Friday, September 11, 2015

TAMAN HERBA NEGERI PERAK

Bulan May lepas dapat juga akhirnya saya ke Taman Herba Negeri Perak setelah bertahun teringin nak lawat. Setiap kali balik ke kampung isteri, kami pasti lalu taman herba ni dan setiap kali itu jugalah saya bercita-cita nak jalan-jalan ambik gambar dalam tu. Tak jadiiiii je... until that day :).

Dari: http://www.mdbg.gov.my/
Taman Herba Negeri Perak ini terletak di Kampung Kepayang Negeri Perak Darul Ridzuan. Berkeluasan 22 hektar dan mempunyai 527 spesis tumbuhan herba untuk pelbagai kegunaan seperti perubatan, aromatherapi dan kosmetik, termasuk sebagai ulam dan rempah. Taman Herba ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti trem, tapak perkhemahan, surau dan dewan taklimat. Kedudukannya yang terpencil juga sesuai bagi aktiviti seperti memancing.

Masa Melawat : 8:00pagi-5:00petang (Isnin – Jumaat)
Tiket: 
- Dewasa-RM2
- Pelajar/Kanak-kanak-RM1
Aktiviti Memancing: 3Jam-RM10
Perkhemahan/Familyday : 1 Tapak-RM200
Nombor Telefon: 05-3572290
Nombor Faks: 05-3577597
Alamat: Taman Herba Negeri Perak, Simpang Sindhu 31300 Kampung Kepayang, Perak.

Ok, jom tengok apa ada di dalam taman herba ni.

Pandu masuk dari pintu utama terus menuju ke pejabat taman ni dulu untuk beli tiket.

Tiket masuk ke Taman Herba Negeri Perak. Cuma RM2.00 sahaja.


Boleh dapatkan phamplet ni di pejabat taman herba. Ada info tentang taman ni.



Cara nak ke Taman Herba Negeri Perak.



Ini pulak peta taman herba tu untuk rujukan dan panduan. Mana la tau kot sesat pulak nanti cause taman ni sangat besar!

Pada saya tarikan taman ni bukan saja pada herba-herbanya tapi jugak pemandangan2 yang cantik macam ni :).

Hijau dan rendang. Kami tak berjalan kaki tapi pandu kereta. Penat kalau jalan kaki lebih2 lagi masa tu dah pukul 3 petang. Panas... :)

Bila ternampak sceneries macam ni saya stop tepi jalan dan keluar ambik gambar.

Pemandangan pokok2 kelapa tepi tasik macam ni memang saya suka sangat.. :).

Kami jumpa Laman Rempah Ratus. 

Ooo.. gini la rupa pokok kayu manis. 

Pokok belimbing ni saya biasa tengok. 

Saya cuma tahu pokok kelapa. Tak tau if it is pandan ke atau specise lain :).


Then kami turn masuk jalan ni. Jalan tanah dan rumput. Saya belok sebab dari jauh nampak cantik dan redup. Rupanya at the end of this route is a dead end.. hahaha... so kena patah balik.. hehehehe... Tak pe la, at least dapat ambik gambar view cantik ni.. :). 

Haaa... ni pokok lada hitam. Buahnya hijau serumpun. 

Bougainvillea. 

Ok, sebab sceneries sini cantik sangat, saya tampal sini a few more ya :).

Ni view petang ni. Kalau pagi agaknya sure lagi mystifying!

Oh ya, foto2 ni semua saya ambik dengan dgn handphone Samsung saya. Not bad lah quality foto2nya. Kenapa tak bawak dslr? Sebenarnya tak de plan nak ambik2 gambar masa balik kampung hari tu so tak le bawak camera berat tu. Then tetiba ada time nak ke taman ni pulak. Guna hp je la.. hehehe.. 

Ada poster besar ni on kegiatan2 Jabatan Pertanian. 

Kalau tak ada usaha2 jabatan ni mungkin tak ramai tahu dan kenal tentang kekayaan herba dan rempah ratus kita. Juga tentu sedikit je usaha untuk menkomersilkan hasil herba ni. 







Ok, park kereta saya jalan2 sikit ke arah beberapa pokok yang ada papan tanda ni. Yang ni mata itek. Interesting namanya pun. Macam mana asal usul dapat nama tu kan?

Gandarusa hitam. Dari apa yg saya baca ada juga gandarusa putih dan gandarusa jalur. Banyak khasiatnya.

Saya pakai dandruff shampoo je.. hehehe.. 


More beautiful sceneries di Taman Herba Negeri Perak.


Fyi, disamping kehijauan dan kerendangan suasana, area ni juga nyaman berangin. Bentang tikar dan tidur.. best! 

Ok, back to pokok2 herba :).



Kebanyakkan papan2 tanda info pokok2 ni perlu ditukar. Dah hampir nak hilang tulisan sebab hujan. 

 Yg ni ada lalat dah mati melekat.. hehehe... 

Pokok kemuning. 


Pokok Pinang Merah. 

Rasanya nama pokok ni temu lawak. Semoga staff taman herba ni ternampaklah keadaan uzur papan tanda ni dan tukar. 


Laman2 lain di taman ni. Kami seterusnya ke Laman Warisan 2. 

Laman Warisan 2. Ada apa di sini? Jom tengok.


Haaa... ada laman yang cantik ni!

Ada macam2 pokok2 herba di dalamnya! 

Ok, di sini saya tampalkan sebanyak yang sempat saya rakam jenis2 pokok2 herba. Seronok pulak tahu tentang pokok2 ni yang some of them saya selalu nampak tapi tak pernah tahu apa namanya. And some of them tak tahu pun ujud! Dan macam2 khasiatnya! 

Wah... periuk kera pun banyak khasiatnya. Air dalam periuk kera ni boleh kekalkan kesihatan mata! 

Bahaya Haba Neraka tu! Nak dekati atau lintas kawasan yg ada pokok ni pun tak boleh! 

Encik ni adalah salah seorang pegawai taman herba yang sedang monitor works being done at the nursery opposite this Laman Warisan 2. Ikut kata encik ni jika berminat tentang pokok2 ni dan khasiat2nya, boleh beli buku tentang pelbagai herba yang ada dijual di pejabat taman ni. Wah! Bestnya! 

Still saya tetap terus gigih going from one tree to the next dan ambik gambar. Lain kalau kita tengok sendiri pokok2 ni banding dengan tengok dalam buku :). 

Temu lawak ni banyak sungguh khasiatnya!

Palas tikus as birth control! 

The best name! Nyonya Makan Sireh :)

Kacip fatimah boleh rawat sakit gila meroyan or post-natal depression. 


Halia angin, satu lagi pokok yang boleh digunakan oleh ibu baru bersalin. Banyak betul pokok2 yang boleh digunakan untuk ibu2 yang baru bersalin. 


Dari sakit lutut dan pinggang, ke kencing manis dan darah tinggi hingga ke kanser limpa, boleh dirawat dengan pokok2 ni. 




Lalang pun ada khasiatnya!




Lets call it 'Kembang Emas' from now on shall we. Lagi cantik nama tu :).

Seinci sehari je ya, jangan overdose pulak.. hehehehe... 

'... dan ditampal di tempat berkenaan'. Hehehe... so proper gitu.
Kesian kanak2 tu.. rasa pahit agaknya... hehehe... 


Pegaga memang bagus. Banyak khasiat. Juga sedap dibuat ulam cecah dengan sambal cili kelapa. Nyum! 





Suasana nyaman dalam Laman Warisan 2.




Seterusnya kami ke Tapak Semaian pulak.

Pekerja2 ni sedang loading these pots of pokok2 bunga untuk satu acara rasmi as set deco. 

Sejuk je dalam ni. Ada pancutan air dan netting melitupi kawasan tapak semaian ni. 

Ya, pelawat dibenarkan masuk ke sini. Tapi jaga2 jangan pegang2 dan petik2 pulak pokok2 ni. Tengok dan tangkap gambar boleh la. 

Jika berminat kat pokok2 ni boleh juga request untuk dibeli. I suppose only if they have the stock and for certain pokok only. 

Rasa seronok pulak jalan-jalan dalam tapak semaian ni sambil baca nama2 pokok2 ni. Setawar, lempoyang hitam, ubi bemban salur, sundal malam dan keembung. 


Tongkat ali putih dan tongkat ali hitam.
Kacip Fatimah dan kening Fatimah. 


And of course, ni my fav pokok lah.. hehehe... 




Nama2 yg unik: Zebrina, hempedu beruang, kaduk, hanyir ikan dan jarak buncit. 
Jarak buncit tu saya baca boleh menyebabkan koma!

Dan last sekali pokok ajaib ni.

Dan inilah buku yang dikatakan oleh encik pegawai taman herba ni tadi. Koleksi Tumbuhan Herba Terpilih Di Taman Herba Negeri Perak. Bagus buku ni.

Senarai Tumbuhan Herba di Taman Herba Negeri Perak. Beraneka herba!

Tentang buku ini.

Contoh kandungan buku ini. 

Lepas dah habis rounding, masa dah pukul 5:30 petang. Suhu 35.5°C. Panas. Also lapar dah. So lets go for minum petang! :) Kami ke Kafe Kelang Kopitiam. 

Makan otak-otak dan pepes yang sangat sedap ni! 

Sempat saya bersembang dan ambik gambar brader yg bergerai di depan kafe ni.... hehehe...  

Dan Kafe Kelang Kopitiam ni katanya famous dengan ABCnya yang bermacam ragam. So we had these! 

A nice end to a short jalan-jalan di Taman Herba Negeri Perak. 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Wednesday, September 9, 2015

HARI TU

Siri 'Hari tu' kembali :).

Dah terbiasa, bila jalan-jalan over the weekend, mesti ambik2 gambar :).

Dia tahu saya ambik gambar dia. Saya perhatikan ramai juga yang bagi duit. I wonder berapa pendapatan dia sehari. 

Sekali sekala makan di luar. My wife fav restaurant.

Yes, the drinks are superb.

Yes, restoran ni cukup selesa.

Makanan fusion sini memang sedap. I like their pastas.

Wife suka the combination rice dish. 
Tapi mahal. Nak dekat RM60.00 sekali makan kami berdua! 

Adoii... memang seksa masa duduk! Tersepit bontot!

So it was time to buy a new toilet seat.. hehehe.... Mestilah yg buatan Malaysia. Berkualiti. Lagi penting sebab murah.. hehehe... 

Tengah2 baca instructions macam mana nak pasang, tetiba Tam Tam datang. Ehh.. dia pulak yang rasmikan dulu... hehehe.... 

Now I can use in peace.. hehehe...

Almost every weekend kami ke Ampang Point shopping center. 

Ada pulak demo buat kek. Ramai sungguh yg berminat nak belajar buat kek. 

Rupanya sempena mother's day. 

Ini Chocolate Cake Pop Workshop.

Baker ni was very patient. Macam2 kerenah pengunjung. He was all smiles :).

Buat bentuk bulat, lepas tu celup dalam coklat cair and cucuk dgn stick. Done :).

Ke Giant Supermarket lepas tu. Beli a few things. Ternampak this guy. Bersyukurlah dengan apa yang Allah swt kurniakan pada kita. 

Stop by Dunkin' Donuts. 

For a bit of snacks. 

Saya juga beli capsule habbatus sauda' ni for my daily supplements. Satu paket ada 20 kapsul berharga RM12.00. 

Wife nak ke Harvey Norman, ke electronic section. 

Got many cool stuff.

The coolest is this 'Small Spray for Big Pest' :). 

Then singgah kejap kat pet shop ni nak belikan cat food for Tam Tam. 

Datang seorang pelanggan bertanyakan samada shop tu ada tak Brewers Yeast ni. Beria-ia dia bertanya. Shop ni tak de pulak. She seemed a bit frustrated sebab dia kata dia dah pergi banyak shops cari tapi tak de. Saya menyibuk dan suruh dia buy online. Saya tanya apa Brewers Yeast ni. Dia kata sangat bagus untuk pets as supplements. Kucing2 dia suka sangat. Tak tahu pulak saya kucing suka garlic. Harga dari RM20.00 ke RM80.00 ikut kandungan. 

Wife ada doktor's appointment. As usual the waiting time is about 1 hour to 1 1/2 hour. So saya jalan-jalan ambik gambar. 

Now medical shoes are as fashionable as any other. Perhaps it is time to invest in a couple of pairs of these. Now, not masa dah ada macam2 penyakit, ye tak :). 


Para pakar KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital.


Boring kat dalam saya jalan keluar. Ada bawak buku to read tapi rasa ngantuk.. hehe...

Some major constructions going on. New buildings. So finding parking space was a challenge. Kena datang awal.


Lepas jumpa doktor, jalan ke bank. Jumpa kedai motor. Wah! Kalau la boleh pinjam buat photography! RM79k satu! Ni yg kat luar. Yg kat dalam tu? Easily over RM100k!

A bit of street photography. Kesian mereka. Jom kita bersedekah. 

Tengok je la. Mahal. Moreover manis! But cantik for photography! Hehehehe...

Entah kenapa seminggu tu saya rajin memasak. Seminggu je la. Masuk minggu kedua, dah rindu masakan isteri.. hehehehe..

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.