Monday, August 6, 2018

MANADO SULAWESI INDONESIA - DAY 02 - PART 01 - VIHARA BUDDHAYANA

Ini entry hari ke 2 kami di Manado. 

Pemandangan suasana pagi dari bilik hotel kami. Selamat pagi Manado! 

Syahdu je. 

Tak ada bot. Awal lagi masa ni, about pukul 5:30 pagi. 

Pulau Manado Tua, sebuah pulau gunung berapi aktif.

Sebuah bot nelayan menyusuri Teluk Manado.



Manado adalah sebuah bandar yang bersih. 



Ada polis pagi ni. We were told later by Pak Tommy (our driver/guide) sebab ada VIP yang menginap di hotel ni.



Joggers from an army camp nearby.


Cahaya matahari mula menyimbah kota Manado. Masa ni lebih kurang pukul 5:50 am.







Pemandangan Gunung Klabat dari hotel.


Bila bangun awal mula la cepat lapar. Makanya around pukul 6:15 pagi kami dah pergi sarapan di tingkat 2 hotel ni di Napoleon Restaurant. Sarapan di sini starts at 6:00 am. 

Breakfast spread di hotel ni memang best pada kami. Simple je with enough choices. Not bad for a 3 star hotel. Beginilah agaknya standard di Manado. Great! And yes, hidangan di hotel ni semuanya halal.

Ada nasi goreng (sedap dan pedas), sayur kacang panjang dengan cendawan, gulai ayam, mee hoon dan tempe goreng (sedap sangat tempe ni!). 

Ada egg station.

Ada porridge and bread station also lah.

Tak ramai guests lain masa tu. So we sat at the balcony overlooking Teluk Manado for our breakfast. 

Our breakfast views. Manado Boulevard ni nampaknya memang popular among joggers di Manado.

Dengan lokasi tepi laut dan pemandangan macam ni, memang la syok bersenam di area ni.



Design hotel Whiz Prime ni memang memaksimakan pemandangan lautnya. Balkoni restoran ni dibuat hingga sampai hujung hotel so that many guests can choose to sit at its balcony and enjoy the food and the views. 

Macam lapar sangat kan.. hehehe. Memang pun.. hahaha.  Bismillah....


Sambil makan sambil ambil gambar. Ini contoh plate number kereta di sana. DB 1342 AK, is a vehicle registered in North Sulawesi which includes Minahasa and Manado which is the capital city of the province. North Sulawesi code is 'DB'.

Jogging and cycling.



Atuk dan cucu.


Semalamnya Pak Tommy beritahu kami hari ini, hari Ahad, adalah perayaan Hari Kesyukuran Minahasa. Menurut Pak Tommy, ia adalah perayaan kesyukuran selepas harvest yang disambut sejak turun temurun. Jadi masa ni ramai orang balik kampung dan jalanraya akan sesak. 

Makanya Pak Tommy suggested 2 things: Pertama, pagi ni elok kami bertolak keluar pergi jalan-jalan seawal 7:30 pagi. Kedua, supaya kami tukar itinerary hari ni kepada esok and vice versa. Maknanya pergi ke Pulau Bunaken esok instead of today dan pergi ke Tanah Tinggi Minahasa today instead of tomorrow. 

Demi nak elak spending time dalam traffic jam yang teruk (di sana dipanggil 'padat merayap'), elok la kami bersetuju. In fact, we really appreciate suggestions Pak Tommy tu. 

Ok, sebelum saya move on, ini sedikit info tentang Perayaan Pengucapan Syukur. Ia bermula sejak dari zaman dahulu di mana tok moyang orang di Minahasa mengucapkan kesyukuran selepas musim menuai. Makin lama ia juga untuk memperingati tok moyang oleh generasi kemudiannya. Then bila tujuan pengucapan syukur ini mula hilang arah (konserts/mabuk etc) maka pemerintah ambil alih dan organise acara ini terutamanya bila agama Kristian mula menjadi agama dominan di Minahasa. 

Kata Pak Tommy, Hari Kesyukuran ini tidak diraikan serentak di seluruh Sulawesi Utara. Ia diraikan pada hari-hari yang berlainan mengikut kawasan sepanjang bulan Julai - September. Di kota Manado sendiri, Hari Kesyukuran ini diraikan dalam bulan September.

Kerana tiada lagi musim menuai, perayaan pengucapan syukur ini lebih merupakan pesta rakyat, di mana organizers/pihak gereja mengajak orang ramai untuk mengekspresikan rasa syukur. Kerana hidup zaman sekarang pun dah lebih stress, maka time off diperlukan. So perayaan ini juga mengajak penduduk supaya destress and refresh themselves sambil mencari inspirasi baru.  

Dan salah satu keraian yang dibuat ialah Open House. Contohnya boleh membuat rumah terbuka dan menjemput orang ramai dari pelbagai agama.  

Dari surat khabar di sana 'Tribun Manado' yang saya baca, contohnya, Bupati (Ketua Daerah) akan buat open house. Antara hidangannya ialah kue dodol (hidangan compulsory), nasi jaha (lemang - hidangan compulsory), RW (daging anjing - yes, you read it right, dog meat.. more of this later), lauk bebek (itik), mujair (sejenis ikan) bakar, ragey (babi bakar) dan lain-lain seperti hidangan yang lebih extreme seperti daging ular sawa dan kelawar (yes, kelawar). 

Dari cerita Pak Tommy pula, kehalalan hidangan untuk jemputan yang beragama Islam, juga referred to as non-Christian, sangat dijaga. Hidangan adalah di order dari restoran halal. Atau kalau dimasak sendiri, hanya ingredients yang halal digunakan dan dimasak guna periuk belanga serta peralatan dapur yang 'bersih' dari pengunaan memasak non-halal food.

And for first time, di Manado ni kami di referred as non-Christians. Felt a bit strange but Kristian adalah majoriti di sana. 

And yes, nanti saya akan buat satu entry tentang makanan extreme di Manado. Stay tune :).

Ok, now on with the jalan-jalan story. Ini Klenteng Kwan Seng Bio, a Taoist temple. Pagi ini tempat lawatan pertama kami ialah sebuah Taoist/Buddhist temple yang besar.

Memulakan perjalanan ke Minahasa.

Pondok Polis - sebuah Pos Lalu Lintas.

Balai Besar Pengawas Obat Dan Makanan Di Manado

Masa dalam perjalanan ke Tomohon yang terletak di Tanah Tinggi Minahasa tu, kami ternampak patung Iman Bonjol dan selekoh jalan masuk ke Makam Pahlawan Tuanku Imam Bonjol di satu perkampungan di Pineleng. Tapi makam ini bukanlah salah satu tempat lawatan kami. 

Imam Bonjol (nama sebenar Peto Syarif Ibnu Pandito Bayanuddin) adalah seorang pejuang nasional Indonesia yang berasal dari Sumatera Barat. Beliau telah ditangkap oleh Belanda di Sumatera dan dibuang negeri ke Minahasa.
Orang Belanda berharap Imam Bonjol yang beragama Islam dan berketurunan Minangkabau akan dibenci dan dibunuh oleh Orang Minahasa yang beragama Kristian di sini. Namun perkara yang sebaliknya berlaku. Disebabkan prinsip hidup Orang Minangkabau sama dengan prinsip hidup Orang Minahasa, kehadiran Imam Bonjol diterima baik oleh Orang Minahasa. Malah Orang Minahasa membantu mempertahankan Imam Bonjol dari Belanda sehinggalah beliau meninggal dunia di sini pada tahun 1864.

Imam Bonjol tidak berkahwin dan tidak mempunyai keturunan. Namun demikian, sewaktu dia dibuang negeri ke Minahasa, dia ditemani oleh seorang pengawal setianya yang bernama Apolos Minggu. Apolos Minggu telah berkahwin dengan seorang gadis Minahasa yang bernama Mency Parengkuan. Mency memeluk agama Islam dan keturunan beliau dengan Apolos Minggulah yang telah menyebarkan agama Islam di sini.

Ini pula adalah Tugu Imam Bonjol di Padang yang saya rakam semasa percutian kami ke sana pada 2015. Ini patung Imam Bonjol, seorang pejuang yang sedang menunggang kuda sambil menjulang karihnya (senjata tradisional Minangkabau). Tugu in dibuat untuk memperingati semangat perjuangan Imam Bonjol ketika merebut kemerdekaan Indonesia.

Perjalanan diteruskan. Kami juga ternampak masjid ini, Masjid Imam Bonjol Pineleng.

Melalui kawasan Pineleng.


Terdapat juga poster-poster calon pilihanraya. Kata Pak Tommy, Pilihanraya Parlimen Indonesia (Pemilu) akan diadakan pada tahun depan (2019). Salah seorang calon yang bertanding adalah anak perempuan Megawati Sukarnoputri yang bernama Maharani.

Ini Gereja Katolik St Fransiskus Xaverius Pineleng. Perayaan Pengucapan Syukur dimulakan dengan prayers di gereja sebelum acara open house.


Stop pertama kami pagi itu ialah di sebuah desa yang bernama Tinoor. Ada lookout point di sini dengan pemandangan Kota Manado dan Teluk Manado.


Desa Tinoor.




Bandar Manado dan Teluk Manado.



Dari platform ini juga boleh nampak Pulau Bunaken. Kalau ikut itinerary, sepatutnya kami ke sana hari ini tapi dah tukar ke esok sebab nak elak traffic jam due to Perayaan Pengucapan Syukur yang berlangsung pada hari itu.

Cerita Pak Tommy, hubungan baik antara penduduk di Sulawesi Utara dari pelbagai agama adalah sangat dijaga dan harmoni. Mereka menghormati dan memahami dan saling membantu. Contohnya, tambah Pak Tommy lagi, sudah menjadi kebiasaan di sini umat Islam dan Kristian saling membantu memastikan upacara-upacara perayaan keagamaan masing-masing berjalan lancar. 

Sebagai contoh, Pak Tommy kata pemuda-pemuda Kristian akan secara sukarela membantu mengurus trafik dan mengawal keselamatan kawasan masjid sewaktu Solat Aidilfitri. Pemuda-pemuda Islam juga akan melakukan perkara yang sama di gereja pada Hari Krismas dan juga perayaan seperti Hari Kesyukuran.
Masjid At Taqwa di daerah Kinilow. 

Dalam perjalanan tu kami juga nampak deretan kedai-kedai produk buluh dan tembikar di tepi jalan.



Dalam perjalanan tu juga ternampak Gunung Lokon.

Ada poster 'Lomba Paduan Suara Pria Kaum Bapa Tingkat Nasional' dalam program 'Gema Kharisma 2 Sing and Pray'. Total hadiahnya ialah 200 juta (about RM56k). Lumayan!

Since Pak Tommy perasan kami dok la sibuk ambik gambar Gunung Lokon, maka dia pun dengan baik hatinya stop kereta tepi jalan to let us out and take photos... hehe. 

Pak Tommy kata dia pilih spot ini to stop sebab view Gunung Lokon dari situ ada bangunan Pagoda sekali. Sat lagi kami nak ke pagoda tu la.

Cantik sungguh. SubhanAllah.

Rakam sekali kawasan sawah padi di sekeliling kami.

Fyi, kami berdua memang suka stop-stop macam ni semasa dalam perjalanan. 



Sulawesi Utara juga digelar Daerah Nyiur Melambai. Kata Pak Tommy di situ kelapa sawit tak boleh tumbuh elok macam di Malaysia. Jadi mereka tanam pokok kelapa secara komersil.

Ok, sambung balik perjalanan.


Dah tiba di Vihara Buddhayana. Tak ada pelancong lain masa kami sampai tu sebab kami sampai awal. Kejap lagi ramai akan datang kata Pak Tommy, berbas-bas. Free entrance di temple ni.

Kawasan vihara ini terletak antara Gunung berapi aktif Lokon dan Mahawu, 2 dari 4 gunung yang ada di Kota Tomohon. Vihara ini dibina di Kelurahan Kakaskasen II, Kecamatan Tomohon Utara. Sudah ada sejak tahun 80-an dan dirasmikan pada 2009 oleh Gubernur Sulawesi Utara. 

Masuk saja dari gate depan, kuil ini ada deretan 18 patung warna emas yang dipanggil patung-patung Lohan. They represent the 18 sinners, murid-murid Buddha yang dah kembali ke jalan yang lurus dan mencapai tingkat kesucian tertinggi. 

Setiap patung ada gestures tersendiri yang menggambarkan karakter masing-masing. Setiap patung-patung ini ada namanya seperti Pantha The Elder, Pindola, Nantimiloto, Asita dan Gobaka.

Nampaknya kuil ini dijaga dengan baik kerana selain sebagai tempat ibadat pengikut Tao ia juga merupakan salah satu tourist attractions yang ada di Kota Tomohon ini.

Dekat dengan tempat parking di pintu masuk kuil ini ada patung emas Buddha ini. Sepertinya tempat untuk pengunjung bergambar bersama patung Buddha sebagai kenangan.

Selain deretan patung-patung Lohan tadi, pengunjung juga disambut dengan pemandangan binaan stupa, main hall dan sebuah pagoda. Mengikut kepercayaan mereka, stupa melambangkan kebebasan dari hawa nafsu.

Nampaknya patung-patung Lohan ini dibina dan diletakkan tersusun dengan berlatarbelakangkan keindahan Gunung Lokon. Dikatakan keujudan kuil ini juga menggambarkan kerukunan antara penganut pelbagai agama di Kota Tomohon. 
Kanan: Patung Lohan Rahula.
Kiri: Patung Lohan Asita

Gunung Lokon yang sangat epik.

Juga ada 'Sekolah Minggu Buddhis'.

Deretan patung-patung ini bermula dari entrance hingga ke 3/4 of the temple.
Kanan: Patung Lohan Gobaka
Kiri: Patung Lohan Kanaka The Vatsa

Mengikut fahaman penganut di kuil ini, lilin menggambarkan ajaran Buddha supaya seseorang membakar diri (berkorban) untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Salah satu main buildings yang menarik di sini ialah Pagoda Ekayana ini. Pagoda 9 tingkat ini adalah juga tempat penganut Buddha melakukan ibadat. 

More photos of this pagoda kejap lagi. 

Jom kita tengok dulu bangunan utama di kuil ini yang dipanggil Buddha Hall. Ia adalah tempat ibadat utama di mana upacara sembahyang diadakan setiap minggu.

Ada donation box di depan dewan ibadat ini. Kutipan derma digunakan oleh pengurus kuil ini untuk membiaya kos maintaining kuil ini. 

Actually no photography allowed dalam dewan ini. Jadi saya ambil dari luar pintu sahajalah. Pada altar inilah penganut Buddha do their prayers.  

Pengunjung yang masuk ke dewan ini selalunya akan dijemput untuk membuat ramalan yang dipanggil ramalan Ciam Si. Caranya ialah dengan memilih salah satu kertas bergulung yang ada di situ yang dalamnya ada wise words. Masyarakat Buddha percaya kata-kata hikmat itu boleh tolong menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh seseorang.

Pada altar dewan utama ini ada patung Buddha bersaiz besar. Di depannya ialah patung Dewi Kwan Im (Kuan Yin) yang bersaiz lebih kecil. Apakah hubungan Buddha dan Kwan Im sehingga diletakkan patung-patung ini bersama? Mengikut kisah legenda, ketika Kwan Im sedang bermeditasi dan memikirkan tugasnya menyelamatkan umat manusia, kepalanya tiba-tiba pecah terbelah menjadi seribu bahagian, bila dia sedar betapa berat dan besarnya tugasan itu. Buddha, sebagai pembimbingnya, segera datang menolong dan menghidupkan semula Kwan Im. Buddha juga memberikan kesaktian pada Kwan Im boleh berubah menjadi bentuk kepala seribu, mata seribu dan tangan seribu.

Di dinding dewan ini di kedua-dua belah altar ada 2 gambar Buddha semasa kanak-kanak dan dewasa.

Jom sambung jalan di kawasan kuil ini.

Pemandangan indah Gunung Lokon dengan hamparan hijau.


Patung Lohan Nandimitra.

Pagoda Ekayana.

Kalau nak masuk ke dalam bangunan-bangunan ibadat di sini, mesti tanggal kasut.

Di depan Pagoda Ekayana ada kolam air pancut dan patung naga yang melingkari kolam. Mungkin dibuat patung naga di kuil ini kerana dikisahkan Dewi Kwan Im menyeberangi laut dengan berdiri di atas seekor naga.

Berjalan lebih ke dalam lagi di kawasan Vihara Buddhayana ini. 

Bangunan pink ini dipanggil Istana Kwan Im didedikasi untuk Dewi Kwan Im. 

Ada sebuah jambatan batu over a small pond.

Istana Kwan Im. Very bright and colorful. 

Seperti yang saya catat di atas, mungkin dibuat patung naga membelit tiang-tiang istana ini kerana naga merupakan kenderaan Dewi Kwan Im menyeberangi laut. 

Selain naga, dikisahkan burung pheonix adalah juga binatang tunggangan Kwan Im.

Ini patung Dewi Kwan Im bertangan seribu. Dalam salah satu kisah legenda, pada saat Kwan Im diganggu oleh ribuan setan, iblis dan siluman, ia menggunakan kesaktiannya itu untuk melawan mereka. Ia mengubah rupa dirinya menjadi bertangan seribu dan bermata seribu, dengan tangan-tangan memegang senjata yang berlainan. Pada patung ini tangan-tangan Kwan Im menggenggam benda pusaka keagamaan, antara lain bunga dan senjata penakluk iblis.
Dalam kitab Budhisme Tiongkok klasik, disebutkan ada 33 rupa perwujudan Kwan Im. Salah satunya ialah 'Kwan Im Duduk Bersila Bertangan Seribu'.

Pemandangan Pagoda Ekayana dari tepi Kuil Kwan Yin.

Seterusnya kami ke sebuah taman di tepi Istana Kwan Im.  



Di taman ini ada sebuah kolam berair pancut. Dipercayai kolam ini boleh mendatangkan keuntungan dan bertambah rezeki. Penganut agama Buddha biasanya akan melempar duit syiling ke dalam kolam dan berdoa. 

Juga ada patung kura-kura raksasa berkepala naga overlooking the pond. Ia juga simbol keberuntungan.

Di tepi dinding kolam ini ada pancutan-pancutan air halus yang laju memancut secara interval after one another. Pancutan-pancutan air ini tepat kena pada centerpiece kolam ini yang bulat dengan sebuah loceng kecil di tengahnya. Bila terkena pancutan air, centerpiece bulat yang hollow itu berdengung dan loceng kecil itu berbunyi. Bila berterusan dan bergabung, dengungan-dengungan itu kedengaran seperti irama musik keagamaan Buddhism. 

Di tepi kolam ini juga ada plak-plak yang ditulis kebaikan duniawi, seperti panjang umur, pangkat, harta, keberuntungan, dan bahagia. 


It is huge!

The head and claws.

Juga ada kura-kura bersaiz kecil. Kura-kura hidup pun ada dalam kolam ni.


Taman ini juga dihiasi dengan pelbagai beautiful brightly colored tropical flowers. 



Selesai berjalan di vihara ini, kami berjalan semula ke tempat parking. We came upon this board depicting 'Riwayat Hidup Buddha Gotama'. 


Antara lukisan-lukisan of important events dalam kehidupan Buddha.

Berikut adalah beberapa babak hidup Buddha berserta captions.









Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. ramai ke penganut agama Buddha di Manado tu?
    saya baca tadi
    gunung Lokon adalah aktif
    sebelahnya gunung Empung
    tapi tak ada crater kat puncaknya.
    craternya ada di 'saddle' inbetween the 2 volcanoes
    interesting kan..
    meaning the two peaks are part of an ancient crater ..
    [ hehhehe.. i really love volcanoes ]

    pernah dengar tentang Maria Menado ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain Kristian dan Muslim, the balance 3% adalah beragama selainnya. Jadi tidaklah ramai.
      Wah! You read about them! Yes. yes very interesting how both mountains were formed. Kembar mereka tu.
      You love volcanoes? Don't I know it! Hehehehe...

      Maria Menado tu actress dulu-dulu kan? Masa kecik saya takut sgt filem 'Pontianak'!

      Delete
  2. Saya pernah dengar orang Sulawesi Selatan cerita yang makanan esotik penduduk Menado adalah kelawar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu. Di Sulawesi Utara seperti di Daerah Tomohon orang Minahasa mmg makan haiwan seperti kelawar dan ular sawa.

      Tunggu next entry ya :).

      Delete