Assalamualaikum.
Sudah hampir 7 tahun sejak kali terakhir saya dan isteri mengerjakan umrah. Sejak Umrah 2017 itu, antara 2017 hingga 2024, kami sudah pun berpeluang melawat 25 negara masa percutian-percutian kami. Maka, elok sangatlah kami pergi mengerjakan Umrah sekali lagi, terutamanya kerana ketika ini kami masih lagi dalam keadaan kesihatan yang mengizinkan, dalam situasi kewangan yang memampukan dan punya masa terluang.
Baik, untuk blog umrah saya kali ini, saya akan bercerita secara ringkas kerana dalam blog Umrah 2017 saya yang lalu, telah pun saya bercerita dengan agak detail. Format bercerita tetap sama iaitu secara day by day.
Setelah meneliti pakej-pakej umrah dari beberapa ejen, kami memutuskan untuk ambil pakej umrah dari Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd. Selain menawarkan hotel yang sejauh 50 meter dari Masjid al-Haram, sebab penting kami memilih pakej ini adalah kerana ia membawa jemaah ke Makkah bagi mengerjakan umrah dahulu sebelum ke Madinah. Saya dan isteri lebih suka begitu berdasarkan pengalaman kami ketika menunaikan haji dan ketika umrah-umrah kami sebelum ini. Fyi, dari banyak-banyak pakej umrah yang kami teliti sangat sedikit yang pergi ke Makkah dahulu.
Untuk mengerjakan umrah, kita perlu memohon visa dari Kerajaan Arab Saudi. Ada 2 jenis visa: Visa Umrah dan Visa Pelancong. Pihak agensi menyarankan kami mohon Visa Umrah kerana, tidak seperti Visa Pelancong, pemegang Visa Umrah mendapat beberapa kelebihan seperti boleh menerima rawatan percuma di hospital Kerajaan di Arab Saudi dan juga boleh membawa pulang Air Zamzam ke Malaysia.
Lepas submit personal information, biometric data, requested documents and email address, kami pun terima email notification seperti di bawah.
Dan inilah Visa Umrah kami yang dihantar oleh pihak agensi.
Sekarang kalau nak masuk ke Raudhah, kita mesti daftar aplikasi NUSUK dan tempah Permit Raudhah.
Inilah Permit Raudhah saya (foto paling kanan). Kami disarankan untuk memilih tarikh 08 Feb 2024 pada pukul 11:30 pagi. Kita perlu menunjukkan Permit ini kepada petugas masjid dan kemudian barulah dibenarkan untuk memasuki Raudhah.
🔹Untuk umrah kami ini, kami buat additional request untuk masukkan "Pakej Makan Fullboard". Ini kerana kami rasa kami akan kesuntukan masa dan keletihan untuk mencari dan beratur membeli setiap lunch and dinner selama kami di Makkah. Sarapan sudah termasuk dalam harga pakej, tidak untuk lunch and dinner.
🔹Kami juga requested for "Pakej Haramain Highspeed Train (HHR)".
Tiket-tiket HHR kami.
As a refresher, kami turut juga menghadiri Kursus Umrah kelolaan pihak agensi.
Kami juga berurusan di pejabat Az Zuha Group Travel & Tours Sdn Bhd.
Saya ada juga terfikir untuk beli kami ihram. Then teringat kain ihram lama dan bila check ia masih elok lagi. Kain ihram inilah yang saya pakai semasa saya mengerjakan Haji pada tahun 2005/2006 yang lalu, which is almost 20 years ago! Masih elok belum luntur tulisan 'TH TRAVEL & SERVICES' pada kain ihram ini. In fact, kain ihram inilah yang juga saya pakai semasa umrah-umrah kami yang lalu. Entah kenapa saya rasa emosi pula.
Walaupun tidak diwajibkan, kami juga mendapatkan suntikan Menangitis Menangococcal secara sukarela berdasarkan pengalaman membuat Haji dulu.
Beberapa hari sebelum bertolak, Mutawwif kami, Ustaz Azli buat meeting santai secara online.
Ok, sekarang cerita perjalanan kami, serba ringkas.
Flight kami (Saudia SV 0841) adalah pada pukul 2:15 pagi hari Jumaat 2hb Februari 2024. Jadi seawal 5:30 petang Khamis kami sudah bertolak ke KLIA. Elok bertolak awal sebab waktu berkumpul adalah pada pukul 9:00 malam. Moreover, selesalah kami nak bersolat dan makan malam.
Bergambar kenangan dalam Grab car. Saya akan memakai kain ihram masa nak dekat boarding nanti. Boleh kalau nak berihram dalam kapal terbang, tapi mungkin agak sulit sedikit sebab sempit. Kami akan berniat ihram masa terbang atas Miqat Qarn Al Manazil nanti.
Hujan renyai ketika dalam perjalanan ke KLIA. Kata Grab car driver kami, sejak beberapa hari dia dapat banyak trip bawa penumpang ke KLIA untuk mengerjakan umrah. Dia berharap mendapat berkat dan satu hari nanti dapat juga buat umrah bersama keluarga. Dia juga mohon kami doakan untuk isteri dia yang sedang sarat mengandung menunggu hari untuk melahirkan. Fast forward, kami telah mendoakan untuk beliau di Makkah, Alhamdulillah, semoga Allah swt memakbulkan.
Tag nama dan tag beg dari Az Zuha. Di belakang tag nama ada contact numbers petugas-petugas Az Zuha di Makkah dan Madinah.
Kesemuanya ada 45 orang ahli jemaah berasal dari seluruh Semenanjung Malaysia, termasuklah sepasang suami isteri dari taman sebelah taman kami di Ampang.
Ustaz Azli memperkenalkan diri dan memberi beberapa penerangan penting.
🔹Kami dijangka sampai ke Makkah sekitar waktu tengahari. Kerana akan ada Solat Jumaat, jalan raya berdekatan Masjidil Haram ditutup sehingga selesai Solat Jumaat. Jadi Ustaz menjangka kami tidak akan sempat untuk masuk ke kota Makkah untuk bersolat Jumaat. Jadi kami akan diatur untuk bersolat Jumaat di Masjid Siti Aisyah di Tana'im.
🔹Ustaz juga berpesan seelok-eloknya kami siap-siap berpakaian ihram dari KLIA kerana kami akan berniat ihram masa terbang melalui Miqat Qarnul Manazil.
🔹Ustaz juga beritahu akan ada gambar beliau diletakkan di depan bas supaya kami akan tahu yang mana satu bas kami. Foto ini penting kerana akan ada banyak bas-bas di tempat parking terutamanya ketika membuat ziarah.
Ketika itu juga kami sudah siap-siap diberikan Boarding Passes oleh pihak Az Zuha. Dan, seating pun kami dapat duduk berdua. Wah! Bagusnya Az Zuha. Dalam perjalanan umrah kami sebelum ini, seatings memang berterabur (due to Group Check-in) dan bila dalam kapal terbang jemaah terpaksalah arrange sendiri untuk duduk bersama pasangan atau keluarga.
Di kaunter kami cuma perlu drop bags sahaja.
Sampai ke Bangunan Satelit ini, saya terus ke surau untuk tumpang bersalin memakai pakaian ihram.
Masa berlepas masih lambat lagi maka kami minum-minum dulu di The Loaf ini.
Awalnya saya panik juga kalau-kalau tali pinggang ihram saya perlu dilucutkan untuk di scan for security checks masa lalu di gate. Walau pun kain ihram bawah saya sudah saya pakai kemas-kemas, tapi tali pinggang itu sangat membantu untuk elak kelucutan 😅. Tapi mujurlah mereka yang berpakaian ihram dikecualikan 😌.
Penerbangan Saudia SV 841 berlepas ke Jeddah tepat pukul 2.15 pagi.
Nak dekat sampai Sri Lanka. Masa ini turbulence kuat. Kami pula seatings dekat dengan ekor pesawat, lagi kuat terasa gegarannya.
Saya pilih Potato & Omelette.
Isteri pilih Fried Rice & Beef.
Selesai makan, kami pun menunggu waktunya kami akan lalu Miqat Qarnul Manazil. Ustaz akan beritahu. Juga Pilot akan buat announcement.
🔹Masa kami mengerjakan umrah dahulu, cuma jemaah wanita sahaja yang digalakkan untuk membuat 'Niat Bersyarat' kerana khuatir terkena halangan syarie seperti kedatangan haid.
🔹Kini Ustaz menyarankan jemaah lelaki juga digalakkan untuk membuat 'Niat Bersyarat' kerana berkemungkinan boleh berdepan dengan halangan syarie lain seperti penyakit Covid, ancaman perang dan sebagainya yang boleh menyebabkan tidak dapat melengkapkan ibadah umrah.
Kami berwuduk menggunakan botol Wudhuk Spray untuk bersolat Subuh. Dalam pesawat Saudia ini ada disediakan tempat bersolat. Kami bersolat saja di kerusi sebab tempat bersolat itu penuh dan masuk waktu solat Subuh pula adalah ketika pesawat sedang dalam penerbangan turun menghampiri Jeddah.
Dalam Flight Maps pesawat ini saya ternampak ada dua wilayah/kawasan yang turut ditonjolkan dalam peta ini - NEOM dan Red Sea Project.
The NEOM Project
The project is a future global center for trade, innovation and knowledge to enable leading companies to change the future of sectors such as energy, transportation and other future sectors. The NEOM project extends in the northwest of Saudi Arabia and aspires to be a leading city in clean energy, a leading growth engine, and an attractive place to live and work. The NEOM project will also achieve three main goals under the umbrella of Saudi Arabia’s Vision 2030, which are to achieve exceptional living, a flourishing business environment, and the reinvention of the concept of sustainability. Moreover, the “The Line” project was launched, which is considered a revolution in urban life, as it puts the human element at the top of its priorities by giving people an unprecedented urban living experience while preserving the nature around them. The Line will redefine the concept of urban development and what cities should look like in the future. The Line will be 200 m wide, 170 km long and 500 m above sea level.
Source: www.my.gov.sa/wps/portal/snp/main
The Red Sea Project
The Red Sea, the most ambitious luxury tourism and hospitality destination, is being developed around one of the world’s hidden treasures of nature. It is one of the mega projects of which the Public Investment Fund (PIF) has full ownership. It should be noted that the Red Sea Project will introduce new standards in renewable tourism and sustainable development, and will create unique tourism experiences. The project extends over an area of 28 thousand km2 and includes a number of historical cultural and heritage monuments. This destination will be powered by an off-grid, renewable energy system; and it will contribute directly to achieving the goals of Saudi Vision 2030, as it works to highlight Saudi Arabia’s abundant capabilities and create new economic, cultural and social opportunities.
Source: www.my.gov.sa/wps/portal/snp/main
Alhamdulillah kami selamat mendarat di King Abdulaziz International Airport. Ketika itu lebih kurang pukul 6:15 pagi.
Suasana dalam tren. Saya perhatikan semua jemaah wanita dalam group kami memilih untuk memakai pakaian ihram berwarna putih. Kalau group dari agent lain ada yang memakai serba hitam.
Semasa pemeriksaan pasport, kami diminta untuk mengimbas jari kami. Isteri saya diminta mengimbas jari hantu dan saya jari telunjuk. Maknanya, jari mana yang hendak diimbas, dipilih secara rawak dan kalau tak silap dipadan dengan pengimbasan yang kami lakukan untuk kesemua 10 jari kami semasa kami menggunakan Aplikasi Bio Visa Saudi untuk memohon Visa Umrah. Yang buat saya terkejut dan rasa agak lucu juga ialah bila pegawai yang bertugas menyuruh saya 'mundur'. Mujurlah saya terus faham yang dia hendak saya gerakkan jari saya ke bawah sedikit di atas scanner 😄.
Lepas ambil beg-beg kami, next kami akan menaiki bas untuk ke Jeddah pula.
Lapangan terbang KAIA ini mempunyai sebuah akuarium lapangan terbang terbesar di dunia yang mengandungi pelbagai jenis kira-kira 2,000 ikan yang jarang ditemui. Akuarium ini mempunyai ketinggian 14 meter, diameter 10 meter dan kapasiti 1,000,000 liter. Ia mengandungi campuran air tawar dan German salt pada suhu 26 darjah Celsius.
Aquarium itu mengandungi pelbagai jenis ikan, beberapa daripadanya jarang ditemui, berjumlah lebih 2,000 ekor, termasuk jerung, dogfish, Trevally, Triggerfish dan Napoleon fish, yang diberi makan secara automatik dengan makanan laut segar dan alga.
Pihak Az Zuha turut menyediakan khidmat petugas yang menolong masukkan dan susun beg-beg besar kami ke dalam bas. Terdapat juga petugas-petugas airport yang boleh membantu tapi mereka perlu dibayar.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Thanks for the info! For safe and comfortable Umrah taxis rides, visit my site. Book your online Umrah taxi easily and enjoy top-notch Umrah taxi services online.
ReplyDelete