Wednesday, August 15, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 02 - PART 05 - MASJID AGUNG AL-FALAH KYAI MODJO DAN BENTENG MORAYA

Kami ikut je cadangan Pak Tommy. Apparently dia tahu waktu solat jadi kami setuju untuk santai di Puncak Temboan, sehingga Zohor, lepas tu terus ke masjid untuk bersolat. Pak Tommy dah siap tunjukkan masjid besar untuk kami bersolat dari atas bukit Temboan. Tu, nampak tak?

Let's zoom-in.

Inilah masjidnya. Nama masjid ini ialah Masjid Agung Al-Falah Kyai Modjo Minahasa Sulawesi Utara.

Rancangannya selepas bersolat Masjid Agung Al-Falah Kyai Modjo, kami akan ke Benteng Moraya. 

Masuk waktu solat Zohor kami pun bertolak ke masjid. 

Pokok cengkih di laman rumah.

Masa dalam kereta tu, kami ternampak dengan beberapa orang pemuda yang memakai pakaian tradisional Minahasa.

Kata Pak Tommy, ada orang kenamaan nak datang ke kawasan ini dan pemuda-pemuda ini terlibat dalam upacara sambutan beliau. Tambah Pak Tommy lagi, hanya keturunan yang ada darah pahlawan Minahasa sahaja yang boleh pakai pakaian Pahlawan Minahasa ini. Terus saya terfikir how awesome it would be if we could meet these warriors and have a chat with them, focusing the conversation on their glorious heritage. I mean, cerita sebalik the skulls hanged around their necks tu pun dah tentunya fascinating! Can wish only la. Masa tu tak terfikir pulak nak tanya Pak Tommy if we could. 

Ketika acara menyambut tetamu, Tari kabasaran (atau tari cakalele) akan dipersembahkan. Ia adalah salah satu seni tari tradisional orang Minahasa. Tarian dari nenek moyang suku Minahasa ini menggambarkan seni tarian perang ketika melawan pihak musuh.

Tugu Sejarah Negeri Rurukan di depan sebuah gereja.

Ada banyak pokok cengkih di kawasan yang kami lalu ini. 

Mungkin ini adalah salah satu kawasan utama pengeluar cengkih di Sulawesi Utara.

Ini adalah bangunan Mess Damkar Minahasa. Mess - tempat tinggal. Damkar = Markas Dinas Pemadam Kebakaran. Di sana menggunakan singkatan begini adalah biasa.

Ini pula kem Komando Resor Militer 131/Santiago.

Bangunan Polres Minahasa. Polres = Kepolisian Resor. Resor = daerah kecil.

Melalui Kelurahan Wewelen.

Dan kami pun tiba di Masjid Agung Al-Falah Kyai Modjo Kabupaten Minahasa Kelurahan Kampung Jawa, Tondano.

Masjid ini berada di dalam Perkampungan Jawa Tondano yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Sebuah perkampungan Islam di tengah permukiman masyarakat Minahasa yang majoritinya beragama Kristian. 

Masjid di Sulawesi Utara ini dikategorikan sebagai salah satu tempat bersejarah di Indonesia.  Mengikut sejarahnya, Kyai Modjo adalah seorang penasihat agama dan panglima perang dari pasukan Pangeran Diponegoro (seorang putera Jawa yang menentang penjajahan Belanda) ketika Perang Jawa. Masjid ini telah dibina pada 1854 dan menjadi salah satu saksi sejarah mengenai keujudan umat Islam di daerah Tanah Minahasa.

Masjid ini menjadi peninggalan dari Kyai Modjo dan para pengikutnya yang dibuang negeri oleh Belanda ke Tondano pada akhir 1829. Saat masjid ini dibina sekitar 1854, bangunan asalnya adalah bersaiz sebuah surau dengan dindingnya dibuat dari buluh dan beratap rumbia. 

Kyai Modjo tidak diasingkan bersendirian ke Tanah Minahasa. Seramai 63 orang pengikutnya, termasuk seorang anaknya yang bernama Kyai Ghazali Modjo turut bersama diasingkan ke situ. Saat berada di Tondano, mereka bergaul dengan masyarakat Tondano dan terjadilah perkahwinan di antara mereka dengan wanita-wanita Tondano. Perkawinan ini menghasilkan keturunan dan sehingga kini terdapat generasi yang ke-9 tinggal di kawasan yang dinamakan sebagai Kampung Jawa di Tandano.

Setelah direnovasi, rekaan bumbung masjid yang ada sekarang ini dibuat dengan design Joglo dengan atap limasan tumpang, mirip dengan masjid di Jawa Tengah. Masjid ini juga ada sebuah menara. Dari atas pengunjung boleh melihat seluruh perkampungan Jawa Tondano dan desa-desa di sekitarnya, serta sebahagian Danau Tondano. Kami tak naik sebab pintu masuk ke menara ini berkunci. Tapi rasanya tak larat la nak panjat tangga naik ke atas tu.

Masjid yang kami pergi sebelum ini ada juga beduk tapi yang berbentuk gendang dibuat dari kulit lembu. Di masjid ini juga ada beduk tradisional batang kayu yang hollowed. 

Pokok-pokok kurma juga sedang ditanam di perkarangan masjid. Benih pokok kurma ini dibawa dari Timur Tengah.

Di satu penjuru masjid ada sebuah tugu peringatan kelahiran Kampung Jawa Tondano pada 3 Mei 1830.

"Jaton" bermaksud "Jawa Tondano".



Ruang utama solat utama ini disokong oleh 4 tiang kayu asas setinggi  18 meter yang menyokong bumbung masjid ini. 

Pada bawah tiang masjid ini ada ukiran kayu yang cantik dengan base batu yang juga berukir. Juga ada chandelier kecil menghiasi ruang solat utama ini.

Design bumbung masjid yang cukup cantik dibuat dari kayu. 

Selesai bersolat jamak, Pak Tommy terus bawa kami ke arah Danau Tondano untuk ke satu wisata iaitu Benteng Moraya.

Passing by Kampung Jawa yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Pembakaran sampah, bukan ladang/jerami yang boleh jadi jerebu.

Tak tau apa yang dibawa dalam kereta kuda ini. Cattle feed agaknya. Pemandunya pun tak nampak.. hehe. Tapi one thing kami noticed, haiwan ternakan dan peliharaan penduduk di sini seperti lembu dan kuda nampak sihat and well cared. 

Menyeberang Sungai Tondano yang membelah Kota Tondano.

Dari Masjid Agung Al-Falah kami melalui Kota Tondano untuk ke Benteng Moraya. Kota Tondano adalah ibu kota Kabupaten Minahasa, yang meliputi 4 kecamatan. Ia merupakan salah satu kabupaten tertua di Sulawesi Utara. Suasana kota yang terletak di kaki Gunung Mahawu dan dekat dengan Danau Tondano ini adalah sejuk dibanding Kota Manado yang panas kerana terletak di tepi pantai. Terletak lebih kurang 35 km dari Kota Manado, Kota Tondano adalah tempat lahirnya Pahlawan Nasional Doktor Sam Ratulangi, yang juga merupakan Gubernur Sulawesi yang pertama. 
Perkataan 'tondano' dalam bahasa Minahasa disebut toulour yang bermakna 'orang air'. 'Tou' bermaksud 'orang' dan 'lour' bermaksud 'hamparan air'.

Saya baca Kota Tondano ini dibangunkan oleh penduduk Minahasa bersama dengan pemerintah Inggeris pada 1810. Inggeris? Bukan Belanda ke? Inggeris datang ke situ setelah Belanda yang ketika itu dikuasai oleh Perancis (Napoleon) dikalahkan Inggeris. Jadi Belanda termasuk Indonesia diserahkan kepada Inggeris pada 1810 hingga 1816 di bawah Jeneral Raffles. 

Penduduk Minahasa ketika perang Tondano (perang antara Suku Minahasa dan Belanda) tinggal di Minawanua atau lokasi Benteng Moraya yang ada sekarang ini. Mereka kemudian diminta Inggeris untuk tidak lagi tinggal di tepi danau dan kembali ke alun‑alun kota iaitu pusat perkumpulan, yang sekarang adalah Lapangan Sam Ratulangi.

Kotanya tidaklah terlalu besar. Di sini terdapat beberapa bangunan lama seperti gereja dan rumah penduduk yang telah dibina sejak zaman penjajahan Belanda. 


Di kota Tondano ada sebuah tugu yang bernama Monumen Nasional Tondano atau Monas Tondano. Letaknya adalah di pusat Kota Tondano, dekat dengan Pejabat rasmi Bupati Minahasa, alun-alun Kota Tondano, pasar dan gereja.  

Kantor Bupati. Bupati adalah kepala daerah.

Padang awam Kota Tondano iaitu Alun-alun Lapangan Sam Ratulangi.

Menuju ke Benteng Moraya.

Masa nak masuk ke simpang ke Benteng Moraya kami ternampak 2 patung besar bentuk orang. 

Ini adalah patung-patung pahlawan Korengkeng Sarapung yang menggambarkan keberanian mereka memimpin warga Tondano berjuang melawan penindasan Belanda ketika Perang Tondano pada tahun 1808-1809, walaupun akhirnya harus mengalami kekalahan. Serapung adalah Kapala Walak (pemimpin masyarakat secabang keturunan) Tondano Touliang dan Korengkeng adalah Kapala Walak Tondano Toulimambot.

Masa pilih gambar for this blog entry saya terperasan road sign ini, 'Cagar Budaya Waruga Minawanua'. Masa passed by the road saya tak perasan pun. Anyway, yang saya excited sangat ialah tentang waruga tu! More of this later.

Melalui kawasan sawah padi yang luas terbentang. 

Kawasan yang kami lalu ini namanya Tuutu, salah satu kelurahan yang berada di kecamatan Tondano Barat.




Dan kami pun tiba di Monumen Benteng Moraya yang merupakan tempat pertahanan Suku Minahasa dari serangan Belanda dahulu ketika Perang Tondano 1808-1809. 

Jadi di mana bentengnya? Benteng pertahanan terakhir Suku Minahasa itu sebenarnya sudah tidak ada lagi. Sudah digantikan dengan menara tinjau dan 12 tiang-tiang batu/konkrit yang dihias dengan catatan-catatan dan relief bergambar sejarah perjuangan rakyat Minahasa melawan Belanda dalam Perang Tondano. Jadi wajarlah pihak pemerintah membina monumen ini sebagai peringatan nilai patriotik serta sejarah kepahlawanan orang Tondano-Minahasa dalam mempertahankan tanahairnya.

Tak larat la kami nak panjat menara 4 tingkat ni.. hehe. I'm sure the views from above this tower adalah sangat awesome. 

Kami sebenarnya dibawa terus oleh Pak Tommy ke tempat parking berhampiran dewan teduh yang besar ni. Ada beberapa kedai dibuka di situ. Tetiba... eh.. ada burung hantu la.

Kami terus dibawa Pak Tommy ke bahagian belakang tempat ini. Ada beberapa tiang-tiang kayu di situ.

Uwahhh! Punya la kami teruja bila Pak Tommy kata inilah waruga!  

Kami sebenarnya begitu teringin nak tengok waruga-waruga ni. Dari Malaysia lagi kami dan siap cari dalam internet di mana lokasi yang ada waruga since dalam itinerary pakej percutian yang kami terima tak ada trip tengok waruga. And we did found one place di Desa Sawangan but it was too far from our package routes. Tu yang kami memang tidak berharap untuk melihat waruga ni. So bila dapat tengok ni, sangat la kami happy.. hehe. Tak tau pun ada waruga di sini.

Ok, ok, apa waruga tu? Waruga itu ialah kubur bagi orang dari Suku Minahasa yang sudah meninggal. Ia seperti keranda. Asalnya dibuat dari kayu, seperti foto bawah, dan later on dibuat dari batu, seperti in the next photo.

Ok, more about waruga later. 

Kita bergambar dengan burung hantu dulu.. hehe. Oh why not! Enjoy je la. Lagi pun isteri nak bergambar, tak kan saya tak join sekali. Truthfully though, saya setuju kerana kedua-dua jurugambar ini approach kami dengan cara baik dan langsung tidak mendesak seperti pengalaman kami di tempat percutian lain. We like that. They were very respectful and patient. Selesai berfotoan, kita boleh pilih yang mana kita suka dan akan diberi print. Harga sekeping ialah Rp 20 ribu which is about RM 5.00. Expensive I know, tapi tak pe la since the photographers were nice.   

Di sana burung hantu dipanggil manguni, burung suci bagi orang Minahasa di daerah Sulawesi Utara (Sulut). Saya berposing dengan burung manguni yang ini. Nama dia Cantik.

Flap birdy! Flap your beautiful wings!  

No la, si Cantik tak patuk saya, she is such a gentle bird. 

Yang ini saya snap sendiri. Selfie dengan si Cantik.

Bila saya nampak si Cantik tenggek atas kepala photographer ni, saya pun nak la jugak.. hehe.

And I could not have been more touristy than this! Never have I ever actually.. hahaha. Fun stuff really... hehe. 

Hah! Managed to get a good flap! 


Isteri saya juga ada fotografer dan burung hantu dia sendiri. Manguni dia namanya Bro.

Sedang diajar cara memegang burung hantu. Actually tak payah pegang kaki burung tu. Just let it rest on your palm. Just let it have a firm flat place to stand on. 

Macam babak Sleeping Beauty tengah nyanyi dengan burung pulak... hehe. 

Kan.. hehe...


Yeah! Beautiful flap!

Amboi.. mesranya... :)



Tak lama kami berfoto dengan burung-burung hantu tu. Saya lebih excited nak ambil gambar pahlawan Minahasa ni! Hehehe..

Teringat these guys yang kami nampak masa dalam perjalanan tadi.

Mula-mula kami berposing berdua dengan Pahlawan Minahasa ni.

Then saya pun requested pahlawan Minahasa ni berposing untuk saya. Seorang Pahlawan Minahasa dipanggil Waraney iaitu perajurit perang yang juga bertugas sebagai penjaga keamanan desa pada zaman dahulu. Di samping melindungi suku, Waraney juga mencari rezeki untuk keluarga, memimpin suku dan menjaga tradisi dari para leluhur Minahasa. Jadi Waraney pada zaman itu adalah juga para pemburu, petani, ahli seni, ahli bangunan, nelayan dan ahli perubatan. 

Sambil memegang pedang dan tombak tajam, pahlawan ini terus memberikan pose seorang Waraney siap dengan stance, bermuka garang dan mata terbeliak seperti di bawah. How awesome!

Pakaian Waraney adalah berwarna merah dibuat dari kain tenun Minahasa asli. Headgear pula dihiasi dengan bulu ayam jantan, bulu burung Taong dan burung Cendrawasih.

Kami juga diberitahu, bukan sembarangan orang sebenarnya boleh memakai pakaian Kabasaran ini mengikut adat Minahasa. Pakaian ini hanya boleh dipakai oleh pahlawan dan keturunannya sahaja.

Pada zaman dulu tengkorak yang bergantungan di dada pahlawan ini adalah tengkorak manusia. Orang Minahasa pada masa itu memenggal kepala musuh yang dibunuh dan tengkorak musuh itu dipakai bersama pakaian pahlawan. 

Semakin banyak tengkorak yang ada, semakin perkasa pahlawan itu therefore menunjukkan kehandalan mereka. Of course amalan begitu sudah lama dihentikan dan tengorak yang digunakan sekarang adalah tengkorak monyet atau haiwan-haiwan lain.

Pada zaman dahulu paruh burung yang dipakai pada kepala pahlawan ini ialah adalah paruh burung enggang. Tapi pahlawan ini menerangkan mereka tidak lagi menggunakan paruh burung sebenar kerana ia perlu awet dan dijaga dengan baik. Jadi diganti dengan paruh yang dibuat dari kayu.

Sekarang ketika ada acara menyambut tetamu, Tari kabasaran (atau tari cakalele) akan dipersembahkan oleh Waraney yang berpakaian lengkap pahlawan seperti ini.

Pada akhir sessi berfoto ini saya bersalam dan berterima kasih pada pahlawan ini kerana membenarkan saya untuk direct his poses. Saya rasa perlu kerana dalam perkara adat kita kena la sensitif. Worry juga saya bila suruh dia pose a certain way, takut tak sesuai and not respectful pulak kan. Bukan apa saya cuma nak capture details pakaian tu as much as possible. And this I explained to him.

Dan tentunyalah kami beri sedikit wang sumbangan secara ikhlas. Pahlawan ini tidak pula menetapkan sebarang fixed charge. He was such a nice man actually.

Baik, sekarang saya cerita pula tentang waruga. 

Kalau masyarakat di tanah Toraja Sulawesi Selatan mengubur mayat di dalam tebing batu, masyarakat suku Minahasa, Sulawesi Utara juga ada tradisi yang khas dalam penguburan iaitu dengan memasukkan jasad ke dalam makam yang dipanggil waruga.

Dan ada waruga yang di jumpai di Benteng Moraya ni. 

Asalnya batang-batang besar kayu dan batu di sini dijumpai di kawasan ini ketika kerja-kerja mengorek dilakukan ketika pembinaan Benteng Moraya ini. Lalu waruga batu dan batang-batang kayu besar ini dikumpulkan di sini supaya terpelihara dan sebagai bahan pameran untuk pengunjung.  

Mengikut kajian dan findings pakar arkeologi Indonesia, penjumpaan waruga dan batang kayu ini adalah bukti bahawa memang benarlah lokasi ini merupakan tempat permukiman orang Minahasa pada zaman dulu.

Menurut Pak Tommy batang-batang kayu ini adalah kubur orang Minahasa zaman dahulu. Meletakkan mayat dalam batang kayu yang berongga di dalamnya sememangnya adalah cara mayat dimakamkan pada zaman itu. Dan pada ketika itu the practise was batang kayu yang berisi mayat tadi akan ditanam dalam tanah. 

Ya betul batang-batang kayu memang dijumpai dalam tanah tapi saya terfikir juga bagaimana batang-batang kayu ini boleh tidak reput setelah berada lama di dalam tanah kerana cara penanaman mayat dalam batang kayu berongga dan ditanam dalam tanah ini dilakukan sejak abad ke 18. Ditambah pula pernah berlaku kawasan ini ditenggelami air dari Danau Tondano satu ketika dahulu. Jadi ini saya rasa mempercepatkan lagi proses pereputan.

Jadi saya pun research la sikit. Dari apa yang saya baca dalam suratkhabar Manado, batang-batang kayu ini dilaporkan sebagai kayu-kayu benteng Moraya dan bukan waruga. Yang dikenalpasti sebagai waruga adalah peti-peti batu bertutup yang juga dijumpai di situ.

Kerana batang-batang kayu ini ada rongga di dalamnya, mungkin ia disangka waruga kayu yang digunakan oleh orang Minahasa berabad-abad yang lalu. 

Apa pun fungsi sebenar kayu ini, ia definitely adalah satu peninggalan sejarah budaya Minahasa yang penting.


Dan inilah peti-peti batu bertutup waruga yang juga dijumpai Benteng Moraya ini. Paling banyak dijumpai di Minahasa. 

Waruga adalah makam orang Minahasa kuno berupa batu berongga empat segi setinggi sekitar 1 meter. Mayat diletakkan di dalamnya dalam posisi duduk dan ditutup dengan penutup batu berbentuk segitiga. Satu waruga biasanya digunakan sebagai batu kubur untuk satu keluarga, sehingga boleh diisi sampai 12 jasad. 

Bergambar kejap dengan waruga-waruga batu.

Peti-peti keranda batu ini ada 2 bahagian; bahagian kotak (tempat diletak mayat) dan bahagian penutup. Biasanya peti mayat dan penutupnya ada hiasan-hiasan ukiran bentuk manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Ia dibuat dari jenis batu beku/sendimen yang dipanggil batu Tufa atau Lava Basal. Batu ini jadi pilihan kerana ia akan menjadi semakin keras, kuat dan tahan lama jika berada di tempat terbuka. Jenis batu ini mudah didapati di tebing-tebing batu, terutamanya daerah pergunungan gunung berapi aktif.

Ini gambaran bagaimana waruga dibuat dan dibawa ke rumah si mati.

Di dalam peti batu, mayat didudukkan (seperti dalam foto di bawah) menghala ke arah utara. Didudukkan begitu kerana ia berkaitan dengan keyakinan masyarakat Minahasa bahawa orang yang sudah meninggal akan kembali seperti dia bayi di dalam kandungan. Mengadap ke utara pula kerana menandakan bahwa nenek moyang Suku Minahasa berasal dari bahagian Utara. 

Waruga kemudian diletakkan di kawasan rumah.

Teringat saya semasa kami bercuti di Bali pada tahun 2008, ada kami melawat sebuah rumah tradisional Bali di sebuah kampung. Amalan mereka juga sama di mana penyimpanan abu mayat ahli keluarga yang telah meninggal dunia diletak dalam sebuah binaan tradisional di kawasan rumah seperti foto di bawah.

Saiz waruga biasanya disesuaikan dengan orang yang nak dikuburkan. Tapi ini bukanlah satu keharusan tapi lebih kepada penghargaan dan penghormatan kepada orang yang meninggal itu.

Generally, bentuk penutup waruga ini berbentuk atap. Ada juga yang tidak. Bentuk atap juga dibuat sesuai dengan ukiran yang hendak dibuat pada penutup. 

Ukiran pada waruga juga tidak fixed. Ada peti batunya berukiran, ada yang tidak. Begitu juga dengan penutupnya. Jadi ada waruga yang berukiran pada peti dan penutup, ada yang either one. Ada juga yang tiada ukiran langsung.

Hiasan ukiran pada waruga juga ada pelbagai motif seperti rupa manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Ada ukiran yang menggambarkan berapa jumlah jenazah yang tersimpan di dalam waruga itu, ada yang menggambarkan kerja si mati semasa hidup. Ada juga hiasan ukiran dibuat semata-mata untuk kesenian yang mengindahkan lagi waruga.

Hiasan ukiran bentuk manusia pada penutup dan juga pada peti batu adalah yang paling banyak dijumpai.

Sekitar tahun 1860, cara mengubur dalam Waruga mula dilarang oleh Belanda.

Pada akhir tahun 1870, Suku Minahasa mula membuat peti batu sebagai ganti waruga kayu.

Juga waktu itu mula berlaku jangkitan berbagai penyakit, di antaranya penyakit tipus dan kolera. Dikhuatiri, mayat di dalam waruga telah menularkan penyakit-penyakit itu melalui celah yang terdapat di antara peti waruga dan penutup waruga. 

At the same time, kedatangan agama Kristian yang mengharuskan penganut mengubur mayat di dalam tanah mulai tersebar di Minahasa. Jadi makin lama cara mengubur menggunakan waruga tidak lagi dibuat.



Pahatan berupa relief pada dinding waruga sering menggambarkan simbol sosial orang yang dikuburkan di dalamnya sewaktu masih hidup. 

Bergambar di celah waruga-waruga untuk menunjukkan saiz sebenar waruga ini.

Admittedly, at first memang la rasa a bit creepy masa jalan among the warugas since these are basically coffins.

Antara ukiran yang sudah pudar kerana lama terdedah pada cuaca. Generally ukiran pada waruga menggambarkan tentang si mati atau sebagai hiasan seni yang indah. 

Deretan waruga-waruga yang ditemui ketika kerja-kerja mengorek dibuat untuk membina wisata Benteng Moraya ini, kini disusun di wisata ini sebagai warisan budaya leluhur Minahasa. 

Banyak ukiran bentuk orang yang kami nampak di sini. Biasanya bentuk ukiran berupa manusia, adalah berbentuk sepenuhnya atau sebahagian, digambarkan dalam berbagai bentuk dan posisi. Kebanyakan ditemui bentuk manusia yang terkangkang dengan penonjolan pada bahagian alat reproduksinya (baik laki-laki mahupun perempuan). Mungkin nak menunjukkan yang lelaki dan wanita (si mati) adalah orang yang berkeluarga dan mempunyai anak. 

Ukiran bentuk 'wanita sedang beranak' dikatakan menunjukkan yang dikubur di waruga itu adalah wanita yang meninggal ketika melahirkan anak dan apabila orang membuka penutup waruganya, akan dianggap bayinya sudah dilahirkan.  

Ada juga pendapat yang mengatakan ukiran bentuk 'wanita sedang beranak' adalah menunjukkan yang dikubur di waruga itu adalah seorang bidan atau dukun beranak.

Ada juga penutup waruga yang kosong tidak berukiran. Ini berkemungkinan waruga itu adalah waruga yang paling tua. Mungkin pada masa si mati meninggal dunia masih belum lagi ada amalan mengukir waruga. 

Dilaporkan dalam suratkhabar di Manado, beberapa waruga telah pecak rosak secara tidak sengaja kerana tidak diketahui ada waruga-waruga di kawasan itu sebelum kerja-kerja mengorek dibuat. 

Ada juga waruga yang kami nampak berukuran tinggi sebegini. Mungkin ini adalah waruga keluarga. Setiap kali ada kematian di dalam keluarga tersebut, jasad akan dimasukkan ke dalam waruga yang sama. 



Ada juga bentuk hiasan ukiran yang terdiri dari kombinasi bentuk-bentuk seperti antaranya garis-garis lurus, garis lengkung, kotak-kotak dan segitiga. Hiasan ukiran begini biasanya dijumpai pada waruga-waruga yang tersebar di beberapa daerah di Tanah Minahasa.



Kalau ada ukiran bentuk manusia yang digambarkan bersenjata alat perang dikatakan itu ada waruga seorang yang dihormati dalam kampungnya. 



Kami sebenarnya tidak sangka akan dapat juga lihat waruga-waruga ini kerana dalam pakej percutian kami ke sini tidak ada lawatan ke tempat waruga. So it was really a nice coincidence or surprise. 

Ok, selesai cerita pasal waruga, saya cerita pula tentang 'marga'. Orang suku kaum Minahasa ada nama keluarga atau surname atau dipanggil 'marga'. Atau juga dipanggil 'fam', yang menunjukkan pengaruh dari bahasa Belanda, familienaam yang bernmaksud 'nama keluarga'. Orang bermarga dipandang memiliki keturunan keluarga yang besar.

Dan nama-nama keluarga orang Minahasa yang dinamakan Marga ini diabadikan pada dinding amphiteater di Benteng Moraya.

Orang yang bermarga mestilah mengetahui sejarah marganya especially dikatakan kerana sekarang sudah ramai yang lupa akan asal usul sejarah marga mereka sendiri. Sebagai orang tua sudah sepatutnya mengajarkan sejarah marganya kepada anak-anak. Anak-anak pula harus lebih aktif dalam memahami asal usul marga mereka supaya tidak lupa akan sejarahnya. 

Dikatakan juga sekarang ini sudah ramai orang muda mereka yang tidak mengetahui marga mana yang mereka tidak boleh nikahi. Jadi ada hukum adat yang sudah ditentukan marga mana yang tidak boleh bernikah.



Pak Tommy berasal dari keluarga Sigarlaki. Sigarlaki bermaksud kekayaan. Dikatakan, "Karakter orang bermarga Sigarlaki itu adalah cenderung baik, Laki-lakinya ganteng banget, Cewek-cewek marga Sigarlaki pun cantik, ramah dan tidak cerewet". 
Kalau nak baca kisah rakyat 'Sigarlaki dan Limbat', bolehlah baca di sini link. Kisah ini menceritakan tentang persahabatan antara Sigarlaki dan Limbat. 

Bergambar kenangan bersama Pak Tommy Sigarlaki :). 

Ber360° .. hehe. 

Di sekeliling Benteng Moraya ini adalah pemandangan yang cukup indah. Terbentang luas padang hijau (agaknya dulu sawah) dan pergunungan di horizon.

Dan kebetulan ada pula kuda-kuda sedang meragut. Nice lah!





Juga ada lembu-lembu. 

Kelihatan di horizon Gunung Tondano.


Sebelum beredar dari Benteng Moraya ini, kami stop sekejap di bahagian depan wisata ini yang kami passed by saja masa tiba di sini tadi.  Besar wisata ni.

Perang yang berlaku di antara Suku Minahasa dengan tentera Belanda dinamakan Perang Tondano. Sejarah Perang Tondano ini diabadikan pada 12 batang tiang batu yang tegak berdiri di hadapan Benteng Moraya.


Perang Tondano Pertama terjadi bila pihak Belanda memaksa Orang Minahasa menyerahkan hasil pertanian dalam usaha Belanda memonopoli perdagangan beras Di Sulawesi Utara. 

Perang Tondano Kedua pula berlaku bila Belanda cuba merekrut 2,000 pemuda-pemuda Minahasa untuk pergi berperang melawan British bagi pihak Belanda di Jawa. Belanda merekrut dari orang Minahasa, disamping juga dari kaum Madura dan Dayak, adalah kerana mereka memiliki keberanian berperang. 

Sejarah ringkas kisah peperangan diceritakan pada tiang-tiang di sini.  

Unfortunately I found it difficult untuk baca kerana catatan sejarah yang menarik ini dibuat pada permukaan tiang yang melengkung dan some of the information tinggi pula kedudukannya. 

Saya cuba nak baca tapi terus give up! 


Frustrated susah nak baca, saya ambil sajalah foto-fotonya. Cari saja la info nanti di internet. 

Perkataan “Moraya” sendiri bermaksud genangan darah kerana dikatakan seluruh kawasan Tondano telah digenangi darah dan bau hanyir dari para korban perang yang meletus pada 5 Ogos 1809.


Saya harap pihak-pihak pemerintah dan tourism Tondano dapat paparkan maklumat tentang sejarah tempat ini pada info boards supaya mudah dibaca. 

Bagus juga kalau ada information counter di mana pengunjung dapat mengambil brochures atau pamphlets yang mengandungi informasi tentang sejarah Benteng Moraya. 




Benteng Moraya menjadi saksi keberanian Orang Minahasa mempertahankan hak mereka dari penjajah Belanda pada zaman dahulu.



Ber360° sebelum bertolak ke next destination .. hehe.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. scary juga nak bayangkan letak mayat dalam bekas berlubang tu, bekas tu pula letak dekat dengan kawasan rumah... ketika proses pereputan tu mesti berbau, tapi tutup tu berat kan jadi tak kah senang-senang orang atau binatang buka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nm. Agaknya mereka ada cara nak awet/cegah bau. Mungkin juga ada cara supaya penutup tu selain berat tapi juga tertutup rapat.

      Delete
  2. baru saya tahu cengkih tu berasal daripada pokok apa . kesultanan johor dulu adalah penghasil bunga cengkeh yang terbesar . maknanya pokok cengkeh boleh lah di tanam di malaysia ni kan..
    saya google. burung hantu tu spesis barn owl rasanya. comel dan cantik sangat Cantik dan Bro tu
    tapi macam kesian pulak dia kena bukak mata di tengah panas sedangkan mereka adalah nocturnal kan .. are they suffering outside their nocturnal life tengah tengah panas gitu kan.. we would never know..
    takut tak kalau Cantik terberak atas kepala masa tu ? hehheehe
    so fortunate kan you dapat bergambar denga a real minahasa warrior fully costumed gitu!
    so vibrant and menakutkan the outfit! dengan tengkorak bergantungan gitu.
    muka garang sangat! mata terbeliak!!

    i was reading about the waruga tu dengan mata terbeliaknya.. so interesting !
    dulu di toraja , mereka simpan mayat kat tebing, dalam rongga di batu besar sekarang mereka simpan dalam pondok batu. awet lah dulu tapi . satu pondok batu untuk satu keluarga . kat sini dalam batu jugak ..
    then simpan kat laman rumah
    seram seram sejuk tak masa kat siyu? ada baca apa-apa tak ? :)
    peasllah buat ukiran perempuan tengah beranak !! hahhaa.. buruk benor!! ada benda tersembul gitu.. hadoiii .. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la mmg kesian. Mcm la burung hantu2 yg kami pernah nampak di restoran masa bercuti di Padang dulu. Tghari terjegil je mata bulat padahal patutnya mereka tidur. But I must add yg the photographers mmg jaga burung2 tu dgn baik. Tgk cara mereka handle the birds pun penuh dgn perikemanusiaan.

      Hahaha.. kalau diberak, lap je la kan.. hehehe... anyway saya bertopi dan isteri bertudung, so ok la.. hehe.

      I know, syukur Alhamdulillah. Gitu la kalau tgk dalam itinerary, mmg la tak ada di mention itu semua. Bila dah dilokasi baru la tau ada owls, pahlawan dan waruga. Dan pahlawan tu mmg nampak serious, tapi baik orgnya. May be dah biasa dgn kerenah tourists macam saya ni.. hehe. Bila saya nak mula ambil gambar dia, terus dia pose style pahlawan tu. It was a 'Waaaahhh...' moment for me! Pose istimewa tu! Honestly, I felt quite intimidated sebenarnya masa tu! Like he was about to pounce at me at any moment!

      Kan. Tu la bila saya baca ttg Manado sebelum ke sana, ada terjumpa info ttg waruga. Unfortunately, dlm pakej tak ada acara gi tgk waruga. So bila find out ada di Benteng Moraya ni, we felt like jumping lah.. hehe.

      Mula2 mmg rasa semacam. Nak pergi dekat2 pun macam ragu2. Tapi lepas baca2 apa yg patut dan lagi pun it was open air, we felt ok lah.

      Hehehe... gambaran terkangkang tu pasti pada mereka dulu adalah paling dignified sampai dilihat indah sebagai hiasan waruga batu mereka.

      Delete