Monday, December 23, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MADRID - MADRID HISTORIC CENTER - PALACIO REAL & PLAZA DE ORIENTE

Assalamualaikum.
Selepas lunch dan solat di Centro Cultural Islámico, kami menuju ke Historic Centre of Madrid pula.





Breogán Park.
The Parque de Breogán, the mythical Galician king, is a park bordered by Avenida de Brasilia and the M-30, which is characterized by large dirt areas, pine groves and rows of plum trees, as well as lime trees, poplars, cedars and different shrub clumps. This space also houses sand children's areas, as well as football and basketball courts, intended for the recreation of users.

Fuente Avenida de Brasilia / Brasilia Avenue Fountain.


Centro Cultural Islámico de Madrid.

Lebuhraya M-30.


Toledo Gate.
🔵Walls of Felipe IV (Real Cerca de Felipe IV) adalah salah satu daripada lima tembok kota yang dulunya mengelilingi Madrid. Tembok kota ini dibina untuk memudahkan urusan kutipan cukai, bukannya untuk melindungi kota.
🔵Walls of Felipe IV, yang terdiri daripada 19 pintu kota, kini runtuh. Salah satu kesan pintu kota yang masih boleh dilihat ialah Pintu Toledo (Puerta de Toledo). Ia dibina antara 1812 dan 1827.

"The Puerta de Toledo is a gate located in Madrid, Spain. It was declared Bien de Interés Cultural in 1996. Construction began in 1812, but was not completed until 1827. It was one of the nineteen city gates within the Walls of Philip IV. Puerta de Toledo metro station in on Line 5 of the Madrid Metro".

This is Glorieta de las Pirámides / Roundabout of the Pyramids.
"The Roundabout of the Pyramids, also known as the Glorieta de Piramides, is a famous roundabout in Madrid, Spain, located in front of the Toledo Bridge. The roundabout features two obelisks that are considered to be photogenic and cool looking".




University Carlos III of Madrid.


Toledo Gate.



This is Real Basílica de San Francisco el Grande / Royal Basilica of Saint Francis the Great.
An imposing neoclassical church with vast frescoed dome and chapel painted by Goya, plus guided tours.

🔵Memahkotai kawasan kejiranan tertua di Madrid di La Latina ialah karya seni bina dan visual iaitu Basílica de San Francisco el Grande (Basilica of Saint Francis the Great) — yangbukan sahaja tempat ibadat Katolik tetapi juga adalah kuil yang memberi penghormatan kepada seni Sepanyol. 
🔵Beberapa chapel dan sacristy bertatah marmar dan emasnya adalah rumah kepada koleksi lukisan yang mengagumkan oleh Spanish masters. Lukisan yang paling terkenal ialah lukisan oleh Francisco Goya yang menggambarkan St. Bernardino of Siena yang berkhutbah kepada Alfonso V dari Aragon. 
🔵Dengan diameter 33 meter dan ketinggian 58 meter, kubah besar Basilika ini adalah yang terbesar di Sepanyol dan keempat terbesar di Eropah, selepas Basilika Saint Peter dan Pantheon di Rom, dan Santa Maria del Fiore di Florence.



Persimpangan Calle de Bailen dan Calle de Don Pedro. Di Madrid ini kami perasan nama-nama jalan ditandakan dengan cara begini bagi memperingati sejarahnya.






Kami passed by satu lagi bangunan Katolik/bersejarah Madrid iaitu Catedral de Santa María la Real de la Almudena.
🔵Baroque Catholic cathedral known for its colorful chapels, plus a Romanesque crypt and museum.
🔵The Almudena Cathedral is the most important religious building in Madrid. It was consecrated by Pope John Paul II on 15 June 1993, making it the first cathedral to be consecrated outside of Rome. The construction of la Almudena began on 4 April 1883 when Alfonso XII of Spain set the first stone.

Tempat parking bas di bawah tanah berhampiran Gereja Almudena.

Yang pertama kami lawat (di luar sahaja) ialah Palacio Real de Madrid / Royal Palace of Madrid.

Walaupun pada masa ini Palacio Real de Madrid lebih digunakan untuk upacara rasmi, istana ini adalah kediaman rasmi keluarga diraja Sepanyol. Istana diraja terbesar di Eropah ini mempunyai 3,418 bilik.

Istana ini pada asalnya dibina oleh Khalifah Córdoba yang bernama Muhammad I. Ia telah diambilalih oleh Raja-Raja Kristian dan seterusnya diperbesarkan bila Madrid menjadi ibukota Spanish Empire pada tahun 1560.


Seperti kebiasaannya, bangunan-bangunan mereka ada banyak diletak/dihiasi dengan patung-patung.










Di sebelah Palacio Real de Madrid ada Plaza de Oriente / Orient Square, sebuah taman. 

Taman ini juga ada banyak patung-patung.





Ok, jom kita lihat Palacio Real de Madrid ini dari pintu masuk rasminya di sebelah depan.


Ada street performer sedang main glass harp.



Di tengah-tengah jata Madrid ini ada imej beruang sedang panjat pokok. Simbol rasmi Madrid ialah beruang iaitu "The Bear and The Strawberry Tree".

Peta kompleks bersejarah ini.


This is Catedral de Santa María la Real de la Almudena.

🔵Almudena Cathedral yang kita lihat dari atas bas tadi terletak betul-betul setentang dengan pintu masuk rasmi ke Royal Palace of Madrid ini. 
🔵Nama rasminya adalah Cathedral of Saint Mary the Royal of the Almudena. 
🔵Di tengah katedral dan istana ini ialah Plaza de la Armería.


















Pandangan dari depan Royal Palace of Madrid.





Pintu masuk utama ke Royal Palace of Madrid dari dalam pagar.


Potret Elisabeth Farnese, Queen of Spain 1743 di depan Royal Palace of Madrid.

Official portrait of Queen Isabel de Farnesio 1739, by Louis-Michel van Loo.


Tuk tuk elektrik.

Tourist Information booth.

Monumento a Capitán Ángel Melgar / Monument to Captain Melgar.
This monument stands in tribute to Capitan Angel Melgar, a Spanish soldier who fought and died in the Spanish Colonial Wars in Morocco. He is known for having lead the charge of Barranco del Lobo Disaster, during The Second Melillan campaign. For this he was posthumously awarded the Laureate Cross of San Fernando, Spain's highest military decoration for gallantry.


Selepas melawat Royal Palace of Madrid, kami dibawa pula melawat ke taman di sebelah istana ini yang dinamakan Plaza de Oriente.

🔵Plaza de Oriente dihiasi dengan 20 patung Kings of Visigoth dan First Christian Kingdoms yang berjuang menentang tentera Islam pada masa dahulu. 
🔵Patung-patung ini adalah sebahagian dari 100 patung Raja-Raja yang diukir atas arahan King Ferdinand VI untuk dijadikan perhiasan di Royal Palace of Madrid. 
🔵Sewaktu pemerintahan King Carlos III walau bagaimanapun, beliau berpandangan bilangan patung ini terlalu banyak untuk ditempatkan di dalam istana lalu memerintahkan supaya sebahagian patung tersebut dipindahkan ke Plaza de Oriente, Sabatini Gardens, Retiro Park dan tempat-tempat lain di seluruh Spain.









Di tengah taman ini ada Monumento ecuestre a Felipe IV / Monument to Felipe IV. 


🔵Patung King Felipe IV ini direka oleh Diego Velázquez atas arahan King Felipe IV sendiri dengan kaki hadapan kuda terangkat ke atas. 
🔵Seorang pengukir di Tuscany yang bernama Pedro Tacca diupah oleh Velázquez untuk mengukir patung tersebut. 
🔵Sebelum itu, patung kuda kaki depan terangkat belum pernah dibuat di mana-mana.
🔵Maka kepakaran pereka cipta Itali yang terkenal Galileo Galilei diperlukan. 
🔵Lalu kaki belakang patung kuda dibina padu dan kaki depan kuda yang terangkat pula dibina berongga.




Suasana taman yang cantik di Plaza de Oriente.









🔵Ini bangunan Madrid Opera House (Teatro Real) yang dibina di seberang Plaza de Oriente. 
🔵Ia dibina bersama Plaza de Oriente oleh King Ferdinand VII pada tahun 1818.

Sebuah bangunan lama di sebelah Madrid Opera House.




Bendera Sepanyol.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment