Wednesday, February 2, 2022

MY PHOTOGRAPHY JOURNEY ~ LANDSCAPES ~ WATER CRUISES

Masa bercuti-cuti Malaysia ada kami sertai beberapa water cruises. Ada 8 cruises semuanya to be exact. Dan tentunya pemandangan landskap banyak dirakam semasa cruises itu. Hence, my next category for 'My Photography Journey with Landscapes Photography' is Water Cruises.


Actually water cruises yang kami sertai semuanya adalah river cruises. So these photos are essentially river landscapes. The first one yang saya nak share ialah the Kuala Selangor Eagle Feeding ~ Fireflies ~ Blue Tears Watching di Sungai Selangor. 

Disebabkan nak tengok eagle feeding, makanya the cruise started lewat petang sebab masa itulah akan ada banyak burung-burung helang makan. Juga sebab later on bila dah malam gelap barulah nampak kelip-kelip dan blue tears. 

Suasana senja di Sungai Selangor. Cukup indah sekali!


Cruise sampai ke malam. Tapi saya tak kongsi di sini foto-foto kelip-kelip dan blue tears tu sebab tak dapat rakam gambar landskap yang elok sebab gelap gelita ... hihi 😅.

Seterusnya di Kuala Terengganu bersama Pulau Warisan River Cruise. Dan tentunya dirakam landskap Bandaraya Kuala Terengganu semasa cruise ini. 

Dan haruslah juga kalau dah crusie di Sungai Terengganu ini, diambil gambar Jambatan  Angkat Terengganu yang ikonik ini. 

I found it quite intriguing that the abandoned fishermen's boat was left there by the riverside especially considering this particular part of the river is the famous Terengganu river cruise route.  

The various sea vessels parked at one of the many docks along the river. I am always on the look out for such landscape view sebab lain la sikit dari yang biasa saya shoot especially views macam ini hanya boleh saya rakam masa naik cruise 😄.

Another Kuala Terengganu landmark, the Bukit Besar with its huge 'الله PELIHARAKANLAH TERENGGANU' signage by the hillside. Dan jambatan itu adalah Jambatan Sultan Ahmad.

Sepanjang perlayaran semasa cruise ini kita dapat menyaksikan beberapa lagi mercu tanda Kuala Terengganu seperti Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. 

Pemandangan landskap Sungai Terengganu masa itu jadi lebih dramatik dengan suasana awan mendung. 

The 'fight' between light and dark created quite a nice coconut trees silhouette 😁.


Masa di Kuantan juga saya naik cruise iaitu the Kuantan River Cruise. 

Di Sungai Kuantan ini juga ada banyak water vessels yang berlabuh seperti bot-bot nelayan. 

Program Kuantan River Cruise ini special sebab ia ada a short stopover di Taman Bakau. Peserta cruise boleh jalan-jalan sambil menikmati keindahan Hutan Paya Bakau Kuantan. 

Ini adalah salah satu foto landskap masa cruise yang paling saya suka 😃.

Landskap pesisir Sungai Kuantan dan Masjid Tanjung Lumpur.

Moh ke Kuching Sarawak pula 😄.  Cruise sampan je, bukan bot besar... hihi.


Dari kesemua 8 water cruises, masa cruise sampan ni la saya rasa imho saya dapat a decent skyline shot of the city 😄.

Kalau dah ke Langkawi makanya haruslah juga kita ikut Langkawi Mangrove Tour. Saya dah isteri memang suka ikut tour-tour ni 😄.

Bila dapat lihat pemandangan macam ni, rasa rugi la kalau kami tak go for the Mangove Tour. It was so epic!


Ingat lagi saya masa ambil foto ini, ombak sedang kuat. Ini sudah dekat kawasan laut lepas jadi angin kuat. Terumbang ambing. Mujur la tak uweekkk 😅. Sebenarnya dalam imej asal, garisan ufuknya senget sebab umbang ambing tu. So terpaksa la guna editor kasi garis tu flat dan balanced 😄. My wife lebih prefer kalau dibiarkan saja senget. Barulah reflective of the actual situation kata dia. Eh... betul jugak tu 😃.

Pemandangan indah dan epik Pulau Langkawi yang bergunung ganang.

Watching the White-bellied Fish Eagle and the Brahminy Kite.

Dalam program cruise ini kami dibawa lalu di Langkawi 'Grand Canyon' Mangrove Passageway, yang juga dikenali sebagai 'The Narrow Passage'. Bagi kami ianya benar-benar menakjubkan.

Seperti Kuantan River Cruise, dalam cruise ini kami juga ada short stopover di kawasan hutan paya bakau. For me it was such a wonderous place. SubhanAllah.

Harus dapatkan foto landskap epik ini 😃.

In Melaka we went for both the Melaka River Cruise and the Melaka Duck Tour. 

Ini pemandangan Masjid Selat Melaka yang boleh kita lihat semasa Melaka Duck Tour.


Satu lagi peluang nak dapatkan skyline photos adalah masa naik feri di Pulau Pinang. Nampak cantik bandar George Town. 






Di Kuala Terengganu, selain Pulau Warisan River Cruise, kita juga boleh sertai Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise. Routes for both the cruises are about the same.






Begitulah serba sedikit foto-foto dalam siri 'My Photography Journey - Landscapes - Cruises' 😊. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment