Monday, February 28, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 01- PART 03 - MIRI - LIAN HUA SAN CHING TIAN TEMPLE & PANTAI LUTONG

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ok sambung cerita Miri City Tour kami. 

Ini semasa kami sedang pass by Pejabat Residen yang di hadapannya ada papan tanda 'Sayangi Miri', sebuah projek oleh Persatuan Wartawan Utara Miri (NSJA). Ia didirikan bertujuan untuk mewarnai dan menghidupkan suasana di sekitar kawasan, sekali gus membantu mempromosikan industri pelancongan Miri


Ini bangunan lama Pejabat Residen. Bangunan ini bakal dibaik pulih dan akan dijadikan Muzium Kebudayaan dan Warisan Miri. Ia telah beroperasi sejak dari zaman kolonial sekitar tahun 1800-an dan merupakan pusat pentadbiran era pemerintahan James Brooke dan penjajahan British.
Tertera di bahagian facade depan bangunan ini tulisan 'Pejabat Residen' dan 'Pejabat Daerah'. Fyi, Pentadbiran Bahagian Miri dikenali sebagai Pejabat Residen dan Daerah. 

Papan neon Majlis Bandaraya Miri ini didirikan sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke 16 Bandaraya Miri pada 20 Mei 2021 yang lalu. Fyi, Miri mendapat taraf 'Bandaraya' pada 20 Mei 2005.

Ini pula ialah Persiaran Warga Emas atau Old Man Street di Persiaran Kabor yang menjadi tempat berjumpa dan lepak kebanyakan penduduk warga emas Miri. Ia adalah kawasan berbumbung di antara 2 shoplots yang dipenuhi dengan kedai-kedai lama Miri yang dikekalkan. A heritage, older Miri, a time capsule. 

Haaa... sempat juga rakam satu foto mural... hihi. Ini Mural Belon Miri #miriballoon. Lokasinya berdekatan dengan entrance Miri Times Square. Nampak macam real party balloons. Nice! 

Ini Miri Times Square. 

An appealing commercial venue which is sited on a 19.2-acre plot, Miri Times Square comprises offices, SOHO units, first class arcade-fronting high-street retail shops and elevated courtyard retails that connect patrons to energized public places & spaces. Designed to be the top address for work, shopping, dining and entertainment that will delight and surprise visitors with its open-air, walkable, safe and vibrant environment.
Source: marinaparkcity.com
It has 4 distinctive components with individual architecture and ambience: Brooke Gateway, Victoria Plaza, Tanjung Court and Kenyalang Corner. 

Bangunan lama Pejabat Residen. Di belakangnya kelihatan Bukit Tenaga yang kami lawat earlier.

Di Bukit Tenaga kelihatan Muzium Pertoleum dan Old Grand Lady (telaga minyak pertama Miri).

Bangunan Wisma Pelita Tunku yang di dalamnya ada shopping mall berhawa dingin sepenuhnya yang pertama di Miri.

Ini Tua Pek Kong Temple, sebuah tokong lama tertua di Miri. According to our itinerary, lepas lunch kami sepatutnya dibawa Amza (Tour Guide) melawat tokong ini tapi since kuil ini tutup due to renovations, Azma gantikan dengan melawat sebuah temple lain. Kami ok je.


Berpusing balik ke Miri Times Square. 




Sebagai ganti, kami dibawa Amza ke Lian Hua San Ching Tian Temple ini. Kuil ini dikatakan adalah kuil Tao terbesar di Asia Tenggara.

Tidak seperti Tua Pek Kong Temple yang sudah berusia lebih 100 tahun, kuil ini siap dibina pada tahun 2003 dengan keseluruhan hiasan dan motifnya termasuk naga dan patung Three Pure Ones (patung-patung dewa) diimport dari China. 

Bangunan utama kuil.


Di bumbung kuil ini kelihatan 2 ekor patung naga dan di tengah-tengah ada sebiji sfera putih. Dari apa yang saya baca, menurut legenda Cina, naga-naga itu dipercayai membawa hujan. Apabila orang ramai menghadapi kemarau, mereka sering menyembah Raja Naga dan berdoa memohon hujan. Amalan ini berkembang menjadi penyalaan "tanglung naga" semasa perayaan. Dalam 'Notes Relating to the Extraordinary', sebuah kompilasi peristiwa-peristiwa aneh yang secara tradisinya dikaitkan dengan Ren Fang (460-508), dikatakan seekor naga boleh meludahkan mutiara yang menyala. Jadi imej serta patung-patung dua ekor naga yang bermain dengan mutiara yang menyala mungkin telah diilhamkan oleh cerita ini, dan naga dianggap membawa hasil tuaian dan kemakmuran yang baik.

There is an incense burner in the middle of the courtyard.

Bahagian depan bangunan utama kuil yang berwarna warni. Di kuil-kuil Cina oren dan merah menandakan kebahagiaan dan kegembiraan; putih mewakili kesucian dan kematian; hijau melambangkan keharmonian; kuning dan emas mewakili syurga; dan kelabu dan hitam melambangkan kematian dan kemalangan.

Pemandangan ke arah courtyard dan pintu gerbang masuk kuil.

Selain di bumbung, kedua-dua tiang di pintu masuk utama kuil ini juga dihias dengan dua ekor patung naga yang melilit-lilit tiang-tiang tersebut. 

Amza bertanya kepada kami, perasan tak ada bola merah ditengah-tengah tu? Ada kisahnya tu.

Amza pun bercerita, menurut kisahnya kedua-dua naga ini tersangatlah kecoh dan becok sekali, tak henti-henti bersembang.

Jadi untuk senyapkan naga-naga ini salah satu Dewa Tao telah mencampakkan sebiji bola merah menyala. Nampak saja bola merah yang menyala-nyala itu, terus naga-naga ini excitedly berebut-rebut mengejarnya. Maka keadaan pun tenteramlah dari kebecokan naga-naga itu. 


Hiasan naga-naga pada kuil-kuil sebegini juga ada saya encounter ketika di lain-lain percutian. 

Ini foto menunjukkan patung-patung naga-naga dan bola mutiara di bumbung Choo Chay Keong Temple di Pulau Pinang yang sudah hampir 100 tahun usianya, yang terletak di zon teras Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

Patung-patung naga membelit tiang-tiang kuil juga ada saya lihat di Wan Loong Temple, Port Dickson. Seperti Lian Hua San Ching Temple ini, Wan Loong Temple juga mempunyai seni bina yang mewah dan dinding kubu. 'Wan Loong' bermaksud 'Dragon of the Clouds'.

Hiasan naga-naga dan bola/mutiara menyala bukan sahaja ada pada bangunan kuil tetapi juga pada pintu gerbang masuk ke kuil. Ini pintu gerbang masuk ke Temple Puu Jih Syn, Sandakan, Sabah.

Ini pula di pintu gerbang yang dipanggil 'Dragon Arch' di Chinatown Kuala Terengganu. 

Hiasan patung-patung naga dan bola menyala juga ada dibuat sebagai hiasan dalaman seperti hiasan altar Lao Zi Temple, Sungai Lembing ini.

Ini pula hiasan 4 ekor naga dengan bola-bola merah di luar salah satu kuil di Lao Zi Temple, Sungai Lembing.

Ini di Lao Zi Temple Sungai Lembing juga. Design naga-naga ini macam ada stail Mayan or Inca.

Naga meludah mutiara menyala ini adalah hiasan luaran Rumah Tan Guan Hing, Pekan Kuala Pilah. 

Turut digunakan sebagai hiasan perabut contohnya pada kerusi. Ini adalah di Casababa Gallery, Melaka.

Ini juga di Casababa Gallery Melaka. Ini adalah hamparan sulaman benang emas lama yang kelihatan usang dan vintage yang juga menggunakan motif naga-naga dan bola/mutiara. 

Ok, sambung semula cerita lawatan kami ke Lian Hua San Ching Tian Temple.

Dari pemerhatian saya, decorations kuil ini begitu opulent sekali. Between the entrance's arch right to the back surrounding walls, semua mempunyai dekorasi mewah of a Taoist Temple. Below photo: ceilings, beams, door arches and windows all are fully decorated. 

Hiasan bunga lotus di siling. 

Hiasan gambar Red-crowned crane di dinding luar bangunan utama kuil.
'The red-crowned crane refers to transformed Taoist immortals (xian), who sometimes were said to have magical abilities to transform into cranes in order to fly on various journeys'.

Juga ada lukisan rusa. 
'The deer, in Taoism, is identified as an animal who lives long and healthy'.


Pintu merah besar untuk masuk ke main praying area.

Amza kata di kuil ini pelawat dibenarkan masuk ke main praying area ini. Sebelum masuk pelawat mesti tanggal kasut. Mesti masuk ikut pintu kanan dan melangkah masuk dengan kaki kanan. Masa keluar, mesti ikut pintu kiri dan melangkah keluar dengan kaki kiri. 

Bila membuat sembahan kepada Dewa juga, mereka akan lebih dulu menyembah Dewa yang berada di sebelah kanan supaya mereka boleh keluar dari temple dari sebelah kiri.


As stated earlier, inilah patung-patung dewa Three Pure Ones yang diimpot dari China untuk kuil ini. 
'Three Pure Ones are the Taoist Trinity, the three highest gods in the Taoist pantheon. They are regarded as pure manifestation of the Tao and the origin of all sentient beings'.

Tiang-tiang warna emas dan siling tinggi di dalam main prayer hall.

Ini adalah lilin-lilin pink berbentuk lotus. Lilin yang paling besar kata auntie tu boleh menyala selama sebulan. 

These are large incense sticks yang kerap dilihat semasa upacara khas, seperti upacara peringatan.

Keluar dari main prayer hall, Amza bawa kami ke bahagian kanan kuil. 

Lavishly decorated beams.

Di kiri kanan pintu masuk kuil ini ada 2 patung kepala-kepala naga. 

Kuil ini dikelilingi oleh pagar batu beratap genting yang merupakan 'badan' 2 ekor naga tadi. 

Dan ekor kedua-dua naga tadi bertemu di belakang kuil ini.



Chinese Traditional Dragons Relief. 

Ok, selesai lawatan di Lian Hua San Ching Tian Temple, kami bergerak ke tempat seterusnya. 

Medan Saberkas Miri. Ia adalah pasar hujung minggu atau pasar malam yang ada dijual pelbagai jenis barangan tempatan, daripada barangan rumah hinggalah kraftangan suku kaum dan hasil hutan.

Sampai di kawasan Lutong, Amza ajak kami melihat keunikan sebuah masjid dan gereja iaitu Masjid An-Naim Lutong dan The Parish of Good Shepherd.

Menurut Amza, kedua-dua masjid dan gereja ini berkongsi tanah lot yang sama. 

Masjid dan gereja ini berada dalam satu kawasan yang sama.

Masjid An-Naim Lutong ini didirikan pada tahun 1983. Ia boleh memuatkan 1,000 orang jemaah. 

Di antara kemudahan pentadbiran yang terdapat di bangunan masjid ini ialah bilik-bilik kelas, asrama, bilik tetamu, komputer, faksimili dan bilik pengurusan jenazah yang menjadikan masjid ini merupakan salah satu pusat pengurusan fardhu kifayah yang utama di Bandaraya Miri. 

Masjid ini juga mempunyai sebuah ma'ahad tahfiz yang bernama Ma'ahad Tahfiz An-Naim.

The Parish of Good Shepherd.



Menurut Amza, Masjid An-Naim dan Gereja Good Shepherd telah wujud bersama secara aman dan ini menggambarkan keharmonian beragama di Sarawak. Contohnya, kedua-dua masjid dan gereja ini akan membuka pintu pagar tempat parking masing-masing supaya boleh digunakan semasa Solat Jumaat dan Sunday Church Service. 

Pasar Lutong.

Masa dalam perjalanan, we came upon Pantai Lutong. Nampak cantik pula pantai ini. Ia tiada dalam itinerary kami, jadi kami requested pada Amza untuk berhenti sekejap di pantai ini. Amza ok je. 

Pemandangan Laut China Selatan yang luas.




Ada gerai-gerai di pantai ini. Kata Amza, lewat petang akan ramai pengunjung di sini.




Tiang-tiang apa pula itu? Menurut Amza itu adalah bekas tiang-tiang penyokong paip-paip minyak. No longer in use sebab selalu rosak dan bocor akibat terdedah pada pukulan-pukulan ombak yang kuat. Sekarang paip-paip saluran minyak dipasang di dasar laut.  



Dari sini juga kami dapat lihat beberapa pelantar-pelantar minyak. Tapi kamera kena zoom ketat-ketat lah 😁.

Kesan 'mirage' atau fatamorgana menjadikan foto-foto pelantar minyak kami 'bergelombang' dan 'bergetar'😁.



Rupanya pelantar-pelantar minyak ada macam-macam bentuk. 

Hotel penginapan kami, Pullman Hotel Miri juga dapat kami lihat dari Pantai Lutong ini.






Thank you for reading. InshaAllah, I'll continue in the next entry. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.