Wednesday, January 17, 2024

TAIWAN - TAIPEI - DELAYED FLIGHT

Assalamualaikum.
Tepat pukul 11 pagi kami pun check-out dari hotel.

Pagi itu tiada Philips, our tour guide. Kami di bawa Mr. Liu, our tour driver, ke Taipei Taoyuan Airport. Perjalanan dari Hotel Papa Whale ke Taipei Taoyuan Airport ambil masa lebih kurang 30 minit.

Goodbye Taipei.

Di Bandaraya Taipei ini ada tembok dinding begini yang berkilometer panjangnya. Yang ini di tepi sungai Tamsui. Ia dibina bagi mengawal banjir yang sering berlaku di Taipei terutamanya ketika musim taufan.

Pemandangan Sanchong District.

Menyeberang sungai Tamsui menggunakan jambatan Sun Yat-sen Freeway. 

Kelihatan di hujung sana Chongyang Bridge.

Beautiful Taipei skyline.




















Taoyuan Longde Temple.




Kami pun sampai di Taipei Taoyuan International Airport pada pukul 11:30 pagi.

Taiwan Taoyuan International Airport, is an international airport situated in Taoyuan City which serves the entire northern Taiwan region including the capital city Taipei. 

Kami dibawa Mr. Liu ke Terminal 1, Taipei Taoyuan International Airport.


Bergambar kenangan bersama Mr. Liu. 


Suasana di Terminal 1.


Kaunter Check-in Malaysia Airlines terletak di Row 2.

Semalam kami dapat notifications email dan SMS dari Malaysia Airlines yang flight time kami sudah ditukar dari pukul 3:10 petang ke 9:55 malam. So what to do la to kill the time? Apa-apa pun, first thing mestilah fikir pasal lunch dulu since it was already noon. Kami check ada restoran halal noodles di airport ini tapi di terminal 2. Jadi instead of mengheret beg-beg kami dari Terminal 1 ke Terminal 2, kami pun decided untuk simpan beg-beg kami di Luggage Service yang ada di Terminal 1 ini.

We left our bags here. It is a "Baggage Delivery Service" center at this airport but you can also leave your bags here for storage on hourly basis. Earlier kami sudah cari lockers tapi semuanya penuh. Letih la pulak nak keliling airport yang besar ini untuk cari lockers yang kosong. 


Lepas store beg, kami terus ke Terminal 2 untuk mencari restoran halal noodles. Untuk pergi balik antara Terminal 1 dan Terminal 2, penumpang boleh menggunakan Skytrain.

Departure every 6 minutes. And it is free.




Station P3 ~ Skytrain to Terminal 2.




Jom.

Pemandangan dari dalam Skytrain.








Tiba ke Terminal 2.




Suasana di Terminal 2.


Ada drift woods art yang cantik.


Customer Service Robot sedang dicaj. Robot perkhidmatan pelanggan ini ada diperkenalkan di lapangan terbang Songshan dan Taoyuan. Penumpang boleh berinteraksi dengannya untuk mengetahui maklumat pelepasan, ramalan cuaca destinasi dan tawaran bebas cukai.

Terminal 2 ini adalah sebuah terminal yang baru. So it looks shiny and new and sophisticated.


Besar Terminal 2 ini.


Berjalan menuju ke Food Court.

Wah.. ada huge art installations yang unik dan menarik di siling Terminal 2 ini. 

Artist – Lai, Yi-Chih
The piece is an extension based on the future of transportation utilizing the core creative concept of imagining what a future aircraft would look like. The piece emphasizes the quality of lightness to present a dynamic self-floating model of the future. The piece symbolizes the mobility and lightness of future aircraft based on the creative idea of a "composite" to focus on multiple symbols for an energetic presentation.
Source: www.taoyuan-airport.com




Ok, sebelum naik ke next level to the food court, kami pusing-pusing di check-in hall Terminal 2 ini dulu.

Airport flights board.


Tak pasti apakah sebenarnya yang dipamerkan pada papan besar dengan tulisan Cina ini. Must be a very prominent or perhaps historical piece of literature written by a famous poet from one of the Chinese dynasties.  

Ok, jom lunch. Tapi sebelum itu, since we came upon this Information Counter, kami pun bertanyalah pada staff yang bertugas di situ samada airport ini ada Prayer Room. Ada, tapi cuma di bahagian perlepasan selepas pemeriksaan imigresen. Jadi kami pun bertanyalah kalau dia boleh check untuk kami bila kaunter Malaysia Airlines akan dibuka supaya kami boleh check-in dan masuk ke dalam dan bersolat. Staff itu tidak dapat memberikan jawapan pada masa itu kerana dia perlu check dengan Malaysia Airlines dulu. Jadi kami pun menunggulah sebentar. 

Selepas menunggu kira-kira 10 minit, kami memutuskan untuk pergi makan tengah hari dahulu dan kemudian kami akan kembali ke Information Counter ini untuk maklumat terkini tentang pertanyaan kami. Sementara menunggu lif yang berada tidak jauh dari Information Counter, staff tadi datang berlari ke arah kami dan beritahu kaunter check-in Malaysia Airlines telah pun dibuka dan kami perlu mendaftar masuk sebelum pukul 2 petang. Hairan sungguh kami masa itu. Flight sudah ditukar ke pukul 9:55 malam, tapi mesti segera check-in sebelum pukul 2 petang. Ketika itu pula baru lepas pukul 1:00 pm. Staff itu juga menasihatkan kami untuk kembali ke Terminal 1 untuk check-in dengan secepat mungkin. Lepas check-in bolehlah kami terus ke ruang perlepasan dan bersolat dengan selesa di Prayer Room di dalam sana. Kami ikut sahaja nasihat staff tadi dan bergegas ke Terminal 1. Lagi panik sebab sebelum ke kaunter check-in, kami perlu mengambil beg-beg kami dari storage dahulu 😓.

Keluar saja dari Skytrain di Terminal 1, kami terus ke kaunter check-in Malaysia Airlines dulu untuk dapatkan penjelasan. Kami diberitahu kalau kami check-in sebelum pukul 2 petang, kami layak untuk mendapat satu bilik hotel percuma. Makan tengahari dan makan malam juga akan ditanggung oleh Malaysia Airlines. Patutlah staff di Information Counter tadi suruh kami cepat-cepat check-in. 
Ambil beg-beg kami dari storage. Tak sampai sejam kami simpan di sini. Cajnya RM60.00.

Alhamdulillah kami sempat check-in sebelum pukul 2 petang 😌.

Lepas check-in dan drop bags, kita diminta ke kaunter sebelah pula untuk pendaftaran hotel dan diberi baucer untuk lunch. Di airport ini ada beberapa food outlets yang boleh menerima baucer tersebut. Kami dinasihatkan untuk beli lunch secara take-away sebab bas ke hotel akan bertolak dalam masa 25 minit. 

Vouchers and Boarding Passes.


Kami pun ke food court sebab pada voucher ada stated satu halal food outlet. 


Pusing-pusing food court tapi tidak jumpa pulak kedai halal tu. 

Inilah food outlet halal yang kami tak jumpa tu. This we only found out later masa kami nak ke imigresen. Tutup rupanya.

Jadi kami ke Subway and ordered tuna sandwiches.



Pukul 2:25 petang kami dan penumpang lain, total about 20 people, dibawa ke bas. 





Hotel penginapan yang diberi oleh Malaysia Airlines adalah sebuah hotel 5 bintang di bandar Taoyuan berhampiran yang bernama Monarch Plaza Hotel. Perjalanan dengan bas ke sana memakan masa kira-kira 15 minit.

Monarch Plaza Hotel.



Check-in.





Besar biliknya. Suite agaknya.

Alhamdulillah dapat bilik. Dapatlah kami bersolat dengan selesa dan berehat/tidur sebelum balik semula ke airport.


Pemandangan luar tingkap, dari tingkat 8.





Jom lunch. Sudah pukul 3 petang masa itu.

Menu makan malam.


Pemandangan malam dari bilik hotel. 





Dinner disediakan pada pukul 6 petang di sebuah bilik khas di Tingkat 3, juga ditanggung oleh Malaysia Airlines.








Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Walaupun delay, dapat makan & hotel room, Alhamdulillah selesa kan. Flight kami delay 30 minit baru ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Walau pun delay hampir 7 jam, kami tidaklah terasa terbeban sangat.
      Cuma sedikit anxious bila mula-mula tu nak fikir apa la kami nak buat sampai malam di airport tu.

      Delete