Ini adalah hari terakhir kami di Jordan dan masih ada lagi beberapa lawatan. Lepas lawatan kami akan dibawa ke airport dan seterusnya ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah.
Apa yang menarik pagi tu ialah kami dapat menyaksikan bagaimana air dibekalkan kepada penduduk Amman.
Air dihantar dengan lori tangki air ke rumah-rumah dan bangunan lain seminggu sekali, disalur terus ke tangki rumah/bangunan. Bekalan adalah cukup untuk kegunaan selama seminggu.
Dah siap sedia untuk bertolak.
Pagi itu kami dibawa ke Lembah Jordan, di utara Amman. Macam Laut Mati, ia juga terletak di bawah aras laut dan dikongsi bersama dengan Israel.
Meninggalkan kota Amman.
Kawasan Lembah Jordan amat subur dan dikenali juga sebagai 'Fruit Basket of Jordan'.
Pemandangan Lembah Jordan yang sangat indah. SubhanAllah.
Saya akui memang berpuluh-puluh gambar Lembah Jordan ni saya ambil. Saya terpegun!
Saya kongsikan juga beberapa people and street photography shots :).
Tujuan lawatan ke Lembah Jordan adalah untuk melawat makam 2 orang lagi sahabat Rasullullah saw: Dirar bin Al-Azwar dan Abu Ubaidah bin Al-Jarrah.
Kami pun tiba di kompleks Makam Dirar bin Al-Azwar di Lembah Jordan.
Inilah makam Dirar bin Al-Azwar.
Sebuah taman di belakang Makam Dirar bin Al Azwar.
Ke tempat lawatan seterusnya.
Melalui sebuah pekan.
Pokok-pokok zaitun.
Kebun sayur-sayuran.
Seterusnya kami berhenti melawat Makam Abu Ubaidah bin Al Jarrah.
Kami bersolat Zohor di Masjid Abu Ubaidah ini.
Kedai di depan Makam Abu Ubaidah.
Perjalanan diteruskan menuju ke kawasan Ajlun yang terletak di kawasan pergunungan.
Haiwan ternakan di Lembah Jordan.
SubhanAllah, cantiknya pemandangan.
Kelihatan seperti tempat pengembala dan haiwan ternakan mereka berkumpul.
Saya suka foto lone tree macam ni :).
Lagi pemandangan yang pada saya sangat menakjubkan. Allahuakbar.
Ini adalah kilang memproses minyak zaitun.
Kata Majdi pokok-pokok zaitun di sini telah berusia beratus-ratus tahun dan masih lagi mengeluarkan buah.
Loji memproses minyak zaitun di sini masih menggunakan kaedah pemprosesan tradisional.
Pokok-pokok zaitun yang sudah berusia ratusan tahun. SubhanAllah.
Dan kami pun selamat tiba di bandar Ajlun. Syukur Alhamdulillah.
Bandar Al-Salt. Di kota ini terdapat Masjid Nabi Ayub tetapi kami tidak berkunjung ke sana.
Tiba pula di Jerash, sebuah bandar yang telah didiami manusia sejak 6,500 tahun lalu, ketika kawasan ini dikuasai oleh orang Rom.
Runtuhan lama Rom yang masih ada.
Ini adalah pintu masuk utama ke kota Roman yang dinamakan Hadrian's Gate, sempena nama Maharaja Rom yang mungkin memerintah ketika kota ini dibangunkan.
Di Jerash, kami makan tengahari di sebuah restoran bernama Bir Kathain yang bermaksud "Dua Kolam". Ia dinamakan demikian kerana di pintu masuk restoran ini terdapat dua buah kolam yang dibina pada zaman Rom.
Pada kami restoran ini cukup menarik sekali. Landskap luarnya sangat cantik.
Hidangan masakan Arab tradisional di Restoran Dua Kolam.
Lepas makan kami dibawa pusing lokasi kota purba Rom tadi.
Pemandangan kota Roman purba dengan bandar moden Jerash.
Teater ini dikatakan boleh memuatkan 5,000 pengunjung.
Binaan ini dinamakan Cardo Maximus, pusat perniagaan kota pada masa itu.
Pemandangan di sini cantik.
Dari Jerash, kami pulang ke Amman. Masih ada masa yang terluang, jadi Abu Sarah membawa kami ke Al-Sweifiyeh.
Tiba di Al-Sweifiyeh.
Kawasan bandar Al-Sweifiyeh di Amman.
Di sini, kami dibawa ke kedai rempah di mana Majdi bercerita tentang rempah ratus yang digunakan dalam masakan Arab Jordan, kedai roti dan juga kedai grocery.
Selepas itu beli cenderamata pula di Holyland Gifts.
Lepas tu kami bersolat jamak di sebuah masjid berhampiran Holyland Gifts sebelum meninggalkan Jordan.
Sebelum ke Queen Alia Airport, kami dibawa makan malam Chinese Style di Taipei Tourism Restaurant.
Tiba di Queen Alia Airport, Amman.
Pada pukul 2.15 pagi, kami terbang meninggalkan Jordan menuju King Abdul Aziz International Airport di Jeddah, Arab Saudi.

Aktiviti pertanian intensif di Lembah Jordan. |

Abu Ubaidah bin Al Jarrah adalah salah seorang sahabat nabi saw yang hebat dan yang terawal memeluk Islam. Beliau juga adalah salah seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan terus masuk ke Syurga. |
Abu Ubaidah juga sangat hebat dalam peperangan dan turut menyertai kebanyakan perang bersama-sama Rasulullah saw. Seperti Dirar bin Al Azwar, Abu Ubaidah juga mati syahid disebabkan penyakit taun. |
Kami bersolat Zohor di Masjid Abu Ubaidah ini.
Ruang solat lelaki. |
Ruang solat wanita. |
Kedai di depan Makam Abu Ubaidah.
Perjalanan diteruskan menuju ke kawasan Ajlun yang terletak di kawasan pergunungan.
Haiwan ternakan di Lembah Jordan.
SubhanAllah, cantiknya pemandangan.
Kelihatan seperti tempat pengembala dan haiwan ternakan mereka berkumpul.
Saya suka foto lone tree macam ni :).
Lagi pemandangan yang pada saya sangat menakjubkan. Allahuakbar.
Ini adalah kilang memproses minyak zaitun.
Kata Majdi pokok-pokok zaitun di sini telah berusia beratus-ratus tahun dan masih lagi mengeluarkan buah.
Loji memproses minyak zaitun di sini masih menggunakan kaedah pemprosesan tradisional.
Pokok-pokok zaitun yang sudah berusia ratusan tahun. SubhanAllah.
Dan kami pun selamat tiba di bandar Ajlun. Syukur Alhamdulillah.
Bandar Al-Salt. Di kota ini terdapat Masjid Nabi Ayub tetapi kami tidak berkunjung ke sana.
Tiba pula di Jerash, sebuah bandar yang telah didiami manusia sejak 6,500 tahun lalu, ketika kawasan ini dikuasai oleh orang Rom.
Runtuhan lama Rom yang masih ada.
Ini adalah pintu masuk utama ke kota Roman yang dinamakan Hadrian's Gate, sempena nama Maharaja Rom yang mungkin memerintah ketika kota ini dibangunkan.
Di Jerash, kami makan tengahari di sebuah restoran bernama Bir Kathain yang bermaksud "Dua Kolam". Ia dinamakan demikian kerana di pintu masuk restoran ini terdapat dua buah kolam yang dibina pada zaman Rom.
Pada kami restoran ini cukup menarik sekali. Landskap luarnya sangat cantik.
Hidangan masakan Arab tradisional di Restoran Dua Kolam.
Lepas makan kami dibawa pusing lokasi kota purba Rom tadi.
Pemandangan kota Roman purba dengan bandar moden Jerash.
Teater ini dikatakan boleh memuatkan 5,000 pengunjung.
Binaan ini dinamakan Cardo Maximus, pusat perniagaan kota pada masa itu.
Pemandangan di sini cantik.
Dari Jerash, kami pulang ke Amman. Masih ada masa yang terluang, jadi Abu Sarah membawa kami ke Al-Sweifiyeh.
Tiba di Al-Sweifiyeh.
Kawasan bandar Al-Sweifiyeh di Amman.
Di sini, kami dibawa ke kedai rempah di mana Majdi bercerita tentang rempah ratus yang digunakan dalam masakan Arab Jordan, kedai roti dan juga kedai grocery.
Selepas itu beli cenderamata pula di Holyland Gifts.
Lepas tu kami bersolat jamak di sebuah masjid berhampiran Holyland Gifts sebelum meninggalkan Jordan.
Sebelum ke Queen Alia Airport, kami dibawa makan malam Chinese Style di Taipei Tourism Restaurant.
Tiba di Queen Alia Airport, Amman.
Pada pukul 2.15 pagi, kami terbang meninggalkan Jordan menuju King Abdul Aziz International Airport di Jeddah, Arab Saudi.
Maka selesailah catatan perjalanan kami di Jordan, di bumi Anbia'. Kami tersangat bersyukur kerana berpeluang membuat lawatan ke Jordan ini dan seterusnya membuat umrah pula. SubhanAllah.
Di bawah saya senaraikan semua entries Jordan saya for easy reference:
3) JORDAN - DAY 03 - MUKTAH - MAKAN ZAID BIN HARITHAH, JAAFAR BIN ABI TALIB DAN ABDULLAH BIN RAWAHAH
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.