السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baik, sambung lagi cerita Klook's 'Terengganu Private Instagram Day Tour' kami. Selepas tak jadi nak ke Pantai Jambu Bongkok disebabkan hujan ribut, maka kami pun berpatah balik ke bandaraya Kuala Terengganu. Next kami akan ke Pulau Duyong.
Masjid Sultanah Nur Zahirah.
Mercu tanda Marang ~ Replika Sotong, Udang dan Kerang.
Masa on the way tu, kami ternampak poster besar ini. Ianya tentang Masjid Ulul Albab di Besut yang dibina tanpa paku. Kalau nak ke sana kena lain kali sebab jarak antara KT dan Besut ialah 113 km.
Selamat tiba kembali ke bandaraya Kuala Terengganu.
Signage 'Selamat Datang Kuala Terengganu' di Bukit Chendering ini menandakan kami sudah pun melepasi sempadan Marang/Kuala Terengganu.
Ini Masjid Sultan Ismail. Shafik bercerita pada kami salah seorang pelancong luar negara yang dia bawa tour Terengganu sangat berminat dengan masjid-masjid di Terengganu kerana menurut pelancong itu masjid-masjid di negeri ini bukan sahaja cantik dan unik tapi juga mempunyai design dan architecture yang berlainan antara mereka. Kelainan reka bentuk ini yang buat pelancong itu jadi sangat teruja.
Ini foto-foto masjid-masjid yang sempat kami rakam semasa percutian kami di sini sebagai perbandingan dari segi reka bentuk dan keunikkan binaan masjid-masjid Terengganu.
Menyeberang Sungai Ibai dengan Jambatan Kuala Ibai.
White House? Well, the house is in fact white 😄. It is actually White House Cafe & Restaurant, Kuala Ibai.
Bukit Besar Kuala Terengganu.
Kompleks Seri Iman.
Dikatakan reka bentuk Kompleks yang cantik ini menyerupai Kompleks Balai Islam yang terkenal [kompleks Bangunan Islam], di Lundang, Kota Bharu, Kelantan.
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.
Menyeberangi Sungai Terengganu dengan Jambatan Sultan Mahmud untuk ke Pulau Duyong.
Di sebelah kiri jambatan boleh nampak Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.
Pemandangan Jambatan Sultan Mahmud dari Sungai Terengganu ketika river cruise.
Lokasi-lokasi Jambatan Sultan Mahmud, Pulau Duyong, Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam.
Sebenarnya dalam program 'Terengganu Private Instagram Day Tour' kami ini, lawatan terakhir adalah ke Pantai Jambu Bongkok. Tapi disebabkan hujan lebat kami tak jadi ke sana. Therefore Shafik offer untuk gantikan lawatan itu dan bawa kami ke Pulau Duyong. Kami of course la setuju. Moreover, kami pun tidak pernah lagi ke pulau itu.
Eh... kenapa pula ada Kampung Pulau Ketam di atas Pulau Duyong? Pulau Duyong asalnya terbahagi kepada Pulau Duyong Besar, Pulau Duyong Kecil dan Pulau Ketam tapi bercantum setelah berlaku pemendapan dan penambakan. Kawasan pulau ini sekarang adalah 2.7 kilometer persegi.
Nama asal Pulau Duyong pula ialah Pulau Peria sebab dikatakan bentuk Pulau ini macam bentuk sayur peria. Lepas tu ditukar jadi Pulau Duyong, and I'm sure you can guess already lah, sebab dikatakan 2 duyong (mermaids) pernah dilihat oleh penduduk setempat mendarat di pulau ini.
Pulau Duyong pernah menjadi kediaman ulama terkenal Wan Abdullah wan Amin atau lebih dikenali sebagai Tok Syeikh Duyung, seorang guru agama dari Pattani, yang dihormati oleh istana serta orang ramai. Beliau telah bermastautin dan membuka pondok di Pulau Duyung Kecil. Beliau mengajar pendidikan Islam bukan sahaja kepada penduduk Pulau Duyung tetapi kepada penduduk-penduduk Negeri Terengganu. Kerana terkenal sebagai salah satu pusat pengembangan dan pendidikan Islam utama di Terengganu maka Pulau Duyong telah disebut sebagai 'Lidah Terengganu'.
Pasar Petang / Malam Kampung Duyong Besar.
Di Pulau Duyong ini ada satu peninggalan binaan bersejarah iaitu Kota Lama Duyong atau Kota Duyong. Tapi kami tidak ke sana since masa tu sudah hampir berakhirnya time tour kami ni.
Kota Lama Duyong dibina asalnya pada tahun 1920 oleh pemilik dan pemimpin tempatan bernama Dato’ Biji Sura. Bangunan ini menggabungkan seni bina kayu tradisional Melayu dengan gaya Eropah. Dinding tebal di sekeliling bangunan ini dipercayai telah dibina daripada bata dan disimen dengan ramuan pasir halus, kapur, madu dan putih telur.
Duyong Marina & Resort, Terengganu.
Hotel Duyong Marina & Resort is an iconic property on Duyong Island. The luxury hotel offers plenty of entertainment and recreation, a private marina, and an on-site exhibition centre. |
Kami pun sampai ke Jeti Nelayan Pulau Duyong. Ada banyak kedai makanan laut di sini.
Ini lokasi Jeti Nelayan Pulau Duyong di Pulau Duyong.
Dari sini kita boleh nampak bandaraya Kuala Terengganu across the Terengganu river.
Ada ample parking space di jeti ini.
Pulau Duyung dengan beberapa pulau-pulau kecil lain terletak di muara Sungai Terengganu. Antara pulau-pulau yang termasuk dalam gugusan Pulau Duyung ialah Pulau Duyung Besar, Pulau Duyung Kecil, Pulau Ketam, Pulau Kelab Aya dan Pulau Duyung Sekolah.
Seni ketukangan perahu atau bot amat terkenal di Terengganu. Terdapat pelbagai jenis perahu dan bot dibina dengan berbagai kegunaan. Seiring dengan kepentingannya dalam sektor perikanan, penghasilan berbagai jenis bot nelayan terus menyumbang kepada keterusan aktiviti ketukangan ini.
Sewaktu dahulu, penggunaan kapal-kapal dagang begitu penting disebabkan pengangkutan darat amat terhad. Perahu besar merupakan gelaran kepada perahu dagang yang digunakan sebagai pengangkutan laut yang utama untuk menghubungkan seluruh Kepulauan Melayu, khususnya aktiviti berdagang yang berpusat di Kuala Terengganu. Penggunaannya adalah untuk berdagang dengan negara-negara jiran iaitu memasarkan hasil-hasil bumi dan kraftangan dari Negeri Terengganu dan mengimport barangan berupa beras dan garam termasuk gula dan rempah ratus.
Kehebatan dalam bidang perikanan di negeri ini juga mendorong aktiviti ketukangan perahu ini terus mendapat sambutan. Semenjak dahulu lagi, terdapat banyak perahu nelayan seperti Payang, Kolek, Sekoci dan lain-lain menghiasi pantai negeri ini. Kini perahu-perahu tersebut tidak lagi digunakan dan membuatkan tukang-tukang tidak lagi membinanya. Peralihan ini disebabkan faktor perahu tradisi tidak sesuai untuk menggunakan enjin. Namun begitu, beberapa tukang cuba mengubahsuai perahu tradisi seperti Sekoci dan Beda dengan memasukkan enjin. Ia dikenali sebagai Bot Sekoci dan Bot Bedar. Penggunaannya tidak popular dan tukang-tukang tidak membinanya lagi.
Tukang-tukang perahu tradisi ini telah berusaha memperkenalkan satu rekabentuk baru iaitu untuk mengadakan sebuah perahu yang sesuai untuk menggunakan kuasa enjin. Ini membawa kepada terbinanya perahu atau bot belakang potong. Belakang potong dimaksudkan oleh tukang-tukang perahu di Terengganu sebagai potongan yang perlu dibuat kepada badan perahu di bahagian belakangnya bagi menempatkan sistem enjin termasuk kipas. Meskipun kini rekabentuk dan jenis perahu telah bertukar kepada penggunaan bot moden, pengusahaan bertukang terus berkembang.
Keperluan utama dalam bidang perikanan dan pelayaran membawa kepada lahirnya tokoh-tokoh bertukang perahu, bot dan kapal. Malah terdapat beberapa tukang bot kini yang berjaya berubah kepada tukang kapal layar mewah untuk kegunaan para pelayar ternama dunia.
Lokasi utama ketukangan bot di Terengganu ialah di Pulau Duyong (Kuala Terengganu), Kampung Payang (Setiu), Kuala Besut (Besut), Kampung Seberang Marang (Marang), Kuala Dungun (Dungun) dan di Kampung Geliga (Kemaman). Tetapi sebahagian besar tempat-tempat tersebut tidak lagi mempunyai pengusaha yang aktif berbanding di Pulau Duyong dan Seberang Bukit Tumboh di dalam daerah Kuala Terengganu.
Di Jeti Nelayan Pulau Duyong ada waterfront sepanjang lebih kurang 200 meter untuk pengunjung bersiar dan menikmati keindahan pemandangan Sungai Terengganu dan juga pemandangan bandaraya Kuala Terengganu dari Pulau Duyong. Foto bawah ialah pemandangan Jeti Nelayan Pulau Duyong ke arah muara Sungai Terengganu.
Pemandangan jeti ke arah upstream Sungai Terengganu.
Pemandangan ke arah bandaraya Kuala Terengganu. Boleh nampak hotel penginapan kami Hotel Paya Bunga.
Dari sini juga pengunjung boleh nampak Jambatan Angkat.
Di hujung sana tu adalah Pulau Duyong Port and Pulau Duyong Jetty Terminal.
Kelihatan nun di hujung sana, ke arah muara Sungai Terengganu, Jambatan Angkat dan Menara MBKT (sedang dalam pembinaan).
Ini pemandangan Jeti Nelayan Pulau Duyong dari Sungai Terengganu dirakam semasa Pulau Warisan River Cruise.
Ini pula pemandangan Jeti Nelayan Pulau Duyong dilihat dari Pesisir Payang.
Pulau Duyong dipercayai mula dihuni sebagai perkampungan nelayan, dan pintu masuk ke Bandar Kuala Terengganu melalui jalan laut oleh para pedagang dan pelaut.
Pulau Duyung adalah salah satu pulau yang menjadi lokasi penempatan utama perkampungan nelayan. Pulau ini terletak kira-kira ½ kilometer daripada muara sungai Terengganu. Terdapat beberapa kampung nelayan di pulau ini seperti kampung Duyung Kecil dan Kampung Pulau Duyung Besar.
Dari peta dan foto-foto di atas kita boleh lihat corak perkampungan di sini adalah berdensiti tinggi.
Menangkap ikan adalah merupakan salah satu pekerjaan utama masyarakat di negeri Terengganu. Negeri ini yang menganjur di sepanjang pantai bermula dari Kuala Besut hingga ke Kuala Kemaman menghadap Laut China Selatan memang sesuai untuk aktiviti tersebut.
Malah ianya telah dikatakan pekerjaan turun temurun yang menjadi darah daging kehidupan mereka. Pekerjaan tradisi ini telah banyak menyumbangkan kepada pembangunan sosial ekonomi Negeri Terengganu.
Walaupun nelayan adalah merupakan salah satu komuniti kecil di Malaysia, peranan mereka amat penting pada ekonomi negara. Mereka adalah penyumbang utama sumber laut untuk masyarakat untuk mendapatkan sumber protein.
Masa kami di Jeti Nelayan Pulau Duyong ini kelihatan ada banyak bot-bot nelayan yang berlabuh. Mungkin nelayan-nelayan di sini tidak ke laut kerana keadaan cuaca yang kurang baik masa tu.
Contohnya masa kami dalam perjalanan nak ke Pantai Jambu Bongkok earlier, hujan turun dengan sangat lebat sekali berserta angin yang kuat sehingga kami terpaksa membatalkan lawatan ke pantai itu. Kalau di tengah laut tentu ombak bergelora dan tidak selamat untuk turun ke laut menangkap ikan.
Dan ini pula foto yang saya rakam semasa Pulau Warisan River Cruise while the storm was approaching. Nelayan sering menghadapi masalah kewangan, terutama pada musim tengkujuh apabila tidak dapat turun ke laut mencari rezeki. Ini kerana aktiviti menangkap ikan adalah kerja utama mereka dalam mencari rezeki berbanding dengan aktiviti lain.
Jom kita ke bahagian bot-bot berlabuh.
Kibaran bendera Malaysia sempena Hari Malaysia.
Bendera Terengganu:
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.
Pulau Duyong Terminal Jetty (kiri) dan Jeti Nelayan Pulau Duyong (kanan).
Pengunjung boleh berjalan-jalan di platform kayu ini sambil menikmati suasana di Sungai Terengganu dan jeti moden ini.
Jika bukan masa tengkujuh, nelayan juga boleh menambah pendapatan sampingan melalui penyewaan bot untuk pemancing rekreasi dari dalam dan luar negara. Pendapatan ini ranges from RM 300 ke RM 450 sehari atau mengikut bilangan jam iaitu RM 50/jam.
Sebagai nelayan, pedagang dan pembuat bot dan barangan kraftangan, masyarakat di pantai dan pulau mempunyai kedudukan penting dalam sejarah negeri Terengganu. Komuniti ini masih kekal ada sehingga kini walaupun sudah lama proses modenisasi berlaku di negeri Terengganu.
Sejak dulu masyarakat pantai Terengganu adalah nelayan. Pendapatan mereka rendah kerana hasil tangkapan yang sedikit, musim tengkujuh, tidak cukup modal, guna cara tradisi untuk menangkap ikan dan masalah pasaran.
Selepas merdeka, ekonomi Terengganu menjadi bertambah baik dengan pertumbuhan ekonomi industri perikanan dan perlombongan bijih besi. Kemudian diikuti pula dengan industri cari gali minyak dan gas dan Pendidikan Tertiari. Bagi industri perikanan pula, ia makin mengecil walaupun permintaan hasil laut meningkat yang membawa kepada banyak projek dibuat oleh kerajaan dan pihak swasta di kawasan pantai Kuala Terengganu.
Sekarang nelayan di Terengganu, contohnya di Pulau Duyong ini, melakukan kerja penangkapan ikan menggunakan peralatan yang lebih canggih terutama untuk aktiviti penangkapan ikan di laut dalam. Kerja ini agak lama berbanding dengan nelayan pesisir pantai yang keluar awal pagi dan balik lewat petang dengan bot-bot kecil mereka.
Kerja menangkap ikan di laut dalam ambil masa beberapa hari lamanya. Bot-botnya bersaiz besar seperti Perahu Payang dan Perahu Kolek dan menggunakan beberapa jenis pukat seperti pukat tunda dan jerut.
Bot-bot ini lengkap dengan peralatan canggih seperti alat komunikasi, tempat simpan ikan berais dan juga alat sonar.
Pada masa dahulu, nelayan-nelayan di sini hanya menggunakan peralatan perangkap ikan secara tradisional tetapi hari ini teknologi moden telah menguasai bidang mereka. Peralatan-peralatan tradisional yang kurang efisyen telah ditinggalkan. Perahu-perahu nelayan yang dulunya menghiasi pantai-pantai kini diganti dengan bot belakang potong yang menggunakan enjin.
Arus pemodenan ini juga melanda masyarakat pendalaman. Dahulu di sungai atau di paya-paya biasanya menjadi tempat untuk memasang lukah, bubu, tetubin dan sebagainya. Namun begitu, hari ini semua peralatan tersebut sukar ditemui lagi.
Dulu sekitar 1940an hingga akhir 1970an dalam sebuah bot nelayan selain ada tekong (ketua membawa bot) dan awak-awak (pekerja dalam bot) juga ada juruselam. Juruselam tugasnya mencari kawasan yang ada kumpulan ikan dengan cara menyelam dan mendengar ‘bunyi ikan’. Bila sudah jumpa the spot, kru bot akan melabuhkan pukat di kawasan itu.
Bila sudah ada teknologi moden mengesan ikan seperti sonar dan peralatan fish finder lain pada 1980an, maka juruselam tidak lagi diperlukan. Selain dari sebab pemodenan, penggunaan bot-bot besar melakukan penangkapan ikan laut dalam turut menjadikan tugas seorang juruselam tidak lagi sesuai.
Ketika generasi terdahulu, kekurangan kemajuan teknologi menjadikan aktiviti penangkapan ikan jadi terhad kerana mereka hanya menggunakan sampan dan bot kayu tanpa enjin, pancing dan bubu untuk menangkap ikan.
Kemudian pukat benang dan bot kayu berenjin diperkenalkan sekitar 1960an dan diikuti dengan pengunaan pukat tasi serta alat kawalan penarik pukat, bot fiber, bot berenjin kuasa tinggi dan teknologi radar pada 1980an. Ini semua telah dapat mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan terutamanya dalam bot laut dalam.
Jeti untuk bot-bot berlabuh juga dibina from time to time in line with the development of the fishing industry in Malaysia. Infrastruktur ini dibina di setiap negeri termasuk di Wilayah Ekonomi Pantai Timur bagi kemudahan bot-bot nelayan dan bot-bot laut dalam.
Pada masa pandemik ini para nelayan kita telah juga dianggap sebagai our ‘frontliners’ kerana mereka memastikan negara kita mempunyai bekalan hasil laut yang mencukupi and therefore play a very important role in safe guarding our ‘food security’.
Dan tentunya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga memainkan peranan penting dalam menjaga ‘food security’ kita. Untuk menjamin kita ada stok ikan yang cukup, selain dari ikan import, LKIM juga mempunyai stok simpanan ikan segar beku atau Q’Fish yang sangat penting terutama ketika musim tengkujuh.
Bekalan sumber protein stok Q’Fish ini terdiri daripada ‘ikan rakyat’ yang disasarkan mencapai stok hingga 50 metrik tan bagi memenuhi permintaan orang ramai.
Selalu kita baca tentang masalah yang dihadapi oleh nelayan seperti ikan yang makin berkurangan, pencerobohan bot tunda di kawasan tangkapan dan kerosakan tempat pembiakan ikan. Dalam usaha membantu para nelayan, tukun konkrit dilabuhkan di seluruh perairan negeri untuk meningkatkan sumber perikanan. Di Negeri Terengganu tukun telah dilabuhkan semenjak tahun 1975 (sumber DOF). Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10 ~ 2011-2015) 118 tukun tiruan pelbagai jenis telah dibina dan dilabuhkan ke seluruh perairan Terengganu. Pada tahun 2016, telah dilabuhkan sebanyak 104 tukun rekreasi hampir ke pesisir pantai bagi membolehkan nelayan tradisional melakukan penangkapan ikan walau pun di masa musim tengkujuh.
Tukun tiruan merupakan rumah ikan yang dibuat daripada konkrit yang dilabuhkan di dalam air. Tukun ini bertindak sebagai tempat pengumpulan ikan, membiak, perlindungan daripada pukat tunda dan sebagainya serta dapat menambah kepadatan sumber perikanan.
Dengan adanya tukun ini dapat mengayakan pertumbuhan flora dan fauna serta dapat menghalang spesis ikan tertentu daripada pupus akibat penggunaan pukat tunda. Ini meningkatkan lagi biodiversiti marin.
Beginilah suasana tukun konkrit di dasar laut yang menjadi tempat ikan berlindung dan membiak. Selepas penggunaan tukun-tukun tiruan jumlah spesis ikan telah bertambah dari 10 jenis spesis kepada 105 jenis spesis!
Dengan penggunaan tukun-tukun tiruan pendaratan ikan telah bertambah dari 27 ribu tan metrik meningkat sebanyak 10% hingga 15% pendaratan pesisir pantai yang bermakna peningkatan pendapatan bagi nelayan-nelayan kecil i.e dari RM1,500 ke RM2,000 hingga RM2,000 ke RM3,000 sebulan.
Selain tukun yang dibuat dari konkrit, tukun tiruan juga boleh dibuat dari rangka kereta, bot-bot lama, keluli dan tayar.
Kereta Kancil pun boleh dijadikan tukun. Dengan roda-rodanya sekali 😃. Tak kisah itu semua asalkan ia boleh jadi tempat ikan berkumpul, berlindung dan membiak.
Bot-bot lama begini juga boleh digunakan sebagai tukun. Juga ada digunakan bot-bot nelayan asing (penceroboh) yang dilupuskan menjadi tukun tiruan.
Setakat ini sudah sebanyak 331 bot nelayan asing dan tempatan yang telah dilupuskan menjadi tukun di perairan Malaysia.
Ini pula tukun-tukun tiruan yang dibuat dari keluli. Selepas 2 tahun penuaian ikan di tukun-tukun keluli sudah boleh dilakukan berbanding dengan tukun-tukun tiruan lain yang ambil masa antara 3 hingga 4 tahun. Tukun ini dibuat menggunakan keluli tahan air masin dan boleh tahun lebih 30 hingga 50 tahun di dalam perairan kita sekarang ini.
Ini pula contoh tukun tiruan yang dibuat menggunakan tayar. Sejarah pembinaan tukun tiruan di Malaysia sebenarnya bermula di negeri Kedah. Teknologi pembinaan tukun tiruan menggunakan tayar diperkenalkan di Pulau Songsong oleh Tentera Udara Diraja Australia yang berpengkalan di Butterworth Pulau Pinang, iaitu sekitar tahun 1970an untuk tujuan rekreasi seperti menyelam skuba dan juga memancing.
Selain tukun, unjam juga digunakan oleh nelayan untuk tujuan yang sama. Unjam
dibina menggunakan daun-daun pokok ru, daun nipah, daun buluh, daun kelapa atau
jurai plastik dan batang buluh. Daun dan dahan-dahan pokok berkenaan dipotong
dan diikat menggunakan tali kemudian ditenggelamkan dengan menggunakan
pemberat. Pemberat unjam dibuat menggunakan guni yang diisi dengan pasir pantai
atau bongkah simen dan diikat pada buluh. Ada juga unjam ditambah dengan
tayar-tayar buruk dan tong-tong ikan terpakai. Pemberat adalah untuk
menetapkan kedudukan unjam itu.
Antara daun pokok lain yang digunakan sebagai unjam adalah pokok teja, palma, kelapa laut (tar) dan asam jawa. Bahagian atas unjam diikat menggunakan pelampung-pelampung polisterin atau tong-tong air terpakai.
Unjam yang dibina oleh nelayan pantai/tradisi biasanya berada berhampiran iaitu dalam lingkungan 2 batu hingga 5 batu di sekeliling tukun tiruan yang dilabuh. Kaedah ini sesuai dengan fungsi dan matlamat di mana tukun tiruan sebagai tempat pemuliharaan, pembiakan dan perlindungan sumber perikanan manakala unjam sebagai tempat pengumpulan dan penangkapannya. Jika unjam ini telah dilabuhkan maka dalam tempoh seminggu sahaja sudah boleh menuai pelbagai spesies ikan dan sotong.
Fascinating fact: Menurut Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO), Malaysia adalah antara sepuluh negara pemakan ikan terbesar di dunia, dengan kadar pemakanan purata hampir 50kg oleh seorang dalam setahun.
Di Pantai Timur, musim tengkujuh bermula pada bulan Oktober hingga berlarutan ke Mac dengan angin kencang dan ombak yang kuat. Jabatan Meteorologi Malaysia pernah meramalkan empat hingga enam kejadian hujan lebat, yang boleh mengakibatkan banjir.
Sepanjang musim tengkujuh ini, pastinya nelayan tidak dapat turun ke laut. Kalau ada yang turun ke laut, jaraknya mungkin sekitar 15 batu nautika sahaja daripada persisiran pantai.
Contohnya bot-bot berenjin kuasa tinggi turun menangkap udang dan ketam di kawasan pesisir pantai kerana mereka mampu memecut laju bot pulang ke pangkalan sebaik cuaca tidak mengizinkan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kalau ada nelayan yang hendak menangkap ikan di laut dalam masa tengkujuh, mereka boleh guna teknologi yang ada untuk check dulu cuaca. Dan tentulah juga mereka kena patuh semua peraturan keselematan seperti pakai life jacket, keadaan bot baik dan cukup minyak dan lain-lain peraturan.
Ketika keadaan cuaca buruk, kawasan-kawasan berlumpur di pesisir pantai menjadi tempat berlindung berbagai jenis ikan seperti tamban, bawal, gelama dan edek. Jadi bolehlah nelayan dan juga pemancing menangkap ikan ketika musim tengkujuh. Ikan gelama sering dijadikan ikan kering dan boleh dijual dengan harga hingga RM12 sekilo.
Bila tidak turun ke laut para nelayan akan melakukan perbagai aktiviti seperti mengait jala/pukat yang koyak, membaik pulih kerosakan pada bot, mengecat bot, memastikan enjin bot berada dalam keadaan yang baik, menukang atau memperbaiki rumah dan lain-lain aktiviti.
Bubu Kerisi di atas bumbung bot.
Pada hari ini ‘identiti’ nelayan sudah berubah. Mereka tidak lagi melakukan kerja menangkap ikan sahaja tetapi juga aktiviti-aktiviti lain. Kepelbagaian pekerjaan ini contohnya adalah sebagai buruh, pentadbiran dan perniagaan terutamanya di kalangan generasi muda.
The transformation in terms of the increasing participation of coastal communities in the inland employment sector is due to the expansion of the manufacturing, construction and services sectors as a result of development progress around community residential areas that has created more employment opportunities for the workforce.
Pencapaian akademik di kalangan generasi muda juga kini sudah bertambah baik selari dengan pembangunan di Malaysia yang telah mengubah negara dari era pertanian ke industri yang memerlukan rakyatnya memiliki pendidikan dan kemahiran yang tinggi.
Bubu Kerisi.
Jambatan Angkat, Pasar Besar Kedai Payang sementara, Pesisir Payang, Menara MBKT dan signage I 💗 KT.
Jambatan Angkat, Pasar Besar Kedai Payang sementara dan Pesisir Payang.
Ok selesai jalan-jalan di Jeti Nelayan Pulau Duyong ni, kami pun naik semula ke waterfront. Eh.... siapa pula akak-akak ni? Hehehe.. Actually saya bertegur dengan akak-akak ni sebab nak kata terima kasih pada mereka sebab mereka bagi kucing jalanan tu makan. You know me la, have soft spot for cats 😁. Langsung akak-akak ni pun nak bagi kami makan juga 😄. Mereka ada keropok lekor dan kuih-kuih lain yang mereka bawa dari Kampung Losong.. 😋.
Shafik pun join juga. Seronok dapat berbual dengan akak-akak ni. They are so friendly and so funny too 😄.
Ok, so begitulah ceritanya lawatan kami ke Pulau Duyong, specifically ke Jeti Nelayan Pulau Duyong. Dan begitulah juga berakhirnya cerita-cerita lawatan-lawatan kami dalam Klook's 'Terengganu Private Instagram Day Tour' ini.
Unfortunately kami tidak berpeluang untuk melawat perkampungan nelayan berhampiran iaitu Kampung Duyong Kecil. Sebenarnya ada banyak kampung-kampung nelayan yang boleh kita lawat di Terengganu ini, seperti lokasi-lokasi di bawah ini.
Dan last sekali saya share foto-foto jeti-jeti nelayan yang pernah saya lawati sebelum ini. Banyak juga rupanya 😃.
Jeti Nelayan Kuching Waterfront, Kuching, Sarawak |
Jeti Tanjung Piai, Pontian, Johor |
Chinese Fishing Net, Fort Cochi Beach, Kochi, Kerala, India |
Jeti Kampung Sabak, Kelantan |
Jeti Nelayan Pasar Umum Sandakan, Sabah |
Jeti Pasar Nelayan Sungai Kubang Rotan, Kuala Kedah, Kedah |
Jeti Pasar Nelayan Seberang Kota, Kuala Kedah, Kedah |
Jeti Nelayan Kuala Kedah, Kedah |
Jeti Nelayan Kampung Peramu, Kuantan, Pahang |
Jeti Nelayan Kampung Kuala Kemaman, Terengganu |
Jeti Nelayan Kampung Kuala Kemaman, Terengganu |
Jeti Pasar Nelayan Balok, Pahang |
Jeti Nelayan Tanjung Api, Kuantan Pahang |
Jeti Sungai Labu, Bagan, Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Jeti Nelayan di Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Jeti Nelayan Parit 3, Sekinchan, Sabak Bernam, Selangor |
Sekinchan Fishing Port, Sabah Bernam, Selangor |
Jeti Kuala Pahang (Jeti Tun Teja), Pekan Pahang |
Jeti Sungai Chukai, Kemaman, Terengganu |
Dermaga Wisata Kalimas, Manado, Sulawesi Utara, Indoensia |
Jeti Nelayan, Penang National Park, Pulau Pinang |
Aberdeen, Hong Kong |
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Wow. tulisan yg begitu detail dan menarik tentang Pula Duyong dan tempat 2 lain di Mlaysia. Thank you.
ReplyDeleteSama-sama. Terima kasih kerana sudi membaca blog saya dan kongsi komen. Appreciate it.
Delete