Monday, February 2, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

Flight kami dari Bandung ke Surabaya with Garuda Indonesia ialah pada pukul 1.35 tengahari. Since kami tiba awal, kaunter check-in tak buka lagi. So have to wait. Airportnya small je so nothing much to do but watch some Indonesian TV shows on the TV monitors at the waiting areas. 

Sampai di airport Bandara Husein Sastranegara.

Masa tengah menunggu kaunter Check-in dibuka, tiba-tiba isteri saya mendapat mesej Whatsapp dari kawan dia di Malaysia yang meminta dia membalas mesej tu dengan segera. Rupa-rupanya ada sebuah pesawat Air Asia yang berlepas dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dan disyaki terhempas di Laut Jawa. Kawan isteri saya tu tahu rancangan kami bercuti ke Surabaya dan ingin memastikan yang kami tidak berada di dalam pesawat tersebut. Terkejut sungguh kami dan terus berdoa semoga perjalanan kami selamat. 

Pada masa yang sama, skrin-skrin TV di Airport mula menyiarkan berita tentang kehilangan pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan 162 penumpang dan anak kapal.

Saya perhatikan suasana di airport tu tenang dan business as usual. Semua penerbangan ikut jadual seperti biasa. Maka flight kami ke Surabaya juga was on schedule. 

Selepas check-in kami terus ke ruang menunggu domestik and had lunch. Btw, airport tax for domestic flight is 25,000 Rupiah (RM9.00) seorang.

Berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 di dalam berita TV Indonesia. 

Kami juga sempat menunaikan solat sebelum berangkat. Waktu Zohor di sana awal. Saya berdoa pada Allah swt semoga perjalanan-perjalanan kami dipermudahkan dan selamat.

Dari ruang menunggu boleh nampak krew dekat pesawat.

Flight ke Surabaya [Jawa Timur] dari Bandung [Jawa Barat] ambil masa lebih kurang sejam. Sedap gula-gula tu :).

Peta penerbangan. Dalam peta tu ada menunjukkan kedudukan Borobudur Temple dan Yogyakarta yang kedua-dua telah pun kami lawati pada tahun lepas.

Pemandangan di dalam pesawat Garuda Indonesia Airlines GA 361.

Di luar tingkat saya perasan ada ramai penduduk berdekatan sedang menyaksikan over the fences kapal terbang-kapal terbang mendarat dan berlepas. 


Alhamdulillah cuaca begitu elok sekali. Penerbangan lancar dan sceneries yang kami nampak di luar tingkap juga begitu jelas. 

And then it was snack time. Bagus la Garuda Indonesia ni. Flight sejam pun bagi makan cam ni...hehe. 

Pramugari-pramugari sedang bertugas.

Saya yang memang agak susah nak lelap dalam kapal terbang terus je capai in-flight magazine. 


Panjangnya terjemahan 'Dear Valued Customers' nya :)

Some awesome photos in the magazine. 

Luxury goods.

Sejarah uniform Garuda Indonesia. Cantik-cantik pramugari-pramugarinya :).

Perhaps sebab cuaca yang baik, kami sampai di Surabaya 12 minit lebih awal dari yang dijadualkan. 

Tapi tiba-tiba bila nak dekat mendarat, hujan lebat! Jadinya kapal terbang bergoyang agak kuat. Rasa cemas jugak especially bila pagi tadinya terima berita tentang pesawat Air Asia yang hilang tu. 

Alhamdulillah kami selamat mendarat pada jam 2:30 petang di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya

Disebabkan angin kencang yang bertiup (kelajuan 30 knot kata Pilot), Airbridge tidak dapat disambungkan ke pesawat. Kapten pesawat juga menjangka kami terpaksa menunggu kira-kira 3 minit bagi angin reda untuk membolehkan Airbridge tersebut disambungkan kepada pesawat.


Seperti jangkaan kapten pesawat, kelajuan angin reda selepas beberapa minit. Airbridge disambungkan ke pintu pesawat dan penumpang dibenarkan keluar dari pesawat. Di airport tu kakak dan abang ipar saya dah menunggu untuk kami berempat pergi bercuti bersama-sama. Mereka dah tiba lebih awal dari Kuala Lumpur.

Our Tour Guide, Pak Iskandar juga telah sedia menunggu kami bersama Pak Agus pemandu kami untuk percutian kami tu. We were on a private tour package. 

Airport Juanda sangat sibuk petang itu. Kata Pak Iskandar, sebab keluarga dan saudara mara mangsa nahas pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang hilang pada pagi tadi telah mula berkumpul di sini menanti khabar berita tentang orang yang tersayang.

Posko Layanan Air Asia QZ8501 yang didirikan di Airport Juanda. Pemandangan ini dilihat dari dalam kenderaan sewaktu keluar dari kawasan Airport.

Kawasan ini juga dipenuhi kenderaan-kenderaan media yang sedang membuat liputan tentang peristiwa kehilangan pesawat Air Asia tersebut.

Kami terus dibawa ke Kota Malang dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. 

Macam di Malaysia, Bandung masa tu juga tengah musim hujan. Hmm.. tak tahu pulak kenapa mereka tu jalan-jalan tak berkasut atau berselipar....




Selepas sejam perjalanan kami berhenti untuk makan di restoran Podojoyo yang bermaksud 'Berjaya Bersama'. 

Di restoran ni Pak Iskandar memperkenalkan pada kami satu masakan ikan yang authentic di Jawa Timur iaitu masakan Ikan Susu. Oh my, memang la sedap ikan tu! :)

Masa kereta masuk ke restoran Podojoyo tu earlier, abang ipar ternampak penjual jagung rebus di depan restoran tu. Dia memang peminat jagung so saya pun temankan dia beli jagung tu after late lunch tadi. Nak makan di hotel nanti kata dia :). 

Perjalanan diteruskan ke Kota Malang. Ni Bandar Sidoarjo. 

Seterusnya adalah foto-foto yang sempat saya rakam sepanjang perjalanan. 







Hari dah mula gelap tapi saya masih gigih ambik gambar...hehe...




Dan Alhamdulillah kami selamat sampai ke Ibis Styles Malang pada  pukul 7:00 malam. 

Cantik lobby hotel ni. 

Macam biasa saya mesti ambik foto-foto bilik hotel..hehe.


Saya suka betul design selipar tu! :)


Jumping forward, balik ke Malaysia, kami terima email dari hotel ni minta kami buat survey :).

Dan kami sempat juga mengikut perkembangan terbaru berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501.

Kemudian kami dibawa Pak Iskandar ke Rumah Makan Inggil for dinner. 

Saya suka betul rumah makan ni. Deco very asli dan menarik sangat. 

Juga ada live performance, nyanyian lagu asli Jawa dan tarian tradisional Jawa di Rumah Makan Inggil.

Makanannya sedap. Lain dari Malaysia which was just great for me cause nak la rasa macam mana masakan di Pulau Jawa :).

More photos of the dancer.


The arts and deco of the rumah makan.

Selain dari dewan besar tadi, ada juga bilik-bilik for families and smaller rooms for couples. Very nice deco!


Sebelum balik ke hotel kami sempat check out a convenient shop and saya beli mee segera for later kot lapar ke nanti. Also curious macam mana rasanya. Ended up tak makan pun...hehe. Balik Malaysia baru makan. 

Yang ni memang ada rasa macam gulai ayam. Tak le pedas sangat. Tapi pada saya macam pelik makan mee ada rasa gulai ayam. Pelik konon, tapi habis satu mangkuk tu saya makan tak tinggal setitis pun kuahnya...hahahaha. 

Haaa.. yang ni saya lebih prefer. Sedap dan pedas. Rugi je beli satu bungkus. Nanti ke Padang saya nak beli lah..hehe...

Di luar tingkap hotel Ibis ni ada view macam ni. Cantiknya.... 


Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

10 comments:

  1. saya pun sibuk nak tau update kapal terbang terhempas tu
    al fatihah utk semua mangsa
    takziah utk semua kaum keluarga mereka
    sedih pengakhirannya begitu, tapi ajal dan maut di tangan Tuhan

    makanan dan restoran nampak sedap dan sangat menarik
    rindunya saya pada surabaya
    pergi tak makan kepiting kat surabaya, cap gundul
    ketam tu mmg famous tau!
    saya je tak sempat makan walau dah 3 kali ke sana, dek mengejar masa
    tapi cik abang saya tu dah brapa kali makan, tensen saya!

    makan siap ada persembahan, saya suka!


    sidoarjo
    tu terkenal ngan barang kulitnya
    brand kebabom pun byk amik raw material dari situ
    kalau peminat kulit, mmg berbaloi la ke sana

    mee segera kat sana
    macam2 perisa ada tau
    best kan
    yang best tu
    perisa dia byk perisa tempatan hehehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Fatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Juga semoga jadi ingatan pada kita semua yang hidup ini hanya sementara maka berbuatlah banyak persiapan.

      Saya dan isteri honestly makan2 masa bercuti2 tak berapa kisah sgt. Asal halal dan boleh kasi kenyang. Apa yg disaji itulah yang kami makan…hihi. Saya syukur isteri saya tak particular sangat asal ada nasi dia ok. Saya pulak apa2 pun boleh bedal asal jangan benda2 pelik..hihi. Hmm.. tak tau pun pasal kepiting tu El. Sedap je bunyinya.

      Saya suka kalau ada show! Especially yg traditional show.

      Kami ada ke Pertama Tunggulangin, kedai jual barangan kulit. Punya la banyak leather products! Bau kulit kuat betul!!!…hihi…

      I know! Tu yang seronok tu pilih2…hihi… Saya suka yg pedas2. Tapi I noticed ada perasa from same brand yg ada di Bandar ni tapi saya tak jumpa di bandar satu lagi. Macam pelik. Contohnya, saya suka cap ABC yg perisa ‘Rasa Sup Tomat Pedas’ tu. So saya carilah di Padang tapi tak jumpa. Ni saya cari di supermarket besar ni. Tapi yang ada perisa lain of the same brand yg tak de masa di Bandung tu. Anyway, it could be due to many reasons la kan..hihi…

      Delete
  2. ha ah..
    tangullangin tu memang tempat kerajinan kulit..
    bau kulit kuat kan!!?
    dudlu , kucing saya dulu , suka sangat kalaua ada barangan kulit ni.. sampai baring-baring atas/ dalam beg kulit..

    ohh.. lalu jugak kat Sidoarjo..
    kenapa tak singgah kejap?!
    kami lalu tapi tak ambik jalan ke simpang ke Malang tu .. sebab tu tak jumpa Coban Rondo tu..

    saya tak tau En Syed kat Surabaya masa tu
    kalau saya tau.. sah sah lah saya akan cari dan contact tanya kabar dengan segera!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah masuk mana2 kedai sebelum ni yg ada jual begitu banyak barang kulit. It took me a few minutes jugak la nak get used to the strong smell.
      Now doc dah tak bela kucing lagi ker doc?
      Tak singgah sebab takut pula kelambatan nanti. Lagi pun masa tu hujan dan traffic jam sikit. So better stick to itinerary. Perjalanan agak jauh juga.
      Actually family saya pun saya tak bagitau sebab takut especially my mom risau. I know, I know, that's should not be the way kan :).

      Delete
  3. dah lama dah tak bela kucing..
    dak Nina tak tahan.. nanti dia bersin bersin.. mata merah..hudung gatal.. lepas tu dia hangin kat semua orang ..!!hahhaaa!!

    bila kucing semalam tu masuk rumah .. kucing yang kat IG saya tu .. semua melompat suka!! sorang demi sorang kidnap bawak masuk dalam bilik buat main..
    dia pandai .. kat nina dia duduk diam je kat atas kerusi.. sama sama stare.. last-last tidor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa.. ye ke. Kesian Nina. Elok la tak bela. Allergy cam tu memang menyiksakan.
      Kalau saya kat situ saya pun melompat...ahhaha.

      Cats are intelligent atau cam ada special sensory. Dia boleh kesan atau rasa, boleh feel keadaan Nina. Tu yg dia sopan tu :).

      Doc nak tau, dulu saya ada jiran orang Syria, anak2 perempuan dia bila nampak Tam Tam diaorang terus menjerit kuat berlari macam Tam Tam tu harimau nak makan diaorang! Teruk betul! Saya tegur diaorang balik sebab kesian Tam Tam terkejut dengar budak2 menjerit melolong!

      Delete
  4. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Joom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps sahaja.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete
  5. PAKEJ MURAH / JIMAT BERCUTI KE BANDUNG

    Assalamualaikum Tuan/ Puan Abang/ Akak

    Kami dari Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport
    Sebuah syarikat muslim kat Bandung yang memberikan perkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah favorit untuk dilawati.
    Insha Alloh, driver & tour guide kami yang profesional santun, peramah akan selalu bawa anda ke semua tempat favorit kat Bandung, Bogor dan Jakarta dengan selamat.

    Special offer 2015... Joom tempah transport murah kat Bandung jer .

    Rate per Kereta per Day :
    # Suzuki APV /Toyota Avanza/Daihatsu Luxio (6 seat) Rate: IDR 400.000 or RM 115

    # Toyota Innova / KIA Pregio (8 seat) Rate: IDR 550.000 or RM 160

    # Coaster Isuzu Elf Short (11 seat) Rate: IDR 650.000 or RM 185

    # Coaster Isuzu Elf Long (17 & 19 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    # Toyota Hiace commuter (12 seat) Rate: IDR 850.000 or RM 245

    *Include : minyak, parking fee, tol, driver, driver meal and kereta
    *Exclude : entrance fee ke tempat-tempat pelancongan untuk persons & kereta
    *Ada extra charge sebesar IDR 50.000 jika nak melawat ke Kawah Putih
    *Tak ada extra charge jika nak melawat ke kawasan Lembang & Tangkuban Perahu

    Company kami tak payah ada deposite cukup send jer picture flight details and tempahan kereta cukup by WhatApps sahaja.

    Terimakasih,
    Bimo Mekarwangi Tour

    Call/Text/ WhatsApp : +62 877 1519 6061 (Mas Bimo)
    Email : bimomekarwangi@gmail.com
    Facebook Page : Bimo Mekarwangi Bandung Tour & Transport

    ReplyDelete