'My Photography Journey with Landscapes Photography' diteruskan dengan landskap di kampung-kampung air that I visited.
Pertama sekali saya kongsi foto-foto Kampung Bukit Malut Langkawi yang saya rakam pada tahun 2006, 15 tahun yang lalu.
Pernah berlaku kebakaran di kampung ini dan yang tinggal cuma tiang-tiang rumah air yang dahulu pernah memenuhi kawasan pesisir laut Selat Melaka ini.
Ingat lagi masa itu saya merasa agak cemas juga berjalan seorang diri di jeti di celah-celah rumah di kampung air ini. Banyak mata yang memandang with either confused or curious look on their faces. I remembered all I could do was to just lambai and smile. Pak cik pemandu teksi yang bawa saya ke situ kata selamat jalan-jalan di kampung ini. He did not join me though during the walk.
Jauh dari kawasan bekas rumah-rumah air yang terbakar tadi, di bahagian ini cantik pemandangannya. Dapat juga merakam houses on stilts and sampan with beautiful backdrop which was my original goal.
Kalau tak silap itu adalah Gunung Raya.
Next, photos of Kampung Air Buli Sim Sim Sandakan.
Dua kali saya ke kampung air ini during two separate vacations pada tahun 2013 dan 2015.
Capturing the houses' reflection on the water.
Bayangan kebiruan langit berkilau di permukaan air.
Semasa di Sandakan kami juga ke Kampung Kuala Gum Gum. Kampung ini terletak di muara Sungai Sendala yang mengalir ke Laut Sulu.
Tentu ramai tahu kampung air di Chew Jetty Penang.
Kadang-kadang tu susah saya nak compose dan akhirnya dapat imej yang 'kecoh dan serabut' macam ini... hihi 😅.
Combining the old and the new in one framing.
Dan kampung air yang paling latest saya lawat adalah Kampung Air Wireless di Miri Sarawak. Foto ini saya ambil dari bilik hotel di Pullman Hotel Miri.
Begitulah perkongsian foto-foto 5 kampung-kampung air yang pernah saya lawat untuk siri my 'My Photography Journey - Landscapes - Kampung Air' 😊.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment