Friday, December 13, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - FROM LISBON TO MADRID - PART 02

Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita perjalanan kami dari Lisbon ke Madrid. Ketika ini kami sampai di bandar Badajoz, Sepanyol. Kami berhenti di sini untuk makan tengahari. Since sudah masuk semula ke negara Sepanyol, maka kami pun betulkan kembali jam kerana waktu di Sepanyol adalah sejam lebih awal berbanding Portugal.

🔵Badajoz ialah ibu kota Wilayah Badajoz dalam komuniti autonomi Extremadura, Sepanyol. 
🔵Ia terletak berhampiran dengan sempadan Portugis, di tebing kiri sungai Guadiana. 
🔵Badajoz telah ditakluki oleh orang Moor pada abad ke-8 dan diasaskan semula sebagai Baṭalyaws, dan kemudian pada abad ke-11 kota itu menjadi pusat kerajaan Moor yang berasingan, Taifa di Badajoz. 
🔵Selepas Reconquista, kawasan itu telah dipertikaikan antara Sepanyol dan Portugal selama beberapa abad dengan kawalan silih berganti mengakibatkan beberapa peperangan termasuk Spanish War of Succession (1705), Peninsular War (1808–1811), Storming of Badajoz (1812) dan Spanish Civil War (1936). Sejarah Sepanyol sebahagian besarnya tercermin di bandar ini.

Berjalan ke restoran sambil merakam suasana bandar ini.





Makan tengahari kami hari itu adalah di Restaurante Indio Taj Mahal, Badajoz, Sepanyol.


Suasana dalam restoran.



Nasi briyani ayam yang sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah. 

Lepas makan kami jalan-jalan sikit di area dekat restoran. 

🔵Di bulatan ini ada sculpture La Ciudad y el Río (The City and the River) oleh Juan de Ávalos, salah seorang pengukir terbaik di Sepanyol dan Eropah. 
🔵Ia adalah arca seorang wanita berdiri, yang mewakili bandar yang mencurahkan aliran airnya ke atas seorang lelaki yang duduk, yang mewakili sungai.




Berjalan ke tempat bas menunggu.



Restoran Hawaiian.


Bas kuasa eletrik. 
🔵EU telah menyediakan pembiayaan sebanyak €27.5 juta kepada Grupo Ruiz 🇪🇸 untuk menggantikan bas dieselnya dengan 32 alternatif gas asli elektrik dan 141 mampat.
🔵Kenderaan baharu itu digunakan di Madrid, Majorca, Badajoz, Toledo, Salamanca, Murcia.

Los Álamos housing complex. 
🔵Sepanyol menghadapi krisis perumahan disebabkan gabungan faktor, termasuk kekurangan bekalan, kenaikan harga dan kekurangan perumahan sosial.
🔵Bilangan rumah baharu yang dibina di Sepanyol tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. Bank of Spain menganggarkan bahawa 600,000 rumah baharu diperlukan setiap tahun, tetapi kadar semasa hanya 90,000 buah rumah.
🔵Harga sewa telah meningkat sebanyak 82% dalam tempoh 10 tahun yang lalu, yang jauh lebih tinggi daripada kenaikan 17% dalam gaji purata.
🔵Kos pembinaan telah meningkat, menjadikannya lebih sukar untuk membina rumah baharu.
🔵Krisis ini amat meruncing di bandar-bandar besar dan kawasan pantai, di mana pertumbuhan penduduk adalah tertinggi. Di Madrid, sebagai contoh, terdapat kira-kira 40 pemohon untuk setiap hartanah sewa yang terdapat di pasaran.

Sculpture La Ciudad y el Río (The City and the River). 

Sculpture Glorieta de los corazones (Gazebo of hearts). 
🔵'Forest of 56 hearts' berwarna-warni ini dibuat untuk memperingati dan sebagai penghormatan kepada mangsa keganasan Extremadura di Badajoz. 
🔵Kumpulan arca-arca bentuk hati ini terdiri daripada 56 hati seramik dengan warna yang berbeza dimana setiap satunya mengandungi nama dan umur mangsa keganasan Extremadura.

Memang banyak kami nampak tong-tong sampah berwarna di Sepanyol, terutama masa kami lalu di kawasan bandar. 
Di Sepanyol, terdapat 5 bekas pengisihan:
🔹Kuning untuk pembungkusan.
🔹Hijau untuk kaca.
🔹Biru untuk kertas bersih dan kadbod.
🔹Coklat untuk kompos (tidak semua bandar mempunyai bekas ini).
🔹Kelabu untuk sisa.

Fuente Isabel De Portugal (Fountain Isabel of Portugal).
🔵Pada mulanya, disebabkan kesilapan kejuruteraan, berlaku banyak kemalangan yang melibatkan kereta yang merempuh air pancut ini.
🔵Isu yang telah diperbetulkan, menyediakan laluan baharu untuk pendekatan lalu lintas.


Kedai buah-buahan dan sayur-sayuran. 
🔵Buah kebangsaan Sepanyol ialah anggur.
🔵Sepanyol ialah pengeluar dan pengeksport utama buah-buahan dan sayur-sayuran, termasuk:
🔹Citrus: Sepanyol ialah pengeluar utama buah sitrus di dunia, dan mengeksport oren, limau, mandarin dan pomelo ke Eropah dan negara lain. 
🔹Avokado, mangga dan cherimoya: Buah-buahan ini ditanam di Axarquía dan pantai barat Granada. 
🔵Sayuran bermusim: Beberapa sayuran bermusim yang ditanam di Sepanyol termasuk aprikot, articok, epal, avocado, asparagus hijau dan terung.



Townhouses.





Ferreteria Ferrogal - Ferrogal Hardware Store.

Konfortard - gedung perabot, sofa dan tilam.

Passed by many international car dealership stores.





Solar panels. 

🔵Sepanyol ialah salah satu pengeluar terbesar tenaga fotovoltaik suria (PV) Eropah. 
🔵Purata 300 hari bercahaya matahari Sepanyol setiap tahun menjadikannya tempat yang baik untuk melabur dalam panel solar. Kawasan seperti Alicante, Costa Blanca dan Gran Alacant amat sesuai untuk memanfaatkan tenaga matahari.

Industri ternakan Sepanyol menyumbang hampir separuh daripada nilai keluaran pertaniannya. Sepanyol juga mempunyai banyak ternakan dari baka-baka asli yang dibesarkan dengan cara tradisional yang berharmoni dengan persekitaran semula jadi.


Perjalanan kami dari Badajoz ke Madrid adalah sejauh 400 km atau lebih kurang hampir 4 jam perjalanan.

Menyeberang Sungai Guadiana dengan Puente Guadiana (Guadiana Bridge).

🔵Sungai Guadiana ialah sungai antarabangsa yang mentakrifkan hamparan panjang sempadan Portugal-Sepanyol, memisahkan Extremadura dan Andalusia (Sepanyol) daripada Alentejo dan Algarve (Portugal).
🔵Dengan laluan yang meliputi jarak sepanjang 829 kilometer, sungai Guadiana adalah sungai yang keempat terpanjang di Semenanjung Iberia.

🔵Sepanyol terkenal dengan kuda-kudanya, yang berkait rapat dengan budaya tradisional negara itu. 
🔵Beberapa baka kuda Sepanyol yang terkenal termasuk Andalusian, Galician dan Colonial Spanish.
🔵Di Sepanyol juga terdapat banyak kuda-kuda liar terutamanya di barat negara ini kerana di Sepanyol ada inisiatif 'Rewilding Spain'. 'Rewilding' ialah pendekatan inovatif kepada pemuliharaan alam semula jadi dan pemulihan ekologi yang boleh menyumbang secara signifikan kepada pembangunan luar bandar.
🔵Jerez de la Frontera di Andalucía dikenali sebagai ibu kota kuda Sepanyol.

🔵Kelihatan beberapa penempatan komuniti pertanian di antara kawasan ladang-ladang yang sangat luas.
🔵Komuniti pertanian Sepanyol adalah pelbagai, dengan jenis pengeluaran, model pertanian dan wilayah yang berbeza-beza. 

🔵Kawasan pertanian utama di Sepanyol termasuk Andalusia, Castile-La Mancha & Castile and Leon, Catalonia, Community of Valencia dan La Rioja
🔵Sepanyol adalah negara EU kedua terbesar dari segi kawasan pertanian, dengan hampir 17 juta hektar kawasan penanaman. Walau bagaimanapun, bilangan ladang di Sepanyol telah menurun dengan ketara sejak tiga dekad yang lalu.



Bas kami membuat perhentian kecemasan di stesen minyak Cepsa, Mérida, Badajoz ini kerana tour guide kami dari Malaysia, En. Hatta, mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan enjin bas ini. 

🔵Sebenarnya air cond bas kami ini tidak berfungsi sepenuhnya sejak kami bertolak dari Badajoz lagi. In fact it was not blowing cool enough air and at times warm air was blowing from it. Needless to say everyone on the bus was feeling very uncomfortable and becoming more and more restless by the minute. 
🔵Upon arrival at petrol station/rest area, En. Hatta and our bus driver Teo checked the condition of the bus further and found out that the belt had indeed been damaged and melted.
🔵Therefore, En. Hatta, Zarina and Teo made arrangements for another bus to come pick us up in Merida. However, because the replacement bus came from Seville, we had to wait for 2 hours.

Maka melepaklah kami di kedai stesen petrol ini. 




Beli jus oren dan chips.

Sudah pun hampir pukul 7:30 malam ketika itu tapi suasana masih lagi terang. Oleh itu jom la kita lihat pemandangan di sekeliling stesen minyak ini. 

Pemandangan ladang yang sangat luas.



Lebuh raya A-5. A-5 ialah sebuah lebuh raya di Sepanyol yang menghala ke arah selatan dari Madrid melalui wilayah Castilla–La Mancha dan ke Andalusia.

Beautiful purple Echium plantagineum. 

Also known as Paterson's curse or Salvation Jane or purple viper's-bugloss. In some countries it is considered an invasive plant species.




A beautiful caterpillar.







Di sini juga ada sebuah kedai Harley-Davidson (Harley-Davidson dealer) tapi sudah tutup sebab masa itu sudah pun pukul 7:30 malam. Cuma restoran di sebelahnya sahaja yang masih dibuka.

Sesuatu yang menjadikan saya gembira walau pun kami mengalami masalah bas dan terpaksa menunggu 2 jam untuk bas ganti tiba ialah peluang untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di sini. 

SubhanAllah... cantiknyaaa...

Bila fikir-fikir balik, manalah nak dapat peluang menyaksikan sunset di kawasan ladang luas di Sepanyol begini kalau tidak kerana kami berhenti di kawasan rehat ini. Kalau kita drive sendiri, bolehlah kita stop-stop. Walau pun begitu, pastinya kita akan cepat-cepat pandu menuju ke bandar seterusnya sebelum kegelapan menyelubungi. 




Pukul 9 malam bas ganti pun tiba. Alhamdulillah. 





Meneruskan perjalanan ke Madrid. Dari stesen petrol Cepsa, Mérida ke Madrid adalah sejauh 332 km atau 3 jam perjalanan. Memandangakan masa itu sudah pun pukul 9:00 malam, maknanya kami dijangka akan sampai ke Madrid at midnight.




Lepas 2 jam, bas berhenti di stesen petrol ini. Ia tutup, jadi kami dibawa ke rest area seterusnya.

The next rest area. Stop di sini selama 40 minit sebab pemandu bas sudah drive lebih dari 2 jam. Haruslah kami sampai Madrid pukul 1 pagi agaknya. In fact, masa itu sudah pun pukul 12:50 pagi... hihi😅😓.

Las Esparteras, Toledo, Spain. It is a steakhouse.

Ehhh... banyaknya kaki-kaki babi bergantungan. Mujurlah they were not real ones. Those 'hams' were actually made of plastic as part of the restaurant's decorations. 

Memandangkan ada banyak masa, kami pun order hot chocolate. Staff tu tak berapa reti cakap English, jadi Zarina tolong order kan. 



Menikmati hot chocolate dalam kesejukan tengah malam di Sepanyol... hihi 😄.

Terus lagi ke Madrid.



Dan kami pun selamat tiba di Madrid dan terus dibawa ke hotel penginapan kami, Holiday Inn Express, Madrid. 
Alhamdulillah.

Pukul 2 pagi ketika itu.

Mengambil beg-beg kami dari bas.

Lobby.




Bilik kami.


Alhamdulillah, selesa.



Walau pun ketika itu sudah pun hampir pukul 3 pagi, makan malam kami tetap dihantar ke bilik. Tentulah sudah sejuk sebab bungkusan dinner kami ini sudah dihantar pada pukul 10 malam iaitu waktu yang dijangka kami akan tiba di hotel. Walau pun badan sudah penat, mata sudah mengantuk, dinner pula sudah sejuk, kami tetap makan dengan berselera sebab makanan malam kami dari sebuah restoran Indonesia di Madrid ini sedap rasanya.
Alhamdulillah.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment