Lepas di Bromo, kami ke Permata Tanggulangin, sebuah pusat barangan kulit. Well, not that I am that keen about going there but I thought I could perhaps made it an interesting visit, ye tak? Anyway, it was our last day there so a bit of a visit to see some leather stuff wouldn't be so bad. After Bromo I was ready to head on home..hihi..
Huh.. saya pun letih scrolling...hehe...
Ni lah Permata Tanggulangin.
Area luar gedung tu.
Kami tiba di Tanggulangin pada lewat petang itu. Memandangkan waktu Asar dah hampir tamat, kami bersolat jamak Zohor dan Asar dulu di Musholla yang terdapat di sana. Ruang Mushollanya terbuka dan sangat bersih.
Ni lah dalam gedung Permata Tanggulangin. Leather goods everywhere!
Isteri dan Kakak beli handbag. Serious, the choices are excellent. Banyak styles dan designs.
Pening kejap bau kuat kulit!
Kata Pak Iskandar, pusat ini sangat popular among pelancong Malaysia, Singapura dan Brunei. Harga pulak lagi murah dari barang kulit di Malaysia.
Hermes dan Prada pun ada! Huha!
Tudung D&G pun ada..hahahaha.. haaa.. ha...
Kejap je di gedung kulit tu. Kami then pergi makan malam. Suasana senja di Sidoarjo. Bila hari mula gelap (6:00 pm matahari dah terbenam di Jawa Timur), kami meneruskan perjalanan ke Surabaya.
Punya la susah nak dapatkan shots senja macam ni. Low light sungguh. Dalam moving car pulak tu! Kena la cranked up the ISO, makanya banyak 'noise' foto2 ni... hihi... Jadi la buat kenangan...
Sampai Surabaya, Pak Iskandar bawa kami makan malam di Warung Javana. Makanannya menyelerakan walaupun masakannya nampak simple. Restoran Javana ini besar dan cocok untuk Arisan (Perkumpulan Keluarga), Ultah (Ulang Tahun), Rapat (Perhimpunan), Seminar dsb. Maksud perkataan-perkataan ini diterangkan kepada kami oleh pemandu kami, Agus.
Dan kami bermalam di Ibis Surabaya City Center.
I really like the interior of this hotel. Modern and current. Simple not stuffy.
Size bilik yang selesa. Nyenyak kami tidur malam tu sebab siangnya tadi penat panjat Bromo :).
Hari terakhir kami di Surabaya 31/12/2014 was also the last day for 2014. Cuaca pagi ini mendung dan berawan. Flight Air Asia ke Kuala Lumpur kami ialah pada pukul 9.20 am jadi seawal pukul 6.00 am kami dah turun sarapan kerana Pak Iskandar dan Agus akan menjemput kami pada pukul 6.30 am untuk ke Lapangan Terbang Internasional Juanda. Untuk sarapan saya makan Bakmi Goreng dan wife had Nasi Uduk :).
Sempat juga kami membaca lapuran berita terkini mengenai pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang dipaparkan di sebuah akhbar utama di Indonesia.
Sedih sungguh saya lihat foto2 ini :(.
Seperti juga kota-kota besar lain, Surabaya juga membuat sambutan tahun baru 2015 malam nanti. Masa lalu sebuah jalan utama di kota ni, kami dapat melihat persiapan-persiapan sambutan sedang giat dilaksanakan.
Actually, kalau ikut itinerary kami sepatutnya buat Surabaya City Tour pada pagi ini sebelum ke Airport untuk balik ke Kuala Lumpur. Tapi since dah jadual penerbangan balik kami diawalkan, tak dapat la nak go for the city tour. Dah tak de rezeki. Tapi ini mungkin boleh jadi alasan yang baik untuk ke Surabaya next time...hehehe...
45 minit kami pun sampai ke Bandar Udara Internasional Juanda. Airport Tax di sini untuk flight ke KL mahal i.e 200,000 Rupiah [RM65.00] macam di Bali.
Pada 28/12/2014, sebuah pesawat Indonesia Air Asia yang sedang dalam perjalanan dari Surabaya menuju ke Singapura telah terhempas di Laut Jawa. Sehubungan itu, Kerajaan Indonesia telah menubuhkan pusat krisis di Lapangan Terbang Juanda bagi menangani peristiwa tersebut. Peristiwa ini mendapat liputan yang luas di media-media Indonesia, sama seperti peristiwa kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada awal tahun dahulu.
Sehingga 31/12/2014 yang merupakan tarikh kami berlepas pulang ke Malaysia, 3 mayat dan beberapa serpihan pesawat telahpun ditemui di Selat Karimata yang memisahkan Pulau Sumatera dengan Kalimantan. Semua perkembangan terkini peristiwa tersebut diumumkan melalui pusat krisis yang dipanggil Posko Pelayanan Air Asia QZ8501 di Lapangan Terbang Juanda. Jadi sewaktu kami di sana, kami dapat melihat pusat krisis ini.
Sehingga 31/12/2014 yang merupakan tarikh kami berlepas pulang ke Malaysia, 3 mayat dan beberapa serpihan pesawat telahpun ditemui di Selat Karimata yang memisahkan Pulau Sumatera dengan Kalimantan. Semua perkembangan terkini peristiwa tersebut diumumkan melalui pusat krisis yang dipanggil Posko Pelayanan Air Asia QZ8501 di Lapangan Terbang Juanda. Jadi sewaktu kami di sana, kami dapat melihat pusat krisis ini.
Khemah di luar bangunan ini hanya untuk kegunaan media dan pegawai-pegawai yang bertugas. Keluarga penumpang mempunyai tempat khas yang disediakan di dalam bangunan Terminal yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa.
Lepas tu kami pun masuk ke Pintu Perlepasan. Pintu Perlepasan Antarabangsa di Lapangan Terbang ini terletak di tingkat atas.
Menarik pulak patung Karapan Sapi ni, which is perlumbaan kerbau tradisional yang berasal dari Pulau Madura. Pulau Madura ni terletak tidak jauh dari Surabaya. Rasa macam nak datang masa tengah ada race ni pulak! :)
Since ada masa lagi before boarding, kami singgah kejap di kedai souvenir ni.
Kotak rokok kat sana ada gambar tengkorak2. Harga 25,000 rupiah je, which is about RM7:00. Murah betul! Cam ner nak cegah merokok cam tu? Buat macam Malaysia. Haaa.. kejap2 harga rokok naik... hehe...
Then terjumpa pulak coklat yang sangat menarik ni. Lucu betul! Siap 'Fakta Nutrisi' sekali! :D
Meninjau aktiviti yang berlaku di Pusat Krisis Indonesia Air Asia QZ8501 di bawah sana.
Pemandangan Pusat Krisis Indonesia Air Asia QZ8501 diperhatikan dari kawasan Pintu Perlepasan yang terletak di tingkat atas bangunan terminal.
Kalungan bunga ucapan takziah yang diletakkan di luar Pusat Krisis Indonesia Air Asia.
Selepas selama 6 hari di sana, it was time for us to head on home :).
Pesawat Air Asia kami tiba di Surabaya dari Kuala Lumpur, lewat 30 minit dari jadual asal. Pesawat ini dioperasi oleh Air Asia Malaysia.
Kelihatan pelbagai security checks dibuat oleh beberapa airport security personnels yang mundar mandir dalam kapal terbang. Kebiasaan tak pernah saya lihat situasi begitu. Perhaps selepas kejadian kemalangan yang menimpa flight Indonesia Air Asia QZ8501, security checks dipertingkatkan.
Pramugara sedang membuat Safety Demonstration sebagai persediaan untuk berlepas.
Goodbye Pulau Jawa. Till we meet again, InsyaAllah.
Meal time :). I had spaghetti chicken bolognaise :)
... and wifey had Asian fried rice with chicken satay :)
Penerbangan dari Surabaya ke Kuala Lumpur memakan masa 2 jam 40 minit.
Syukur Alhamdulillah kami selamat sampai ke KLIA2.
Selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 1.30 tengahari, lewat 30 minit dari jadual.
Kami lunch dulu di Chef Chow.
Makanannya sedap. The food portion sungguh besar. If you wanna eat there, order satu meal je for 2 orang. I'm serious!
Caj teksi balik ke Ampang was RM118.70.
Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah. Cuaca masa tu mendung.
Lepas letak our bags, terus keluar balik gi ambik Tam Tam.
Tam Tam nampak je kami, terus dia ngiau2 dengan begitu kuat! Mungkin sebab dia gembira kami datang nak bawak dia balik ke, atau marah sebab tinggalkan dia lama, tak tahu la kami. Tapi lepas bawak balik, hmmm.. alahai... manja sesangat.... hihi. Letih melayan dia :).
Berakhir sudah nota2 perjalanan saya dan isteri ke Kota Subang, Malang dan Bromo.
Sebuah perkahwinan tradisi yang begitu penuh dengan adat istiadat, menikmati keindahan alam semesta, makan sedap [:)] dan satu pendakian yang tak akan cepat diterlupakan.
Syukur Alhamdulillah.
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01
3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02
4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03
5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER
6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG
7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA
8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO
9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL
10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET
11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI
12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR
13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO
14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.