Selesai lawatan ke 'Uyun Musa (telaga-telaga Nabi Musa as), kami teruskan perjalanan ke Dahab.
Baik, summary sikit sehingga setakat ini. Dari seawal pukul 3 pagi dah bertolak dari Amarante Pyramids Hotel di Cairo. Stop kejap di Sinai Rest House untuk solat Subuh dan sarapan. Lepas tu menyeberang Terusan Suez melalui terowong bawah tanah di Al Shahid Ahmed Hamdi Tunnel. Diikuti dengan stops di Muzium Kubu Israel (War Memorial 73) dan 'Uyun Musa. Now seterusnya ke Abu Zenima for lunch sebelum ke Dahab.
Baik, summary sikit sehingga setakat ini. Dari seawal pukul 3 pagi dah bertolak dari Amarante Pyramids Hotel di Cairo. Stop kejap di Sinai Rest House untuk solat Subuh dan sarapan. Lepas tu menyeberang Terusan Suez melalui terowong bawah tanah di Al Shahid Ahmed Hamdi Tunnel. Diikuti dengan stops di Muzium Kubu Israel (War Memorial 73) dan 'Uyun Musa. Now seterusnya ke Abu Zenima for lunch sebelum ke Dahab.
Perjalanan ke Abu Zenima adalah menyusuri persisiran pantai Teluk Suez di sebelah kanan dan pemandangan padang pasir di sebelah kiri. Dalam entry ini saya kongsi foto-foto pemandangan gurun yang sangat indah di Semenanjung Sinai. I must add that they were some of the most beautiful desert landscape my wife and I had ever seen.
Pylons erected with power lines stretching hundreds of km on desert land.
A lone Egyptian woman walking in the desert.
Suhu yang nyaman.
Kedudukan masjid dan gereja bersebelahan.
Passed by Nozha Beach di area Ras Sudr. Ada beberapa beach resorts yang kami nampak di sini.
Nozha Beach Ras Sudr, sebuah projek besar pusat peranginan tepi pantai.
Di persisiran Teluk Suez yang dilalui, selain resort-resort, ada juga kawasan kediaman baru contohnya MolenVeick Ras Sudr ini yang ada beach cafe, hotel, private beach club and I amsterdam (food court).
I amsterdam ini adalah sebuah food court pertama seumpamanya di Ras Sudr di mana pengunjung boleh nikmati pelbagai restoran, kafe dan kedai-kedai.
Kawasan subur/ladang di Ras Sudr.
Melalui beberapa bandar/pekan di Ras Sudr di Semenanjung Sinai. Ini di jalan El Qantra Shark, Ras Sedr Road.
Cantik pulak monumen ikan ni. Mungkin sebagai simbol ini dulunya kampung nelayan (ada Sheikh Zein Fish Market nearby) atau pun sebagai indication yang perairan laut di kawasan ini penuh dengan hidupan laut yang eksotik.
Ini Ras Sidr Grand Mosque.
Sebuah masjid di tengah padang pasir.
Mobil.
Pemandangan Teluk Suez / Laut Merah.
Resorts and private homes by the Red Sea.
Different hues of blue Laut Merah ini adalah sangat memukau! SubhanAllah.
Passed by Blue Bay Resort.
Blue Bay Resort ni adalah a 5 Star touristic village in Ras Sudr. Ada 85 bilik, kolam renang, kompleks sukan, water games, sports complex, health spa and diving center. Owned by Al-Adnan Touristic Investment. Ok, ni saya letak satu contoh resort tepi pantai (Blue Bay Resort) di Semenanjung Sinai ni yang mengadap Teluk Suez yang dilihat dari atas. Tanahnya cukup luas dan tak ada pokok. And it is right off the highway.
A new sea side project. Nampak macam hampir nak siap. Ada banyak projek macam ni yang kami nampak. Ada buyers ke? Berapa la agaknya harga satu unit?
Dari kawasan berpemandangan Laut Merah, kami lalu pula kawasan pemandangan padang pasir.
Our lunch stop di Abu Zenima lagi 40 km.
Cuma sekadar for info. Ini lokasi-lokasi Abu Rudeis, Saint Catherine, Tur Sinai dan Sharm El Sheikh di Semenanjung Sinai per the above road signboard.
Kata Ustaz ini adalah kilang cement.
View kilang cement dari atas.
Breathtakingly beautiful desert landscapes. Yang bestnya kami noticed landscapes gurun di Semenanjung Sinai ni adalah berlainan walau pun jarak antara pemandangan-pemandangan tersebut cuma beberapa km sahaja. So close amongst them, yet different. Fascinating!
Dalam perjalanan di tengah-tengah ketandusan padang pasir ini, suddenly we came upon satu kawasan yang ditumbuhi banyak pokok-pokok termasuk pokok-pokok kurma. Bagaikan ada sebuah oasis kecil yang hijau subur.
Pemandu bas pun menghentikan bas seketika. Sejurus itu Ustaz memberitahu kami yang according to our bus driver tempat ini pernah menjadi kediaman Nabi Musa as dan pengikut-pengikutnya pada masa dahulu. Kerana itulah ia subur begini. Begitulah keberkatan pada nabi, dapat disaksikan hingga sekarang. Wallahu a’lam.
Selain kami ada juga pelancong lain yang berhenti di sini, perhaps they were told the same info macam kami juga.
Unfortunately, saya tak dapat detect lokasi sebenar kawasan subur ini untuk dikongsikan di sini. Hanya yang boleh saya confirm ia terletak antara Blue Bay Resort tadi dan Abu Zenima, which is within a stretch of 58 km road, di highway Ras Sedr-El Tor.
Perjalanan diteruskan.
Oh ya, nak share juga yang road condition di highway ini adalah bagus. Quite excellent actually....
...considering laluan lebuhraya ini merentas bukan saja gurun berpasir tapi juga kawasan rough terrains, bukit bukau dan gunung ganang.
Saja saya lekap pemandangan dari atas macam ni to show yang bukan sahaja landscapes yang kami nampak di luar tingkap bas sangat menarik but equally reviting seen from above.
Mungkin satu lagi kilang cement.
Jarak dari Al Shahid Ahmed Hamdi Tunnel ke Abu Zinema adalah sejauh kira-kira 149 km dan ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. Kami tiba di Abu Zinema pada pukul 10.30 pagi.
Tiba di restoran Madinah untuk makan tengahari. Still early for lunch tapi kami makan juga sebab lepas Abu Zenima ni menuju ke Dahab dah tak ada restoran yang dikira sesuai oleh travel agency untuk kami lunch especially yang boleh cater to group besar.
Let's have a look inside shall we.
Simple je restoran ni tapi selesa.
Ada peta Semenanjung Sinai.
Ada lokasi 'Uyun Musa, Jabal Musa/Jabal Catherine, Dahab dan Sharm El Sheikh.
Ruang makan. Besar restoran ni jadi sesuai untuk accommodate big group 22 orang macam kami ni.
Hidangan lunch kami. Semua sedap! Alhamdulillah.
Ada pilihan, nak ayam ke daging? So saya pilih daging dan my wife pilih ayam. Pas tu kami share-share, dapat la rasa dua-dua.. hehe. Actually elok buat macam tu sebab portion Arab ni memang la besar, so better la kalau sharing.
Lepas makan kami pun bertolak ke Dahab. Ok, sedikit cerita pasal Abu Zenima since we passed through bandar kecil ni. Abu Zenima (أبو زنيمة) adalah sebuah bandar pesisiran laut di Wilayah Selatan Sinai, Mesir. Ia mempunyai keluasan 5,000 kilometer persegi. Di sekitar bandar ini ada kawasan perlombongan bijih uranium dan mangan, pasir silika, gipsum dan kaolinit.
Pada tahun 2009, seekor ikan paus minke (minke whale) berukuran 10 meter dan seberat 10 tan ditemui mati terdampar di pantai Laut Merah Abu Zenima. Ikan paus itu dipercayai telah sesat hilang arah dari Lautan Hindi, dan kelaparan kerana kekurangan makanan. Bangkainya telah ditanam di dalam kapur (lime), demi menjaga kesihatan masyarakat di Abu Zenima, dengan cadangan untuk dipamerkan rangkanya di pusat pelawat later on.
Side note: sedih pulak saya baca nasib si ikan paus... :(
Inilah paus minke. Such a beautiful creature. SubhanAllah.
Off the shores of Abu Zenima kita boleh nampak kapal-kapal pelbagai saiz passing by via Laut Merah di Teluk Suez ini.
Di Abu Zenima juga ada Port of Abu Zenima yang terletak di timur Teluk Suez, di semenanjung Sinai ini. Komoditi utama yang dikendalikan oleh pelabuhan ini adalah Dry Bulk (barangan kering).
Dari dalam bas passing through Abu Zenima ini, kami juga boleh nampak pelantar minyak.
Pelantar minyak di pesisir pantai Abu Zenima.
Seperti yang diberitahu Ustaz, kami akan lalu banyak sekatan tentera seperti ini. Di kawasan-kawasan tertentu, every few kilometers, mesti ada satu sekatan. Dan kami sangatlah bersyukur kerana perjalanan kami telah dipermudahkan oleh Allah SWT. Bila pemandu bas memberitahu tentera yang kami berasal dari Malazie (Malaysia), terus kami dibenarkan berlalu.
Bukanlah nak kata just because we are from Malaysia, mudah je nak lepas. Ustaz Faiz cerita dalam perjalanan dia dengan satu group yang lepas, mereka telah ditahan lama dan dikenakan pemeriksaan ketat di checkpoints tentera disebabkan telah berlaku satu kejadian di mana seorang pegawai keselamatan Mesir dibunuh oleh pengganas di Semenanjung Sinai.
Pada saya, saya appreciate dibuat sekatan-sekatan ini walaupun banyak sekali sekatan yang perlu kami lalui. Ini kerana ianya adalah langkah-langkah keselamatan implemented by Egyptian Government demi menjaga keselamatan pelancong ke Sinai, Mesir.
Antara contoh pemeriksaan yang saya noticed ialah di satu sekatan Thoha (tour guide dari Mesir) dan polis escort kami perlu turun bas dan melapor pada pegawai keselamatan di sekatan itu yang kami telah selamat sampai ke checkpoint ini setelah bertolak dari the earlier checkpoints. Ini cara mereka memantau perjalanan kami dari satu checkpoint ke satu checkpoint. Also saya noticed even while dalam perjalanan antara dua checkpoints, Thoha akan menerima calls dari pegawai/tentera keselamatan checking where we were. Saya fikir panggilan sebegitu perlu dibuat kerana kawasan yang sedang kami lalu pada masa itu possibly adalah kawasan 'bahaya' atau 'risiko tinggi'. Dan di setiap checkpoints, perlu diberikan info destinasi kami kepada pegawai/tentera yang bertugas yang selalunya diberikan oleh pemandu bas, infonya ditulis pada sekeping kertas.
Kata Ustaz Faiz, Kerajaan Mesir memang mengenakan peraturan supaya semua pelancong yang datang berkumpulan perlu memfailkan perjalanan masing-masing di Sinai kepada pihak berkuasa sebelum bertolak. Kita perlu melapor diri di pos-pos tertentu dalam perjalanan untuk memastikan yang kita dah selamat sampai.
Kerajaan Mesir juga tidak menggalakkan pelancong bergerak secara bersendirian melalui jalan darat di Sinai. Pelancong-pelancong yang datang tanpa berkumpulan di Sinai sangat digalakkan untuk menggunakan laluan udara. Jika mereka menggunakan pengangkutan awam darat, mereka selalunya perlu melalui soal siasat yang ketat di pos-pos keselamatan yang dilalui.
Ok lah, panjang sungguh pun cerita pasal procedure keselamatan perjalanan di jalaraya Sinai yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Mesir :). Jom enjoy the beautiful Sinai's desert landscapes.
Most areas yang kami lalu memang sunyi macam ni. Sometimes tak ada langsung kenderaan lain for kilometers.
Lagi 203 km lagi nak sampai Dahab.
Setiap kali nampak lone tree macam ni mesti saya nak ambik gambar.. hehe. Tak tau kenapa suka sangat.. haha.
Tersenyum lebar bila dapat shots yang sharp macam ni.. hehe
Dan kena rajin juga ambil gambar ke arah depan sebab the views nya ...... subhanAllah.. cantik sangat!
Lone tree lagi! Ahahaha.. Pada mata saya cantik sangat, pulak lagi dengan backdrop macam tu :).
Another one! Hehehe.. can't promise it'll be the last one though :).
Melalui kawasan gunung ganang yang menjulang tinggi.
Dari Surah Al-Nahl, Ayat 15:
وَأَلْقَىٰ فِي الْأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَأَنْهَارًا وَسُبُلًا لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.
Dan dari Surah An-Naba, Ayat-ayat 6 dan 7:
أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًا
Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?
وَٱلْجِبَالَ أَوْتَادًا
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?
Dan ada kalanya kami nampak kaki bukit dan gunung yang dilitupi pasir halus yang terkumpul di situ setelah ribut pasir.
Warna gunung ganang yang kami nampak pun berlainan warna. Kalau yang tadi warnanya terang dan lembut. Yang ini gelap dan keras.
Yang kami lalui tentunya adalah lebuhraya yang luas dan rata. Bayangkan sebelum adanya highway ini, bagaimanakah rupa landskap di sini. Imagine la kerja mengorek dan meratakan laluan lebuhraya di kawasan gurun ini. Bukit-bukit dipotong, tanah rendah ditambak, kawasan tanah runtuh diperkukuhkan etc etc. Also patut la nampak ada banyak longgokan tanah, pasir dan batu batan di tepi jalan.
Overloading macam ni adalah pemandangan biasa di sana.
Agaknya ada sumber air bawah tanah di kawasan lembah ini.
Passed by juga kawasan kampung orang Badwi.
Banyak kambing di kampung ni.
Typically beginilah dwellings mereka.
Sekali sekala ada kami nampak kereta peronda polis ni.
Pada masa ni kami sedang di St. Katherine-Nuweibaa Road.
Antara masjid-masjid yang kami nampak semasa merentas bahagian tengah Semenanjung Sinai ini dengan St. Katherine-Nuweibaa Road ni.
St. Katherine-Nuweibaa Road.
Kawasan ladang kurma.
Kata Ustaz di kawasan-kawasan yang kami lalui, ada possibility kita akan nampak unta liar.
Tapi yang ni bukan unta liar sebab kakinya diikat seperti dalam foto ni. Diikat macam tu agaknya untuk benarkan unta tu sekadar berjalan sahaja dan tak boleh lari.
Sebuah lagi masjid.
Kebuh di tengah padang pasir.
Ke mana la agaknya driver tu nak pergi?
Quite likely kawasan kebun ini disaliri dengan air dari telaga/bawah tanah.
Kami passed by kawasan Saint Catherine di tengah-tengah Semenanjung Sinai ini around pukul 12.30 tengahari. Di kawasan inilah lokasi Gunung Tursina, tempat di mana Nabi Musa AS menerima Kitab Taurat dari Allah SWT. Nama Saint Catherine pula digunakan sempena nama seorang Christian Saint yang jasadnya dikebumikan di sini. Kami akan buat lawatan ke St. Catherine ini masa dalam perjalanan pulang ke Cairo pada esoknya.
Perjalanan diteruskan dari kawasan Saint Catherine ini ke Dahab. Lagi lebih kurang 2 jam, sejauh 128 km.
Excellent highway. Asphalt rasanya.
We passed by some areas with major road work. Perhaps part of the government's effort to catapult Sinai as a major tourist destination.
Lagi foto-foto pemandangan Semenanjung Sinai yang sangatlah cantik!
Passed by Taba Protectorate.
Ada dwellings yang dibuat/dikorek dalam bukit/batu besar ni. Macam di Madain Saleh, Arab Saudi. Kami akan lawat tempat ni later on.
One of my favourite shot. Suka tengok jalanraya yang bengkang bengkok tu :).
Dahab, lagi 40 km.
A couple more camels shots.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.