Friday, February 13, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

Dari Candi Singosari kami teruskan perjalanan ke Gunung Bromo tapi singgah dulu ke Pasar Nongko Jajar. Sepanjang perjalanan kami melalui kawasan perkampungan dengan views yang cantik-cantik. 

More people/street shots masa dalam perjalanan. 

Ni bukan Pasar Nongko Jajar tapi salah satu pasar yang kami lalui dalam perjalanan ke Bromo.


Dah mula masuk ke kawasan perkampungan.

Sawah bertingkat. Pekerja-pekerja ladang. 

Pekebun sedang packing sayuran untuk jualan. 

Sempat juga saya dapatkan shoot view ni :). 

Dan kami pun tiba di Pasar Nongko Jajar. 

Ada pelbagai jualan pertanian di sini. Bulat mata saya tengok semua ni dan ambik banyak foto...hihi.

Pak Iskandar minta izin untuk dia beli petai nak bawak balik rumah kerana katanya sayuran di sini memang the best. Semua segar dan elok-elok. Saya dan abang ipar pun join la sekali nak ronda sementara isteri dan kakak saya menunggu je dalam van. 

Sambil jalan-jalan tentunya saya ambik gambar. Kalau berjalan tentunya dapat ambik shots yg better dari dalam kereta yang bergerak :). 

Kata Pak Iskandar saya boleh je ambik gambar dan ternyata orang-orang di situ don't mind me taking photos. 

Walau pun saya dapat that occasional stares, saya akan senyum je pada mereka atau lambai dan mana yang dekat saya salam je. Semua dapat respond yang baik dari mereka. Apa-apa pun saya stay dekat-dekat Pak Iskandar dan abang ipar.. hehe.

Pasangan suami isteri yang sedang menyediakan jualan tani mereka. 


Cuaca pagi tu di Pasar Nongko Jajar ni begitu elok sekali dengan langit yang cantik biru. 

Di hujung sana tu ialah Masjid An-Nur Nongkojajar. 
Tengok la petai yg cantik dan segar tu! Saya ni suka ulam-ulaman especially petai :)

Tembikainya bulat macam bola :). Actually mereka berdua ni dah nampak saya dan tahu saya tengah ambik gambar mereka. Tu yang mereka tersenyum je tu.. hehe.

Pak Iskandar tengah pilih petai. Lupa pulak saya nak tanya harga petai tu. 

Buah2 mangga yang gemok. Nyum!

Pak Iskandar masih lagi tengah memilih petai. 

So since Pak Iskandar pun tengah sibuk tu, saya pun took the opportunity to ronda a bit. Of course before I wonder off saya beritahu dulu Pak Iskandar dan abang ipar. 

Then saya jumpa mak cik ni yang tengah duduk berpayung menjual ayam hidup.  

Ayam-ayam tu mak cik tu selimut dengan kain guni sebab masa tu dah mula agak panas. 

Saya pun berjalan terus ke arah masjid tapi tak la sampai sana.

Then jumpa lelaki ni yang tengah jual mangga dalam bakul. Saya senyum dan minta izin nak ambik gambar. Dia kata, 'Boleh' dan senyum. Tapi dalam foto ni dia serious pulak...hehe. 

Akak ni jual rambutan dan nenas among other fruits. Sangat banyak choices for fresh fruits. 

Then saya noticed ada orang ramai keluar masuk dari 2, 3 lorong di banggunan pasar. Belah dalam banggunan pasar tu ada lagi kedai jualan. Saya pun beritahu abang ipar yang saya nak ke dalam round kejap. 

Ni lorong jual pakaian dan lain-lain barangan. 

Tapi saya tak minat nak ambik gambar di lorong ni. So saya check out the other lorong to the right. 

Ha.. lorong ni best sebab sini ada jualan barangan pertanian. 

Dan saya suka lighting di lorong ni. Cantik :).

Ada jualan ayam segar yang dah siap sembelih dan dibersihkan. 

Cili hidup segar. 

Dan yang bestnya akak-akak dan mak cik-mak cik di situ semuanya ramah-ramah belaka. 

Ramah-ramah pun saya senyum, bagi salam dan minta izin dulu nak ambik gambar. Mereka ok je :).


Saya siap pergi ke belakang meja jualan mengadap laluan pelanggan nak dapatkan sudut yang lain sikit...hehe. 


Baik betul nenek tu tegur saya. Unfortunately saya tak faham apa dia kata so saya senyum je lebar-lebar dan lambai...hehe.


More fresh chicken.

Then akak baju pink ni tegur saya [jerit actually] dari lorong tempat dia berjual dan mengusik saya. Terkejut saya... haha. Dia usik tanya tak nak ke ambik foto dia. Saya kata boleh saja. Tu yg dia posing tu...hehe.
Dan saya pun dengan bersopan santun approached them and introduced myself. Saya kata saya dari Kuala Lumpur dan tengah bercuti. 'Oooooo....' jawap mereka..hehe. Saya tanya tak pe kan saya jalan-jalan ambik gambar? Cepat je akak tu jawab kata boleh. Me so happy :). Lama jugak kami bersembang. Macam-macam soalan mereka tanya saya... hehe.

Then saya terjumpa kedai jual daging ni. Seronok betul saya.. hehe. 

Takut juga la nak ambik gambar di sini. 



Satu lagi shot dari sudut pandangan penjual. Ni gerai depan kedai daging tu.

Saya pun ambik juga shot ni. Brader tu tengah kikis daging dari tulang tu.  

Then dia dongak, saya senyum dan beri salam. Dia pun balas senyum dan jawab salam saya dan sambung kerja dia. Lega.. :). 


Then tersempak pula dengan nenek ni. Kebetulan masa tu dia tengah lalu bawah cahaya ni. Saya suka shot ni :). 


Saya datang dekat-dekat nak dapatkan shot ni. Akak tu tak kisah pun. Dia senyum je. Agaknya pelik apa la yang saya fascinated sangat nak ambik gambar dia tengah siang ayam... hehe. 

Lepas tu saya  termasuk lorong yang jual barangan. Saya tak minat dan patah balik..hehe.

Ada macam-macam jenis sayuran.

Mak cik ni tengah berurusan jual beli. 

One last shot before I left the market. Tak lama saya di situ. Ada la dalam 20 ke 30 minit. Terus saya ke van untuk ke Gunung Bromo. 

Overall, walau pun sekejap, saya manfaatkan masa yang ada di Pasar Nongko Jajar sebaik mungkin. Seronok rasanya sebab dah memang saya idamkan dapat peluang ambik gambar di pasar begini. Dan yang bestnya juga peniaga-peniaga di situ semuanya baik-baik belaka. Murah senyuman dan tak kisah pun saya ambik gambar :).
Alhamdulliah. 

Bersambung...

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

11 comments:

  1. mula2 nak gelakkan dr singa sebab dpt jadi pengomen pertama lagi
    wei ni jam 1.05 petang, lunch hour time aku mengomen
    aku dah baca entry ni dlm keta nak pi kije dlm note 3
    so jumpa laptop terus komen2

    hahahhahahaha
    eh suka gak la gambar makcik yang bercahaya tu

    pasar derang mmg ala2 kelibut
    sedikit tak terurus kan
    tapi hasil taninya kebabom
    saya suka derang longgok2 hasil tani derang
    walau selamba je derang longgok atas tanah

    kami siap tanam cili tau kat site opis kami
    punyalah subur
    besar2 cili dia
    tapi pedas ya amat
    tanah dia hitam
    mmg la subur tanam apa pun
    tapi indonesia mmg byk hasil tani sendiri

    saya tak makan petai dan yang sewaktu dengannya
    so pakwe saya kalau nak makan petai, samada org len masak atau sila pi makan kat kedai hehehehehehe

    satu saya nak share kat indonesia ni
    kt celah mana pun
    celah utan sekali pun
    jalan2 tetiba jumpa kedai kopi
    hahahahahah
    itu buat saya kagum
    dlm hutan ada kedai kopi
    ko mampu!
    dan paling teruja
    makan bukan dlm pinggan
    guna daun jati jek
    kuikuikui

    tapi dalam hutan tu
    tandas yang payah nak cari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks El :)

      Foto mak cik bercahaya tu, saya suka sebab lain sikit dari yg pernah saya ambik. Also a bit thrilling sebab it was totally spontaneous :).

      Pasar yg kelibut macam ni la yang saya paling suka. Organized chaos I think...hihi. In a way it is more cam 'relaxed' and 'casual'. Something like that lah. Yep, diaorg I rasa just longgok je kat mana2 ada ruang yet still got rows yg people can walk through.

      Waahh.. fresh cili. Nice!
      El got site office in kat Indonesia? Where at?
      Which begs the question, actually El and husband dalam business apa ya?

      Saya suka petai [suka sangat] pulak lagi kalau dapat makan dgn sambal cili tempoyak... aduhhh... hihihi...
      Saya juga suka peria katak. Love to eat it just like that. Or suka juga makan dgn sambal kelapa.
      Saya juga suka pegaga makan dgn sambal belacan or sambal kepala.
      Tapi saya tak suka ulam raja dan jering. Tak ngam dgn saya...hihi...
      Hmm... sama la, kalau saya nak makan gulai tempoyak saya kena carik kat restoran... hihi...

      Seriously?! Mereka memang suka berniaga kan. Niaga makanan. Memang saya notice mana2 je pun ada restoran atau gerai/kedai kopi. Tapi saya ingat tentu kat major roads je kan di mana ramai orang. Tapi dalam hutan pun ada gak! Ada gak customers kat situ ya? Waaa... memang fascinating.

      Questions: Why El go jalan2 kat celah2 hutan di Indonesia tu? Due to work? Recce ke? Enquiring mind wants to know lah...hihi...

      Delete
    2. Saya jawab bila saya jumpa laptop hehehe

      Delete
    3. hahahha lawak la en syed ni
      saya kerja la en syed
      hubby in oil exploration world dia
      saya plak bekerja bersama dia
      on finance side

      so basically we're doing onshore job on dutch old wells
      saya tak up entry banyak pasal this project kat blog hehehehe due to some restriction
      jap cari link utk en syed tengok2
      jgn gelak, ni zaman2 awal saya berblog dan zaman2 awal saya suka amik gambar


      http://ellynadyra.blogspot.com/2012/04/outstation-time.html

      http://ellynadyra.blogspot.com/2012/04/mari-ke-kantor.html

      http://ellynadyra.blogspot.com/2012/04/mari-ke-kantor-dan-lapangan.html

      nanti la rajin2 saya buat satu entry khas
      berada di perkampungan dan agak pedalaman jauh dari surabaya
      buat saya insaf
      tapi itulah pengalaman yang saya tak dpt beli di mana2
      jujur saya rindu nak kesana lagi

      saya kongsi satu cite utk en syed gambarkan
      masa bulan puasa, kami buat program zakat di site office
      kami beli beras, tepung dan gula utk diagihkan
      kalau disini senarionya kita sendiri tau

      kat sana senarionya buat kita semua meleleh air mata
      yang dpt utk program zakat ni, datang tidak berkasut selipar bagai
      baju koyak2 tampal sana sini
      Allah aje tau bagaimana perasaannya
      4 tahun di sana buat saya betul2 insaf dan bersyukur
      huhuhuhu dah la tadi mata masuk abuk tgk gambar bromo, ni masuk abuk lagi
      huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

      Delete
    4. Ooooo... baru saya tahu sekarang. Gitu la ye nak rezeki. Tapi ni first time saya tahu kerja yg macam El and husband ni. Very exciting baca your 3 entries tu. Thanks for sharing the links :).

      Betul. Setiap pengalaman yg kita dapat memang tak dapat diletak harga. Terpulang pada kita macam mana kita nak tengok semua pengalaman2 tu. Ni bagai cara Allah swt nak tunjuk pada kita buat pengajaran. Jadi kita nak insaf or just buat tak endah? Seriously setiap experiences kita elok kita renung2kan.

      Sedih gak baca cerita program zakat El tu. Semoga mereka sentiasa dalam lindungan Allah swt.

      Delete
  2. siyes gambo nenek bawah cahaya tu sangatlah ohsem!! saya ingat en syed dah tak takut2 dah mengamik gambo orang cenggini... sebab dah pro. saya masih ada takut2 tu. pun buat2 ramah, senyum, dan minta izin - selalunya takde masalah. heheh.

    saya pun curious ni. elly buat apa tengah hutan kat indon??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks GB. Kadang2 dalam beratus foto [ok, I lied, beribu actually... hihi] yg saya ambik ada la sekali sekala tu 1, 2 yg saya suka sangat. Yg lain pun suka jugak, tapi bila dpt shots yg lain sikit dari yg biasa saya ambik saya rasa seronok :).

      Ehhh... still takut2 lagi cause lain tempat lain orang2 dan keadaannya. Always prudent to exercise cautions. Test the water first before start shooting tu. Cuma sekarang saya rasa lebih confident sikit nak tegur2 dan minta2 izin ni. Lagi pun the worst they could say is no. Well, if like that just move on je la kan. Tapi kalau tak tanya I'll never know and could potentially lost a good photographic opportunity :).

      Kan. Quite a mystery actually..hihi.

      Delete
    2. hahahha rezeki saya dihutan nak buat camner GB
      pi kenduri dlm hutan ok
      pakai baju kurung tapi pakai sport shoes
      wakakakakkakakaka
      bantai ajelah labu

      Delete
    3. Saya ada dapat peluang ke majlis perkahwinan kampung masa di Padang awal bulan ni. Jemputan yang datang pakai casual je El. Jeans and t'shirt je pun ada :).

      Delete
  3. saya suka petai..
    kalau dah jadik sambal je..
    fresh fresh gitu saya tak makan..
    kuat sangat rasa nya..

    kesian lak nengok ayam ayam tu berpanas gitu..
    ada jugak lah yang dapat tumpang berpayung!!

    bergelimpangan kaki sapi!!
    sedap buat sup tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya petai yg masak, like dalam sambal ikan bilis petai, pun ok pada saya. Tapi lebih prefer yg raw...hihi...
      Haaa... tu la, kesian betul saya tgk. Panas masa tu!
      Errr... saya tak pernah makan sup kaki sapi la doc.... mungkin had to think twice kot...hihi...

      Delete