Wednesday, February 11, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

Hari ke 5 kami bangun awal sebab nak ke Bromo. Finally! Memang kami excited nak ke sana sebab dah lama Bromo ada dalam wish list kami...hehe.

Tapi entri ni tak cover lagi trip ke Bromo sebab sebelum ke Bromo Pak Iskandar bawa dulu kami ke satu candi kecil iaitu Candi Singosari. Kami excited juga sebab ingatkan tak de candi-candi di area ni. Rupanya ada juga since dulu kerajaan di sini adalah pemerintah beragama hindu.

Anyway, pukul 6:30 am kami dah turun breakfast kerana nak bertolak awal pukul 7:30 am ke Bromo. Dah tu kata Pak Iskandar dia nak bawak kami ikut 'laluan tikus' ke Bromo sebab tambah dia lagi jalan tu very scenic. Also lalu jalan tu akan ambik masa 3 jam, tu yang kena bertolak awal.

Tapi sebelum tu saya nak share dulu foto-foto sunrise di Kota Malang. Cantik sangat. Terkedu saya bila nampak views ni. 

SubhanAllah.



Dan saya zoom gunung yang hampir diselimuti penuh oleh awan.


Yang ni saya ambik pakai Samsung Galaxy Note 3.
Boleh kira panoramic shot la ni kan doc? Hehe...

Then saya pegi belah hotel yg mengadap view ni pulak. SubhanAllah.

Zoom gunung.

Shot menggunakan Samsung Galaxy Note 3 :).





Kota Malang di awal pagi. Saya suka la Kota Malang ni :).

Perjalanan pagi tu saya gunakan merakam kegiatan-kegiatan pagi penduduk Kota Malang.

Ada juga wall arts yang menarik :)


Ada gerai jual ubi kayu.

Sempat juga saya rakam view gunung ni dari dalam kereta.

Dalam 20 minit kami pun sampai di Candi Singosari. Pintu masuk ke Candi Singosari terletak di tengah-tengah kawasan perumahan.

Candi ini ialah sebuah candi Hindu yang dibangunkan oleh Kerajaan Singosari. Sebelum kedatangan Islam, Hindu adalah agama rasmi Nusantara.

Kata Pak Iskandar, tak salah kita lawat candi sebab nak lihat kesan dan sejarah amalan nenek moyang kita dulu dan bukan nak membuat sebarang pemujaan atau penyembahan di situ.

Candi Singosari ni saiznya kecil jika dibandingkan dengan Candi Prambanan dan Candi Borobudur di Yogyakarta yang pernah kami lawati dulu.

Bottom right photo: Dulu kerja baikpulih Candi Singosari ni pernah dibuat. Batu-batu yang digunakan untuk menggantikan batu-batu yang runtuh/hilang atau rosak adalah dari sumber asal batu bata candi itu dibuat pada masa dahulu. Untuk membezakan batu-bata baru dengan yang asli, batu-bata baru ditandakan dengan tanda putih. 

Candi Singosari sebenarnya didirikan untuk menyimpan abu mayat Kartanegara, raja terakhir kerajaan purba Singhasari.

Ini pemandangan di niche yang menghadap ke tangga candi.

Ukiran kepala foto bottom right tu mengingatkan kami kepada Goa Gajah yang pernah kami kunjungi di Bali. Ada 3 niche di candi ini yang kelihatan kosong sahaja seperti di sini kerana patung yang terdapat di sini telah diambil oleh tentera Belanda dan dibawa ke negara mereka.

Memang jelas akan kewujudan sebuah kerajaan purba di kawasan ini dahulu kerana selain Candi Singosari, terdapat beberapa buah candi lain yang juga ditemui di kawasan ini.

Di kawasan candi ini terdapat patung-patung batu. Candi ini juga dikatakan mempunyai patung Dwarapala yang terbesar di Indonesia, tapi kami tak nampaklah pulak mana patung tu, mungkin disebabkan dah dibawa Belanda. Dwarapala adalah patung penjaga candi di  Indonesia. Malah kini, kalau di Pulau Jawa ini, patung Dwarapala sering dijadikan perhiasan di kampung-kampung dan juga di hotel-hotel.

Kami juga memanjat naik tangga untuk melihat ke dalam candi. Candi ini tidaklah tinggi sangat. Candi ini berbentuk segiempat sama dan di dalamnya ada 4 niche yang menghadap setiap sisi. 

Ini adalah patung Syiwa Maha Guru. Untuk baca info tentang patung ni sila scroll ke bawah.

Pada masa dahulu, setiap niche mepunyai patung berhala yang ditempatkan di sana. Namun, sewaktu Belanda menjajah Indonesia dahulu, patung-patung ini telah dicuri dan dibawa ke Belanda.

Pemandangan dari atas candi.

Patung-patung batu yang dikumpulkan di tepi pintu masuk ke Candi Singosari. 

Dan di pondok depan candi ni ada dijual buku mengenai sejarah candi dan info tentang candi tersebut. Tentunya saya beli :).

Buku mengenai Candi Singosari.

Saya share di sini beberapa mukasurat penting for info on this Candi.
















Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

7 comments:

  1. subhanAllah
    cantiknya view kota Malang di waktu pagi
    mmg kena bangun awal la
    kalau tak lepas la nak tengok cantiknya pemandangan di pagi hari

    saya ni antara org yang sangatttttttttttttt tak minat sejarah
    zaman sekolah dulu sejarah saya memanjang F9 hahahhaa
    cikgu mmg tak terkata dah ngan saya, sebab tau saya mmg tak minat sejarah
    tapi saya suka pi tempat2 sejarah dan menghayati tempat itu
    sebab tu kalau saya pi tempat2 bersejarah, mmg selalunya saya tak tau sejarah tempat tu
    sket2 tu tau la, terperinci tu tidak la heheheheheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul El, kena bangun awal. Tapi dah memang kena bangun awal sebab waktu Subuh sana awal.
      Saya memang tak sangkalah views akan cantik masa tu. Jengok jugak keluar tingkap harap2 mengadap sunrise tapi sunrise nya belah kiri. So cannot get full view. Anyway, fortunatey hotel tu, yg mengadap sunrise tu, ada tingkap kat corridornya. Me so happy lah.. hihi...

      Saya pun tak le score sgt pun dalam subjek Sejarah...hihi. Tapi bila jalan2 cam ni, macam lebih best kalau kita tau serba sedikit tentang sejarahnya. Buat lawatan ke tempat2 tu jadi lebih meaningful. Bukan saja sejarah, tapi now saya pun buat jugak sikit readings on adat istiadatnya especially lepas gi ke rumah orang kawin di Subang Jawa tu. Sama le kita, nothing too detailed, just touching the surface, just sufficient enough to satisfy my curiorsity..hihi.

      Delete
  2. budak elly ni lagi first!!!
    tak kerja ke dia ni??!!
    :)

    saya kunci jawapan saya!!
    memang Semeru tu!!
    sebab belakang dia matahari naik!!
    dan sangat cantiknya!!!!!!
    dan panorama itu yang amat cantik dengan cahaya mataharinya dari bawah awan.... pehh...
    terpukau!!
    en syed ada wide angle kan..?
    klik je..
    jadik lah panorama macam yang saya selalu buat tu..
    :)

    gunung2 kat situ macam togel je kan?
    tak ada hutan hujan khatulistiwa macam kat sini
    i wonder why..
    mungkin tanah nya tak sesuai untuk pokok gitu tumbuh...?

    saya nampak ada satu toilet atas bumbung rumah di kota Malang tu!!
    hehehheeeeeeee..

    dah berkali-kali datang Indonesai baru saya tahu kec=kecamatan kab=kabupaten...
    tu pun sebab kakak/bibik dulu yang ajar..

    lebih kurang je kan struktur Singosari dengan candi-candi lain di Pulau Jawa tu..
    agama yang sama ...
    kebudayaan yang sama..
    macam sama dengan candi2 di Dieng..

    pernah baca tak kat blog supermeng malaya..
    masa dia masuk kat dalam candi kat Dieng.. ada 'benda' tolak dia sampai jatuh..!?
    sebab tu saya tak berani masuk candi-candi yang macam sepi gitu..
    [ dan sebab.. hahahhaaa.. selalunya dah kepenatan.. malasssssssss sebenarnyaaaaaaaaa... ]

    mesti ada siwa , ganesha , durga dan satu lagi .. kat empat penjuru mata angin dalam candi kan..?
    tu yang ada penjaga candi ajar saya..
    ganas aa durga kat sini..
    siap ngangkang lagi!!
    hahahaaaa..


    * masih bawak placard *
    Bromo Bromo Bromo !!!

    hahahaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi kak singa
      Kerja laaaaaa
      X kije kang soru lepas lak

      Hari2 bukak blig en syed nk tengok gambo bromo la kak singa

      Kak singa yg comel
      Jom pi bromo

      Delete
    2. Blog ye...bukan blig
      nampak x
      I hate touch screen!

      Delete
    3. Semeru. Indah. Mengagumkan. SubhanAllah.
      Awan tu kan doc, huihh.. kalau ikutkan hati if got time, memang saya nak lama lagi ambik2 gambar masa tu. Sebab kan corak awan berarak dan pencahayaan berubah2 jadikan view every few minutes berlainan. Tapi bersyukur sgt dah dapat shots tu semua :).
      Yes, saya guna wide angle lens tu. Nak kasi nampak 'kepanoramikkannya' saya sometimes crop foto tu jadi panjang...hihi...

      Baru I noticed bila you kata. Memang tak berhutan lebat. I think so la doc tanah tu tak sesuai for such trees kot. Tapi masa jalan di kawasan pergunungan tu memang la ada pokok2 besarnya.

      Haaa.. toilet? Yg mana satu doc...if I perasan masa tu may be I dah zoom...hahahaha...

      Saya masih tak tau lagi kec=kecamatan kab=kabupaten tu. Macam wilayah/daerah agaknya ya doc?

      Betul. Pengaruh hindu sangat kuat masa tu. Dah berabad2 lamanya bertapak dan meluas di sana. Kuasa pemerintah masa tu juga sangat epic sebab mampu buat candi2 yang sangat besar dan rumit pembinaannya, which some of them still stood the test of time.

      Saya masa masuk tempat macam tu, seperti orang lain juga, saya akan baca2 la apa yg patut. Doa pohon perlindunganNya. Niat pun saja nak melawat. Syukur selama ni tak de kejadian sedemikian berlaku. Also kalau saya ada rasa macam tak sedap, saya terus batalkan niat nak masuk. Pernah saya rasa macam tu masa di Tirta Empul. Seram je bila guide kata di kolam tu, di pancuran air yg bahagian hujung tu, adalah untuk mandikan mayat.

      Saya ada baca, memang patung2 yg dijumpai di situ ada a few lain sikit dari yg di Bali dari segi gaya/pose nya. Juga ada a few yg tak siap.

      Hihihi... entry Bromo hari Isnin 16/02/2015 pukul 12 tgh malam akan ke udara.. tungguuuu :).

      Delete
    4. El, entry Bromo hari Senin ya...hihi... terima kasih kerana lawat blog saya ni :).
      Bila El and Akak Singa nak ke Bromo? Jangan gi hujung tahun ya. Kabus tebal dan hujan!

      Delete