Friday, August 3, 2018

MANADO, NORTH SULAWESI, INDONESIA - DAY 01 - PART 03 - SUNSET OVER TELUK MANADO

Seterusnya Pak Tommy our driver/guide drove us through Manado City to our hotel for us to check-in di hotel where we stayed for the entire duration we're in Manado.

Macam biasa kami terus merakam suasana bandar ini. Ternampak sign 'Manado Kota CERDAS 2021', suatu Misi dan Visi Pemerintah Kota Manado yang didasarkan pada Visi Rencana Pembangunan Jangka Panjang Daerah (RPJPD) Kota Manado tahun 2005-2025. Manado City ingin dijadikan kota layak huni, efisien dan berkesinambungan serta yang berwawasan lingkungan atau green based environment sering disebut sebagai Kota Cerdas atau the Smart City.

Kami juga sempat ambil gambar sign yang berwarna warni ini yang berbentuk ikan Coelacanth (more about this fish as below). Ia adalah logo Manado Fiesta 2017. Ikan ini dipilih sebagai logo fiesta kerana ia merupakan ikon Kota Manado dan mempunyai kaitan erat dengan Taman Laut Bunaken.  

Inilah poster 'Manado Fantastic Festival 2017'. Festival ini diadakan untuk mendukung program Wonderful Indonesia atau Pesona Indonesia. Festival ini juga dikenali sebagai ManadoF7 kerana ia mempunyai 7 unsur utama yang hebat: FisCo (Fish and Coral), Fashion, Food, Flying, Fun-Music, Fair and Faith.

Ikan Coelacanth ialah sejenis ikan purba yang berada di Perairan Manado. Once thought to be extinct sejak 65 juta tahun lalu sehinggalah ditemui satu spesimen di timur Afrika Selatan, di perairan sungai Chalumna pada tahun 1938. 

Sejak itu Coelacanth telah ditemui di Komoro, perairan pulau Manado Tua di Sulawesi, Kenya, Tanzania, Mozambik, Madagaskar dan taman laut St. Lucia di Afrika Selatan. Di Indonesia, khususnya di sekitar Manado, Sulawesi Utara, spesies ini dinamakan 'Ikan Raja Laut' oleh penduduk di situ. 

Perjalanan diteruskan. Kami juga ternampak tanah perkuburan Kristian ini. Di tepi jalan tu ada bereavement board 'Turut Berduka Cita'. 

Gereja Pantekosta di Indonesia Winangun Kota Madya Manado. 

Di Manado City ini ada banyak kenderaan van berwarna biru seperti dalam foto di bawah. Ia dipanggil mikrolet, salah satu kenderaan pengangkutan bandar. Kalau bas mesti berhenti menurun dan mengambil passengers hanya di bus stops, mikrolet boleh buat di mana sahaja. 'Mikro' tu bermakna kecil, like mini bus. Juga dipanggil 'angkot'. Max penumpang tak lebih 10 orang. 

Bangunan Castle Lagoon Apartment And Condotel. 

Kami dah check hotel kami di google map dan ianya terletak di tepi laut. Excited lah. We're hoping our room will be facing the ocean. Tu dah nampak dah Teluk Manado.

Seperti bandar-bandar lain traffic di Manado ini juga sibuk during peaks hours like when people pergi dan balik kerja. 

Kelihatan Ibis Manado City Center Boulevard dan Holland Bakery. Ada cerification Halal bakery tu. Got pastries and kuih like kue lapis, roti bakso sapi, Chocolate John dan lemper ayam. Unfortunately kami tak sempat nak singgah. 

Hotel Four Points by Sheraton Manado. No la, ini bukan hotel yang kami nak check-in tu... hehehe. Rate hotel ni kami tak terjangkau.

Centro Manado - department store.

Manado Town Square. 



Dah lewat petang. Kelihatan di horizon tu pulau Manado Tua. 

Pulau Manado Tua adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di laut Celebes. 

Selain gereja dan masjid, di Manado juga ada kuil Taoist yang besar begini. Nama temple ini ialah Kwan Seng Bio atau di sana dipanggil Klenteng Kwan Seng Bio.

Sampai dah ke hotel. Selama di Manado kami menginap di hotel Whiz Prime Megamas Manado. It is a 3 star hotel.

Pak Tommy sedang tolong check-in.

Nice hotel. Simple and comfortable.


Some artwork near hotel lobby.


Entrance ke spa.

Laluan ke bilik, koridor yang berdinding kaca dan facing sunrise.  Bilik kami: Room 6021, paling hujung sekali.

Dari koridor ini boleh nampak jelas Gunung Klabat, gunung tertinggi di Sulawesi Utara. Nice lah! 

Being a 3 star hotel, it has the basic amenities which was totally sufficient with us. 

Alaa... 2 biji bantal je. Saya pun call housekeeping and requested for 2 more.. hehe.

Nice bathroom. Besar dan selesa.

Never mind the amenities, not enough pillows... yang penting we got sea view room! Yang facing the sea directly. Tingkap pun besar almost occupying the entire wall facing the ocean. Alhamdulillah.

Just look la this view from our room. Such a beautiful sunset. Di kanan sekali tu ialah Pulau Manado Tua.

Pemandangan Teluk Manado yang cukup indah.


Di sebelah kiri tingkap boleh nampak area lingkungan 3 dan Gunung Lokon/Empung. 

Gunung Empung, bersama dengan Gunung Lokon adalah Gunung Berapi kembar (berjarak 2.2 km) di Sulawesi Utara, Indonesia. Berada di atas dataran Tondano, kedua-duanya adalah Gunung Berapi aktif di Sulawesi. Gunung Empung memiliki diameter 400 m dan 150 m kedalaman kawah dari puncak gunung akibat dari letupan yang terjadi pada abad ke 18.

Macam biasa saya mesti nak selit peta.. hehe. Inilah lokasi Hotel Whiz Prime Megamas Manado, Gunung Klabat, Gunung Empung/Lokon dan Pulau Manado Tua.  

We really do like our room. Alhamdulillah.

Sambil unpacking, sambil jengok-jengok luar tingkap nak capture the mesmerizing sunset moments over Teluk Manado. 

Kejap-kejap keluar ke koridor bilik to capture views of the opposite side of the hotel through the glass wall. 

Mendung dah masa ni so tak nampak Gunung Klabat.



Ada banyak gereja yang besar di Manado. 

Kembali semula merakam sunset dari tingkap bilik. 

Ok, here are the rest of the sunset photos over Teluk Manado.





MasyaAllah, cantiknya!











So, lepas unpacking, mandi, solat dan berehat sekejap, kami dibawa Pak Tommy ke restoran for dinner. 

Suasana malam di Jalan K.H. Abdurrahman Wahid.


Malam pertama kami di Manado, kami dinner di Restoran Mawar Sharron. Dan tentunya Pak Tommy yang sangat menjaga kebajikan kami sebagai orang yang beragama Islam, memastikan ini adalah restoran yang menghidangkan hidangan halal.

Mawar Sharon Resto, MegaMas, Jl. K.H. Abdurrahman Wahid, Sulawesi Utara, Indonesia.

Antara dishes yang ada di Restoran Mawar Sharron. 


Selesa dan nice ambience.


Restoran ni hidangan khasnya ialah ayam goreng lalapan. And that was what we had for dinner. Sedapnya. Garing betul ayam tu. Luar garing, dalam isi ayamnya lembut. And of course, ada Sambal Minahasa! Kena siap ada tisu di sebelah tangan.. hehe. Maklum la orang tak kuat makan pedas tapi nak jugak makan sebab sedap sangat.. haha.

Selesai makan malam, Pak Tommy dropped us off at the hotel. He suggested that we leave the hotel early tomorrow morning, at 7:30 am, to avoid kemacetan, to which we wholehearted agreed lah. 



Since awal lagi dan kami tidaklah keletihan sangat, maka kami jalan-jalan la sikit di kawasan depan hotel. Right across the hotel, ada a long row of kedai-kedai makan halal, betul-betul di tepi tebing laut. 

The row of kedai makan goes all the way to the end of the road. Yang jauh di hujung sana tu adalah kedai makan yang tak halal. Pak Tommy pesan pada kami supaya janganlah ke sana. Jaga betul dia kebajikan kami. Yes, according to Pak Tommy, even kedai makan tepi jalan macam ni, susunan kedai-kedai makan yang halal dan non-halal adalah separated. Satu lagi contoh orang Manado sangat menghormati sesama mereka. 

Di sebelah hotel kami pula ada sebuah gereja.


Ambil gambar di water front kejap.


Dan juga ambil gambar bulan, dari Manado City.

Ok, ini peta summary perjalanan kami di Manado pada hari pertama. Dari Sam Ratulangi International Airport, kami ke Masjid Al-Azhim untuk bersolat. Lepas tu ke Rumah Makan Pondok Teterusan for lunch. Lepas lunch ke Air Terjun Tunan Talawaan. Seterusnya ke Yesus Memberkati Statue dan last sekali check-in di hotel Whiz Prime Megamas Manado.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. saya ada belajar pasal coelacanth masa di Sains Hayat dulu.living fossil.
    en syed percaya ke 10 orang je satu mikrolet ? hehehhehe
    apesal tak dukuk Ibis , macam biasa?
    Gunung manado Tua tu aktif?
    dua gunung yang dekat-dekat tu masih aktif!! wahh !!!
    timelapse sunsetmanaaaa... hehehhehe
    lain kali lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fascinating betul kan ikan tu. I found a few articles in the internet. Very interesting read.

      I think so doc sebab mikrolet tu rendah bukan macam bas mini where passengers boleh berdiri. Mikrolet ni all seated. Unless mereka duduk atas lantai la.

      Masa arrange accommodation kami cuma bagitau travel agent kami nak hotel 3 bintang. Tak pulak specify Ibis. Whiz Prime Hotel tu pun ala Ibis juga. Nice hotel Sesiapa yg nak ke Manado, saya recommend stay at this hotel.

      Yes it is active. Ada penduduk di situ doc.
      Kan. Dan location Whiz Prime Hotel tu is in the middle of the volcanic mountains. Well, not exactly in the middle tapi kalau tgk luar tingkap mmg can see them.

      Hehehe... ok, next time saya cuba buat lah.

      Delete