Wednesday, October 24, 2018

EGYPT - DAY 02 - PART 05 - MOSQUE OF MUHAMMAD ALI PASHA

Masih lagi lawatan di Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. 

Selain Masjid Al Nasir Mohammad ibn Qalaun, kami juga dibawa melawat ke Masjid Muhammad Ali Pasha. What a magnificent mosque. Sekali tengok memang la teringat Masjid Sultan Ahmed Mosque (Blue Mosque) di Istanbul. Masjid ini dibina di atas bangunan lama di kubu ini. Arkiteknya adalah Yusuf Bushnak dari Istanbul dan modelnya adalah Masjid Sultan Ahmed di Istanbul. 

Inilah Masjid Sultan Ahmed Mosque (Blue Mosque) di Istanbul.

Moh masuk. Masjid Muhammad Ali Pasha atau dikenali juga sebagai Masjid Alabaster adalah sebuah masjid yang terletak di Citadel ini yang dibina oleh oleh Muhammad Ali Pasha antara 1830 dan 1848. Beliau adalah seorang panglima tentera Ottoman berketurunan Albania. Setelah berjaya menawan Mesir, Mohamed Ali mengisytiharkan dirinya berpisah dari Kerajaan Ottoman dan membina kerajaannya sendiri di Mesir.

Ianya sebuah masjid Uthmaniyyah, yang terbesar yang dibina pada separuh pertama abad ke-19. Masjid ini dibina sebagai ingatan kepada Tusun Pasha, anak lelaki tertua Muhammad Ali, yang meninggal pada tahun 1816.

Masjid Muhammad Ali Pasha pernah rosak pada kurun yang ke-19. Usaha pemulihan dibuat pada tahun 1931 di bawah pemerinatahan Raja Fuad dan siap pada tahun 1939 di bawah pemerintahan Raja Farouk. Raja Farouk adalah raja yang terakhir memerintah Mesir, sebelum negara ini bertukar menjadi sebuah republik.

Masjid ini, bersama-sama dengan kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi ini, adalah merupakan salah satu daripada mercu tanda dan tarikan pelancong di Kaherah. Masjid ini merupakan salah satu binaan yang dapat dilihat dari banyak arah ketika menghampiri bandar Cairo. Ni foto yang saya ambil berkilometer jauhnya dari kubu/masjid ini. 

Taman di luar masjid.

Bahan utama binaan masjid ini adalah batu kapur tetapi di tingkat bawah dilitupi dengan alabaster setinggi empat tingkat hingga ke paras kubah yang dilitupi dengan logam plumbum. Masjid ini mendapat nama Alabaster Mosque dari penggunaan batu alabaster yang indah yang diambil dari Beni Suef. 

Tulisan yang menghiasi bahagian atas tingkap di masjid ini adalah ayat-ayat dari puisi, "Al Burda" yang ditulis oleh Imam al Buseiry.

Masjid ini dibina dengan kubah utama yang dikelilingi oleh empat kubah kecil dan empat kubah separuh bulat. Ia dibina dalam satu pelan persegi berukuran 41x41 meter. Kubah utama tingginya 21 meter dan ketinggian bangunan masjid ini adalah 52 meter. Ada dua menara berbentuk silinder elegan jenis Turki dengan dua balkoni terletak di sebelah barat masjid dengan ketinggian 82 meter.

Berjalan masuk ke pintu lawatan masjid.

Beautiful wrought iron window. Pastinya dah berusia beratus tahun.

Hiasan wronght iron bermotif tumbuhan di atas pintu masuk.

Pemandangan di korridor yang mengelilingi Inner Courtyard masjid.


Halaman dalam masjid dan menara jam. Fyi, lantai dataran ini sejuk. 

Tempat wuduk di tengah Inner Courtyard.

Suka betul saya tengok hiasan ukiran pada binaan tempat wuduk ni!

Cantik sangat! Kalau la banyak masa nak explore masjid ni dah saya ambil gambar setiap ukiran yang ada pada binaan octagonal dan tiang-tiang tu!

Terdapat menara jam tembaga yang boleh dilihat dari courtyard ini. Ia diberikan kepada Muhammad Ali oleh Raja Louis Philippe dari Perancis pada tahun 1845. In return Muhammad Ali telah beri obelisk Luxor yang kini berdiri di Place de la Concorde di Paris. Mengikut sejarahnya, jam ini rosak dan tidak pernah berfungsi dengan baik sejak hari pertama ia diletakkan di situ.


Inilah Luxor Obelisk yang diberi oleh Muhammad Ali kepada Raja Louis Philippe. Tugu ni adalah setinggi 23 meter dan terletak di tengah-tengah Place de la Concorde di Paris. Ia pada asalnya terletak di pintu masuk ke Luxor temple di Mesir. Dah 3,000 tahun usia obelisk ni. Kembarnya masih ada di Luxor temple di Mesir. Ia dihiasi dengan hieroglif mengagungkan pemerintahan raja Ramses II. 

Grandeur. Courtyard yang dilitupi dengan alabaster. 

Tingkap wrought iron tadi dilihat dari inner courtyard.

Laluan pintu yang kami masuk tadi.

Dua menara dengan reka bentuk Turki di sebelah barat masjid. 

82 meter tingginya.

Pada bumbung koridor inner courtyard ini juga ada deretan kubah-kubah kecil.

Dengan inner courtyard besar, tempat berwuduk yang indah di tengah courtyard serta 47 arched doorways ini menjadikan suasana di dataran dalaman ini nampak regal and palatial.

Pintu masuk utama ke bahagian dalam masjid.


Design siling di koridor masjid ini yang sangatlah menarik.




Ini ruang solat masjid.  Dalaman masjid ini memang sangat match lah dengan bahagian luarnya. Dua-duanya grand. Bahagian dalam masjid ini berukuran 41x41 meter. Walaupun berukuran begitu, dengan siling yang tinggi, berdiri di dalamnya pengunjung akan rasa ianya luas.

Ini bahagian dalam Masjid Sultan Ahmed Mosque (Blue Mosque) di Istanbul sebagai perbandingan.

Ruang ini dihiasi dengan lampu mirip Blue Mosque.

Masjid ini dibina dengan dua tingkat kubah memberikan rasa ruang yang lebih besar daripada yang sebenarnya. Kubah utama disokong oleh empat arches dengan tiang-tiang besar. 

Terdapat empat kubah separuh bulatan di sekitar kubah utama. Terdapat empat kubah kecil di sudut-sudut. 

Siling masjid ini juga mirip siling di dalam Masjid Sultan Ahmed Mosque (Blue Mosque) di Istanbul (foto bawah).

Kubah dicat dan dihiasi dengan motif. 

Selain ada nama 'Allah' dan 'Muhammad' pada siling masjid ini juga ada 4 nama-nama Khulafa al-Rasyidin.

Dinding dan tiangnya pula ditutupi dengan alabaster sehingga 11 meter tingginya.

Memang sangat cantik interior masjid ni.

Mesti la ambik gambar cara wide angle.

Juga harus capture image secara 360°.

Kata isteri saya masjid ini kini lebih bersih dan teratur berbanding masa lawatan dia ke sini pada tahun 2010 dulu. Dulu nampak tak berjaga rapi dengan permaidaninya berpasir dan kelihatan sangat usang.

Pemandangan menghala ke Mihrab. 

Hiasan alabaster pada dinding yang sangat cantik.

Grand.

Nampak epik chandelier ni.

Juga nampak seperti siling Hagia Sophia.



Pemandangan bahagian kubah separuh bulat dari dalam masjid.

Hiasan di bahagian dalam kubah separuh bulat. So intricate and elegant.


Blue Mosque dapat namanya kerana tingkap-tingkap birunya. Masjid ni kaca tingkapnya warna kuning.

Di dalam masjid terdapat dua minbar. 

Yang besar dibuat dari kayu dan dihiasi dengan perhiasan emas. Ia adalah minbar masjid ini yang asal dan dikatakan yang terbesar di Mesir. 


Satu lagi yang kecil dibuat dari alabaster yang dihadiahkan oleh dari Raja Faruq pada 1939. 

Mihrabnya pula dibuat dari marmar Mesir, simple tapi sangat cantik.

Hiasan alabaster dinding masjid.


Masjid ini mempunyai 136 stained glass windows.


Haruslah juga tampal di sini gambar kami berfoto-fotoan sebagai kenangan.




Pemandangan ke arah pintu masuk yang kami lalui tadi.

Pemandangan ke arah pintu masuk sebelah kanan mihrab.


Di sudut bahagian belakang ruang solat (di sebelah kanan pintu masuk yang kami lalui), di dalam pagar tembaga yang sarat dengan hiasan ukiran, adalah makam Muhammad Ali. 

Sebenarnya Muhammad Ali tidak dikebumikan di sini pada asalnya. Dia telah dikebumikan di Housh el Basha, tetapi salah seorang penggantinya, Raja Abbas I, telah memindahkan jasabnya ke lokasi ini.

Mendengar penerangan yang diberi oleh Ustaz Faiz mengenai sejarah masjid.

Selesai di dalam, kami keluar dari masjid ke taman masjid.

Ada kolam air pancut tapi nampaknya macam dah tak berfungis.

Taman dan sebuah bangunan lama di kawasan masjid iaitu El Gohara Palace yang dibina oleh Muhammad Ali Pasha pada 1814. Once a very grand palace, telah terbakar 2 kali dan dibaiki oleh Mohammad Ali. Grand palace ni, siap ada menagerie untuk seekor singa, 2 ekor harimau dan seekor gajah, hadiah dari British's Lord Hastings.

El Gohara Palace.

Meow pun ada.

Kami ke hujung taman untuk pemandangan Islamic Cairo.







Ada pulak padang bola.

Nampak macam youth center.

Samar-samar je nampak piramid.

Sebelum leaving Citadel of Saladin ni, kami ke sini untuk group photo. Very nice view point of the mosque dari sini.  

Masjid Mohamed Ali Pasha ada pada wang kertas 20 Pound Egypt.

Lawatan kami ke Citadel of Saladin berakhir dengan lawatan ke Masjid Mohamed Ali Pasha. Bergambar dulu sebelum beredar. 

Walaupun bukan salah satu masjid paling tua di Kaherah, ataupun salah satu yang paling bersejarah, kerana kemegahannya dan lokasinya di Citadel, Masjid Muhammad Ali adalah masjid Islam paling popular di kalangan pelancong yang ke Mesir. Kerana ia adalah sebuah monumen yang kelihatan paling jelas di Kaherah berkedudukan di atas Ciadel, masjid ini menjadi simbol Kota Kaherah, walaupun dikatakan ciri-cirinya adalah antara yang paling tidak 'Egytian' di kalangan monumen-monumen lain di kota ini. 

Berjalan keluar dari Kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. 

Ada tingkap-tingkap kecil pada kubu ini untuk tujuan memanah musuh agaknya.



Sebelum naik bas ambil gambar dari parking lot kubu ini. 

Pemandangan Al Abageyah, Qism El-Khalifa, Cairo.


Juga boleh nampak kawasan perkuburan, immediately behind the blue bus.

Habis dah lawatan pada hari ini. Kami terus dibawa untuk check-in di Amarante Pyramids Hotel Cairo. 

Melalui kawasan Sayeda Aisha Market. Ustaz beritahu kalau curious nak explore real Egytian Market, yang tak touristic, pergilah ke Pasar Jumaat Sayeda Aisha market ni. Semua benda ada dijual di sini. 

Pasar Jumaat ini bukanlah seperti pasar hujung minggu lain. Ia adalah salah satu yang terbesar di Kaherah dan mungkin juga di Mesir. Tapi kena beringat la kalau nak pergi sebab pada hari Jumaat (hujung minggu di Mesir) pasar ini didatangi puluhan ribu penduduk Kaherah yang termiskin. Di sana, mereka boleh membeli dan menjual hampir apa-apa sahaja jenis barangan dengan harga yang mereka mampu.

Di sini, hari Jumaat adalah hari yang paling special sebab pelbagai jenis pasar kota Kaherah seperti Pasar Selasa, Pasar Ahad dan Pasar Haiwan, semua berkumpul di tempat ini hanya pada hari Jumaat.

Majoriti pengunjung pasar ini ialah dari low to middle class Egyptian mencari pelbagai keperluan mereka dengan harga murah; dari perkakas dapur dan kasut kepada perabot. Pasar ini terletak di landasan keretapi lama yang terbiar, di lorong-lorong kecil dan di antara rumah-rumah dan pondok-pondok, beberapa di antaranya mungkin diduduki oleh penjual sendiri. 

Selain dari barangan terpakai dan dicuri yang dijual di sini, ada juga street entertainers antaranya seperti ahli silap mata, pemakan kaca, penelan api dan performing card tricks. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dengan pickpockets; pasar ini juga dikenali sebagai Souq Al-Harameya, atau pasar pencuri.

Dekat dengan kawasan pasar ini ada Masjid Sayeda Aisyah. Sayeda Aisha adalah salah seorang waris keturunan Nabi Muhammad yang menetap di Mesir.

Melalui kawasan district Al Abageyah, Cairo.

Kalau tak silap binaan-binaan rendah di tepi flyover tu ialah kubur.


Di Cairo ini juga ada satu lagi peninggalan binaan bersejarah yang memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian penduduk Kaherah beratus tahun dahulu iaitu binaan saliran air atau menara terusan ini.

Ia dipanggil Cairo Aqueduct atau “Wall of the Arched Canal”. Juga dipanggil Mamluk Aqueduct. So important kerajaan Mesir calls it 'Cairo’s architectural gems'. 

InsyaAllah saya akan cerita dengan lebih detail lagi tentang aqueducts ini dalam coming entry. Sangat fascinating!

Antara apartments mewah di Cairo. 

Kuda di city park.

Melalui kawasan Giza Governorate. 



Cafes with outdoor seats.

Nampaknya how the facade look is not important. Yang penting di dalam selesa.

Kalau nampak haiwan seperti kuda dan keldai di tengah-tengah bandar dan kesibukan jalanraya adalah pemandangan biasa di bahagian Kaherah ini. Pak cik ni jual barangan pasu dan periuk tanah agaknya. Saya tertanya juga di Cairo ni adakah dibenarkan kereta kuda/keldai digunakan di jalanraya? Saya baca rupanya every few years sejak tahun 70an Mayor Cairo ada melancarkan programs (like 'Cairo Without Animal Carts' initiatives) untuk kereta tarikan binatang ini dihentikan dengan cara berperingkat dan pemiliknya diberikan sokongan ekonomi untuk membeli kenderaan bermotor dengan diberi insentif pinjaman mudah yang mempunyai pelan pembayaran jangka panjang. Since kami masih lagi nampak banyak such animal carts on the roads of Cairo, I guess program-program tu tak berjayalah. 

Dua sebab kenapa nak hentikan pengunaan kereta kuda/keldai di jalanraya: Pertama ianya bergerak perlahan jadi ini menghalang kelancaran aliran lalu lintas dan menyebabkan kemalangan jalan raya. Kedua kerana ia dipandang buruk dan kotor dan ini menjejaskan imej Mesir. Perlu dikatakan di sini yang pengangkutan begitu amatlah penting dan membantu rakyat Cairo yang sangat miskin untuk menyara hidup mereka. Jadi boleh ke mereka nak bayar balik loan? Also, ramai antara mereka adalah buta huruf, so macam mana nak dapatkan lesen memandu? 

Van public transport.


An animal cart on a very busy road.

Menyeberang Sungai Nil kecil masuk ke Rhoda Island.



Inilah Sungai Nile. Lokasi hotel penginapan kami adalah di seberang sungai ini dari Citadel of Saladin, iaitu dalam kawasan Giza Governorate. 

Menyeberang Sungai Nile dengan Abbas Bridge.

Masa merentas sungai ni, teringat Ustaz ada share sayings yang mengatakan "Siapa pun yang minum dari Sungai Nil akan selalu kembali kepadanya". Betul la tu kot sebab isteri pernah ke sini pada 2010 and now dia kembali lagi ke sini pada 2018 ni. Seingat dia tak de la pulak dia minum air direct dari sungai ni sebab sungai Nil dekat Cairo ni adalah kotor dan tidak boleh di minum.. hehe.

Baik, rasanya elok saya share sikit di sini beberapa keistimewaan Sungai Nil. Sumner dari: link

Sungai Nil adalah di antara sungai syurga yang diberikan untuk penghuni dunia. “Dari Abu Hurairah, Rasulullah ﷺ bersabda: “Seihan, Jeihan, Nil dan Efrat, semuanya adalah sungai-sungai syurga” (HR. Muslim).

Satu-satunya sungai yang disebutkan dalam al-Quran (secara Ijma para ulama).
Sungai Nil merupakan satu-satunya sungai yang disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran, sebagaimana disampaikan oleh Imam at-Taifaasyi dalam bukunya Suja’ul Hudail: “Tidak satu pun sungai di muka bumi ini yang disebutkan oleh Allah SWT dalam al-Quran, selain sungai Nil”.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman:
وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَاتَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ [القصص

Artinya:
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa; “Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah Dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, karena Sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari Para rasul” (QS. Al-Qashash: 7). 

Saidina Umar Al-Khattab Menulis Surat Kepada Sungai Nil.
Sumber: link.

Tatkala Mesir dibuka oleh kaum muslimin, penduduk Mesir datang menemui 'Amr bin 'Ash yang dilantik sebagai gabenor di mesir oleh Amirul Mukminin.

Pada saat sudah masuk satu bulan yang dianggap suci oleh penduduk Mesir, penduduk Mesir itu berkata, "Wahai gabenor, sesungguhnya Nil ini memiliki kebiasaan di mana ia tidak akan mengalir kecuali dengan melakukan satu tradisi. 'Amr bin 'Ash berkata: "Tradisi apakah itu?"

"Jika masuk tanggal 11 bulan ini, kami akan mencari seorang gadis, kami minta kedua orang tuanya untuk memberikannya dengan rela hati. Kemudian kami hiasi gadis itu dengan pakaian dan perhiasan yang paling indah, kemudian kami lemparkan dia ke sungai Nil ini", jawab penduduk Mesir.

"Ini tidak mungkin dilakukan dalam Islam" kata 'Amr bin 'Ash.
Penduduk Mesir patuh oleh apa yang telah dikatakan 'Amr bin 'Ash. Ternyata sungai Nil itu kering dan tidak mengalirkan air sedikit pun hingga kebanyakan penduduk memutuskan untuk berhijrah. 

Tatkala melihat keadaan yang demikian, 'Amr bin 'Ash (Amru bin Ash) menulis surat kepada Khalifah 'Umar bin Khattab. Dalam surat itu dia menerangkan bahawa mereka ditimpa musibah, dia jelaskan kronologinya termasuk tentang tradisi masa lalu itu.

Kemudian 'Umar bin Khattab menulis surat kepada 'Amr bin Ash yang di dalamnya ada nota kecil. Dalam surat 'Umar menulis: "Sesungguhnya saya telah mengirim kepadamu dalam suratku nota kecil maka lemparlah nota kecil itu ke sungai Nil."

Tatkala surat 'Umar sampai di tangan 'Amr bin Al 'Ash, dia mengambil nota kecil dan membukanya, ternyata di dalamnya berisi tulisan sebagai berikut:

"Dari hamba Allah, Amirul Mukminin, Umar bin Khattab, amma ba'du. Jika kau mengalir kerana dirimu sendiri maka janganlah engkau mengalir, namun jika yang mengalirkan airmu adalah Allah, maka mintalah kepada Allah Yang Maha kuasa untuk mengalirkanmu kembali."

'Amr bin 'Ash kemudian melemparkan nota kecil itu ke sungai Nil. Allah mengalirkan sungai Nil dengan kadar 16 dzira' dalam 1 malam.

Dengan terjadinya peristiwa itu, Allah SWT telah menghancurkan tradisi jahiliyah dari penduduk Mesir hingga sekarang.

Meneruskan perjalanan ke hotel.


Ada tren sedang passed by. Mungkin dari Giza Train Station.


Bangunan yang nampaknya macam apartments yang dijadikan premis perniagaan sebab ada banyak business signboards, one of them 'Dentist'. 

Kedai perabot. 

KFC dan Huawei.

Gedung pakaian.

Di bangunan ini juga penuh dengan business signboards. Semua in Arabic. Tak ada satu pun yang non-Arabic.


Kebanyakkan kedai di main road ni yang kami nampak ialah kedai pakaian.






Pemandangan yang pada pendapat saya adalah bercanggah dengan kemuliaan Mesir sebagai tanah bumi para anbiya. 




Selamat sampai ke hotel, Alhamdulillah. Ini Hotel Amarante Pyramids Giza yang menjadi hotel penginapan kami selama 5 malam. 

Lobi hotel.

Semua guests perlu melalui security checks sebelum masuk ke hotel.

Bilik yang besar dan selesa. Alhamdulillah. Apparently, bilik standard di hotel-hotel di Egypt memang banyak yang Triple Sharing.

Bilik airnya. 

Waktu solat di sana.

Kawasan swimming pool hotel. Ni masa tengah jalan nak ke restoran hotel for dinner.

Cantik hotel ni. 


Nice ambiance restoran ni. 


Di sini portion memang besar. Suku pun saya tak habis salad ni.

Sup ni saya habis, cecah dengan roti.  Sini roti main staple. Sup ni bland tawar sikit, suppose to add in your own salt and pepper. I did not cause too salty not good for my blood pressure. Well, not just mine, but to everyone's actually, kan...

Ni main course. Huge portion! Sedap ke? Honestly, mostly I ate the rice and veggies. Not so much the chicken. And it was not only me.

Yang ni... two enthusiastic thumbs up! Wayyy uppp! Hehehe... 

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. tempat wudhu' berukiran tu masih boleh digunakan ke?
    kenapa ada yang berseluar pendek lepak-lepak dalam masjid?
    lawa nya dalam masjid tu !
    the windows , ukiran , everything
    Seihan, Jeihan, Nil dan Efrat - tau tak sungai-sungai yang lain tu kat mana?

    interesting story regarding the nile to
    thanks for sharing!

    nah..
    puisi Al Burda
    https://www.youtube.com/watch?v=7NvYDCUaFwE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya masih lagi in working order. Tak cuba sebab nampak macam tgh ada kerja baikpulih.
      Tak perasan pulak. Sebenarnya tak boleh. Penjaga di main entrance akan suruh pakai jubah.
      Lawa sgt. Lagi kecik dari yg di Istanbul tapi still lawa.

      Seyhan tu di Turki. Jeihan, tak tau. Efrat tu aka Euphrates, mengalir through Iraq, Turki dan Syria.

      Most welcome. Actually ada lagi kisah menarik ttg Nil. Saya share sini only a few je.

      Hehehe.. thanks for the link. Earlier masa tulis blog ni I dah check di YouTube :).

      Delete