. Dah tak ada lagi dah org yg pakar nak repair organ tu.

      Yes, patung... hehe... life like is it.. hehehe... mmg seram ler...

      Ingat.. masa kecik suka sgt lagu tu. Bila show tu ada kat TV, wah.. super excited.

      Delete