Friday, January 12, 2024

TAIWAN - SHIFEN - SHIFEN SKY LANTERN

Assalamualaikum.
Ok, setakat ini pada hari ke 3 kami di Taiwan, kami sudah pun melawat Xining Market, kedai Yehliu Pineapple Cake, Yehliu Geopark, makan tengahari di Masala-Zone, Tamsui Fisherman's Wharf, Fort San Domingo dan Shifen Waterfall. Aktiviti terakhir kami pada hari ke 3 ini ialah melawat ke Shifen Old Street untuk melancar Sky Lantern 😃🏮.

Shifen Old Street adalah salah satu tarikan pelancong yang paling terkenal di Taiwan. Setiap hari pelancong asing datang berduyun-duyun ke kampung kecil ini di Laluan Keretapi Pingxi untuk menulis wishes mereka pada sky lanterns dan melepaskannya ke langit dari landasan kereta api.

Aktiviti Sky Lantern ini sangat popular di Taiwan di kalangan pelancong terutama pada waktu malam maka it is expected that the place will be crowded. Tapi malam itu tiada kesesakan mungkin kerana hujan ketika itu.

Tentunya di tempat tarikan pelancong begini ada banyak kedai-kedai souvenirs.

Kata Philips aktiviti melancarkan Sky Lanterns di sini boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tapi paling cantik ialah pada waktu malam. Sebab itu Philips bawa kami ke sini pada waktu dah gelap. 

Ehh... ada lantern sedang diterbangkan! Teruja melihatnya 😃.

Tertanya juga saya, boleh ke diterbangkan sky lanterns dalam keadaan hujan begini? Nampaknya itu no problem because we saw several sky lanterns were successfully launched to the rainy night sky. 

Kebiasaan melepaskan tanglung langit (Sky Lanterns) boleh dikesan kembali ke wilayah Fujian di China, tempat asal nenek moyang kebanyakan orang Taiwan. Dari segi sejarah, sky lanterns bermula sejak Dinasti Qing. Pada masa itu, Pingxi adalah daerah yang agak mewah di Taipei, tetapi dengan kemewahan ada risikonya. Pingxi sentiasa menjadi sasaran penyamun, dan kerana itu, penduduk Pingxi akan mencari perlindungan di kawasan pergunungan yang berhampiran. Sky lanterns akan diterbangkan untuk memberi isyarat kepada mereka bahawa mereka selamat untuk kembali.

Kerana sky lanterns boleh terbang naik begitu tinggi ke langit, penduduk tempatan kemudiannya memulakan amalan menulis hajat kepada dewa mereka pada tanglung itu. Ia juga menjadi perkara biasa bagi pengantin baru untuk melepaskan tanglung ini, kerana "tiandeng" (sky lanterns - 天燈 or tiandeng) kedengaran hampir serupa dengan "mendapat bayi lelaki" dalam bahasa Taiwan.
Pada tanglung ini ditulis "Happy and healthy family" as wishes

Kini, berpuluh-puluh ribu pelawat berduyun-duyun ke rantau ini setiap tahun untuk Pingxi Mass Lantern Releases on Lantern Festival pada hari ke-15 dalam bulan lunar pertama.

Philips belikan tanglung kami yang berwarna merah ini yang sudah siap-siap disepit pada bidang. Kami juga diberikan berus dan dakwat untuk menulis "wishes" ada tanglung. 

Tapi kita sebagai orang Islam, tak kan lah nak buat "wishes" pulak kan. Tulis saja apa-apa for fun... hihi 😄.




Sebagai persediaan kami untuk melancar sky lantern, kami pun perhatikan the steps done by those before us. 
Bila api tanglung sudah dinyalakan (must be done by the sky lanterns operators), tanglung itu akan dibawa ke tengah landasan kereta api dan pelancong akan diajak berposing bersama tanglung. 

Kamera/mobile phone boleh diserahkan kepada Sky Lantern operator untuk tolong ambilkan gambar. Pelancong akan diminta membuat 3 atau 4 poses dengan setiap pose dibuat bersama different "wishes" by rotating the lantern.

Tanglong akan dipegang dan diputarkan oleh Sky Lantern Operator yang duduk di belakang tanglong.

Steps berposing bersama "wishes" perlu dilakukan dengan cepat kerana tanglung perlu segera dilepaskan. Ini kerana jika terlambat, kertas yang dibakar dengan minyak tanah yang ada di dalam tanglung itu akan habis bakarannya dan tanglung tidak dapat diterbangkan atau diterbangkan tinggi.

Untuk menjaga keselamatan pelancong dan tempat ini, tanglung akan dilepaskan oleh Sky Lantern operator dan bukan oleh pelancong.


The Sky Lantern operator must be careful to not let the lantern itself caught on fire.



Off it went! 

Pelancong boleh membeli dan melepaskan sky lanterns dari landasan kereta api di stesen Shifen ini pada bila-bila masa sepanjang tahun. Ini juga boleh dilakukan di stesen Pingxi dan Jingtong yang kurang pelancong. Tiga kampung-kampung ini adalah satu-satunya tempat di Taiwan yang Sky Lanterns boleh dilepaskan. 

Menurut Taiwan’s National Fire Agency, Ministry of the Interior, 10 bandar dan daerah di Taiwan melarang aktiviti menerbangkan sky lanterns: Bandar Taipei, Bandar Taoyuan, Bandar Taichung, Bandar Kaohsiung, Daerah Hsinchu, Daerah Miaoli, Daerah Changhua, Daerah Chiayi, Bandar Chiayi dan Daerah Pingtung.

Untuk buat aktiviti melepaskan sky lanterns New Taipei City government’s Sky Lantern Regulations must be adhered to. Antaranya:
🏮sky lanterns hanya boleh dilepaskan antara 6 pagi dan 10 malam
🏮tinggi, diameter dan berat tanglung mesti ikut ukuran yang dibenarkan
🏮bahan apinya mestilah campuran minyak tanah dan minyak kacang soya atau yang setara, 
🏮menggantung bunga api atau apa sahaja yang akan menghasilkan api di bawah tanglung tidak dibenarkan
🏮individu atau kumpulan juga mempunyai liabiliti jika tanglung yang mereka lepaskan menyebabkan kematian, ancaman pada keselamatan awam dan kerosakan pada harta benda dan alam sekitar, dsb.


Setiap warna tanglung mempunyai makna yang berbeza bagi orang Taiwan, as in table below. Tanglung yang 8 warna tu cover semua sekali 😄.

Harga biasa untuk Sky Lanterns ini ialah NTD 200 (warna tunggal, merah adalah yang paling biasa), NTD 250 (empat warna), atau NTD 350 (8 warna). Tak tahu berapa harga untuk lantern kami yang dibayar oleh Philips sebab dah masuk sekali dalam pakej. 
*NTD 200 = RM 30, NTD 250 = RM37, NTD 350 = RM 52

Saya baca, apabila api di dalam sky lantern padam, tanglung itu jatuh semula ke bumi. Maknanya ia tidak terbakar sepenuhnya. Kira-kira 300,000 hingga 400,000 sky lanterns diterbangkan di Pingxi setiap tahun yang biasanya jatuh di dalam hutan atau tersangkut pada pokok atau wayar elektrik, kadangkala menyebabkan kebakaran. Tanglung ini mempunyai bahagian logam dan plastik dan tidak boleh terbiodegradasi. 

Jika diandaikan setiap sky lantern adalah seberat 150g, itu bermakna sekurang-kurangnya 45 tan sampah jatuh di hutan Pingxi setiap tahun. Melalui program insentif, kerajaan Taiwan menggalakkan penduduk setempat mengutip sisa sky lanterns dari hutan. Kutipan tahunan tertinggi yang direkodkan ialah 90% daripada sisa. Dalam erti kata lain, masih terdapat 4.5 tan sisa yang tidak dikutip dan mencemarkan alam sekitar.

Jadi salah satu langkah yang diambil bagi menjaga alam sekitar ialah mencipta tanglung mesra alam. Saya rasa sky lantern merah kami bukanlah eco-friendly lantern. Kami tidak tahu pun pada masa itu ada option for eco-friendly lantern. Kalau tahu definitely kami consider buying it.

Pelancong adalah digalakkan untuk membeli eco-friendly sky lanterns kerana:
🏮Ia terbakar sepenuhnya di langit apabila ia mencapai ketinggian tertentu, jadi tiada apa yang jatuh kembali ke tanah. 
🏮Juga, ikut kepercayaan orang tempatan, kerana ia terbakar sepenuhnya di langit, tanglung mesra alam ini telah berjaya melaksanakan tujuan asalnya iaitu membawa wishes ke langit dan tidak jatuh semula ke bumi.
🏮Ia dibuat dengan bahagian-bahagian terbiodegradasi sepenuhnya, termasuk pulpa buluh dan kertas. 
🏮Bukan sahaja ia kurang berbahaya kepada alam sekitar tetapi ia juga dibuat menggunakan teknik tradisional seperti zaman lalu.
🏮Ia lebih ringan dan boleh terbang lebih tinggi hingga 250 meter sebelum terbakar sepenuhnya. Yang tak eco-friendly boleh sampai antara 50 meter ke 100 meter. Jadi kalau ikut kepercayaan penduduk tempatan, lagi tinggi sky lanterns mereka terbang, maka lagi dekatlah wishes mereka akan sampai pada dewa.



Tiba-tiba ada bunyi hon yang kuat. Rupanya ada kereta api sedang lalu di landasan ini. Wah! Excited kami 😃.

Shifen ialah stesen tengah Laluan Kereta api Pingxi di daerah Pingxi di New Taipei City. Jepun membina landasan kereta api ini pada tahun 1918 untuk mengangkut arang batu dari lombong di Lembah Pingxi. Shifen adalah salah satu daripada beberapa bandar perlombongan kecil yang dibangunkan di sepanjang laluan itu.

Perlombongan arang batu di kawasan ini berakhir pada tahun 1971. Pada awal 90-an, bandar-bandar kecil di sepanjang laluan kereta api ini mula menjadi tarikan pelancong.



Teringat kami pada Maeklong Railway Market, Thailand. 



Seronok dapat tengok kereta api lalu 😀.

Ada juga kami saksikan kejadian di mana tanglung terbakar sebelum sempat dilancarkan dan juga ada tanglung terbangnya too close to the building. Yang tak sempat lancar tu I reckon the tourists were given a new lantern replacement.  


Then datang lagi kereta api dari the opposite direction. 










Pada tanglung ini ditulis wish "Overflowing with happiness".


Ok, giliran kami pula melancar sky lantern merah kami. Mula-mula pengendali sky lantern akan menyalakan kertas yang sudah dibasahkan dengan minyak tanah yang terletak di bahagian bawah tanglung. Saya nampak si pengendali sky lantern ini begitu berhati-hati memastikan tanglung tidak terkena api. Otherwise tak sempat lancar, sudah terbakar pulak tanglung tu 😄. 

Kemudian pengendali tanglung itu akan menterbalikkan tanglung supaya tanglung dalam keadaan tegak dan membawa tanglung merah kami ke landasan keretapi. Haba yang dihasilkan oleh bahan bakar tadi terperangkap dalam tanglung dan ini akan menerbangkan tanglung.

Kemudian kami pun diminta membuat beberapa posing dengan tanglung dan dirakam oleh seorang lagi pengendali sky lantern menggunakan kamera kami. Pengendali sky lantern yang pertama tadi tolong pegangkan lantern supaya tidak terlepas terbang. Ada tu dia squating behind the lantern 😄.

Beginilah rupanya kami berposing dengan sky lantern kami yang dirakam oleh si pengendali sky lantern kedua 😄. 



Bye bye Sky Lantern 😄.

Well, that was fun 😃. It was unlike anything we had ever experienced and most likely never will again. Walau pun hujan masa itu, boleh terbang juga tanglung tu. Jadi kalau kawan-kawan ada plan nak bercuti ke Taiwan, masukkan sekali this fun activity. Also make sure buat masa malam sebab lagi cantik. Juga elok beli eco-friendly sky lantern.

Ok, dah, jom kita balik ke hotel. Letih seharian berjalan. 



Di Taipei jalan raya sesak sikit.




Merakam suasana bandaraya Taipei di waktu malam.



Hotel Sheraton Grand Taipei.






Taipei North Gate (Cheng’en Gate).





Alhamdulillah, kami selamat tiba di hotel penginapan kami di Taipei City, PaPa Whale Hotel. Pada malam itu, kami menyampaikan ucapan terima kasih dan selamat tinggal kami kepada Philips kerana esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Dia adalah pemandu pelancong yang bagus, sangat berpengetahuan dan profesional. That we were able to speak in Indonesian with him made it even more interesting.

Turun dari kenderaan, kami terus saja pergi beli makan malam. Cadangnya nak makan beef noodles tapi restoran itu sudah hampir masa tutupnya. Makanya kami ke gerai shawarma lagi, seperti malam semalamnya.




Tiba di gerai Youssef Shawarma Halal.


Sambil berjalan balik ke hotel, sambil merakam suasana malam Taipei.











Singgah sekejap di McDonald's beli fries, croissant dan cinnamon roll.





Cuma ada sos tomato sahaja, tiada sos cili.


Tiba d hotel.

Our dinner. Alhamdulillah, mengenyangkan.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment